Portal:Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PORTAL BELANDA • HET PORTAAL VAN NEDERLAND

Belanda (bahasa Belanda: Nederland; IPA: ["ne:dərland]) adalah sebahagian dari Kemaharajaan Belanda Eropah (bahasa Belanda: Koninkrijk der Nederlanden). Belanda adalah sebuah negara demokrasi berparlimen di bawah sebuah kerajaan raja berperlembagaan, terletak di barat laut Eropah. Ia bersempadan dengan Laut Utara di utara dan barat, Belgium di selatan, dan Jerman di timur.

Di banyak negara, Belanda sering dirujukkan dengan nama Holland, terutamanya dalam kegunaan Bahasa Melayu dan Inggeris. Walaupun tersebar, kegunaan ini tidak betul dalam Bahasa Inggeris, oleh kerana Holland adalah sebuah daerah di bahagian tengah-barat Belanda, terdiri dari dua provinsi. Juga, bentuk jamak kata bahasa Inggeris the Netherlands adalah saki-baki dari waktu bila negara ini belum lagi merdeka atau bersatu. Rujukkan pada 'konvensi namaan', di bawah.

Belanda adalah salah satu negara yang paling penduduk berpadat dan secara geografis rendah di dunia (nama negara ini secara harfiah bermakna "Tanah rendah") dan masyhur dengan, di antara yang lain, daik, kincir angin, kasut kayu, bunga tulip, basikal dan toleransi masyarakat. Polisi-polisi liberalnya (terhadap dadah dan pelacuran di antara yang lain) menerima perhatian antarabangsa. Negara ini tuan rumah Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Ibu negaranya adalah Amsterdam, yang dinyatakan oleh perlembagaan, tetapi Den Hague adalah tempat duduk kerajaan, rumahnya raja. Kebanyakan kedutaan terletak di Den Hague juga. Belanda ditempatkan kelima dengan Indeks Pembangunan Insan UN 2004, di belakang Norway, Sweden, Australia, dan Kanada.

Kata sifat dan kata nama bahasa Melayu untuk "dari atau berkaitan Belanda" adalah "Belanda", yang juga nama bahasa Belanda. "Belanda" juga digunakan sebagai sebuah kata sifat, terutamanya dalam tulisan lebih rasmi dan di Belanda Antilles.

Rencana plihan

Pertiangan (Verzuiling dalam bahasa Belanda, Pilarisation dalam bahasa Perancis) adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menjelaskan cara Belanda dan Belgium guna untuk mengurus masyarakat pelbagai budaya (bukan pelbagai etnik) mereka. Masyarakat "secara tegak" dibahagikan ke beberapa segmen lebih kecil atau "tiang" menurut agama atau ideologi lain, yang beroperasi secara berasingan di antara satu sama lain. Masyarakat Austria dan Malta adalah contoh fenomena ini.

Tiang ini mempunyai instituasi masyarakat mereka sendiri: surat khabar, pertubuhan penyiaran, parti politik, kesatuan perdagangan, sekolah, hospital, masyarakat bangunan, universiti, pertubuhan pengakap dan kelab sukan mereka sendiri. Sestengah syarikat juga hanya mengupah pekerja khususnya dari sesuatu agama atau ideologi. Ini menyebabkan ke suatu keadaan di mana orang tidak ada perhungan peribadi dengan orang dari tian lain.

Gambar pilihan

Keukenhof

Keukenhof, terletak di Lisse, Belanda, juga digelar Taman Eropah, adalah taman bunga terbesar di dunia. Keukenhof dibuka dari minggu akhir Mac kr pertengahan-May. Pada 1949, yang kemudiannya datuk bandar Lisse mencadangkan sebuah pameran bunga dari seluruh Belanda dan Eropah dapat mempamerkan tanaman kacukan mereka. Waktu terbaik untuk memandang bunga tulip adalah sekitar pertengahan-April, terpulang pada cuacu. Ia terletak di antara bandar-bandar Hillegom dan Lisse, selatan Haarlem di Holland Selatan, barat laut Amsterdam, dan dapat mudah didatangi dengan bas dari stesen-stesen Haarlem atau Leiden.

Tahukah anda

... Belanda adalah salah satu beberapa sahaja buah negara di mana kerajaan tidak ditempatduduk di ibu negara? Perlembagaan Belanda menganggapkan Amsterdam sebagai ibu negara rasmi, tetapi Den Hague adalah tempat duduk Kerajaan Belanda.

... Belanda adalah negara penduduk terpadat k-15 di dunia, dengan 395 penduduk tiap km persegi (atau 482/km² hanya kalau kawasan tanah dikirakan, dan 20% adalah air)?

... sekitar setengah permukaan kawasan Belanda adalah 1 meter di atas paras laut?

... syarikat Belanda Philips reka kaset audio, pita video, cakera padat dan CD-ROM?

... suatu laporan UNICEF diterbitkan pada 2007 menempatkan Belanda sebagai negara terbaik untuk kanak-kanak menetap?

... pelacuran dihalalkan di Belanda?

... KLM adalah sistem penerbangan terlama berjalan di dunia?

... Rotterdam adalah pelabuhan laut terbesar di Eropah?

Berita Belanda

Perkara yang anda boleh lakukan

Wikiportal Belanda berada di bawah pembinaan. Bantuan anda amat dihargai!

Lihat pula:

Bubuhkan diri anda ke kategori Ahli Wikipedia yang berada di Belanda.

ProjekWiki

Kategori

Portal lain