Priscilla Abby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Priscilla Abby
Latar belakang
Nama lahirPriscilla Abby Cai Enyu
Kelahiran (1997-10-30) 30 Oktober 1997 (umur 26)
Kuching, Sarawak, Malaysia
GenreBalada, pop, EDM
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
WebTVAsia
Pengkarya berkait
Nabila Razali
Laman sesawang
www.priscillaabby.com

Priscilla Abby Cai Enyu (lahir 30 Oktober 1997) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam industri muzik pada 2014 dengan menyertai pertandingan nyanyian, seterusnya mencipta nama di pasaran muzik Cina, terutamanya Taiwan dan Hong Kong. Beliau dikenali sebagai bintang mandopop dan menyerlah dengan muzik tarian elektronik. Setelah membuat puluhan lagu saduran di saluran YouTubenya dan meraih lebih dari 700,000 tontonan, dengan satu juta tontonan untuk setiap lagunya, beliau mempunyai dua komposisi asal, "I Love The Sky" dan "Burn".[1] Beliau menandatangani kontrak dengan syarikat hiburan digital WebTVAsia pada Julai 2017, seterusnya melancarkan EP pertamanya, Burn pada Disember 2017.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya muzik profesional Priscilla bermula pada 2014 apabila beliau mencuba nasib dengan menyertai satu pertandingan nyanyian yang mana beliau menerima pujian daripada juri Kwok Lun Wong, Martin Tang dan Kenn C, penerbit-penerbit muzik yang pernah bekerja untuk artis Cina terkenal seperti A-Mei, Sammi Cheng dan Jolin Tsai. Beliau juga pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan paduan suara gereja yang bergiat aktif di acara-acara kecil.[3]

Pada Julai 2016, Priscilla mula memuat naik klip video lagu sadurannya ke YouTube untuk menggapai cita-citanya dalam bidang muzik. Lagu saduran beliau, "Stranger in the North" nyanyian asal Wang Leehom dan Namewee telah meraih 7 juta tontonan. Beliau telah didatangi oleh pendeta dan penerbit muzik gerejanya, yang mencari penyanyi untuk menyertai projek mereka: menghasilkan versi lagu-lagu popular EDM.[3][4]

Beliau menandatangani kontrak bersama WebTVAsia pada awal 2017, dan melancarkan single pertamanya "I Love The Sky" pada 21 Julai, setahun selepas memuat naik videonya di YouTube. Ia telah meraih 2.4 juta tontonan sejak pelancaran rasmi.[5][6] EP sulungnya, Burn dikeluarkan pada Disember, yang memuatkan enam single yang dilancarkannya sejak lima bulan terakhir.[3] Priscilla kemudian membuat persembahan di konsert solo sulungnya yang berlangsung di KL LIVE pada 23 Disember 2017. Dalam satu kenyataan media, beliau meluahkan rasa teruja untuk beraksi di konsert solo pertamanya dan berpeluang berinteraksi bersama peminatnya.[7]

Pada tahun 2018, beliau bersama Nabila Razali menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk "Cahaya Juara". Rakaman lagu ini dijalankan pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand.[8][9] Beliau kemudian menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem drama politik Rise: Ini Kalilah yang bertajuk "Saya Anak Malaysia" bersama-sama artis lain termasuk Meer Nash, David Arumugam, Nikki Palikat dan Jeryl Lee, seterusnya mengambil bahagian sebagai salah seorang peserta rancangan realiti China, Rave Now.

Priscilla melancarkan lagu bahasa Melayu sulungnya, "Peluru" yang mengandungi mesej mengenai perjuangan impian. Dikeluarkan pada 5 Julai 2019, lagu ini ialah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Omar K dan John Jeeves. Sebelum merakamkan lagu itu, beliau mengikuti kelas bahasa Melayu di bawah kelolaan Altimet.[10][11] Album studio pertamanya, Where Is The Love dikeluarkan pada hujung 2019.

Pada Mei 2021, beliau dilantik sebagai jurucakap Realme Buds Q2. Beliau berkata: "Sebagai duta produk realme Buds Q2, ini adalah peluang menarik untuk menjadi ahli siri realme. Sebagai pemuzik, saya gembira dapat berkongsi pengalaman dan maklum balas saya dengan pasukan, kerana ketika menikmati muzik, penyumbat telinga sangat penting bagi saya. Penyumbat telinga adalah alat penting bagi saya, kerana saya tidak dapat melakukan tanpa muzik, dan selalunya inspirasi saya datang dari situ".[12]

Bakat[sunting | sunting sumber]

Priscilla Abby dikenali dengan mempersembahkan lagunya dalam genre mandopop dan muzik tarian elektronik (EDM).[11] Beliau mempelajari kemahiran bermain gitar daripada abangnya dan berbakat dalam bermain piano. Selain itu, beliau juga menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola dan inspirasinya dalam bidang muzik.[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sekitar Ogos 2018, Priscilla menjadi subjek kontroversi semasa muncul dalam rancangan TV Cina Our Chinese Heart (中華 情) yang mana beliau berkongsi pengalamannya menyaksikan upacara menaikkan bendera di Dataran Tiananmen, Beijing. Dalam rancangan itu, Priscilla didakwa melontarkan pandangan negatifnya terhadap Malaysia apabila beliau menyebut China sebagai "tanah airnya", sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang mengecam tindakannya mengeluarkan kenyataan sedemikian.[13] Priscilla kemudian membuat permohohan maafnya di Facebook susulan kenyataannya: "Ia menimbulkan banyak rasa kurang senang dan tidak puas hati di kalangan orang-orang yang berbangsa Cina seperti saya. Saya sangat menyesal atas kejadian ini [...] Saya mohon maaf kerana terlanjur kata. Saya rakyat Malaysia, saya sayangkan Malaysia".[14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Burn

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Where Is The Love

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"I Love The Sky" 2017
"Cahaya Juara" (bersama Nabila Razali) 2018
"Peluru" 2019

Single promosi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Catatan
"Saya Anak Malaysia" 2018 Lagu tema Rise: Ini Kalilah. Bersama David Arumugam, Nikki Palikat, Projector Band, Hao Ren, Meer Nash, Jeryl Lee dan Jenn Chia.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Juang Penumpang

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2018 Our Chinese Heart Dirinya sendiri
Rave Now Dirinya sendiri/Peserta Tencent Video

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2017 Anugerah Neway-K 2017 One FM Most Hit Songs "I Love The Sky" Menang
Busana Paling Misteri Dirinya sendiri Tercalon
2018 Global Chinese Golden Chart Pendatang Baharu Popular Tercalon
Hong Kong Asian Pop Music Festival Finalis Top 3 Tercalon
Celebrity Star of Malaysia Terbuka Menang
Anugerah Muzik PWH Malaysia Lagu Kantonis Paling Popular "I Love The Sky" Menang
Single Digital Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Dennis Chua (26 Julai 2019). "#Showbiz: Positive message in Bullet" [#Hiburan: Mesej positif dalam Peluru] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 3 Mei 2020.
  2. ^ Michael Cheang (8 Mac 2018). "Priscilla Abby: From YouTube to singing in front of thousands" [Priscilla Abby: Dari YouTube ke menyanyi di hadapan khalayak] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  3. ^ a b c Chong Yoke Ming (24 Januari 2018). "From YouTuber to professional singer: An interview with Priscilla Abby about her successful year" [Dari seorang YouTuber kepada penyanyi profesional: Temubual bersama Priscilla Abby mengenai tahun kejayaannya] (dalam bahasa Inggeris). Bandwagon Asia. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  4. ^ "From EDM covers to performing live, Priscilla Abby is the voice of the future" [Dari lagu saduran EDM kepada persembahan secara langsung, Priscilla Abby ialah suara masa depan] (dalam bahasa Inggeris). SevenPie. 9 November 2018. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  5. ^ Samentha James (25 Julai 2017). "Malaysian singer Priscilla Abby collaborates with WebTVAsia to release her first digital single, "I Love The Sky"" [Penyanyi Malaysia Priscilla Abby bekerjasama bersama WebTVAsia bagi melancarkan single digital pertamanya, "I Love The Sky"] (dalam bahasa Inggeris). KR8TIF Express. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  6. ^ "Kuching Malaysian-born Chinese artist Priscilla Abby releases single" [Artis Cina kelahiran Kuching Priscilla Abby melancarkan single]. Music Press Asia Staff (dalam bahasa Inggeris). Music Press Asia. 25 Julai 2017. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  7. ^ "Priscilla Abby is set for her first concert in Malaysia" [Priscilla Abby bersiap untuk konsert pertamanya di Malaysia]. The Hive Asia (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! Style. 23 November 2017. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  8. ^ Budiey (10 Mac 2018). "Nabila Razali dan Priscilla Abby nyanyi lagu Cahaya Juara". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  9. ^ Ruhaya Ab. Hamid (9 Februari 2018). "Nabila Razali, Priscilla Abby rakam lagu tema filem Lee Chong Wei". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2018. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  10. ^ Asraf Adied (9 Julai 2019). "Priscilla Abby tampil dengan single Peluru". Astro Gempak. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  11. ^ a b Nurulhisham Abdul Latiff (21 Julai 2019). "Priscilla risau lenggok Melayu tak betul". Berita Harian. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  12. ^ "Priscilla Abby menjadi jurucakap Realme Buds Q2". ERing. 5 Mei 2021. Dicapai pada 24 Julai 2021.
  13. ^ "Malaysian singer's 'motherland' comments stir Chinese introspection" [Komen 'tanah air' penyanyi Malaysia cetuskan introspektif Cina] (dalam bahasa Inggeris). The News Lens. 29 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  14. ^ "【娱乐】称中国是"祖国" 马国歌手蔡恩雨引争议" [(Hiburan) Memanggil China 'tanah airnya', penyanyi Malaysia cetus kontroversi] (dalam bahasa Cina). Mediacorp Saluran 8. 17 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]