Meer Nash

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meer Nash
Nama lahirMuhamad Shahmeer bin Mohd Nashrul
Juga dikenali sebagai
  • Sha Mi Er
  • Oppa Malay
Kelahiran (1995-11-20) 20 November 1995 (umur 28)
George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • VOTEz
  • Maisarah Ukulele

Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul atau lebih dikenali sebagai Meer Nash (lahir 20 November 1995) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau mencapai kemasyhuran sebagai salah seorang ahli kumpulan VOTEz yang dianggotainya selama 2 tahun sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.[2] Selain itu, beliau pernah mengambil bahagian dalam I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Meer Nash dilahirkan pada 20 November 1995 di Georgetown, Pulau Pinang kepada ibunya yang berbangsa Cina dan bapanya yang berketurunan Melayu.[4][5] Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik yang kesemuanya lelaki, yang mana sejak kecil beliau telah diajar untuk berdikari. Ibu bapa beliau menghantarnya belajar ke sekolah Cina yang mana semasa menduduki Darjah 1, beliau mempelajari bahasa Mandarin.[6] Beliau ialah graduan bidang Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor.[7]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Meer Nash memulakan kerjaya muziknya bersama kumpulan VOTEz bersama dua ahli lain, Amirul Shafiq Sukor (Meeyo) dan Muhammad Bazli Zakaria (Joe Bazli). Di awal penubuhan kumpulan ini, beliau menggantikan seorang ahli asalnya, Mohd Yusri Zainal yang menarik diri kerana komitmen kerjaya dan keluarga. VOTEz merakamkan single sulung mereka, "Mana Dulu". Beliau bagaimanapun, meninggalkan VOTEz pada 2017 selepas dua tahun bersama.[8]

Pada 10 Julai 2017, beliau terpilih mewakili Malaysia sekaligus menjadi wakil tunggal negara untuk The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang berlangsung selama sebulan di Changsha, China.[9] Meer Nash menjulang nama Malaysia apabila beliau berjaya membawa pulang trofi kemenangan bagi peringkat Asia dan tempat kedua peringkat Global, Anugerah Populariti Terbaik dan Anugerah Kepetahan Terbaik.[10][11][12] Persembahan beliau juga mendapat pujian daripada Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak menerusi ciapan Twitter.[7][12][6]

Meer Nash kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama OnMuse[13] - label yang diasaskan oleh mentor Shila Amzah, Ong Peng Chu yang turut menaungi Jeryl Lee, Pink Tan dan Lee Kexin.[7][12] Beliau melancarkan single sulungnya, "Lai Ai" ("Mari Bercinta") yang merupakan lagu berbahasa Mandarin pertamanya. Dikeluarkan pada November 2018, lagu ini ialah hasil nukilan penyanyi China, Kai Kai dan proses rakaman dijalankan di Beijing pada Mei 2018.[7] Sebelum pelancaran "Lai Ai" Meer Nash menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem drama politik Rise: Ini Kalilah yang bertajuk "Saya Anak Malaysia" bersama-sama artis lain termasuk David Arumugam, Nikki Palikat dan Jeryl Lee.

Pada Februari 2020, beliau menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga yang mana menerusi rancangan inilah beliau menerima jolokan 'Oppa Malay'.[3][14] Meer Nash kemudian melancarkan lagu bahasa Melayu pertamanya, "Jauh" pada Jun 2020. Pada Jun 2021, beliau melancarkan single ketiganya, "Saranghae" yang berkonsepkan K-Pop di bawah Universal Music Malaysia. Beliau berkata mengenai lagunya ini: "Lagu Saranghae ini adalah karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah menulis beberapa lagu, tetapi belum cukup bagus untuk diketengahkan. Namun apabila saya menulis lagu ini (Saranghae), saya puas hati dan menyifatkan lagu tersebut boleh dikomersialkan,".[14][15][16][17]

Single keempat beliau, "Kajima" hasil ciptaannya bersama MFMF dan Asyraf Nasir, dilancarkan pada September 2022. Idea menghasilkan single ini muncul ketika Meer Nash sedang tidur waktu petang.[18][19]

Big Stage Musim 5[sunting | sunting sumber]

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Menifesto "Kajima" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Flex Your Beat “Flowers" / "Flower" Miley Cyrus / Jisoo SELAMAT
Minggu 3 Asmaraloka "Hari Ini" Hael Husaini SELAMAT
Minggu 4 Hari Jiwa Galau "Rapuh" Nastia TERSINGKIR

Bakat[sunting | sunting sumber]

Meer Nash terkenal dengan kefasihannya bertutur bahasa Mandarin dan Hokkien. Selain itu, beliau juga bereksperimen dengan lagu balada dalam temuramah dengan The Star Online: "Lagu seperti ini, saya tidak pernah mencuba sebelumnya. Dan juga dengan hakikat bahawa saya mencuba genre baru yang saya suka. Ini akan membantu memperluas kerjaya saya".[7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Lai Ai" 2018
"Jauh" 2020
"Saranghae" 2021
"Kajima" 2022
"Permata" 2023

Single promosi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Catatan
"Saya Anak Malaysia" 2018 Lagu tema Rise: Ini Kalilah. Bersama David Arumugam, Nikki Palikat, Projector Band, Hao Ren, Priscilla Abby, Jeryl Lee dan Jenn Chia.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2020 I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Dirinya sendiri/peserta TV3
2021 Dua Dunia Pengacara Okey mengacara bersama Nadzmi Adhwa
2023 Big Stage (musim 5) Dirinya sendiri/peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mmustazah GP (26 Jun 2021). "Biodata Meer Nash, penyanyi lagu Saranghae". Iluminasi. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  2. ^ Michelle Gun (23 September 2017). "Salam perkenalan daripada Meer". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  3. ^ a b Najiy Jefri (26 Jun 2021). "Lagu K-pop taruhan Meer". Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  4. ^ Siti A'isyah Sukaimi (17 Ogos 2017). "Melayu terbaik Cina". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  5. ^ Norhayati Nordin (14 Mei 2023). "Meer Nash kagum semangat ibunya, seorang mualaf cekal membesar mereka sendirian". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2023.
  6. ^ a b "Muhammad Shahmeer shocked PM tweet success in China" [Muhamad Shahmeer terkejut PM tweet kejayaan di China] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 16 Ogos 2017. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  7. ^ a b c d e Seto Kit Yan (5 November 2018). "Malaysian singer Meer Nash sings in Mandarin, makes waves in China" [Penyanyi Malaysia Meer Nash menyanyi dalam bahasa Mandarin, mencipta gelombang di China] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  8. ^ Farizan Zainal (27 Disember 2017). "6 penyanyi remaja lelaki paling popular dan meletop 2017". Rotikaya. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  9. ^ Michelle Gun (18 Ogos 2017). "Mahu sertai program realiti nyanyian di China". Harian Metro. Dicapai pada 26 Julai 2020.
  10. ^ Siti A'isyah Sukaimi (16 Ogos 2017). "Penuntut UiTM raih tempat kedua di China". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  11. ^ Nur Asyikin Mayudin (16 Ogos 2017). "Penyanyi Meer Nash, nombor 2 hebat dunia". mStar Online. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  12. ^ a b c R. Rohaizam (17 Ogos 2017). "Malaysian Meer Nash makes waves in China" [Rakyat Malaysia, Meer Nash mencipta kejutan di China] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  13. ^ Hasnurul Mohamed (13 September 2017). "Jom Chat malam ini dengan Meer Nash dan Maisarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-13. Dicapai pada 19 Julai 2020.
  14. ^ a b Mohammed Shahemy Azmi (22 Jun 2021). "Memang sasarkan peminat K-pop – Meer Nash". Kosmo!. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  15. ^ "'Oppa Malay' Meer Nash buka ceria sebalik lagu baru – "Terima banyak demo, semua okay tapi tak kena jiwa saya. Saya nak ala-ala K-Pop sebab..." Media Hiburan. 18 Jun 2021. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  16. ^ Fatin Farhana Ariffin (20 Jun 2021). "'Oppa Malay' sedia dikecam". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  17. ^ Aqmar Mustaza (28 Jun 2021). "Saranghae jadi taruhan 'Oppa Malay', Meer Nash lali dikecam". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2021.
  18. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (13 November 2022). "Cinta toksik buat Meer Nash hilang akal". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mei 2023.
  19. ^ Norhayati Nordin (2 Februari 2023). "Kajima karya patah hati". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]