Juang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juang
Pengarah
Lakon layar
  • Matt Lai
  • Teh Yoon Yee
Dihasilkan oleh
  • Matt Lai
  • Nessa Ng Shoak Leng
  • Veronica Ong
  • Jack Lim
  • Jovi Heng
  • Raja Jastina Raja Arshad
  • Rosyam Nor
  • Fred Chong
  • Celvin Kanasan
  • Allyan Too
Dibintangi
SinematografiZambree Haras
Muzik oleh
  • Mac Chew
  • Ken Hor
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
8 September 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
119 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM6 juta

Juang ialah sebuah filem drama dokumentari Malaysia 2022 arahan bersama Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali. Berdasarkan dari satu kisah benar, ia berkisarkan tentang perjuangan petugas barisan hadapan dari sektor perubatan sehingga pekerja penghantar makanan memerangi penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[1][2] Dibintangi oleh barisan pelakon ternama Malaysia, filem ini ditayangkan pada 8 September 2022 di pawagam seluruh Malaysia. Ia telah diiktiraf sebagai Karyawan Paling Ramai Terbabit Dalam Satu Naskhah oleh The Malaysia Book of Records (MBOR).[3][4][5]

Premis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang suasana pandemik yang berlaku dan cuba mengangkat keadaan sebenar yang cukup payah dilalui seluruh rakyat Malaysia. Diinspirasikan daripada kisah benar dengan memaparkan kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi tentang bagaimana petugas barisan hadapan ini melawan wabak COVID-19 dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Cerita Polis
  • Zizan Razak sebagai Kpl Hafiq, anggota IPD Sentul
  • Izzue Islam sebagai Kpl Zaki, anggota IPD Sentul dan kawan kepada Kpl Hafiq[a]
  • Angeline Tan sebagai ASP Tan, ketua lapangan
  • Alvin Wong sebagai pemandu lupa tutup minyak
  • Aida Azira sebagai Syakila
  • Jalaluddin Hassan sebagai Supt Ibrahim, ketua polis daerah Sentul
  • Ruby Faye sebagai Pemandu Wanita
  • Jovi Heng sebagai Polis Sekatan Jalan
  • Baki Zainal sebagai Pemandu
Cerita Perubatan
Cerita Penghantar Makanan
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Santhia, jururawat dan rider
  • Abi Manyu sebagai Suami Santhia
  • Khisnaan A/L Kumaran sebagai Anak Santhia
  • Along Kamaludin sebagai Penghuni
  • Falyq Hikyle sebagai Penghuni
  • Tan Yee Swee sebagai Encik Tham
  • Paley Book sebagai Anak Encik Tham
  • Sathiya sebagai Jiran Encik Tham
Cerita Wuhan dan Pesawat
  • Jack Lim sebagai Liang, rakyat Malaysia yang tinggal di Beijing
  • Choo Hao Ren sebagai Paul
  • Vanidah Imran sebagai Dr. Siti, doktor untuk Nadma
  • Rosyam Nor sebagai Kapten pesawat AirAsia
  • Azri Sabri sebagai Harris, pramugara AirAsia
  • Steve Yap sebagai Pegawai Pertama
  • Kamarudin Meranun sebagai Pengerusi Eksekutif AirAsia
  • Joey Leong sebagai Kakitangan Kedutaan Malaysia
  • Esma Daniel sebagai Pegawai kanan Nadma
  • Amar Asyraf sebagai Luqman, pegawai perubatan 1
  • Hafidz Roshdi sebagai Pegawai Perubatan 2
  • Chew Kin Wah sebagai Encik Wu, rakyat Malaysia tinggal di Beijing, China
  • Priscilla Abby sebagai Penumpang

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Juang ialah terbitan bersama antara Asia Tropical Films bersama The Film Engine dan Astro Shaw. Filem ini menyoroti perit getir yang diinspirasikan sepanjang dua tahun negara berdepan dengan pandemik COVID-19 yang cukup meninggalkan kesan mendalam.[3] Idea untuk menggarap Juang bermula daripada perspektif lima pengarah tersohor, Aziz M. Osman, Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali sebagai penghargaan kepada barisan hadapan di Malaysia.[6][7] Menurut Lai, salah seorang pengarah Juang, dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia:

"Walaupun ada lima pengarah dalam satu masa sama, setiap orang menyuntik rasa dan kreativiti berbeza. Jalan ceritanya berkesinambungan dan semua konsisten dalam mengatur perjalanan cerita. Kami menyajikan kisah yang pernah dilalui rakyat ketika pandemik. Mungkin 30 peratus daripadanya kisah benar, tetapi keseluruhan filem ini mendapat inspirasi daripada kejadian yang pernah berlaku. Sebagai contoh, babak di lapangan terbang melibatkan usaha membawa pulang lebih 100 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China. Itu adalah kisah nyata yang digarap oleh Kabir [Bhatia] dalam filem ini,"

Selain Lai yang turut berkhidmat sebagai ketua pengarah,[8] 4 pengarah lain yang menggalas tanggungjawab untuk filem ini ialah Aziz, Yusry, Kabir dan Osman.[3] Pembikinan filem ini membabitkan 500 tenaga kerja yang terdiri daripada 5 pengarah, 165 tenaga di belakang tabir, 335 pelakon iaitu 100 pelakon membawa watak utama, manakala 235 lagi untuk watak sampingan. Ini menjadikan Juang menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Karyawan Paling Ramai Terbabit Dalam Satu Naskhah.[3][9][10]

Zul Ariffin memegang watak sebagai Dr. Johan. Juang ialah watak perubatan pertamanya. Untuk menjayakan wataknya, Zul memerhatikan pegawai barisan hadapan sebenar di tempat kerja dan mengalami keletihan, ketidakberdayaan dan kebimbangan mereka. Beliau mengakui watak Dr. Johan benar-benar mencabar kemampuannya sebagai pelakon. Sangeeta Krishnasamy memegang watak Santhia, seorang penunggang motosikal dan sukarelawan penghantaran makanan. Ditanya mengenai wataknya, Sangeeta berkata beliau mengagumi sifat penyayang, bijak dan berani watak lakonannya. Janna Nick, yang memegang watak sebagai jururawat bernama Hanna, berkata Juang membuka matanya kepada satu pengajaran penting, bahawa wira sebenar dibuat semasa kesusahan. Zizan Razak yang memegang watak sebagai anggota polis yang berdedikasi, Hafiq, berkata Juang ialah filem pertamanya yang "serius" memandangkan wataknya tidak pernah bergurau. "Hafiq kadang-kadang boleh berjenaka, tetapi 90 peratus kisahnya adalah pahit, serius dan tragis," kata Zizan.[11]

Ini merupakan penampilan filem terakhir daripada Adibah Noor sebelum kematiannya pada Jun 2022 dan ia dikeluarkan secara anumerta. Juang diperkuatkan dengan lagu tema bertajuk "Wira Hatiku" dendangan Sheila Majid bersama iringan muzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO)[12] dan lagu "Sama Sama" oleh Siti Nurhaliza.[7]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Juang ditayangkan serentak dengan filem Abang Long Fadil 3 (yang juga dilakonkan oleh Zizan Razak) pada 8 September 2022. Majlis tayangan perdana filem ini telah diadakan bersempena Majlis Menghargai Jasa Hero-Hero Malaysia di Golden Screen Cinemas (GSC), Ipoh Parade, pada 5 September 2022 dan dihadiri seramai hampir 300 petugas barisan hadapan.[13][14]

Phic Arman dari Murai.my menulis: "Secara peribadi, filem Juang boleh dikatakan [sebagai] sebuah naskhah yang penuh dengan babak emosi sehingga boleh mengalirkan airmata penonton. Kepada anda yang pernah menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terjejas semasa pandemik, pasti boleh buatkan anda rasa sebak setelah mengenangkan apa yang telah terjadi dahulu".[15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Watak Kpl Zaki diinsipirasikan daripada Allahyarham Sarjan (anumerta) Safwan Bin Ismail yang terkorban akibat di langgar oleh pemabuk pada 9 Mei 2020.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Faida Rahim (18 September 2022). "Filem 'Juang' angkat kisah pengorbanan 'frontliner'". Astro Awani. Dicapai pada 27 September 2022.
  2. ^ Farol Hadi (9 September 2022). "Garapan 5 pengarah dalam 'Juang' jentik jiwa penonton kisah berdepan pandemik Covid-19". mStar Online. Dicapai pada 27 September 2022.
  3. ^ a b c d Siti Athirah Dzulkifly (29 Ogos 2022). "Filem Juang melawan peperangan tak terlihat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 September 2022.
  4. ^ Noel Wong (12 September 2022). "'Juang': touching tribute to local frontliners or bloated docu-drama?" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 12 September 2022.
  5. ^ "'Juang' papar perjuangan rakyat Malaysia hadapi COVID-19". Berita RTM. 8 September 2022. Dicapai pada 12 September 2022.
  6. ^ Zaara Talita (5 September 2022). "Sentuhan magis 5 pengarah". Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2022.
  7. ^ a b Sairul Zamri Misrani (29 Ogos 2022). "Juang papar kisah survival, perang Covid-19". Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2022.
  8. ^ Amirrul Rabbani (6 September 2022). "'Walaupun kasar, saya tetap menerimanya' - Pengarah filem Juang tidak kisah dikritik". Astro Awani. Dicapai pada 13 September 2022.
  9. ^ Mumtaj Begum (14 September 2022). "'Juang' enters Malaysia Book of Records for having the biggest cast in a film" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 September 2022.
  10. ^ Claudia Khaw (14 September 2022). "Local film inspired by COVID-19 pandemic enters M'sia Book of Records for biggest cast" (dalam bahasa Inggeris). The Vulcan Post. Dicapai pada 25 September 2022.
  11. ^ Dennis Chua (9 September 2022). "#Showbiz: Star-studded army fights invisible enemy" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 September 2022.
  12. ^ Zaidi Mohamad (29 Julai 2022). "Sheila dedikasi Wira Hatiku untuk petugas barisan hadapan". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  13. ^ Aida Aziz (6 September 2022). "COVID-19: Frontliners dirai menerusi tayangan perdana filem Juang". Astro Awani. Dicapai pada 13 September 2022.
  14. ^ Balqis Jazimah Zahari (1 September 2022). "Hampir 300 barisan hadapan saksikan Juang". Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2022.
  15. ^ Phic Arman (24 Ogos 2022). "[REVIEW] Filem JUANG Sentuh Emosi Penonton, Ramai Pelakon Terkenal Tapi Rasa Tak Puas?". Murai.my. Dicapai pada 18 Oktober 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]