Sam Concepcion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Templat:About-distinguish

Di dalam nama orang Filipina, nama tengah atau nama keluarga sebelah ibunya ialah Lopez dan nama keluarga sebelah bapanya ialah Concepcion.
Sam Concepcion
Fail:Sam Concepcion at Rob Magnolia, 2013.jpg
menyanyikan lagu asmara kepada peminat di Robinsons Magnolia semasa pelancaran album Infinite.
Latar belakang
Nama lahirSamuel Lawrence Lopez Concepcion
Kelahiran (1984-12-17) 17 Disember 1984 (umur 34)
Berasal dariManila, Filipina
GenrePop, P-pop, R&B, OPM
PekerjaanPenyanyi, penari, pelakon, pengacara, jurugaya peragawan, VJ
InstrumenVokal, piano, gitar
Tahun aktif2002–kini
Syarikat rakaman
STAGES (2002–kini)
Star Magic (2005–kini)
Universal Records (Filipina) (2007–kini)
Laman sesawang
www.samconcepcion.net

Samuel Lawrence Lopez Concepcion (dilahirkan pada 17 December 1984 di Manila, Filipina) ialah seorang penyanyi, penari, pelakon, VJ dan pengacara Filipina.[1] Concepcion muncul sebagai juara Little Big Star musim pertama terbitan Big Division pada 1 April 2006.[2] Concepcion kini mempunyai kontrak dengan STAGES dan Star Magic ABS-CBN. Concepcion mula memegang sejumlah 12 watak teater dan menyertai pelbagai pementasan teater pada usia yang sangat muda, termasuklah watak Edmund Pevensie dalam adaptasi pementasan tempatan The Lion, The Witch, and The Wardrobe dan Mr. Noah’s Big Boat. Dia memegang watak Peter Pan dari 2002 hingga 2012. Selain watak dalam teater, dia berlakon dalam filem-filem termasuklah Way Back Home dan Shake, Rattle & Roll 13. Dia melakonkan watak utama pertamanya pada 2012 dalam filem muzikal pertama Filipina yang berjudul I Do Bidoo Bidoo: Heto nAPO Sila!. Dia memegang watak pertamanya di TV dalam Mga Anghel na Walang Langit terbitan ABS-CBN, dan menempa kejayaan besar sebagai Boy Bawang dalam siri fantasi Super Inggo.

Pada 2007, Concepcion melancarkan album judul sendirinya di bawah Universal Records, yang disahkan sebagai Emas oleh Persekutuan Industri Rakaman Filipina. Dia juga melancarkan dua buah album lain Pop Class (2010), dan Forever Young (2011). Album yang terkemudian itu adalah hit terbesarnya, menduduki tangga pertama dalam carta-carta muzik selama tujuh minggu berturut-turut.Templat:Ambiguous[petikan diperlukan] Pada 2008, Concepcion dipilih Dreamworks untuk menyanyikan lagu tema bagi movie animasi Kung Fu Panda, yang berjudul, "Kung Fu Fighting" yang dimasukkan ke dalam album bunyi latar Asia. Dengan projek ini, Concepcion adalah artis pertama Filipina yang bekerjasama dengan Dreamworks.

Concepcion menjadi duta bagi banyak agensi dan pertubuhan. Dia dilantik oleh Jabatan Pendidikan sebagai 'Suri Teladan dan Jurucakap Remaja' dan duta kempen 'Get Caught Reading' Lembaga Pembangunan Buku Kebangsaan (NBDB) pada 2007. Pada 2008, Concepcion dilantik oleh Business Software Alliance sebagai Jurucakap Rasmi Filipina bagi 'B4USurf', 'Duta Remaja bagi Pendidikan dan Kesenian' di Daerah ketiga Manila dan 'Duta Kanak-kanak' World Vision.

Concepcion juga diberi peranan pewakilan oleh Jabatan Pelancongan untuk Korea World Travel Fair (2006). Dia juga dipilih oleh kerajaan Filipina untuk menyanyi di hadapan Presiden Filipina, Gloria Macapagal-Arroyo dan pemimpin-pemimpin ekonomi dunia tertinggi semasa pembukaan 'Business Advisory Council Gala' APEC. Dia dianugerahkan Persekutuan Remaja Bangsa-bangsa Bersatu Filipina dengan anugerah berprestij 'Pemimpin Remaja Terkemuka' UNAP yang diberikan di Istana Malacañang pada 2009.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Concepcion dilahirkan pada 17 December 1984 di Manila, Filipina sebagai anak Raymund Concepcion dan Gene Concepcion, kedua-duanya adalah pelakon Metropolitan Theater.[3] Dia adalah anak ketiga daripada empat orang adik beradik iaitu Kuya Red (24), Diko Kevin (23), Sangko Sam(19) dan adik perempuan bongsu mereka, Gabby (13). Selepas dia dilahirkan, ibubapanya akhirnya berhenti berlakon teater jadi dia tidak dapat menyaksikan mereka membuat persembahan, bagaimana pun ia menyebabkan Concepcion memegang watak teater sebagaimana yang dilakukan ibubapanya.[3] Concepcion menjalani persekolahan di rumah di bawah International Studies. Seawal usia dua tahun, Concepcion sudah pun mampu mengikuti tala dan menari mengikut lagu-lagu mudah. Pada usia lima tahun, dia membuat persembahan pertamanya di khalayak ramai di cantata sembahyang yang kemudiannya menjadi tapak baginya memperoleh watak Jose Rizal muda dalam pementasan teater yang berjudul Sino Ka Ba, Jose Rizal?.[4] Semasa pementasan, dia dijumpai David Cosico, seorang pengurus bakat, yang kemudian mendorong Concepcion untuk menandatangani kontrak dengan S.T.A.G.E.S dan memasuki kelas teater muzik Trumpets Playshop untuk mengasah lebih jauh bakat dan potensinya.[4][5] Concepcion sudah terbabit dalam pelbagai pementasan teater di bawah namanya, seawal usia sembilan tahun. Ini termasuklah watak Edmund Pevensie dalam adaptasi pementasan tempatan The Lion, The Witch, and The Wardrobe, 'Peter Pan and the Time Machine dan Mr. Noah’s Big Boat.[5][6] Selain pementasan teater, Concepcion juga muncul di TV menerusi iklan yang menampilkannya dan bapa kandungnya dalam Maggi Sinigang sa Miso. Dia juga muncul dalam pelbagai rancangan bagi kanak-kanak di ABS-CBN, seperti Sineskwela dan Hirayamanawari. Concepcion malah mempunyai stint pengacaraan tetap dalam A.S.T.I.G. (All Set To Imitate God) terbitan ABC-5 (kini TV5), sebuah rancangan tentang Tuhan yang dibuat untuk kanak-kanak.[7]

Muzikal Concepcion dipengaruhi oleh Gary Valenciano, Michael Jackson, Justin Timberlake, Chris Muzikal Brown, Billy Crawford dan Christian Bautista. Sebenarnya, Concepcion malah diundang untuk menjadi tetamu dalam dua buah konsert Christian Bautista iaitu Dunkin Donuts: Color Everywhere pada Mac 2005 dan Heartfelt pada November 2005.

Karier[sunting | sunting sumber]

2005-2006:Kejuaraan Little Big Star dan permulaan karier[sunting | sunting sumber]

Pendedahan TV utama Concepcion tiba menerusi Little Big Star, sebuah pertandingan nyanyian di ABS-CBN yang diacarakan oleh Sarah Geronimo, yang bermatlamat mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang nyanyian.[8] Dia pada mulanya digelar Singing Crush ng Bayan sepanjang tempoh rancangan itu kerana dia menjadi kegemaran khalayak ramai.[9] Sebenarnya, dia dianugerahkan dengan My Favorite Star Award kerana mempunyai undian yang paling banyak daripada penonton, yang mengumpulkan 52% daipada undian keseluruhan, yang merupakan peratusan undian tertinggi di kalangan pesaing-pesaing dalam rancangan itu.[10] Semasa pusingan akhir, Concepcion menyanyi I Can't Stand Still dari Footloose, salah satu daripada produksi muzikal STAGES.[2] Dia akhirnya menjuarai keseluruhan pertandingan dengan gelaran, The Brightest Star bagi Big Division ke atas pesaing-pesaing utama seperti Gian Barbarona dan Charice.[11][12] Berkenaan projek-projek, Concepcion mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan waktu siaran utama ABS-CBN, dan pertama kali muncul dalam siri drama Mga Anghel na Walang Langit, sebagai watak sampingan. Watak utama pertamanya adalah dalam siri fantasi, Super Inggo sebagai Boy Bawang.[13] Selepas menjuarai pertandingan itu, Concepcion menyertai ASAP '06 sebagai salah seorang anggota kumpulan Three-O, di samping Aldred Gatchalian and Aaron Agassi. Kumpulan itu kemudiannya dibubarkan apabila Agassi berhasrat untuk meninggalkannya. Dia juga diberi watak bintang pertama apabila dia tampil dalam Your Song bersama Empress Schuck sebagai sebahagian daripada persembahan Krismas saluran itu. Episod Your Song yang sama ditayangkan sekali lagi pada 2007.

Pada Jun 2006, Concepcion, beserta bakat-bakat Trumpets Playshop yang lain ditugaskan oleh Jabatan Pelancongan Filipina untuk mewakili negara dalam Korea World Travel Fair. Pasukan mereka membawa pulang Best Folk Performance Award.[14] Dalam bulan yang sama, Concepcion juga dipilih oleh kerajaan Filipina untuk menyanyi di hadapan Presiden Filipina, Gloria Macapagal-Arroyo dan pemimpin-pemimpin ekonomi tertinggi dunia semasa Pembukaan Gala Persidangan Penasihat Perniagaan APEC.[15] Pada Julai tahun yang sama, dia memenangi Pinoy Wannabe Award Nickelodeon dengan 40% daripada undian keseluruhan, yang menjadikannya satu-satunya penerima lelaki dan yang termuda anugerah itu.[16] Pada September 2006, Concepcion menggayakan untuk muka depan majalah buat pertama kali menerusi majalah Candy. Dalam terbitan yang sama, dia diumumkan sebagaikan Top Candy Cutie untuk 2006.[17] Pada Oktober 2006, Concepcion membuat konsert pertamanya melalui sambutan hari lahir bersama Christian Bautista.[18]

2007-2009:Album judul sendiri, kontrak dengan Star Magic, anugerah-anugerah dan konsert solo[sunting | sunting sumber]

Selepas Super Inggo (2006), projek TV utama Concepcion seterusnya ialah Walang Kapalit, sebuah siri TV yang dibintangi Claudine Barretto dan Piolo Pascual.[19] Dia memegang watak Noel muda, yang kemudiannya dilakonkan Pascual.[19] Di samping lakonan, Concepcion juga terlibat dalam alih suara bagi saluran anime tempatan, Hero TV, sebagai suara Koyuki, protagonis dalam anime muzikal Jepun, Beck.[20] Pada Jun 2007, Concepcion kembali ke teater selepas selangnya disebabkan karier utama TVnya. Dia memegang watak Troy Bolton dalam muzikal pentas Disney, High School Musical yang dengan itu dia menerima ulasan positif daripada pengkritik.[19][21][22]

Pada September 2007, Concepcion melancarkan album solo pertamanya, yang berjudul sendiri di bawah Universal Records.[23] Single pertamanya ialah Even If, sebuah lagu yang dihidupkan semula daripada kumpulan muzik remaja lelaki Amerika, 2Be3.[24] Single keduanya ialah hit Jackson 5, Happy.[24] Single terakhir daripada album itu, I'll Find Your Heart mencapai kejayaan menduduki tangga teratas dalam pelbagai carta MYX Filipina.[24] Album itu kemudiannya disahkan sebagai Emas oleh Persekutuan Industri Rakaman Filipina.[24][25][26]

Pada Februari 2008, Concepcion menjadi sebahagian daripada Star Magic ABS-CBN, beserta kontrak pengurusan bersama dengan STAGES dan dilancarkan dalam ASAP '08.[27] Pada Mei 2008, Concepcion dipilih oleh Dreamworks untuk menyanyikan lagu tema movie animasi Kung Fu Panda, yang berjudul Kung Fu Fighting yang dimasukkan ke dalam album latar bunyi Asianya.[28] Dengan projek ini, Concepcion adalah artis Filipina pertama yang bekerjasama dengan Dreamworks.[29]

Fail:Sam Concepcion at World Vision.jpg
Sam Concepcion di "Youth Campaign Against Hunger" anjuran World Vision di St. Scholastica, Manila pada 2011.

Concepcion memenangi "Favorite New Artist" dalam Anugerah Muzik MYX ke-3 yang berlangsung pada Mac 2008.[30] Kemenangan ini menjadikannya pemenang termuda bagi kategori tersebut dengan dia mengumpulkan 61% daripada undian keseluruhan.[31][32] Pada 2009, Concepcion kemudian memenangi anugerah Top Teen Male Entertainer dalam Pure & Fresh Top Teens Awards pertama.[33] Pada Ogos 2009, Concepcion dianugerahkan dengan anugerah berprestij Pemimpin Remaja Cemerlang UNAP oleh Persekutuan Remaja Bangsa-bangsa Bersatu Filipina atas pencapaian positifnya dalam bidang hiburan.[34] The awards night was held on August 7, 2009 at the Malacañan Palace with President Gloria Macapagal Arroyo as its guest of honor. Malam anugerah itu berlangsung pada 7 Ogos 2009 di Istana Malacañan yang dihadiri Presiden Gloria Macapagal Arroyo sebagai tetamu kehormat.[35]

Di samping penerbitan album dan persembahan teater, Concepcion kembali terlibat dalam rancangan-rancangan TV tetap pada Ogos 2008 menerusi bikinan semula siri Columbia, I ♥ Betty La Fea yang dibintangi Bea Alonzo.[36] Dia juga terlibat dalam rancangan TV5, Lipgloss, yang dia memegang watak Kyle, protagonis utama rancangan itu.[37][38] Tetapi semasa rentetan musim keduanya, Concepcion meninggalkan rancangan itu. Dia kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan yang dipanggil GiggerBoys dalam ASAP bersama Enchong Dee, Robi Domingo, mendiang AJ Perez, Arron Villaflor, Dino Imperial, dan Chris Gutierrez.[39] Kumpulan itu kemudian dilancarkan dalam lakonan yang dengan itu Concepcion memegang watak Bobet, optimis kumpulan itu, dalam Your Song Presents: Boystown pada 2009.[40] Tidak lama selepas itu, Concepcion, bersama dengan 40 orang artis Star Magic, terbang ke Amerika Syarikat untuk Star Magic World Concert Tour yang berlangsung di Ontario, Canada dan San Francisco yang dengan itu dia mencapai bilangan yang diilhamkan Michael Jackson.

Concepcion mementaskan konsert solo besar pertamanya yang digelar I'll Find Your Heart yang berlangsung di Music Museum pada Oktober 2008 yang berbetulan dengan hari lahirnya yang ke-16.[41] Kemudian dalam tahun itu, Concepcion juga membuat konsert Krismas percuma di tapak terbuka CCP. Pada Mei 2009, Concepcion membuat satu lagi konsert besar berjudul I'll Find Your Heart: Part 2 yang berlangsung di Crossroads77 Convenarium di Quezon City. September 2009 menandakan kepulangan Concepcion ke teater selepas muzikal terakhirnya pada 2007 dipentaskan semula pada 2009.[42] Dengan kepulangan itu, Concepcion masih memegang watak Pencerita/Tuhan bagi semua masa persembahan.[43] Concepcion juga terpilih untuk memaparkan watak Noynoy Aquino muda dalam Maalaala Mo Kaya yang menggambarkan kisah cinta tersorok ikon bersejarah negara itu, Ninoy Aquino dan Cory Aquino.[43] Pada Oktober 2009, Concepcion dinobatkan sebagai Top Celeb Cutie Candy bagi kali keempat berturut-turut. Pada November 2009, dia dinobatkan dengan anugerah Dangal ng Pilipinas for Best Promising Male Young Singer Performer oleh Consumers League of the Philippines Foundation.

2010-2011: Pop Class, Forever Young dan Peter Pan[sunting | sunting sumber]

Fail:Sam Concepcion backstage as Peter Pan, 2011.jpg
Sam Concepcion sebagai Peter Pan, belakang pentas ASAP pada 2011.

Concepcion menerbitkan album solo keduanya pada Januari 2010 yang berjudul "Pop Class" di bawah Universal Records. Konsep album ini berbeza dengan album pertamanya, dengan album ini menampilkan album kompilasi movie muzikal mini mencontohi Glee dan High School Musical. Single pembawa album itu ialah lagu asal yang berjudul "Missed You".[44]

Pada 2010, Concepcion menjadi peragawan termuda yang menyertai pertunjukan fesyen tahunan Bench, Bench Uncut 2010.[45] Di samping peragawanan, Concepcion juga membintangi episod "Braso" (Arm) movie trilogi Star Cinema, Cinco, bersama Robi Domingo dan mendiang AJ Perez.[46][47] Pada 2011, dia berlakon dalam rancangan berorientasikan remaja Good Vibes, bergandingan dengan Coleen Garcia, dan dalam movie keluarga Star Cinema, Way Back Home bersama bintang-bintang Mara Clara, Kathryn Bernardo dan Julia Montes.[48][49][50]

Pada 19 Februari 2011, dia menjadi aksi pembukaan bagi konsert Taylor Swift di Manila dan menyanyikan hit-hitnya "Yeah2x", "Kung Fu Fighting", "Even If" dan "Fireworks".[51] Manila Bulletin melaporkan bahawa dia dipilih secara peribadi oleh artis antarabangsa itu untuk membuka leg-Asianya tetapi ia tidak didesak dengan hanya Concepcion yang membuat persembahan dalam persembahan Manila itu[52][53][54] Pada 17 Jun tahun yang sama, dia disertai oleh Elmo Magalona sebagai aksi pembukaan bagi konsert Miley Cyrus di Manila.[55] Menurut Nixon Sy dari Futuretainment, mereka berdua dipilih selepas muncul sebagai ahli persembahan muda terhandal bagi saluran induk mereka masing-masing - Concepcion bagi ABS-CBN dan Magalona bagi GMA Network.[56][57] Dia juga menjadi duta telefon bimbit My|Phone bersama-sama dengan beberapa bintang Kapamilya dan Kapuso seperti Elmo Magalona, Alden Richards, Julie Anne San Jose dan bintang-bintang remaja yang lain dari GMA Network dan ABS-CBN.[58] Concepcion juga mempamerkan kemahiran pengarahannya dan mengarahkan konsert Tippy and Morisette's Face Off. Dia juga menyumbangkan masa dan bakatnya secara percuma apabila menyertai video muzik "Pilipinas, Tara Na!" bersama-sama dengan artis-artis Filipina yang lain untuk menggalakkan pelancongan tempatan di negara itu.[59] Pada tahun yang sama, dia menjadi model muka depan majalah mini Candy. Dia menghadiri sidang akhbar Candy Magazine yang julung-julung kali diadakan, yang dengan itu dia juga menghadiri Candy Fair 2011 dan mempersembahkan single terbarunya Forever Young. Ketika kali ini, dia dinobatkan sebagai Hottest Candy Cutie oleh Enzo Pineda.[17] Di samping Candy Magazine, dia juga menonjol dalam majalah-majalah Sense and Style dan Total Girl Philippines. Pada 2011, Concepcion menjadi salah seorang Yumbassador (duta sedap) World Vision bagi sebuah rangkaian makanan segera, Jollibee bersama-sama lapan orang yang lain termasuklah Bam Aquino, dan Sunshine Plata.[60] According to Jollibee, the nine Yumbassadors "...represent the best in every young Pinoy" and "...form a new breed of role models that the country can proudly present to the rest of the world." The company asked the public to take part in recognizing the vision of the youth and help build a nation that is filled with compassionate and civic-minded young citizens.[61]

Concepcion meraikan ulangtahun ke-10nya dalam bidang persembahan dengan membintangi watak utama Peter Pan dalam versi muzikal yang dipentaskan oleh Repertory Philippines dan S.T.A.G.E.S di Meralco Theater.[62][63] Produksi ini juga adalah yang julung-julung kali bagi versi Peter Pan ini yang ditulis oleh Stiles dan Drewe dan mendiang Willis Hall, dipentaskan di Asia.[6][64] Ia menghidupkan kembali cerita abadi Sir James Barrie tentang budak lelaki yang tidak pernah membesar.[63][65] Dia juga menerbitkan album studio ketiganya yang berjudul "Forever Young" dibawah Universal Records dengan Forever Young bertindak sebagai single album itu.[66][67] Single berada di tangga pertama dalam Carta MYX Philippines selama tujuh minggu berturut-turut.[68]

2012-kini: I Do Bidoo Bidoo, karier antarabangsa, Infinite dan Bago[sunting | sunting sumber]

Concepcion dipilih oleh komposer Soc Villanueva, untuk menyanyikan gubahannya yang berjudul "Kontrabida".[69] Daripada sekitar 3000 entri yang dihantar kepada Philippine Popular Music Festival yang pertama, 14 buah lagu yang menduduki tangga teratas mengandungi lagu Concepcion.[69] Lagu itu menduduki tempat kedua naib johan dengan tewas kepada "Bawat Hakbang" oleh Karl Villuga dan "Tayo-tayo Lang" oleh Toto Sorioso yang masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.[69][70][71] Composer Villanueva menyatakan, "Saya tidak pernah meragui bakat Sam. Hatta sebelum dia menjejakkan kaki di atas pentas, saya tahu dia akan memberikan keadilan kepada lagu itu.” Dia menambah selanjutnya, "Keyakinan Sam adalah cukup tinggi dan bakat berlimpah sehinggakan saya tahu bahawa pertarungan itu sudah pun separa dimenangi."[69]

Pada 2012, Concepcion membintangi movie pertamanya dengan watak utama, filem komedi muzikal pertama Filipina yang diarahkan Chris Martinez yang berjudul I Do Bidoo Bidoo: Heto nAPO Sila! bersama bintang gandingan Peter Pannya, Tippy Dos Santos.[72] Mereka berdua dipilih untuk melakonkan watak utama disebabkan pengalaman teater mereka selepas kejayaan persembahan pentas muzikal Peter Pan.[73][74] Dalam satu temubual PEP, Concepcion menyatakan bahawa filem itu akan menjadi kejayaan terbesarnya dalam karier lakonannya.[75] Filem itu adalah satu penghormatan buat APO Hiking Society,, dan juga buat bintang-bintang nyanyian seperti Ogie Alcasid, Zsa Zsa Padilla, Gary Valenciano dan pelawak Eugene Domingo.[76][77] Concepcion kemudiannya dicalonkan dalam Anugerah Layar Keemasan ke-10 bagi kategori "Persembahan Terbaik oleh Pelakon Watak Utama dalam Muzikal atau Komedi" pada 2013.[78]

Concepcion membintangi filem festival yang sepatutnya yang pertama untuk 2012 Metro Manila Film Festival yang berlangsung pada 25 Disember tahun yang sama, sehinggalah ia diketepikan sebelum penggambaran bermula.[79] Bagaimana pun, ia masih diterbitkan pada 2013 sebagai movie berasingan. Concepcion dan artis Star Magic Empress Schuck terlibat dalam cerita kedua yang bersarikata "Mariang Alimango" dari filem dua cerita, Mga Kwento ni Lola Basyang yang diterbitkan oleh pengarah yang sama (Chris Martinez) dan set kelengkapan filem yang sama yang menerbitkan filem pertamanya, I Do Bidoo Bidoo.[80][81]

Pada Julai 2012, Concepcion diundang ke Indonesia sebagai tetamu dalam rancangan aneka ragam pagi, Dahsyat Musik di RCTI Channel.[82] Dia mempersembahkan singlenya "Forever Young" dan persembahannya bagi "Yeah 3x.".[83] Ini kali pertama dia membuat persembahan kepada orang Indonesia, yang dengan itu dia mencapai kedudukan teratas topik-topik ikutan di Indonesia.[83] Selepas persembahannya, seorang pengurus bakat di Indonesia segera bercakap dengan Concepcion dan pengurusnya mengenai karier masa depan di negara itu.[84] Menurut Concepcion dalam satu temubual, ini menjadi batu loncatannya untuk menembusi pasaran Asia.[84] Pada bulan yang sama, dia menerbitkan singlenya "Forever Young" di Indonesia di bawah pengurusan artis THREE Heiz.[85] Pelakon itu tidak lama kemudian terbabit dalam drama, rakaman dan iklan komersial Indonesia.[84] Ekoran penampilan undangannya dalam rancangan itu, Concepcion memenangi "Most Awesome Guest" di Dahsyat Awards di Indonesia pada 2013.[86]

Concepcion menerbitkan album penuh keduanya, Infinite pada 10 Ogos 2013 di bawah Universal Records yang pada asalnya dirancang untuk April.[87] Album itu meraikan ulangtahun ke-10nya dalam industri muzik.[88] Dia menyatakan, "Ia berbeza sama sekali dengan cara yang pernah saya bunyikan. Ia adalah satu bunyi yang baru dan penampilan yang baru bagi saya sebagai seorang artis rakaman. Itulah satu perkara yang peminat-peminat saya harapkan."[87] Dia juga menambah, "Ia akan menjadi muzik baru bagi saya, sesuatu yang anda tidak pernah dengar saya buat.".[87] Dia juga mendedahkan bahawa sebahagian daripada 2013 didedikasikan kepada karier antarabangsanya.[89] Dia menerbitkan single pertamanya "No Limitations" terlebih dahulu daripada albumnya pada 24 Mei 2013 menerusi muaturun digital yang menjadi nombor satu selama lima minggu berturut-turut.[88][90] Pada 25 Jun, diumumkan bahawa dia akan mengambil bahagian dalam Festival Muzik Popular Filipina untuk menyanyikan "Dati" bersama Tippy Dos Santos dan Quest. Lagu itu digubah oleh Thyro Alfaro dan Yumi Lacsamana.[91] Juga pada 2013, Concepcion dipilih sebagai salah seorang VJ baru bagi myx melalui ujibakat perseorangan - tahun pertama MYX tidak menjalankan ujibakat umum dalam Myx VJ Search.

Concepcion juga muncul dalam siri ABS-CBN yang berjudul Mira Bella pada 2014, bersama pelakon-pelakon muda seperti Julia Barretto dan Enrique Gil.[92][93] Dalam satu temubual bersama ABS-CBN News, Concepcion mengatakan bahawa sudah agak lama dia tidak memegang watak utama dan ini adalah peluang yang baik baginya untuk mengasah kemahirannya dan menjadi seorang pelakon yang lebih baik.[94] Concepcion menerbitkan single Teka untuk albumnya pada pertengahan 2015 di bawah Universal Records.

Kedermawanan[sunting | sunting sumber]

Fail:Sam Concepcion in St Scholastica for Youth Campaign.jpg
Sam Concepcion menghiburkan pelajar-pelajar St. Scholastica, Manila untuk "Kempen Remaja Menentang Kelaparan" World Vision.

Pada Oktober 2008, Concepcion dilantik oleh Jabatan Pelajaran Filipina sebagai Suri Teladan dan Jurucakap Remaja.[95] Sebagai Duta Pendidikannya, Concepcion ditugaskan dengan jelajah sekolah seluruh negara, digelar, SAMa-SAMa sa Eskwela, yang bertujuan menggalakkan para pelajar di segenak pelosok negara untuk mengutamakan pelajaran mereka ketika mencapai aspirasi mereka.[96] Bekas Setiausaha Pelajaran, Jesli Lapus meminta Concepcion untuk memberi inspirasi kepada remaja Filipina untuk melihat bagaimana pendidikan dapat memperbaiki diri sendiri. Dia menyatakan, "Kita perlukan seseorang seperti Sam untuk mengingatkan para remaja bahawa pendidikan dapat dinikmati dan dapat membawa kita lebih dekat dengan impian kita...".[95] Sebagai seorang jurucakap, Concepcion meneraju kempen-kempen dan menganjurkan kesedaran-kesedaran ko-kurikulum menerusi projek "SAMa SAMa sa Eskwela" dan aktiviti-aktiviti lain.[95][97] Dia berhasil melawat 50 buah sekolah dan 100,000 orang pelajar dalam bulan pertamanya dan berada di pelbagai tempat di negara itu seperti Pampanga, Bohol, Laguna, Cebu, Cagayan De Oro, dan Davao.[97][98] Concepcion, dalam bicaranya menyorot kepentingan celik huruf, kefasihan dalam bahasa Inggeris, mencari bakat sendiri dan kecemerlangan di sekolah.[97] Hasil keterlibatan dengan banyak kempen kerajaan seperti "Go Negosyo" dan "Anti-Smoking Campaign of the World Health Organization", Pengarah Jabatan Pelajaran Kebangsaan, Joey Pelaez kagum dengan kuasa tarikan Concepcion di kalangan remaja.[98] Dia juga menjadi salah seorang daripada duta "Kempen Ditangkap Membaca" Lembaga Pembangunan Buku Kebangsaan (NBDB) pada 2007.[99]

Concepcion kemudian dilantik oleh Perikatan Perisian Perniagaan sebagai Jurucakap Rasmi Filipina untuk B4USurf, satu kempen serata Asia yang bermatlamatkan mempromosi pengunaan internet yang selamat.[100][101] Di samping itu, Concepcion masih menjadi Duta Remaja untuk Pendidikan dan Kesenian di Daerah ke-3 Manila pada masa itu.[102] Bagi kempen itu, dia melancarkan Pertandingan Seni Tanah liat Kertas di Manila Ocean Park dengan tema, "Ako Para sa Kalikasan".[102]

Pada 2008, Concepcion mempunyai minat lain iaitu menyokong hak dan kebajikan setiap kanak-kanak Filipina dengan dia adalah orang dilantik terkini bagi Duta World Vision untuk Kanak-kanak.[103][104] Sebagai duta World Vision, dia menjadi aktif dalam pelbagai aktiviti World Vision.[104] Dia bertolak untuk melawat kawasan-kawasan perbandaran dan wilayah-wilayah yang miskin di Filipina untuk menggalakkan setiap orang berkongsi nikmat mereka, supaya keluarga-keluarga miskin Filipina dapat menikmati keriangan Krismas menerusi "Noche Buena Gift" World Vision.[104] Pada awal 2009, dia melawat Palawan, khususnya kawasan-kawasan terpencil di wilayah itu untuk melihat kehidupan kanak-kanak Filipina di sana.[105] Dalam tahun yang sama, Concepcion juga dilantik sebagai Duta Remaja bagi Pendidikan dan Kesenian di Daerah ke-3 Manila yang dengan itu dia melancarkan "PaperClay Art Competition" di Manila Ocean Park dengan tema, "Ako Para sa Kalikasan".[102] Dia percaya bahawa seni PaperClay adalah alat yang hebat untuk mengasah kreativiti murid-murid dan remaja.[102] Pada Mei 2009, Concepcion mengadakan konsert besar lain yang berjudul, I'll Find Your Heart: Part 2 yang diadakan di Crossroads77 Convenarium di Quezon.[106] Konsert bersebab ini membantu mengumpulkan dana bagi Aim Christian Learning Center.[106] Apabila Filipina dibadai Taufan Ondoy, Concepcion beserta selebriti-selebriti lain membantu mengagihkan barangan bantuan kepada keluarga-keluarga yang terpencil di pusat-pusat pemindahan di Metro Manila. Di Marikina, yang paling teruk terjejas dengan taufan, Concepcion mengumpulkan semua kanak-kanak bagi interaksi untuk merangsang sikap positif di kalangan mereka terutamanya mereka yang mengalami trauma akibat bencana itu.[107]

Fail:Sam Concepcion in World Vision Mission in Cagayan de Oro, 2012.jpg
Sam Concepcion dalam syarahannya untuk "Kempen Remaja Menentang Kelaparan" World Vision pada 2012 di Cagayan de Oro City.

Pada Disember 2011, Concepcion dan artis-artis Star Magic, yang diketuai pelakon Piolo Pascual telah mengadakan konsert satu malam yang dijolok sebagai "A Night to Give Back" di Zirkoh Morato, yang kanak-kanak cacat dan kurang bernasib baik merupakan benefisiari utama.[108] Hasil kutipan konsert itu didermakan kepada Elsie Gaches, Reception and Study Center for Children, Sanctuary Center dan Sagip Kapamilya.[109] Pada bulan yang sama, Concepcion juga menghadiri program pemberian makanan kepada kanak-kanak kurang pemakanan dari Teresa Heights di Fairview, Quezon City.[109] Pada 29 Disember 2011, Concepcion disertai oleh rakan duta Tippy Dos Santos dalam aktiviti kemuncak "Child Friendly Space (CFS)" di pusat pemindahan yang terletak di kampung di Macasandig, Cagayan de Oro untuk memberi usaha bantuan kepada mangsa-mangsa Taufan Sendong.[110] Mereka berdua juga melawat beberapa kawasan yng dibadai teruk di Tibasak dan Sitio Cala-Cala yang di sana mereka mendengar dan mengikat hubungan dengan keluarga-keluarga dan kanak-kanak yang terselamat. “Taufan itu menyebabkan ribuan kanak-kanak kehilangan rumah tangga dan mudah terdedah pada bahaya,” kongsi Sam. “Dengan cara kecil saya sendiri, saya berharap untuk mententeramkan hati mereka yang gundah-gulana”, dia menambah.[110]

Pada 30 September 2012, Concepcion beserta duta-duta lain bagi Pertubuhan World Vision termasuklah Tippy Dos Santos, Gloc 9, Ogie Alcasid dan Nikki Gil menyertai kempen menentang kebuluran yang diberi slogan iklan “Your Hunger can Feed a Child” yang dijalankan di Skydome SM North Edsa.[111] Acara tahunan ini, pada tahun ketiganya di Filipina, adalah sebahagian daripada gerakan sedunia yang bertujuan membangkitkan kesedaran dan dana untuk melawan kebuluran, terutamanya di kalangan kanak-kanak.[111]

Pada 2013, Concepcion adalah salah seorang artis Filipina yang membuat persembahan di konsert tahunan MYX! Mo, 2013 yang dijalankan di Mall of Asia Concert Grounds, yang hasil kutipannya disumbangkan kepada berjuta-juta mangsa Taufan Haiyan, taufan terkuat yang pernah dicatatkan melanda negara itu.[112]

Produk dan Pengiklanan[sunting | sunting sumber]

Sebelum menempa nama dalam karier TVnya pada 2004, Concepcion muncul menerusi iklan Maggi Sinigang sa Miso, yang menampilkan bapa sebenarnya.[113] Concepcion membuat rap dalam iklan itu dengan baris-baris ayat "Parang may isang anghel sa aking labi/ Na nakalutang sa ulap / At nangingiliti / Kung ang alat at asim ng buhay ay tulad ng hain ni Inay / Suspetsa ko buong mundo’y / magiging mapayapa at masaya", menjadi viral di kalangan kanak-kanak dalam pelbagai peringkat usia.[113] Pada 2006, sebelum memenangi gelaran dalam Little Big Star pun, Concepcion telah pun ditawarkan dengan pengiklanan dan projek. Iklan pertamanya datang dari Bench, pengeluar pakaian tempatan Filipina. Pada tahun yang sama, dia mengiklankan permainan atas talian, Ragnarok yang kemudiannya menjadi kecenderungan di kalangan remaja Filipina dan "Commute" Stresstabs. Pada 2009, Concepcion menjadi pengiklan bagi jenama pakaian tempatan Bench, yang pada 2012 dia menjadi model termuda yang memperagakan pakaian di pentas semasa Pertunjukan Fesyen Bench pada tahun itu.[45][114] Pada tahun yang sama, dia mengikat kontrak dengan rangkaian makanan Karate Kid sebagai pengiklan pertamanya dan satu-satunya pengiklan selebriti.[115] Ia kemudian membuka pintu bagi Concepcion kepada pelbagai pengiklanan seperti Skechers dan "TANG" Fruit Teaz. On 2010, he joined his co-S.T.A.G.E.S actor Christian Bautista for "Blackwater Jr." cologne.[116] Pada 2011, dia menjadi salah seorang pengiklan bagi satu lagi rangkaian makanan di Filipina, Jollibee, sebagai sebahagian daripada peranannya sebagai salah seorang Duta Sedap syarikat itu.[60] He promotes the slogan "I am Pinoy, I am Young, I Yum" promoting Filipino values, the youth spirit and the Jollibee Yum-burger.[60]

Pada 2012, Concepcion merakam sebuah dendang bersama Julie Anne San Jose, yang ternyata menjadi lagu tema bagi satu jenama telefon bimbit, My|Phone.[117] Dia mengetuai iklan itu bersama dengan pelbagai bintang remaja dari tiga saluran terbesar di Filipina, GMA Network, ABS-CBN dan TV5.[117] Pada tahun yang sama, Concepcion memperagakan buat kali kedua di Pertunjukan Fesyen Bench tahun itu dengan jolokan "Bench Universe" yang berlangsung di Mall of Asia Arena.[118] In the same year, he and model-actor Ivan Dorschner endorses the ABE International Business College. Dalam tahun yang sama, dia dan pelakon yang juga peragawan Ivan Dorschner mengiklankan ABE International Business College.[119] Selepas tamat kontraknya bersama SMART, dia dilancarkan sebagai pengiklan terbaharu Sun Cellular di samping pemain bola keranjang kolej, Kiefer Ravena dan usahawan muda, Marco Lobregat pada 30 Ogos 2012.[120] Semasa penandatanganan kontrak berlangsung di Galleria Corporate Center di Quezon City, dia secara rasmi menggalas peranannya untuk mewakili perintis "Call and Text Unlimited" bagi salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Filipina. Dia juga merakam lagu "Where I Belong" sebagai lagu tema bagi iklan jaringan itu.[121]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Karya Solo[sunting | sunting sumber]

Studio albums
EPs
Repackaged Album
Video Album

Karya yang ditonjolkan[sunting | sunting sumber]

Album
Album Video Album
  • 2004: Dunkin Donuts Christmas Album
  • 2006: Little Big Deeds
  • 2008: Kung Fu Panda (Kung Fu Master Edition)
  • 2008: Kung Fu Panda (Secret of the Furious Five)

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 18th Aliw Awards Best Child Performer Dicalonkan
Entertainment Konek Male Crush ng Bayan Menang
2006 Nickelodeon Kids’ Choice Awards[124] Pinoy Wannabe Menang
19th Aliw Awards Best New Male Artist Dicalonkan
Yes! Philippines Award Next Male Superstar Dicalonkan
CREBA Filipino World Champion Artist Award Menang
K-Zone Awards Favorite Male Singer of the Year Menang
CandyRap Awards Favorite Teen Star Menang
2007 33rd Metro Manila Film Festival Best Supporting Actor for Shake, Rattle & Roll 9 Dicalonkan
20th Aliw Awards Best Stage Actor in a Musical Dicalonkan
21st PMPC Star Awards for TV [125] Best Public Affairs Program Host Dicalonkan
German Moreno Special citation Vaudeville Award Menang
2008 MYX Music Awards Best New Artist Menang
10th Gawad PASADO Awards PinakaPASADOng Kabataan with (Shaina Magdayao) Menang
2009 Pure & Fresh Top Teens Awards Top Teen Male Entertainer Menang
United Nations Youth Association of the Philippines UNAP Outstanding Youth Leader Menang
Dangal ng Pilipinas Award Best Promising Male Young Singer Performer Menang
2011 59th FAMAS Awards German Moreno Youth Achievement Award Menang
2012 MYX Music Awards[126] Favorite Male Artist Dicalonkan
Favorite Remake Dicalonkan
Favorite MYX Celebrity VJ Dicalonkan
2013 Dahsyatnya Awards[127] Most Awesome Guest Star Menang
10th Golden Screen Awards for Movies[128] Best Performance by an Actor in a Lead Role-Musical or Comedy for I Do Bidoo Bidoo Dicalonkan
26th Awit Awards[129] Best Performance by a Male Recording Artist (Kontrabida) Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sam Concepcion at the Internet Movie Database
  2. ^ a b Concepcion wins Little Big Star
  3. ^ a b Stage boys CHASING TOFF By Christopher De Venecia, The Philippine Star Updated November 04, 2011
  4. ^ a b Sam Concepcion Tween Heartthrob ShowBiz Pinoy
  5. ^ a b Sam Concepcion the Next Christian Bautista
  6. ^ a b Sam Concepcion: Not in a rush for international acclaim PEP.ph'. By Vanessa A. Balbuena. Retrieved 09-11-2012
  7. ^ STAGES Talent wins Little Big Star
  8. ^ Sam Concepcion is proud of "Little Big Star" batchmate Charice PEP.ph. Retrieved 08-09-2008
  9. ^ Candy Cutie: Sam Concepcion Candy Mag. Retrieved 09-07-2012
  10. ^ Sam Concepcion: Full Bio MTV. Retrieved 09-07-2012
  11. ^ Sam Concepcion is honored and grateful for his recent achievements By MAUREEN MARIE BELMONTE Manila Bulletin. June 23, 2011
  12. ^ STAGES talent Sam Concepcion wins in 'Little Big Star' Click The City. Retrieved 09-07-2012
  13. ^ Sam in Super Inggo
  14. ^ STAGES Talents Make Their Mark
  15. ^ Sam wows APEC delegates
  16. ^ Sam wins Pinoy Wannabe
  17. ^ a b Enzo Pineda beats Sam Concepcion PEP.ph. Retrieved 09-07-2012
  18. ^ Sam and Christian on Birthday Bash Concert
  19. ^ a b c Sam in Walang Kapalit
  20. ^ Sam Dubs Koyuki in Beck
  21. ^ Sam in High School Musical on Stage
  22. ^ Sam in High School Musical on Stage, Extended
  23. ^ Sam launches Debut Album
  24. ^ a b c d Sam Concepcion receives a 'Gold' Award MYX Philippines!. Retrieved 09-07-2012
  25. ^ Sam Concepcion receives a gold record award ABS-CBN News. Retrieved 09-07-2012
  26. ^ Sam Concepcion receives a Gold Record Award
  27. ^ Star Magic Talents Add Glitter to I Love Betty La Fea
  28. ^ Kung Fun Fighting! DVD Active. Retrieved 089-07-2012
  29. ^ Sam Concepcion sings Kung Fu Panda Theme
  30. ^ Sam Concepcion becomes MYX's youngest Favorite New Artist PEP.ph. Retrieved 09-07-2012
  31. ^ Sam Concepcion becomes MYX's youngest Favorite New Artist PEP.ph. Retrieved 04-08-2009
  32. ^ Sam Wins Favorite Artist on MYX
  33. ^ Sam Wins Top Teen Male Entertainer
  34. ^ Sam awarded UN Youth Leader Award
  35. ^ Sam Concepcion and other youth from different fields recognized for their achievements PEP.ph. Retrieved 09-07-2012
  36. ^ Sam admits he's still new to showbiz ABS-CBN News. Retrieved 09-07-2012
  37. ^ Sam Concepcion stars on Lip Gloss Telebisyon.net. Retrieved 09-07-2012
  38. ^ TV5 introduces its own homegrown stars via teen show "Lipgloss" PEP.ph. Retrieved 08-14-2008
  39. ^ Sam Concepcion says he is happy to be part of the Giggerboys by Rachelle Siazon. ABS-CBN News. May 20, 2009
  40. ^ Sam is Bobet on Boystown ABS-CBN News
  41. ^ Sam Turns 16 with a Concert
  42. ^ Sam Plays the Narrator in N.O.A.H
  43. ^ a b N.O.A.H. returns after the floods
  44. ^ Sam Concepcion on Yahoo Music Yahoo! Music. Retrieved 09-07-2012
  45. ^ a b Edgy, Exotic Under-fashions at the Bench Uncut Runway Show Female Network. Retrieved 09-07-2012
  46. ^ Napoleon Quintos. "Sam Concepcion grows up in the upcoming film ‘Cinco’" ABS-CBN News.
  47. ^ Napoleon Quintos. "AJ Perez top-bills the new horror film ‘Cinco’". ABS-CBN News Retrieved 09-07-2012.
  48. ^ Sam Concepcion dedicates his role in ‘Way Back Home’ to AJ Perez PUSH.ph. Retrieved 09-07-2012
  49. ^ Sam Concepcion hopes to be worthy replacing his late friend AJ Perez in Way Back Home PEP.ph Retrieved 09-07-2012
  50. ^ Sam Concepcion: Next big leading man? ABS-CBN News. Retrieved 10-6-2012
  51. ^ FIRST READ ON PEP: Taylor Swift charms Pinoy crowd; thanks Sam Concepcion for "awesome" performance PEP.ph. Retrieved 09-07-2012
  52. ^ Taylor Swift selects Sam Concepcion to open for her Manila concert Manila Bulletin. Retrieved 02-02-2011
  53. ^ Sam Concepcion opens Taylor Swift concert SunStar. Retrieved 09-07-2012
  54. ^ Sam Concepcion is ecstatic about his front act for Taylor Swift's Asian tour Nica Tomines, PEP.ph. Saturday, February 05, 2011
  55. ^ Sam Concepcion at Elmo Magalona, front act sa concert ni Miley Cyrus Bombo Radyo Philippines. Retrieved 10-3-2012
  56. ^ Sam Concepcion, Elmo to be front act for Miley Cyrus ABS-CBN News. Retrieved 10-3-2012
  57. ^ Elmo on fronting for Miley’s Manila concert, fame and cooking By JULIEN MERCED C. MATABUENA. Manila Bulletin. Retrieved 10-3-2012
  58. ^ MyPhone Online music video launched SunStar. Retrieved 10-3-2012
  59. ^ Sam Concepcion on Pilipinas! Tara Na! Our Paradise Philippines. Retrieved 09-07-2012
  60. ^ a b c “Fly High” with World Vision and Jollibee Yumbassadors: Yumbassadors shared their secret to becoming youth achievers Jollibee Official Website. Retrieved 09-30-2012
  61. ^ Bam Aquino, 8 others named 'Yumbassadors' ABS-CBN News. Retrieved 09-30-2012
  62. ^ Sam Concepcion topbills 'Peter Pan' Manila Bulletin. April 30,20122
  63. ^ a b Sam Concepcion busy with rehearsals for his musical play, Peter Pan PEP.ph. Retrieved 09-07-2012
  64. ^ Sam keeps flying high By Marinel R. Cruz Philippine Daily Inquirer. Retrieved 10-2-2012
  65. ^ A sexier Sam Concepcion will fly as Peter Pan starting September 30 PEP.ph. Retrieved 09-07-2012
  66. ^ Sam Concepcion - Forever Young iTunes. Retrieved 09-30-2012
  67. ^ Sam Concepcion Releases New Music Video Candy Mag. Retrieved 09-07-2012
  68. ^ Sam Concepcion is 'Forever Young' Manila Bulletin. Retrieved 09-07-2012
  69. ^ a b c d Sam Concepcion's Kontrabida wins at PhilPop Philippine Star. Retrieved 09-17-2012
  70. ^ PhilPop signals OPM’s rebirth By Rito P. Asilo Philippine Daily Inquirer. Retrieved 09-17-2012
  71. ^ Akafellas member wins 1st PhilPop ABS-CBN News. Retrieved 09-17-2012
  72. ^ With ‘I Do Bidoo Bidoo’, Tippy Dos Santos is ready for her close-up InterAksyon. Retrieved 08-29-2012
  73. ^ After 'Peter Pan,' Sam plays role of teen dad ABS-CBN News. Retrieved 07-30-2012
  74. ^ Sam Concepcion Shrugs Off ‘Rivalry’ with Daniel Padilla Manila Bulletin By JOJO P. PANALIGAN. Retrieved 07-30-2012
  75. ^ Sam Concepcion considers I Do Bidoo Bidoo his biggest break: "Musical movie siya na hindi pa nagagawa. It's something new." PEP.ph. Retrieved 07-30-2012
  76. ^ Mainstream filmmaking scene perks up Philippine Daily Inquirer. Retrieved 08-20-2012
  77. ^ Gary V to do film with Zsa Zsa, Ogie ABS-CBN News. Retrieved 07-30-2012
  78. ^ Manago, Lito. "I Do Bidoo Bidoo leads 10th Golden Screen Awards nominations". PEP.ph. Dicapai 21 April 2013. 
  79. ^ 14 Scripts Beat MMFF Deadline Manila Bulletin. Retrieved 09-20-2012
  80. ^ ‘Enteng Kabisote’, ‘Shake, Rattle & Roll’ franchises lead 38th MMFF entries InterAksyon. Retrieved 09-20-2012
  81. ^ Sina Richard Gomez, Iza Calzado, Sam Concepcion, at Zsa Zsa Padilla ang stars ng Mga Kuwento ni Lola Basyang ng Unitel Films. Philippine Star. Retrieved 09-20-2012
  82. ^ Singer-actor Sam Concepcion goes international via live and network shows in Indonesia PEP.ph. Retrieved 09-07-2012
  83. ^ a b Sam Concepcion performs in Indonesian TV show PEP.ph. Retrieved 06-30-2012
  84. ^ a b c Sam, gagawa ng album, TV shows at movies sa Indonesia! Abante-Online By: Rey Pumaloy. Retrieved 09-11-2012
  85. ^ Sam Concepcion Release Single "Forever Young" in Indonesia Pikiran-Rakyat Online - Indonesia. Retrieved 09-11-2012
  86. ^ "Sam Concepcion won in Indonesia's Dahsyat Awards". ABS-CBN News. ABS-CBN. Dicapai 24 January 2013. 
  87. ^ a b c "Sam Concepcion opens up on Jasmine Curtis-Smith". ABS-CBN News. Dicapai 9 April 2013. 
  88. ^ a b "Sam Concepcion releases new album". SunStar. 2 August 2013. Dicapai 3 August 2013. 
  89. ^ "Sam Concepcion gears up for international career". ABS-CBNnews.com. Dicapai 5 January 2013. 
  90. ^ "Sam Concepcion 05.24.2013". MyMusicStore.com.ph. Dicapai 20 May 2013. 
  91. ^ "Christian Bautista, Karylle and other singers to interpret Philpop 2013 entries". Philippine Entertainment Portal. June 5, 2013. Dicapai June 26, 2013. 
  92. ^ "Julia Barretto and Enrique Gil team up for upcoming primetime series Mira Bella". PEP.ph. Dicapai 10 December 2013. 
  93. ^ Alejandrino, Nel. "Sam Concepcion is Julia's new leading man". Journal. Dicapai 10 December 2013. 
  94. ^ "Sam Concepcion honored to play lead role in 'Mira Bella'". ABS-CBN News. Dicapai 11 December 2013. 
  95. ^ a b c Sam Concepcion - DepEd Updates
  96. ^ Sam leads Sama-Sama sa Eskwela
  97. ^ a b c Sam Concepcion Challenges Over 100,000 Students To Excel In School Titik Filipino. Retrieved 10-2-2012.
  98. ^ a b Sam Concepcion, youth role model, visits 50 schools; stars in ‘SRR9’ By Crispina Belen Manila Bulletin 12-9-2007.
  99. ^ Sam Concepcion gets caught reading! National Book Development Board Official Website. Retrieved 09-07-2012
  100. ^ Sam Concepcion is B4USurf's Official Spokesperson
  101. ^ Sam Concepcion encourages safe, responsible Internet surfing PEP.ph. Retrieved 02-28-2008
  102. ^ a b c d DepEd youth ambassador Sam Concepcion launches 2009 PaperClay Art Competition PEP.ph. Retrieved 11-19-2009
  103. ^ Sam Concepcion is the New Ambassador for Children
  104. ^ a b c World Vision Ambassador Sam Concepcion: On sharing blessings & paying it forward Philippine Star. Retrieved 09-07-2012
  105. ^ Sam Concepcion prepares lunch with a WV sponsored child in Palawan World Vision. Retrieved 09-07-2012
  106. ^ a b Sam Live in Concert
  107. ^ Sam Concepcion, a role model for today’s youth by Rachelle Siazon, ABS-CBN News. November 09, 2009
  108. ^ Piolo headlines Star Magic’s charity programs By Karen Valeza "Yahoo! Southeast Asia Newsroom" Retrieved 10-02-2012
  109. ^ a b Star Magic artists give back to charity through concert ABS-CBN News. Retrieved 10-02-2012
  110. ^ a b Teen stars bring smiles to CDO children by Jon Carlo Fortich and Crislyn Felisilda, World Vision Official Website. Retrieved 10-3-2012
  111. ^ a b Celebrities join campaign against world hunger By Aliana Gimena, InterAksyon.com. Retrieved 10-01-2012
  112. ^ "Watch a concert, help 'Yolanda' victims". ABS-CBN News. Dicapai 15 November 2013. 
  113. ^ a b Ads that name Celebs SPOT.ph. Retrieved 10-6-2012
  114. ^ Sam is Bench Endorser
  115. ^ Sam leads Karate Kid branch opening
  116. ^ Sam Concepcion dreams of doing action roles (The Freeman) The Philippine Star Updated September 3, 2010
  117. ^ a b MyPhone Online TV Commercial Coolbuster. Retrieved 10-6-2012
  118. ^ Sam Concepcion For 'Bench Universe' 2012 Simply Manila. Retrieved 10-6-2012
  119. ^ Sam Concepcion talks about his first screen kiss with Tippy Dos Santos in ‘I Do Bi Doo Bi Doo’ by: Rachelle Siazon, PUSH.com. Retrieved 10-6-2012
  120. ^ Sam Concepcion bagong taga-Sun Cellular The Philippine Star. Retrieved 10-6-2012
  121. ^ Sam Concepcion is the New Endorser of Sun Cellular PEP.ph. Retrieved 10-6-2012
  122. ^ "I Doo Bidoo Bidoo, Heto Napo Sila (Original Movie Soundtrack)". MyMusicStore. Retrieved 4 September 2012.
  123. ^ "Toni Gonzaga and Nash Aguas depict young love in Maalaala Mo Kaya | PEP.ph: The Number One Site for Philippine Showbiz". PEP.ph. Dicapai 2014-02-07. 
  124. ^ "Sam Concepcion Wins The "Pinoy Wannabe" at Nickelodeon Kids' Choice Awards 2006". STAGES. titikpilipino.com. Dicapai 13 July 2006. 
  125. ^ 21st Star Awards for TV nominees announced The Philippine Star Updated October 28, 2007
  126. ^ "2012 MYX Music Awards Nominees". PHILCHARTS. Dicapai 8 February 2012. 
  127. ^ "Sam Concepcion won The Most Awesome guest star in Dahsyatnya Awards in Indonesia". Philippine Entertainment Portal. Dicapai 23 January 2013. 
  128. ^ "10th Golden Screen Awards for Movies list of nominees". ABS-CBN News. Dicapai 21 April 2013. 
  129. ^ "Finalists in 26th Awit Awards revealed". ABS-CBNnews.com. Dicapai 3 June 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sam Concepcion