Sayangi Dirimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Sayangi Dirimu"
Single oleh Fazura
daripada album Fazura
Dikeluarkan pada14 Disember 2014 (digital)
23 April 2015 (keluaran siaran radio)
FormatMuat turun digital[1]
Dirakam pada2014
GenrePop
Panjang3:58 (lagu)
4:07 (muzik video)
SyarikatPink Fate Sdn Bhd
Eid & Ego Group
Warner Music Malaysia
PenulisShah Shamshiri
PenerbitDamian Mikhail
Video muzik
Sayangi Dirimu di YouTube

"Sayangi Dirimu"[2][3] ialah lagu oleh pelakon terkenal Malaysia, Nur Fazura, dimuatkan dalam album studio pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dikeluarkan pada 3 November 2017.[4] Lagu ini merupakan single solo pertamanya dan dikeluarkan secara digital pada 14 Disember 2014 dan secara rasmi pada 23 April 2015, ia merupakan percubaan sulung Fazura sebagai penyanyi. Lagu ini dicipta oleh Damian Mikhail dan liriknya ditulis oleh Shah Shamshiri.[5][6] Lagu ini boleh didapati di semua platform digital utama. iTunes,[1] Spotify,[1] KKBOX, Deezer, dan nada dering ringback boleh didapati di semua platform telekomunikasi.[7][8]

Lagu ini juga digunakan sebagai lagu tema untuk program dokumentari biografi Facing Up To Fazura yang bersiaran di saluran E!.[9][10]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Sayangi Dirimu" merupakan hasil ciptaan komposer Damian Mikhail dan lirik oleh Shah Shamshiri. Lagu ini dikeluarkan pada 23 April 2015 dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di stesen radio. Menurut Fazura, single ini dipersembahkan sebagai sebuah bentuk terima kasih kepada rakan media dan peminat yang sering menyokong kerjaya beliau tidak kira dimana mereka berada. Fazura juga ingin mengajak pendengar untuk menyayangi diri mereka dan memberi semangat kepada peminat beliau supaya mereka dapat menghadapi kehidupan seharian dengan lebih ceria.[11]

Lagu ini mempunyai ciri-ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo dan muzik yang rancak menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini. Lagu yang berentak Pop ini mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama.[11] "Sayangi Dirimu" ini pastinya tidak akan mengecewakan para peminat mahupun pendengar dengan alunan melodi dan senikata yang mampu memberi semangat kepada para pendengar dari keratan pertama sehingga ke keratan terakhir.[11]

Menurut Fazura, beliau sebenarnya sudah lama berhasrat untuk bergelar penyanyi namun rezeki dalam lakonan dan pengacaraan terlebih dahulu membuka jalan dalam kerjayanya. Katanya lagi, dia juga pernah berasa skeptikal untuk bergelar penyanyi kerana bimbang sama ada dapat diterima atau sebaliknya. Beliau juga memberitahu tidak pernah memasuki sebarang kelas vokal sebaliknya sering menyanyi sebagai latihan pemantapan suara dan mengikut nasihat Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid agar kerap berlatih dengan menyanyikan pelbagai lagu.[12] Sebagai penyanyi dia bercadang untuk tampil dengan album penuh tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan.[13]

Fazura berkata, single itu dipersembahkan sebagai suatu penzahiran terima kasih kepada peminat yang sering menyokong kerjayanya.[14][15]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Latar belakang dan keluaran[sunting | sunting sumber]

Muzik video untuk lagu ini juga sudah berada di akaun YouTube Fazura iaitu Fazura Official, ia diarahkan oleh Fabian Wilfred Joseph. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 4.07 minit itu berkisarkan tentang perjalanan hidup Fazura sebagai seorang insan seni dimana beliau sering menghadapi saat-saat pahit dan manis disepanjang kariernya.[11] Bagaimanapun, tidak lama selepas muzik video ini dimuatnaik, ia mendapat kritikan yang pedas apabila peminatnya tidak menyukai Fazura sebagai penyanyi. Ada yang berkata suaranya tak sedap dan pelbagai jenis komen. Tidak ketinggalan juga ada yang memberi kritikan yang positif.[16] Namun bagi Fazura, kritikan tersebut tidak dipedulikan olehnya. Dalam temuramah, beliau berkata:[17]

Terpulang, jika itu pendapat mereka dan orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam "Sayangi Dirimu".[17]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Muzik video dimulakan dengan Fazura mempersiapkan dirinya di bilik solekan. Tajuk lagu dan nama beliau tertera di skrin. Fazura kelihatan bersiar-siar di bandar dan kemudiannya, duduk sambil bersandar di dinding yang dipenuhi dengan beberapa keping gambar yang dilekatkan di sekelilingnya. Beliau menconteng cermin dengan gincunya. Adegan seterusnya, beliau berdiri dan bersandar di tembok bata dan berdiri di bawah jambatan monorel. Babak berikutnya, menunjukkan beberapa orang mempamerka tanda berbentuk pesanan yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Pada adegan berikutnya, beliau menyentuh rambutnya dan menulis sesuatu di cermin dan beliau keihatan menyanyi dalam terowong dan berdiri di tembok. Beliau kelihatan bermain-bermain dengan belon berwarna ungu dan merah jambu dan seterusnya membuat tanda berbentuk hati, begitu juga dengan kanak-kanak lain yang turut melakukan cara yang sama. Kemudian, dua wanita kelihatan menunjukkan tanda pesanan yang tertera "#SayangiDirimu". Pada adegan berikutnya, beliau berjalan di atas pentas dan merendamkan wajahnya dalam air, seterusnya beliau menyanyi di pentas sambil ditonton oleh peminat yang membawa sepanduk. Fazura mengalihkan lolipop pelangi dari sebelah kanannya. Muzik video diakhiri dengan Fazura meninggalkan bilik air dan tulisan "#SayangiDirimu" kelihatan pada cermin.

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

"Sayangi Dirimu" dipersembahkan secara eksklusif oleh Fazura di pentas konsert ulangtahun majalah EH! ke-15 pada November 2014.

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Lagu
Muzik video

Kredit diperoleh dari kredit muzik video.

  • Diterbitkan oleh: Project Room / Eid & Ego Group
  • Penerbit: Fabian Wilfred Joseph / Farid Ramlee
  • Pengarah: Fabian Wilfred Joseph
  • Pengarah Forografi: Haris Hue
  • Penyunting: John Hafiz
  • Solekan / Pakaian: Cherrina Othman (Chot)
  • Pakaian: Rizman Ruzaini
  • Pengarah Seni: Taufiq Kamal
  • Penolong Pengarah 1: Umie Omar
  • Penolong Kamera 1: Kenneth Yee
  • Penolong Kamera 2: Rohaizudden Hamid
  • Pengurus Penerbitan 1: Zsa Zsa
  • Pengurus Penerbitan 2: Law Siow Fei
  • Krew: James Shanmugam
  • Krew: Mizi
  • DIT: Keat
  • Juruteknik Ronin: Jay
  • Penerbitan Sokongan: Red Communications Sdn Bhd
  • Pasca Penerbitan: Outpost Sdn Bhd
  • Peralatan: The Rental House

Format runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[1]
  1. "Sayangi Dirimu" – 3:58

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh keluaran Format
Malaysia
  • 14 Disember 2014
  • 23 April 2015

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Muat turun digital:
  2. ^ Sayangi Dirimu (catatan media). Fazura. Pink Fate Sdn Bhd, Eid & Ego Group dan Warner Music Malaysia. 2014. 
  3. ^ FAZURA BERGELAR PENYANYI, LANCAR SINGLE PERTAMA Media Hiburan (10 November 2014). Dicapai pada 15 November 2014.
  4. ^ Taufiq Nazli (22 April 2015). Fazura kini bergelar penyanyi, bakal lancarkan single Rotikaya. Diperoleh pada 6 Mac 2015.
  5. ^ Fazura pertaruh ‘Sayangi Dirimu’ Malaysiakini (25 April 2015). Dicapai pada 28 Disember 2016.
  6. ^ ‘Sayangi Dirimu’ a hit, more on the horizon for Fazura Hizreen Kamal. New Straits Times (23 April 2015). Dicapai pada 28 Disember 2016.
  7. ^ Noor Ashikin Abdul Rahman (25 July 2015) I’m dating my career - Fazura AsiaOne. Retrieved on 1 August 2015.
  8. ^ 'Sayangi Dirimi' bak kata Fazura SecawanTehTarik. 25 April 2015.
  9. ^ Nur Fazura Tidak Kisah Nyanyian Dikritik & Syukur Impian Tercapai Rotikaya. Diperoleh pada 25 April 2015.
  10. ^ 'Sayangi Dirimu' Uji Kredibiliti Fazura Dalam Bidang Nyanyian Rawk Portal. Diperoleh pada 25 April 2015.
  11. ^ a b c d 'Sayangi Dirimu' Fazura Dapat Sambutan Hangat Era FM (16 Jun 2015). Dicapai pada 28 Disember 2015.
  12. ^ Fazura terima nasihat Sheila Majid The Rakyat Post. Dicapai pada 25 April 2015.
  13. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (25 April 2015) Fazura Enggan Hirau Pihak Pertikai Kebolehannya Menyanyi mStar Online. Diperoelh pada 1 Mei 2015.
  14. ^ Hanisah Selamat (25 April 2015) Single pertama Fazura, Sayangi Dirimu hit di YouTube BH Online. Diperoleh pada 1 Mei 2015.
  15. ^ Kritikan tak bunuh semangat Fazura terus menyanyi Farihad Shalla Mahmud. BH Online. 8 Oktober 2016.
  16. ^ Taufiq Nazli (22 April 2015). Official Music Video Fazura “Sayangi Dirimu” Mendapat Kritikan Pedas Jom Lepak. Diperoleh pada 22 April 2015.
  17. ^ a b Ahmad Nazwan "Abang Nara" Amran (27 April 2015). Dikritik Tak Boleh Menyanyi, Nur Fazura Tak Peduli Kata Orang BeautifulNara. Diperoleh pada 1 Mei 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]