Langit Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Langit Cinta
Poster Langit Cinta.jpg
Pengarah Osman Ali
Penerbit Imlya Irwani Roslan
Jullian Jayaseela
Gayatri Su-Lin Pillai
Dibintangi oleh Nur Fazura
Keith Foo
Farid Kamil
Siti Saleha
Datuk Jalaluddin Hassan
Ogy Ahmad Daud
Muzik oleh Nurzaidi Abdul Rahman
Disunting oleh Farida Alzurin Zulkaranain
Syarikat
produksi
Astro Shaw
Nuansa Sdn Bhd
Pengedar Tayangan Unggul
Mula ditayangkan
7 Januari 2016
Tempoh tayangan
120 Minit
Negara Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Perbelanjaan RM 1.5 Juta[1]
Box office RM 567,000[2]

Langit Cinta merupakan sebuah filem drama/cinta yang diarahkan oleh Osman Ali dan dibintangi oleh Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Datuk Jalaluddin Hassan dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini mengisahkan mengenai percintaan di antara Khadejah (Nur Fazura) dan Aliff (Keith Foo). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 7 Januari 2016.Filem ini telah diadaptasi kepada novel dengan tajuk yang sama.[3]Filem ini telah memenangi satu dari dua pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Ogy Ahmad Daud (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Aliff Zulkarnain (Keith Foo) merupakan seorang anak kepada Datuk Affendi (Datuk Jalaluddin Hassan), pemilik kepada sebuah syarikat hartanah di Kuala Lumpur. Mereka mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, Langkawi denga bantuan nelayan, Budiman (Farid Kamil) untuk menghasut ahli kampung untuk menjual tanah mereka. Khadejah (Nur Fazura) pula menentang penjualan tersebut dek kerana hakikat rumahnya itu dibina oleh arwah bapanya. Aliff cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cuba mendekati ibu Khadejah, Mak Piah (Ogy Ahmad Daud). Bibit-bibit percintaan mulai mekar apabila Aliff melihat akan kepentingan rumah tersebut kepada Khadejah dan Mak Piah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Aliff nekad memperisterikan Khadejah. Bermula dari situ, kehidupan Aliff dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Fazura memegang watak sebagai Khadeja dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat inspirasi dari kisah percintaan antara ibubapa pengarah, Osman Ali. Filem ini telah menjalani pengambaraan selama 50 hari di Pulau Tuba, Langkawi, Sabah dan Lembah Klang. Farid Kamil, yang membawakan watak Budiman telah menggelapkan kulitnya agar sesuai dengan pekerjaannya sebagai seorang nelayan.[4]Tiga minggu diperlukan untuk membina rumah Khadeja yang terletak di tepi laut.[5]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Majlis pratonton bagi filem ini telah dilakukan pada 22 Disember 2015 di GSC Cathay Cineleisure, Petaling Jaya.[6] Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan pada 5 Januari 2016 di Langkawi.[7][8]Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 7 Januari 2016.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Ajami Hashim dari Astro Awani dan AR Rizu dari Malaysiakini senada dalam ulasan mereka terhadap filem ini iaitu "...sebuah filem bertih jagung yang ringan dan santai ".[9][10] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memuji aspek sinematografi filem ini.[11] Huzz dari portal kehidupan Instaonline.com.my memberi empat dari enam bintang kepada filem ini.[12]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

"Langit Cinta"
Single oleh Dayang Nurfaizah
Dikeluarkan pada 18 Disember 2015 (Digital)
Format Muat turun digital
Dirakam pada 2015
Genre Pop
Panjang 3:43 minit
Penulis Nurzaidi Abdul Rahman[13]
Penerbit MEASAT Broadcast

Runut bunyi asal (OST) bagi filem ini ialah Langit Cinta oleh Dayang Nurfaizah.[14]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ogy Ahmad Daud Menang
Lagu Tema Asal Terbaik Nurzaidi Abdul Rahman Dicalonkan
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Ogy Ahmad Daud Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Langit Cinta' Inspirasi Cinta Ayah & Ibu Saya - Osman Ali". Malaysian Digest. 27 November 2015. 
  2. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE". FINAS. Dicapai pada 2016-07-16. 
  3. ^ "FILEM LANGIT CINTA DIADAPTASI KE NOVEL". Mediahiburan.my. 5 Mei 2015. Dicapai pada 2016-07-16. 
  4. ^ "10 Fakta Menarik Filem Langit Cinta". Astrogempak.com.my. 5 Januari 2016. Dicapai pada 2016-07-16. 
  5. ^ Dzulkifly, Siti Athirah (4 Jnauari 2016). "Langit Cinta buah tangan Osman Ali". Utusan Malaysia. 
  6. ^ Hikmet Atak, Feride (23 Disember 2016). "Osman Ali Menangis Ketika Mengarah Langit Cinta". mStar. 
  7. ^ "'Langit Cinta' paparkan keindahan Langkawi". The Malay Mail. 5 Januari 2016. 
  8. ^ "Selepas kutipan filem merosot, Osman Ali pertaruh 'Langit Cinta'". The Malay Mail. 27 Disember 2015. 
  9. ^ Hashim, Ajami (5 Januari 2016). "Langit Cinta: Apa erti 'penantian' untuk seseorang yang setia?". Astro Arena. Dicapai pada 16 Julai 2016. 
  10. ^ Rizu, AR (17 Januari 2016). "Langit Cinta kemas, emosi pun terbuai". Malaysiakini. 
  11. ^ Mustaza, Aqmar (9 Januari 2016). "Langit Cinta bakal ulangi kejayaan Ombak Rindu?". Sinar Harian. 
  12. ^ "`HUJAN' KERANA LANGIT CINTA!". Instaonline.com.my. 18 Januari 2016. Dicapai pada 2016-07-16. 
  13. ^ "Dayang Nurfaizah Beremosi Dalam Langit Cinta". Era.fm. 28 Disember 2015. Dicapai pada 2016-07-16. 
  14. ^ "Langit Cinta taruhan terbaharu Dayang Nurfaizah". Sinar Harian. 6 Januari 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]