Istanbul Aku Datang!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istanbul Aku Datang!
Poster keluaran tayangan
PengarahBernard Chauly
PenulisRafidah Abdullah
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHaris Hue
Disunting olehWong Hui Lynn
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 8 November 2012 (2012-11-08)
Masa tayangan
99 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 3.58 juta

Istanbul Aku Datang! merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 diarahkan oleh Bernard Chauly dan ditulis oleh Rafidah Abdullah. Ia dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy. Ia berkisarkan tentang Dian yang sanggup terbang ke Istanbul, Turki untuk berada dekat kepada kekasih hatinya. Filem ini ditayangkan pada 8 November 2012.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian (Lisa Surihani) yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad (Tomok) yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan. Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris (Beto Kusyairy). Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan. Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

  • Lisa Surihani sebagai Dian,Seorang gadis dari Kuala Lumpur yang sanggup datang ke Istanbul untuk berjumpa Azad dan rakan serumah Haris
  • Tomok sebagai Azad,Tunang Dian belajar di universiti di Istanbul dalam jurusan perubatan
  • Beto Kusyairy sebagai Harris,Penyewa rumah Encik Sulayman dan kemudian kekasih Dian di akhir babak

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Aizat Amdan sebagai Ijoi
  • Farid Ramlee sebagai Nadim
  • Mert Yavuzcan sebagai Cihan
  • Gizem Erman Soysaldi sebagai Melis
  • Berke Sanli sebagai Omar
  • Alev Ucael sebagai Mr. Suleyman
  • Sibel Gursun sebagai Mak Cihan
  • Emrah Ozdemir sebagai Pengemis buta

Suara Blog Commenters[sunting | sunting sumber]

  • Nur Fazura sebagai Cik Siti Wan Kuncup / Wo Aini
  • Rafidah Abdullah sebagai Gingu Purple / Aku Kejam
  • Akmal Mohamed sebagai Lady Gagak

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Istanbul Aku Datang! ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diarahkan oleh Bernard Chauly untuk Redfilms dan Grand Brilliance. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Istanbul, Turki. Tenaga kerja filem ini termasuk Haris Hue melakukan sinematografi, Wong Hui Lynn menyediakan suntingan, manakala pemilihan pelakon dijalankan oleh Farid Ramlee.

Pelakon utama terdiri daripada Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy, dan pelakon pembantu terdiri daripada pelakon-pelakon Turki. Aizat Amdan membuat penampilan khas dengan membawakan peranan sebagai Ijoi. Watak Dian dalam Istanbul Aku Datang! pada asalnya ditulis untuk Fazura[2] tetapi menarik diri kerana terdapat beberapa babak yang bertentangan dengan prinsipnya,[2] termasuk adegan berpelukan dengan pelakon lelaki.[2] Filem ini merupakan filem cetera keempat arahan Bernard, filem kedua Lisa di bawah arahan Bernard dan filem pertama dibintangi oleh Tomok, bekas vokalis kumpulan New Boyz.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Istanbul Aku Datang! dikeluarkan pada 8 November 2012 hingga kejayaan komersial,[3] dan berjaya meraih kutipan kasar sebanyak RM 3.58 juta. Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) memberikan penarafan empat daripada lima bintang untuk Istanbul Aku Datang! dengan purata sebanyak 7.2/10.[4]

Aida Sue menulis untuk laman web Wanista, mengulas bahawa Istanbul Aku Datang! ialah "filem lakonan Lisa (Surihani) yang pernah saya lihat" dan beliau turut menyatakan jalan cerita pada awalnya agak perlahan.[5]

Trivia[sunting | sunting sumber]

*Adegan Dian (Lisa) memakan maggi Asam Laksa milik Harris (Beto) menjadi rebutan ketika itu oleh peminat filem ini.


*Aku Datang dinyanyikan oleh Tomok menjadi lagu tema dan masih ada di YouTube.Beliau nyanyikan sepotong lirik lagu solonya Bagaikan Bidadari .


*Beberapa babak telah dibuat semula berbentuk marketing keluaran Pak Mat Western pada 2022.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Antarabangsa Dhaka 2014 Women Filmmakers Section Lina Tan Suan Jeu Tercalon
Festival Filem Asia Osaka 2013[6] Grand Prix Lina Tan Suan Jeu Tercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013[7] Filem Terbaik (Komedi)[8] Primeworks Studios
Red Films
Menang
Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Menang
Lagu Tema Terbaik "Aku Datang" - Tomok Menang
Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah Tercalon
Penyunting Terbaik Wong Hui Lynn Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2013[9] Filem Terbaik Lina Tan Suan Jeu Menang
Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem Lisa Surihani Menang
Lakon Layar Komedi Filem Terbaik Bernard Chauly Menang
Pengarah Komedi Terbaik Menang
Skrip Komedi Filem Terbaik Rafidah Abdullah Tercalon[10]
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013[11] Filem Terbaik Lina Tan Suan Jeu Tercalon
Pengarah Terbaik qiuqiu99 Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Beto Kusyairy Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Menang
Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah Tercalon
Lakon Layar Terbaik Rafidah Abdullah Menang
Anugerah Skrin 2013 Filem Terbaik Lina Tan Suan Jeu Tercalon
Pengarah Filem Terbaik Bernard Chauly Tercalon
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Shout! Awards 2013 Best Breakthrough Local Feature Lina Tan Suan Jeu Tercalon
Best On-Screen Chemistry Lisa Surihani & Beto Kusyairy Tercalon
Anugerah Blockbuster Astro Ke-2 2013[12] Anugerah Filem Terhebat Lina Tan Suan Jeu Tercalon
Anugerah Filem Kelakar Terhebat Tercalon
Anugerah Drama Muzikal Terhebat Tercalon
Anugerah Tuan Direktor Terhebat Bernard Chauly Tercalon
Anugerah Hero Terhebat Beto Kusyairy Tercalon
Anugerah Heroin Terhebat Lisa Surihani Tercalon
Anugerah Lagu Tema Terhebat "Aku Datang" - Tomok Tercalon
Anugerah Hero Baru Terhebat Aizat Amdan Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.ceritamaster.com/2012/01/istanbul-aku-datang-full-movies.html
  2. ^ a b c Siti Juliana Mohamad Johar (4 November 2012). "Fazura tolak lakon filem Istanbul Aku Datang kerana prinsip". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mac 2015.
  3. ^ "Finally Here - Istanbul Aku Datang". Thoughts on Films. 9 September 2014. Dicapai pada 15 Mac 2015.
  4. ^ "Istanbul Aku Datang ratings". IMDb. Dicapai pada 15 Mac 2015.
  5. ^ Aida Sue (20 November 2012). "Review filem: Istanbul Aku Datang". Wanista.com. Dicapai pada 15 Mac 2015.
  6. ^ http://asianwiki.com/2013_(8th)_Osaka_Asian_Film_Festival
  7. ^ http://perangfilem1.blogspot.com/2013/03/wakil-malaysia-di-aiffa-2013.html
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-02. Dicapai pada 2013-04-19.
  9. ^ http://www.budiey.com/senarai-pemenang-anugerah-lawak-warna-2013/
  10. ^ http://www.budiey.com/senarai-nama-finalis-anugerah-lawak-warna-2013/
  11. ^ http://dailyseni.com/index.php/home/news/item/321-keputusan-penuh-anugerah-majlis-pengkritik-filem-kuala-lumpur-2013
  12. ^ http://www.budiey.com/senarai-penuh-pemenang-anugerah-blokbuster-2/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]