Sejarah Myanmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Myanmar panjang dan rumit.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Orang Mon dipercayai menjadi kumpulan terawal untuk pindah ke Lembah Ayeyarwadi dan pada pertengahan tahun 900 SM telah menguasai selatan Myanmar. Orang Mon ini menjadi orang Asia Tenggara pertama menganut agama Buddha Theravada.

Orang Tibeto-Burman bercakap bahasa Pru tiba sekitar abad pertama SM. Mereka tinggal di Lembah Ayeyarwadi. Kerajaan orang Mon dan Pyu giat melakukan kegiatan perdagangan antara China dengan India. Kerajaan Pyu menguasai Lembah Ayeyarwadi untuk beberapa ketika.

Zaman Penjajahan (1886-1948)[sunting | sunting sumber]

Bagi merancakkan perdagangan dan pembinaan infrastruktur, Empayar British telah membawa masuk buruh India dan buruh China di kawasan bandar. Hari ini bandar Yangoon dan Mandalay terdapat ramai orang India. Mereka ditugaskan membina landasan kereta api dan sekolah. Penjara Insein menempatkan sejumlah besar banduan terutama banduan politik . Banyak terjadi pertumpahan darah sehingga 1930 . Pemakaian kasut di dalam kuil buddha mencetuskan bantahan dari sami-sami Buddha. Sami-sami Buddha menjadi peuang-pejuang kemerdekaan Myanmar dan ramai yang terbunuh. Antara sami yang terkenal ialah U Wisara yang mati dalam penjara selepas 163 hari mogok lapar membantah peraturan -peraturan baru di kuil Buddha. Sajak oleh Tudyard Kipling bertajuk 'Mandalay' mengingatkan betapa kesusahan hidup semasa zaman kolonial British.

Pada 1 April 1937, Myanmar berjuang untuk mendapatkan pentadbiran berasingan dari British di India. Pada 1940-an 30 komrad yang menerima latihan ketenteran di Jepun diketuai Aung San telah mengasaskan Tentera Kemerdekaan Burma.

Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia Kedua, Burma menjadi barisan depan berhadapan dengan penjajahan tentera Jepun di Asia Tenggara. Pemerintahan British dikalahkan dengan teruk oleh tentera Jepun. Lebih 300,000 buruh India dan Anglo-Burma melarikan diri ke dalam hutan dan tiba di india . Tentera Jepun melancarkan Kempen Burma untuk memastikan British keluar dari Myanmar tetapi Tentera India British berjaya menyerang semula dan mendapatkan semula Myanmar pada Julai 1947. Ramai rakyat Burma berjuang bersama tentera Jepun. Ramai juga yang berkhidmat dengan Tentera British Burma.