Sharifah Rose
Sharifah Rose | |
---|---|
Kelahiran | Sharifah Rose Sabrina binti Syed Mohd Mazfira 26 November 1998 |
Pendidikan |
|
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | Model, personaliti media sosial, pelakon |
Tahun aktif | 2016–kini |
Terkenal kerana | Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021) |
Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira (Jawi: شرفا روسي ثبرينا بنت شط محمة مذفيرا; lahir 26 November 1998) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya awal sebagai model dan personaliti media sosial, beliau terkenal menerusi watak Hana Aralyn lakonannya dalam Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021)[1][2] dan 3 Nota Cinta (2022) menerusi watak Alisa.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Sharifah Rose dilahirkan pada 26 November 1998 di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar dan Noraini Dahlan. Bapanya berdarah kacukan Arab, manakala ibunya berdarah kacukan Melayu–Jawa.[3]
Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam, seterusnya memperoleh pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Perniagaan (Pemasaran) di UOW Malaysia Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) di Glenmarie, Shah Alam dan Asasi Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[4]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Sebelum menceburi bidang lakonan, Rose terlebih dahulu bergiat aktif sebagai model pada 2016 selepas tamat Tingkatan 5 dan pernah menjadi model untuk jenama-jenama fesyen muslimah.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Cerita Hantu Asrama | Wani | Astro Prima | |
2021 | Kisah Cinta Rumi | Zahra | TV3 | Idea Asal |
Kekasih Hati Mr Bodyguard | Hana Aralyn | Sebuah Adaptasi Novel Karya Ateen Ahmad | ||
2022 | 3 Nota Cinta | Alisa | ||
Do You Love Me, Captain? | Daneena Durra | Adaptasi Novel Do You Love Me Captain? Karya Sophilea | ||
Ku Punya Hati | Rashidah |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Tanggang Langgang | Orkid | TV3 |
Web drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2021 | Realiti Cinta | Edlin | WeTV |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Master In The House Malaysia | Dirinya sendiri | TV3 | |
Sepahtu Reunion Live Al-Puasa | Linda | Astro Warna | Episod: "Karma Sebelah Pintu" |
Muzik video[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Rangkaian |
---|---|---|---|
2019 | "Vroom Vroom" | Nabila Razali | YouTube Seventeen Eleven Music |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | [5] |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Fatin Farhana Ariffin (29 Mei 2021). "Sharifah Rose lali dikecam". Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2021.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (26 Mac 2021). "Sharifah Rose lali tak kisah dikritik". Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2021.
- ^ Nur Emira Saizali (24 Oktober 2021). "Sharifah Rose, 'kayu sudah lembut'". Kosmo!. Dicapai pada 4 Februari 2022.
- ^ Nor Hidayu Bosro (16 Ogos 2020). "Sharifah Rose mahu jenama sendiri". Kosmo!. Dicapai pada 4 Februari 2022.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (9 November 2021). "Sharifah Rose tak tamak bolot tawaran". Berita Harian. Dicapai pada 4 Februari 2022.