Andi Bernadee
Andi Bernadee | |
---|---|
Nama lahir | Andi Azrul bin Andi Mapangile |
Kelahiran | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | 30 November 1991
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait |
Andi Azrul bin Andi Mapangile (lahir 30 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Andi Bernadee merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau terkenal menerusi lagu "Satu Peluang"[2] dan "Donde". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.[3]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah "Aku Bukan Abang Toyib" mendapat perhatian umum. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.
Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu "Putus Terpaksa" nyanyian asal Ziana Zain. Ia mendapat lebih 830,000 tontonan. Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu "Tak Tun Tuang".
Ketika masih belum mempunyai lagu rakaman sendiri, Andi sudahpun menerima banyak undangan persembahan. Pada Mac 2017, beliau merakamkan single pertama berjudul "Tiada Lagi Maaf", namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan.[4] Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, "Semalam Sahur Di Mana" dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan.
Andi menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta kedua tersingkir.[5][6][7]
Kerjaya lakonan Andi bermula menerusi telefilem Korban Penunggu Hospital arahan Eyra Rahman yang bersiaran di Astro Citra.[8]
Beliau melancarkan single ketiganya, "Donde" pada Mac 2019. Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana' dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.[9]
Big Stage (musim 1)[sunting | sunting sumber]
- Lihat juga: Big Stage (musim 1)
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Viral | "Tak Tun Tuang" | Upiak & dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Lit Throwback | "Layu Di Hujung Mekar" | Rio | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Sama-sama Up | "Tak Pernah Hilang"
(duet bersama Indah Ruhaila) |
Amylea Azizan & Kaer Azami | TERSINGKIR |
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Andi sebelum ini pernah didakwa jadi punca pelakon dan penyanyi Bella Nazari putus tunang,[10]
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Single[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk |
---|---|
2017 | "Tiada Lagi Maaf"
|
2018 | |
2019 | "Donde"
|
"Hello" ft. Ismail Izzani
| |
2020 | "Shimmy"
|
"Penat"
|
Single promosi[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2018 | "Undilah" (bersama Dewi Liana Seriestha, Bella Nazari & Wan Shahjuddin) |
Rendisi yang dirakamkan bersempena Pilihan raya umum ke-14.[11] |
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Korban Penunggu Hospital | Andi | Astro Warna |
2019 | Geng Big Stage Beraya | Andi | Astro Ria |
2020 | Balik Kampung Tak Lonely Lagi | Megat | TV3 |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Melastik Ke Hatimu | Ziyyad | TV3 | Watak Utama |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Lagu | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Lelaki Popular | N/A | Tercalon |
Lagu Paling Boom Popular | "Donde" | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Norhayati Nordin (25 Oktober 2020). Pembabitan saya memang serius Harian Metro. Dicapai pada 28 November 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (20 Oktober 2018). Andi Lega dapat satu peluang Berita Harian. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
- ^ Rafiq Mazlan (20 Ogos 2018). Percaya rezeki, Andi Bernadee akur tersingkir di minggu ketiga Big Stage Media Hiburan. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
- ^ Andi Bernadee tak cemburukan Khai, Wany Utusan Malaysia (1 Disember 2017). Dicapai pada 1 Januari 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (22 Ogos 2018). Andi akur kurang popular Berita Harian. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
- ^ S. Indra Sathiabalan (5 April 2020). Proving himself The Sun, Malaysia. Dicapai pada 28 November 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (4 Oktober 2018). Telefilem seram buat Andi hilang suara Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
- ^ Asraf Adied (29 Mac 2019). 'Donde' Taruhan Terbaru Andi Bernadee Astro Gempak. Dicapai pada 20 Jun 2019.
- ^ Farhan Ikram (28 November 2017). Andi Bernadee punca Bella Nazari putus tunang mStar Online. Dicapai pada 13 Disember 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (5 Mei 2018). "Syarikat rakaman turut 'berkempen'". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.