Siklon Nargis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 16°03′01″N 94°48′32″E / 16.05028°N 94.80889°E / 16.05028; 94.80889

Ribut Siklon Amat Kencang Nargis
Ribut siklon yang terlalu teruk (skala IMD)
Kategori siklon tropika 4 (SSHWS)
Nargis 01 may 2008 0440Z.jpg
Siklon Nargis pada 1 Mei
Terbentuk27 April 2008
Reda3 Mei 2008
Angin terkuat3 minit berterusan: 165 km/j (105 bpj)
1 minit berterusan: 215 km/j (135 bpj)
Tekanan terendah962 hPa (mbar); 28.41 inHg
Kematian146,000 (jangkaan).[1][2][3]
Kerosakan$10 bilion (2008 USD)
Kawasan terjejasMyanmar, Sri Lanka, India, Bangladesh
Sebahagian daripada Musim siklon Lautan Hindi Utara 2008

Siklon Nargis (Penamaan JTWC: 01B, juga dikenali sebagai Very Severe Cyclonic Storm Nargis) ialah sebuah siklon tropika kencang yang bertemu daratan di Myanmar pada 2 Mei 2008, mengakibatkan kemusnahan bencana dan sekurang-kurangnya 146 ribu orang terkorban dan ribuan lagi masih hilang.[4] Bagaimanapun, Perbandaran Labutta sahaja dilaporkan kehilangan 80,000 nyawa dan sesetengah pihak menganggarkan jumlah kematian pastinya melebihi 100,000.[5] Kerosakan pula dianggarkan sebanyak $10 bilion (USD), yang menjadikannya siklon paling mahal pernah terjadi di lembangan ini.[6]

Nargis ialah siklon bernama paling dahsyat di lembangan Lautan Hindi Utara, dan juga siklon bernama kedua paling besar sepanjang sejarah, mengekori Taufan Nina. Termasuk ribut tanpa nama, Nargis ialah siklon ke-8 paling teruk sepanjang sejarah. Nargis ialah ribut tropika pertama yang melanda Myanmar sejak Siklon Mala menemui daratan pada tahun 2006.

Nama siklon "Nargis" (نرگس IPA: [næɵr-ɡɵs]), merupakan perkataan Parsi yang bermaksud bunga dafodil, namun perkataan itu dipinjam oleh bahasa Urdu dan siklon itu dinamakan dari bahasa Urdu.[7]

Ribut bernama pertama dalam musim siklon Lautan Hindi Utara 2008 ini berkembang pada 27 April di pusat Teluk Benggala. Mula-mulanya Nargis perlahan-lahan menuju ke arah barat laut, dan setelah menemui keadaan yang menggalakkan, maka ribut itu semakin kuat. Udara kering melemahkan siklon itu pada 29 April, namun selepas mula bergerak ke arah timur Nargis cepat bertambah kencang agar mencapai angin kemuncak sekurang-kurangnya 165 km/j (105 bsj) pada 2 Mei; Pusat Amaran Taufan Bersama menilai angin kemuncak sebanyak 215 km/j (135 bsj). Siklon itu menuju ke daratan di Bahagian Ayeyarwady di Myanmar apabila semakin mencapai kekencangan kemuncak dan, selepas menghampiri bandar raya utama Yangon, ribut itu beransur lemah sehingga lesap berhampiran sempadan Myanmar-Thailand.

Bantuan[sunting | sunting sumber]

Negara Bantuan[8]
 ASEAN Pasukan penaksiran dan 30 kakitangan perubatan setiap negara.[9]
 Australia AUD $25 juta (USD $23.5 juta)[10] dan 31 tan bekalan.[11]
 Bangladesh 20 tan makanan, ubatan
 Belgium EUR €250,000 dan EUR 100,000 dari Flanders
 Brunei Bahan bantuan[12]
 Kemboja USD $50,000[13]
 Kanada Sehingga USD $2 juta dalam bantuan kecemasan, $500,000 daripadanya untuk Palang Merah
 China USD $5.3 juta bahan bantuan (termasuk 3 penerbangan menggunakan Jade Cargo International setiap satunya membawa 60 tan bantuan)
 Republik Czech USD 154,000
 Denmark USD $2.1 juta[14]
 Kesatuan Eropah USD 3.0 juta
 Finland EUR €300,000 [15]
 Perancis 1,500 tan ubat, makanan dan air;[16] USD $775,000
 Jerman USD $3.0 juta
 Yunani USD $200,000, ubatan dan bantuan kemanusiaan[17]
 Hungary USD 300,000, bantuan kemanusiaan, makanan dan ubatan
 India Lebih 178 tan bahan bantuan ; khemah, bekalan makanan, ubatan. Satu pasukan perubatan 50 orang dihantar untuk membangunkan hospital di delta Irrawaddy.[18][19]
 Indonesia USD 1 juta tunai serta bantuan makanan dan ubatan
 Ireland EUR €1,000,000
 Israel USD $100,000, bekalan makanan dan ubatan oleh pertubuhan swasta
 Jepun JPY ¥28 juta dalam bentuk penjana elektrik = USD $267,000; USD $10 juta melalui Program Makanan Sedunia PBB & bantuan USD $570,000 dijanjikan [20]
 Lithuania Lt200,000 ($90,000) diberikan kepada Palang Merah.[21]
 Malaysia USD 4,100,000 (RM 13.1 juta)
 Belanda EUR €1,000,000
 New Zealand NZD $1.5 juta (USD $1.15 juta)[22]
 Norway Sehingga USD $1.96 juta[23]
 Singapura USD 200,000[24]
 Pakistan Bahan bantuan dan pembangunan hospital di kawasan terbabit apabila dibenarkan kerajaan Myanmar.[25]
 Filipina Pekerja perubatan dan $500,000 USD serta bahan bantuan[26]
 Rusia 80 tan makanan, penjanam ubatan, khemah dan selimut[27]
 San Marino EUR €30,000[28]
 Singapura USD $200,000[29]
 Sepanyol USD $775,000 kepada Program Makanan Sedunia PBB
 Sri Lanka USD $100,000 serta bantuan makanan dan pekerja perubatan
 Sweden Bantuan logistik dan sistem pembersihan air
 Switzerland USD 475,000 (permulaan)
 Taiwan USD $200,000
 Thailand USD $100,000, makanan dan bekalan perubatan (permulaan)[30]
 Turki USD $1,000,000 dari kerajaan, USD $600,000 dari Bulan Sabit Merah[31]
 United Kingdom GBP ₤17 juta (USD $33.5 juta)[32], HMS Westminster [33]
 Amerika Syarikat USD $16.25 juta,[34] 6 C-130, kumpulan USS Essex[35]
 Vietnam USD $200,000

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Myanmar cyclone toll rises to 138,000 dead, missing, Reuters UK
  2. ^ U.N. chief: Focus for Myanmar turns to reconstruction, CNN.com
  3. ^ ReliefWeb Myanmar: Cyclone Nargis OCHA Situation Report No. 40
  4. ^ "Burma death toll jumps to 78,000". BBC News. 2008-05-16. Dicapai pada 2008-05-17.
  5. ^ "U.S. envoy: Myanmar deaths may top 100,000". CNN. 7 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-07. Periksa date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ "Asian bloc to handle Burma aid". Toronto Star. 19 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-19. Periksa date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ "Cyclone Nargis -- Urdu for "daffodil"". Reuters India. 1980-05-07. Dicapai pada 2008-05-11.
  8. ^ Staff Writer (6 Mei 2008). "Aid starting to trickle into Burma: agencies". CTV. Dicapai pada 2008-05-06. Periksa date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Burma agrees to accept ASEAN cyclone aid". CNN. 2008-05-19. Dicapai pada 2008-05-19.
  10. ^ "Aus increases aid". Sky News Australia. 7 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-11. Periksa date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "Australia's cyclone contribution the biggest". Daily Telegraph. 2008-05-14. Diarkib daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-05-14.
  12. ^ "Brunei to send relief supplies for Myanmar cyclone-hit". The Brunei Times. 2008-05-08. Dicapai pada 2008-05-08.
  13. ^ Cambodia donates $50,000 to cyclone-hit Myanmar - People's Daily Online
  14. ^ "Fogh lufter militær nødhjælp til Myanmar". Retrieved at: http://jp.dk/indland/article1340365.ece
  15. ^ "Finland to send emergency assistance to Myanmar". Minister for Foreign Affairs of Finland. 2008-05-07. Dicapai pada 2008-05-07.
  16. ^ Barbara Starr & David Ariosto (2008-05-11). "Relief boat sinks, leaving aid in Myanmar river". CNN. Dicapai pada 2008-05-11.
  17. ^ "Statement of FM Ms. Bakoyannis regarding provision of humanitarian aid to Myanmar/Burma". Greek Ministry of Foreign Affairs. 2008-05-08. Diarkib daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-08.
  18. ^ "India sends doctors to Burma". BBC News. 16 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-16.
  19. ^ "India works to end Myanmar's isolation". The Times of India. 18 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-18.
  20. ^ Abs-Cbn Interactive, Japan gives $10-M aid to Myanmar
  21. ^ "200,000 litas allocated to each Myanmar and China", ELTA 16 Mei 2008
  22. ^ "Aid to Myanmar tripled". Newstalk ZB. 2008-05-08. Dicapai pada 2008-05-09.
  23. ^ "Norway prepared to provide NOK 10 million for cyclone victims in Burma/Myanmar". Ministry of Foreign Affairs of Norway. 2008-05-08. Dicapai pada 2008-05-08. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |publisher= (bantuan)
  24. ^ "Singapore sends off first batch of relief supplies to Myanmar". Channel NewsAsia. 2008-05-07. Dicapai pada 2008-05-07.
  25. ^ "Relief goods sent to Myanmar". The Daily Times. 2008-05-12. Diarkib daripada yang asal pada 2012-12-21. Dicapai pada 2008-05-12.
  26. ^ "Filipino medical workers ready for Myanmar mission". Philippine Daily Inquirer. 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-10.
  27. ^ "Самолет МЧС России доставил в Мьянму гуманитарную помощь". Газета.Ru. 2008-05-10. Dicapai pada 2008-05-10.
  28. ^ "Congresso di Stato: San Marino riconosce il Kosovo". San Marino RTV. 2008-05-11. Dicapai pada 2008-05-13.
  29. ^ "Singapore sends off first batch of relief supplies to Myanmar". Channel NewsAsia. 2008-05-07. Dicapai pada 2008-05-07.
  30. ^ "Ministry of Foreign Affairs grants a financial assistance in the amount of $100,000 USD to Myanmar, following "Cyclone Nargis"". Thai Ministry of Foreign Affairs. 2008-05-06. Diarkib daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-06.
  31. ^ "Cunta'nın İnadı Öldürüyor". Milliyet.com.tr. 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-09.
  32. ^ "UK pledges £5m in aid for Burma". BBC. 7 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-07. Periksa date values in: |date= (bantuan)
  33. ^ Cameron urges aid drops for Burma, BBC (12 Mei 2008).
  34. ^ "CNN.com". Dicapai pada 2008-05-12. First U.S. aid flight arrives in Myanmar
  35. ^ "Gates: U.S. Military Ready to Help, Ships, Air Support Staged". American Forces Press Service. 2008-05-08. Parameter |accessedate= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]