Stadium Koshien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Koshien
Koshien Stadium logo
Koshien Stadium
Nama silamKoshien Large Sports Field (1924–)
Stadium Koshien (–1964)
LokasiNishinomiya, Hyōgo, Jepun
Koordinat34°43′16.34″N 135°21′41.84″E / 34.7212056°N 135.3616222°E / 34.7212056; 135.3616222Koordinat: 34°43′16.34″N 135°21′41.84″E / 34.7212056°N 135.3616222°E / 34.7212056; 135.3616222
PemilikHanshin Electric Railway Co., Ltd.
PentadbirHanshin Tigers Co.
Hanshin Engei Co.
Kapasitikira-kira 60,000 (dari pembukaan)
kira-kira 80,000 (selepas tempat duduk siap)
kira-kira 55,000 (–2001)
kira-kira 53,000 (2003)
50,454 (2002, 2004–2007)
46,229 (2008)
47,808 (2009–2011)
47,757 (2012–?)
47,400[1]
Saiz PadangKiri Padang — 95 meter (312 ka)
Kiri Pusat Padang — 118 meter (387 ka)
Pusat Padang — 118 meter (387 ka)
Kanan Pusat Padang — 118 meter (387 ka)
Kanan Padang — 95 meter (312 ka)
Pembinaan
Dibuka1 Ogos 1924
Diperluas2007–2010
ArkitekŌbayashi gumi
Tuan rumah
Hanshin Tigers (Liga Pusat/NPB) – (1936–kini)
Kejohanan Besbol Sekolah Tinggi Peringkat Kebangsaan (JHSBF) – (1924–1940, 1947–kini)
Kejohanan Undangan Sekolah Tinggi Besbol (JHSBF) – (1925–kini) )

Stadium Koshien Hanshin (Jepun: 阪神甲子園球場, Hepburn: Hanshin Kōshien Kyūjō), biasanya dikenali ringkas sebagai Stadium Koshien, ialah stadium besbol yang terletak di Kobe di Wilayah Nishinomiya, Hyōgo, Jepun. Stadium ini telah dibina bagi melangsungkan kejohanan besbol sekolah tinggi peringkat kebangsaan dan ia dibuka pada 1 Ogos 1924. Stadium ini merupakan stadium yang terbesar di Asia sewaktu ia siap dibina dengan kapasiti sebanyak 55,000.

Nama Kōshien (甲子園) terbit daripada Tikus Kayu dalam sistem kitaran Kanshi. Tahun penubuhan stadium iaitu pada tahun 1924 merupakan tahun pertama kōshi (甲子) dalam kitaran sistem tersebut. Reka bentuk stadium ini banyak dipengaruhi oleh Polo Grounds di New York City. Pada tahun 1936, stadium ini menjadi gelanggang bagi pasukan Osaka Tigers (kini Hanshin Tigers), yang kini beraksi di Liga Pusat. Pada 14 Februari 1964, Hanshin, yang merupakan pemilik Tigers telah memperoleh hak nama terhadap stadium ini.

Selain aksi Kejohanan Besbol Sekolah Tinggi Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada bulan Ogos, stadium ini juga melangsungkan Kejohanan Undangan Besbol Sekolah Tinggi Peringkat Kebangsaan pada setiap tahun pada bulan Mac. Kedua-dua kejohanan itu secara ringkasnya dikenali sebagai Kōshien. Kejohanan sekolah tinggi telah diberi keutamaan lebih dengan mana-mana aksi kejohanan yang berlangsung itu memaksa Tigers untuk menunda perlawanan mereka yang bertindih. Selain itu, ia juga mengacarakan perlawanan kejohanan bola sepak Amerika di peringkat kolej, yang dikenali sebagai Koshien Bowl.

Pemain besbol legenda, Babe Ruth pernah beraksi dalam perlawanan persahabatan di Koshien sewaktu jelajah ke Jepun pada 1934. Terdapat plak di stadium bagi mengenang peristiwa itu.[2]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Q & A | 阪神甲子園球場".
  2. ^ Povich, Shirley (February 5, 2005). "Legend, Truth Mix With Ruth: 100th Anniversary of Babe's Birth". Washington Post. Dicapai pada May 21, 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]