Stadium Mazda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Mazda
Mazda Stadium
Nama penuhStadium Perbandaran Hiroshima
Lokasi2-3-1 Minami-Kaniya, Minami-ku, Hiroshima, Jepun
Transit awam JR West:
Sanyo Shinkansen
 R  Sanyo Main Line
di Hiroshima
PemilikHiroshima City
PentadbirHiroshima Toyo Carp
Kapasiti32,000
300 untuk kerusi roda
Tempat duduk padang
Saiz PadangKiri Padang - 101 meter (331 ka)
Kiri-Pusat - 116 meter (381 ka)
Pusat Padang - 122 meter (400 ka)
Kanan-Pusat - 116 meter (381 ka)
Kanan Padang - 100 meter (328 ka)
Permukaanrumput
Pembinaan
Dibuka10 April 2009
ArkitekMasuoka Architectural
Kontraktor utamaPenta-Ocean Construction Co., Ltd.
Masuoka Architectural Constructors Inc
Tuan rumah
Hiroshima Toyo Carp (NPB) (2009–kini)

Stadium Mazda Hiroshima (Jepun: MAZDA Zoom-Zoom スタジアム広島, Hepburn: Matsuda Zūmu-Zūmu Sutajiamu Hiroshima), juga dipanggil Stadium Perbandaran Hiroshima Baru (Jepun: 広島市民球場, Hepburn: Shin-Hiroshima Shimin Kyūjō), merupakan stadium besbol yang terletak di Minami-ku, Hiroshima, Jepun. Stadium ini digunakan lebih kepada sukan besbol dan ia merupakan gelanggang bagi pasukan Hiroshima Toyo Carp di Liga Pusat Jepun. Stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 32,000 orang dan ia dibuka pada 10 April 2009. Stadium ini telah menggantikan Stadium Perbandaran Hiroshima Pertama dan pada awalnya, ia mengekalkan nama lama stadium tersebut. Reka bentuk stadium ini dianggap sebagai stadium retroklasik.[1]

Pada 6 November 2008, Bandar Hiroshima menyerahkan hak nama stadium ini kepada Mazda Motor Corporation. Pada Oktober tahun yang sama, Mazda mengusulkan cadangan untuk menamakan stadium ini sebagai MAZDA Zoom-Zoom Stadium Hiroshima antara tempoh 1 April 2009 dan 31 Mac 2014. Pada 24 Disember 2008, Mazda memulakan kontrak bersama Bandar Hiroshima mengenai nama stadium dan melakukan nama ringkas stadium "Mazda Stadium (Jepun: マツダスタジアム)". Nama "Zoom-Zoom" merujuk kepada kempen pemasaran yang dilakukan oleh Mazda.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mazda Zoom-Zoom Stadium Hiroshima Reviews, Hiroshima Toyo Carp | Stadium Journey". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-31. Dicapai pada 2012-08-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 34°23′33″N 132°29′02″E / 34.3925°N 132.484°E / 34.3925; 132.484