Stadium Besbol Miyagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Besbol Miyagi
宮城球場
Rakuten Mobile Park Miyagi pada 2019
Nama silamStadium Besbol Miyagi (1950–2005)
Fullcast Stadium Miyagi (2005–2007)
Kleenex Stadium Miyagi (2008–2010)
Nippon Paper Kleenex Stadium Miyagi (2011–2013)
Rakuten Kobo Stadium Miyagi (2014–2016)
Kobo Park Miyagi (2017–2019)
Rakuten Seimei Park Miyagi (2020–2022)
Alamat2-11-6 Miyagino, Miyagino-ku[1]
LokasiSendai, Miyagi, Jepun
Koordinat38°15′22.34″N 140°54′9″E / 38.2562056°N 140.90250°E / 38.2562056; 140.90250Koordinat: 38°15′22.34″N 140°54′9″E / 38.2562056°N 140.90250°E / 38.2562056; 140.90250
Transit awam JR East:
Senseki Line di Miyaginohara
Tōhoku Shinkansen di Sendai
Sendai Subway:
Tōzai Line di Yakushido
Namboku Line di Sendai
PemilikWilayah Miyagi
PentadbirRakuten Baseball, Inc.
Kapasiti30,508
Saiz PadangKiri/Kanan Padang – 100.1 m (328 ka)
Kiri/Kanan Pusat – 116 m (381 ka)
Pusat Padang – 122 m (400 ka)
PermukaanGrass (1950–2004, 2015–kini)
FieldTurf (2005–2015)
Pembinaan
Dibuka5 Mei 1950 (perlawanan pertama)
May 27, 1950 (pembinaan siap)
Pengubahsuaian1973, 1984, 2004–2019
Tuan rumah
Lotte Orions (NPB) (1973–1977)
Tohoku Rakuten Golden Eagles (NPB) (2005–kini)

Stadium Besbol Miyagi (Jepun: 宮城球場), atau Rakuten Mobile Park Miyagi (Jepun: 楽天モバイルパーク宮城, Hepburn: Rakuten Mobairu Pāku Miyagi), merupakan stadium besbol yang terletak di Miyaginohara Sports Park di Sendai, Wilayah Miyagi, Jepun. Stadium yang memiliki 30,508 tempat duduk ini dimiliki oleh wilayah dan dioperasi oleh Rakuten. Pada masa yang sama, ia juga berfungsi sebagai gelanggang bagi pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles di Nippon Professional Baseball (NPB) sejak tahun 2005. Permukaan padang simetrinya merupakan satu-satunya padang rumput asli di Liga Pasifik. Taman permainan, Smile Glico Park telah dimasukkan ke bahagian tempat duduk kiri padang stadium dan mempunyai satu roda Ferris.

Stadium Miyagi merupakan stadium ketiga tertua di NPB dan paling tertua di Liga Pasifik. Stadium ini telah dibina pada tahun 1950 untuk melangsungkan perlawanan besbol NPB di peringkat luar bandar dan amatur. Lampu telah ditambah pada tahun 1973 untuk perlawanan malam dan untuk menarik lebih banyak perlawanan profesional. Pasukan Lotte Orions mula menggunakannya pada tahun yang sama sebagai gelanggang sementara da beraksi di sana selama lima musim sehingga tahun 1977. Pada musim 1974, Orions telah membawa stadium ini untuk menjadi tuan rumah aksi postseason NPB tetapi permainan Japan Series tidak dapat dilangsungkan di sana kerana tampungan kapasiti yang agak rendah. Selepas Lotte beredar, stadium ini mengacarakan perlawanan NPB di luar bandar pada setiap tahun dan satu daripada empat aksi Siri All-Star Nippon Professional Baseball telah berlangsung di stadium ini pada tahun 1992.

Selepas penyusunan semula NPB pada tahun 2004, Rakuten telah emnubuhkan sebuah pasukan NPB baru yang berpusat di Sendai dan mula menaik taraf Stadium Miyagi mengikut beberapa fasa. Dengan bermodelkan stadium Major League Baseball, padang telah diluaskan, kawasan dataran stadium dianjakkan, tempat duduk ditambah dan kapasitinya dinaikkan. Di kawasan outfield, dua papan video LED penuh telah dipasang dan taman permainan juga dibina. Stadium ini kemudiannya menjadi tuan rumah kepada Climax Series dan Japan Series sulungnya pada tahun 2013 apabila pasukan Eagles berjaya meraih kejuaraan.

Hak nama terhadap stadium ini telah dijual dalam tiga tahun kenaikan buat beberapa kali sejak tahun 2005. Fullcast dan Nippon Paper Industries menjadi dua syarikat pertama memperolehnya. Sejak tahun 2014, Rakuten telah membeli hak nama stadium dan menggunakannya untuk mempromosikan Kobo eReader, insurans nyawa dan pengendali rangkaian mudah alih. Stadium ini menggunakan nama Rakuten Mobile Park Miyagi mulai tahun 2023.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "楽天モバイルパーク宮城" [Rakuten Mobile Park Miyagi] (dalam bahasa Jepun). Nippon Professional Baseball. Dicapai pada June 12, 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]