Stadium Chiba Marine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Chiba Marine
Marine Stadium, Zozo Marine
Zozo Marine Stadium
Chiba Marine Stadium
Nama penuhStadium Chiba Marine
Nama silamQVC Marine Field (2011–2016)
LokasiMihama, Mihama-ku, Chiba, Wilayah Chiba, Jepun
Transit awamJR East:
JE Keiyo Line di Kaihimmakuhari
PemilikBandar Chiba
PentadbirChiba Lotte Marines
Kapasiti30,118
Saiz PadangKiri Padang – 99.5 m (326.4 ft)
Pusat Padang – 122 m (400.3 ft)
Kanan Padang – 99.5 m (326.4 ft)
Tinggi Tembok Outfield – 3.3 m (14.4 ft)
PermukaanAstro Nexturf (−2017)
MS Craft Baseball Turf (2018–)[1]
Pembinaan
Dibuka2 Februari 1990
Kos pembinaan13,300,000,000 yen
Tuan rumah
Chiba Lotte Marines (Liga Pasifik) (1992–kini)

Stadium Chiba Marine (Jepun: 千葉マリンスタジアム, Hepburn: Chiba Marin Sutajiamu) atau dikenali sebagai Stadium ZOZO Marine[2] (Jepun: ZOZOマリンスタジアム, Hepburn: Zozo Marin Sutajiamu) merupakan stadium yang terletak di Chiba, Jepun. Stadium ini telah dibuka pada 1990 dan mampu memuatkan kira-kira 30,000 orang. Stadium ini lebih digunakan untuk besbol dan ia berfungsi sebagai gelanggang bagi pasukan Chiba Lotte Marines. Stadium ini juga digunakan untuk perlawanan ragbi dan konsert. Stadium ini dibina dalam bentuk bulatan dan bentuknya sama seperti stadium di Amerika yang kini telah dirobohkan iaitu Three Rivers Stadium atau Busch Memorial Stadium.

Tarikh rasmi pembukaan stadium ini ialah pada 13 April 1990 apabila Madonna memulakan jelajahnya, Blond Ambition Tour di venue itu. Persembahan itu terjejas dengan hujan lebat dan angin kencang dan menyebabkan konsert tersebut dikecilkan. Beliau seterusnya berjaya melakukan dua lagi persembahan pada 14 dan 15 April.

Lady Gaga melakukan dua persembahan yang habis dijual tiket pada 13 dan 14 Ogos 2014 untuk jelajah ArtRave: The Artpop Ball.[3][4]

Stadium ini juga mengacarakan festival muzik Summer Sonic pada setiap bulan Ogos manakala festival lain pula berlangsung di Makuhari Messe. Persembahan utama bagi Electric Daisy Carnival Jepun berlangsung di stadium yang bermula pada tahun 2017.[5]

Antara peristiwa penting besbol yang dirakamkan di stadium ini ialah pada 10 April 2022 apabila pitcher Chiba Lotte Marines, Rōki Sasaki melakukan aksi perfect game, iaitu rekod ke-16 dalam sejarah NPB. Empat aksi no-hitter selain perfect game turut berlaku pada musim itu.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ZOZO マリンスタジアム 人工芝の張替えの件" (PDF). marines.co.jp. December 26, 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 December 2017.
  2. ^ 千葉マリン新名称が「ZOZOマリンスタジアム」に決定 (dalam bahasa Jepun). Japan: Chiba Lotte Marines. Dicapai pada 27 March 2017.
  3. ^ "LADY GAga's artRAVE: The ARTPOP ball". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-06. Dicapai pada 2022-06-02.
  4. ^ "WebCite query result". www.webcitation.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-30. Cite uses generic title (bantuan)
  5. ^ "Location – EDC Japan 2019 – EN". japan.electricdaisycarnival.com.