Stadium Meiji Jingu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Meiji Jingu
Meiji Jingu Stadium logo
Meiji Jingu Stadium
LokasiShinjuku, Tokyo, Jepun
Koordinat35°40′28.3″N 139°43′01.4″E / 35.674528°N 139.717056°E / 35.674528; 139.717056Koordinat: 35°40′28.3″N 139°43′01.4″E / 35.674528°N 139.717056°E / 35.674528; 139.717056
Transit awam
PemilikKuil Meiji
Kapasiti37,933[1]
Saiz PadangKiri Padang – 97.5 meter (320 ka)
Kiri-Pusat – 112.3 meter (368 ka)
Pusat Padang – 120 meter (394 ka)
Kanan-Pusat – 112.3 meter (368 ka)
Kanan Padang – 97.5 meter (320 ka)
Tinggi tembok outfield – 3.5 m (11.5 ft)
PermukaanRumput tiruan
Pembinaan
Pecah tanahDisember 1925
Dibuka23 Oktober 1926
Kos pembinaan530,000 Yen
Tuan rumah
Tokyo Big6 Baseball League (1926-kini)
Tohto University Baseball League (1932-kini)
Tokyo Yakult Swallows (Liga Pusat) (1964-kini)

Stadium Meiji Jingu (Jepun: 明治神宮野球場, Hepburn: Meiji Jingū Yakyūjō) merupakan stadium besbol yang terletak di Shinjuku, Tokyo, Jepun. Stadium ini telah dibuka pada 1926 dan mampu memuatkan 37,933 penonton. Stadium ini merupakan hartanah bagi Kuil Meiji dan menjadi gelanggang bagi pasukan Tokyo Yakult Swallows. Stadium ini juga melangsungkan perlawanan besbol di peringkat kolej termasuklah Tokyo Big6 Baseball League dan Tohto University Baseball League.

Sebagai stadium besbol kedua tertua di Jepun, Stadium Meiji Jingu merupakan antara stadium yang masih wujud ketika Babe Ruth masih beraksi (stadium lain termasuklah Wrigley Field di Chicago, Fenway Park di Boston dan Stadium Koshien di Wilayah Hyōgo, Jepun). Pada 1934, Ruth disertai beberapa pemain terkenal dari A.S. seperti Lou Gehrig dan Jimmie Foxx dalam jelajah 22 aksi perlawanan di Jepun. Matsutarō Shōriki yang dikenali sebagai bapa besbol Jepun telah menguruskan jelajah Amerika tersebut dan beliau terselamat daripada percubaan pembunuhan. Hal ini disebabkan beliau membenarkan pemain-pemain asing bermain besbol di Stadium Jingu.[2] Beliau ditimpa kecederaan luka sepanjang 16 inci daripada kesan hirisan pedang ketika percubaan pembunuhan tersebut.

Stadium itu juga digunakan untuk perlawanan persahabatan besbol apabila Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1964. Pasukan Amerika Syarikat pada masa itu terdiri daripada pemain besbol kolej termasuk lapan bakal pemain Major League telah menewaskan pasukan amatur all-star Jepun, 6–2.

Terdapat pelan pembangunan semula untuk stadium dan Stadium Ragbi Chichibunimiya di bersebelahan stadium akan dirobohkan untuk digantikan dengan fasiliti baru.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Watching Baseball in Tokyo: How to See a Game at Jingu Stadium | Tokyo Cheapo".
  2. ^ "Matsutaro Shoriki: Japan's Citizen Kane," The Economist (Dec 22, 2012).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]