Seibu Dome

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seibu Dome
Seibu Dome
Nama penuhSeibu Dome
Nama silamSeibu Lions Stadium (1979 – 1997)
Seibu Dome (1998 – 2004, 2008 – 2015)
Invoice Seibu Dome (2005 – 2006)
Goodwill Dome (2007)
Seibu Prince Dome (2015 – 2017)
MetLife Dome (2017 – 2022)
Lokasi2135 Kami-Yamaguchi, Tokorozawa City, Saitama, Jepun
Koordinat35°46′6.6″N 139°25′13.80″E / 35.768500°N 139.4205000°E / 35.768500; 139.4205000Koordinat: 35°46′6.6″N 139°25′13.80″E / 35.768500°N 139.4205000°E / 35.768500; 139.4205000
Transit awam Seibu Railway:
Sayama Line dan Yamaguchi Line di Seibukyūjō-mae
PemilikSeibu Railway Company, Ltd
PentadbirSeibu Recreation
Kapasiti31,552[1]
Saiz PadangKiri Padang: 100 m (328.1 ft)
Pusat Padang: 122 m (400.3 ft)
Kanan Padang: 100 m (328.1 ft)
Tinggi Tembok Outfield: 3.2 m (10.5 ft) – 4.37 m (14.3 ft)
PermukaanTiruan
Pembinaan
Pecah tanah1 Julai 1978
Dibina31 Mac 1979
Dibuka14 April 1979
Pengubahsuaian2007 – 2008
DiperluasJuly 7, 1997 – March 18, 1999 (roof construction)
ArkitekYoshiro Ikehara (Stadium)
Kajima Construction Corporation, Ltd. (pembinaan bumbung)
Kontraktor amSeibu Constructions (Stadium)
Kajima Construction Corporation, Ltd. (pembinaan bumbung)
Tuan rumah
Saitama Seibu Lions (1979 – kini)

Seibu Dome (Jepun: 西武ドーム, Hepburn: Seibu Dōmu), atau dikenali sebagai Belluna Dome (Jepun: ベルーナドーム, Hepburn: Berūna Dōmu) merupakan stadium besbol yang terletak di Tokorozawa, Saitama, Jepun.[2] Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan besbol Saitama Seibu Lions.

Stadium ini mempunyai bumbung di tengah padang dan tempat duduk seperti stadium besbol tertutup lain. Walau bagaimanapun, kekurangan dinding di belakang tempat duduk membolehkan udara dapat dibawa masuk ke arah padang. Perkara ini membolehkan pukulan home run dapat pergi jauh luar dari stadium dan ia merupakan bukan perkara biasa bagi stadium berkubah.

Stadium ini telah dibina pada 1979 tanpa bumbung dan dinamakan sebagai Stadium Seibu Lions (Jepun: 西武ライオンズ球場, Hepburn: Seibu Raionzu Kyūjō) sebagai gelanggang baru bagi pasukan Lions yang baru berpindah dari Fukuoka ke Tokorozawa pada tahun itu. Pada awalnya, ia merupakan stadium terbuka dan pemasangan bumbung stadium berlaku melalui dua fasa: fasa pertama dijalankan selepas musim 1997 manakala fasa kedua pula selepas musim 1998. Pada permulaan musim 1998, stadium ini dinamakan kepada Seibu Dome walaupun bumbung berkubah masih belum siap.

Pada asalnya, pasukan Lions merancang ingin membina stadium baru di Odaiba tetapi oleh kerana keperluan untuk mendapatkan kebenaran dari tiga pasukan Tokyo lain pada masa itu (Nippon-Ham Fighters, Yomiuri Giants dan Yakult Swallows), tentangan dari peminat sendiri dan kos untuk membina stadium, mereka mengambil keputusan untuk hanya menambah bumbung di stadium itu.

Pada 1 Mac 2005, nama stadium ini bertukar kepada Invoice Seibu Dome (Jepun: インボイスSEIBUドーム, Hepburn: Inboisu Seibu Dōmu) apabila Invoice Inc. memperoleh hak nama stadium untuk dua musim berikutnya. Selepas kontrak hak nama itu luput pada 1 Januari 2007,[3] nama tersebut ditukar lagi kepada Goodwill Dome (Jepun: グッドウィルドーム, Hepburn: Guddowiru Dōmu) untuk memaparkan penaja Goodwill Group, Inc. Kontrak hak nama bersama Goodwill berkuat kuasa selama lima tahun.

Walaupun Seibu Dome masih lagi nama rasmi stadium, pihak stadium dan media menggunakan nama penaja secara eksklusif ketika tempoh itu.[4] Walau bagaimanapun, pada penghujung tahun 2007, hak nama Goodwill untuk stadium dan pasukan telah berakhir apabila pendedahan gerakan perniagaan haram Goodwill. Nama stadium ini beralih menjadi Seibu Dome pada 2008. Pada 16 Januari 2017, sebuah insitusi kewangan yang berpusat di New York City iaitu MetLife telah memperoleh hak nama stadium buat selama lima tahun.[5] Pada 1 Mac 2022, Belluna iaitu syarikat pengirim surat dari Ageo, Saitama telah mendapatkan hak nama stadium selepas perjanjian bersama MetLife telah luput.[6]

Queen pernah membuat persembahan di stadium ini dalam kunjungan Hot Space Tour mereka pada tahun 1982.[7] New Japan Pro-Wrestling mengadakan final G1 Climax 2014 pada 10 Ogos 2014 di arena ini.[8] Lady Gaga melangsungkan dua konsertnya di stadium ini dalam jelajah Chromatica Ball beliau pada 3 dan 4 September 2022.[9]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ベルーナドーム概要|埼玉西武ライオンズ".
  2. ^ Seibu Railway Tourist Guide Diarkibkan 2007-08-04 di Wayback Machine web page Information of a Seibu group
  3. ^ Goodwill Press release December 5, 2006 (Archived) (dalam bahasa Jepun)
  4. ^ goodwill history Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
  5. ^ "メットライフ生命、西武ドームネーミングライツ(命名権)を取得 : 西武ドームは「メットライフドーム」に名称を変更" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-10-24. Dicapai pada 2019-10-24.
  6. ^ "西武本拠地、今季から「ベルーナドーム」に改称 辻監督「変わらなければいけない年」". Full-Count(フルカウント) ― 野球ニュース・速報・コラム ― (dalam bahasa Jepun). 2022-01-17. Dicapai pada 2022-03-25.
  7. ^ Chapman, Phil (2017). The Dead Straight Guide to Queen. This Day In Music Books.
  8. ^ "【電撃決定!!】なんと今年の『G1 Climax』決勝は、"西武ドーム"に初進出!! 新日本プロレスが2014年上半期の予定をイッキに発表!!". New Japan Pro-Wrestling (dalam bahasa Jepun). January 4, 2014. Dicapai pada January 4, 2014.
  9. ^ Imada, Kaila (2022-04-20). "Lady Gaga is bringing her Chromatica Ball Tour to Tokyo this September". Time Out Tokyo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]