Pergi ke kandungan

Sukan SEA 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sukan Asia Tenggara 2015)
Sukan Asia Tenggara XXVIII
Bandar tuan rumahSingapura
Cogan kataCelebrate The Extraordinary
( Meraikan Yang Luar Biasa )
Penyertaan negara11
Penyertaan atletlebih 7000
Acara402 dalam 36 Sukan
Upacara pembukaan05 Jun 2015
Upacara penutupan16 Jun 2015
Pembaca ikrar atletLim Qing Yi
Penyala oborFandi Ahmad
Irfan Fandi
Tempat upacaraStadium Nasional Singapura
Laman sesawangseagames2015.com

Sukan Asia Tenggara 2015, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-28 atau Sukan SEA ke-28 merupakan temasya sukan Asia Tenggara yang diadakan di negara kota Singapura. Kali ini merupakan kali keempat Singapura menganjurkan temasya Sukan SEA dan kali pertamanya sejak tahun 1993. Sebelum ini, Singapura juga pernah menganjurkan temasya sukan tersebut pada tahun 1973 dan 1983.

Singapura telah dianugerahkan hak penganjuran Sukan Asia Tenggara pada tahun 2011 selepas beberapa kali penundaan sejak 2007, disebabkan pembinaan Stadium Nasional baru. Temasya sukan tersebut diadakan dari 05 hingga 16 Jun 2015, walaupun beberapa acara sukan sudah bermula sejak 29 Mei 2015. Kira-kira 4370 orang atlet menyertai temasya sukan tersebut yang telah mempertandingkan 402 acara dalam 36 sukan. Ia telah dibuka oleh Tony Tan Keng Yam, Presiden Singapura di stadium yang dinyatakan sebelumnya.

Jadual pingat terakhir didahului oleh Thailand, diikuti tuan rumah Singapura dan Vietnam. Beberapa rekod Asia, temasya dan kebangsaan telah dipecahkan sepanjang temasya sukan berlangsung. Walaupun terdapat sedikit kontroversi, temasya sukan tersebut secara umumnya diadakan dengan jayanya dengan pengurusan kos diperuntukkan untuk menganjurkan sukan, perkiraan kenderaan awam dan promosi temasya sukan yang berkesan dan peningkatan taraf pertandingan antara negara-negara Asia Tenggara.

Bandar tuan rumah

[sunting | sunting sumber]

Pemilihan Singapura sebagai tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2015 telah diumumkan pada tahun 2011 semasa temasya Sukan Asia Tenggara 2011, yang diadakan di bandar-bandar Indonesia: Palembang dan Jakarta. Singapura pernah dipilih untuk menganjurkan Sukan Asia Tenggara pada tahun 2007 dan 2013, tetapi menolak kedua-dua peluang ditawarkan disebabkan kos pembinaan Hab Sukan Singapura.

Pembangunan dan persiapan

[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa pengelola Sukan Asia Tenggara Singapura (Bahasa Inggeris:Singapore SEA Games Organising Committee (SINGSOC) telah ditubuhkan pada 28 Jun 2012 untuk memantaukan pementasan temasya sukan.

Ahli Majlis Pengelola Temasya Sukan[1][2]
Peranan Nama Jawatan
Pengerusi Encik Lawrence Wong Pemangku Menteri, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia. Menteri Kanan Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Keterangan.
Ahli Jawatankuasa Encik Chan Chun Sing Menteri, Pejabat Perdana Menteri
Cik Indranee Rajah Menteri Kanan Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Undang-Undang
Puan Carmee Lim Pengasas dan Pengerusi Aoede Music Enterprise
Encik Low Teo Ping Timbalan Pengerusi Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura
Encik Xutsem Vunnipas Menteri Kanan Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar Negeri
Encik Mohamed Abdul Jaleel Pengasas dan Pengarah Pengurusan Kumpulan Mini Environment Service
Encik Valerio Nannini Pengarah Pengurusan Nestle Singapore Pte Ltd
Cik Annabel Pennefather Timbalan Pengerusi Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura
Encik Brian Richmond Juruhebah Radio MediaCorp Pte Ltd
Encik Saktiandi Supaat Ketua FX Research Team, Global Markets, Global Banking, Maybank
Encik Manu Sawhney Pengarah Manchester United Limited
Encik Seah Moon Ming Pengarah pengurusan dan pengarah pengurusan kumpulan kecil Pavilion Energy Pte Ltd dan Pavilion Gas Pte Ltd
Encik Richard Seow Yung Liang Pengerusi Majlis Sukan Singapura
Dr Tan Eng Liang Timbalan Pengerusi Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura
Cik Jessica Tan Soon Neo Pengarah pengurusan Microsoft Singapura
Encik Tan Kian Chew Pengarah pengurusan Syarikat-koperasi NTUC FairPrice
Encik Leonard Tan Pengasas dan Pengarah Pengurusan PurpleClick Media Pte Ltd
Encik Stanley Tan Pengerusi Pusat Filantrofi dan Sukarelawan Kebangsaan
Puan Josephine Teo Li Min Menteri Kanan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan
Encik Teo Ser Luck Menteri dalam negeri, Menteri Industri dan Perdagangan, Ketua Bandar Daerah Timur Laut
Kluster Tempat pertandingan Sukan
Kluster Kallang Hab Sukan Singapura
Stadium Nasional Singapura Upacara pembukaan dan penutupan, Olahraga, Bola sepak
Arena OCBC Dewan 1 Bola jaring, Bola keranjang
Arena OCBC Dewan 2 Lawan pedang, Bola tampar (dalam dewan)
Arena OCBC Dewan 4 Billiad & snuker
Stadium Tertutup Singapura Ping pong, Badminton
Pusat Akuatik OCBC Akuatik: Terjun, Renang, Renang berirama, Polo air
Lain
Pusat Skuasy Kallang Skuasy: Perseorangan & Beregu
Pusat Tenis Kallang Tenis
Padang Kriket Kallang Memanah
Padang Sofbol Kallang Sofbol
Balapan Latihan Kallang Olahraga: Maraton
Ekspo Singapura Dewan ekspo 1 Tinju, Sepak takraw
Dewan ekspo 2 Judo, Pencak silat, Taekwondo, Wushu
Kluster Marina Teluk Marina, Singapura Lumba perahu tradisional, Lumba perahu layar: Perahu keel
Selatan Teluk Marina Lumba basikal
Saluran Air Marina Lumba kanu, Lumba perahu dayung
Lain
Empangan Bedok Ski Air[3]
Dewan Sukan Bishan Gimnastik
Stadium Bishan Bola sepak[3]
Stadium Jalan Besar Bola Sepak
Stadium Choa Chu Kang Ragbi tujuh sebelah[3]
Taman Pantai Timur Olahraga: Lumba jalan kaki, Triatlon
Kolej ITE Tengah Bola lantai
Pusat Perahu Layar Negara Lumba perahu layar
Pusat Menembak Negara Menembak (lapangan terbuka)
Kelab Desa Orkid Boling
Padang Pétanque
Stadium Hoki Sengkang Hoki padang
Kelab Golf Sentosa Golf
Kelab Kuda Singapura Ekuestrian
Kelab Tanglin Skuasy: Beregu lelaki
SAFRA Yishun Menembak (lapangan tertutup)

Pemasaran

[sunting | sunting sumber]
Nila sang singa, maskot rasmi Sukan SEA 2015
Nila memakai sama ada seluar sukan (kanan) dan pakaian sukan biru (kiri), bergantung pada majlis

Logo temasya Sukan Asia Tenggara 2015 ialah sebuah gambar seorang atlet menang yang melintasi garisan penamat dengan mengangkat tangannya sebagai tanda kemenangan yang mewakili potensi yang wujud dalam setiap atlet yang mengambil bahagian. Lima bentuk manusia acara sukan yang dipertandingkan mewakili kepelbagaian acara sukan yang ditampilkan dalam temasya sukan tersebut, kekuatan dan kemahiran atlet. Warna logo yang pelbagai mewakili saat mengujakan temasya sukan dan sukan sebagai alat untuk menyatukan rakyat rantau Asia Tenggara tanpa mengira bahasa, kepercayaan dan warna. Secara keseluruhannya, ia mewakili perpaduan rakyat Asia Tenggara dalam semangat sukan. Logo juga menampilkan logo Persekutuan Sukan Asia Tenggara dan perkataan Sukan SEA ke-28 (28th SEA Games. Perkataan Singapore 2015 (Singapura 2015) pada pita penamat mewakili Singapura sebagai tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2015.

Maskot temasya Sukan Asia Tenggara 2015 ialah seekor singa yang bernama Nila. Ia dinamai sempena peneraju dan pengasas Singapura, Sang Nila Utama. Nila mempunyai bulu tengkuk merah dan muka berbentuk hati. Ia memakai track suit atau baju bersukan birunya bergantung kepada peristiwa yang sesuai.[4]

Temasya sukan

[sunting | sunting sumber]

Negara peserta

[sunting | sunting sumber]

Acara sukan

[sunting | sunting sumber]

Sukan Asia Tenggara 2015 menampilkan 36 sukan dalam 402 acara. Bilangan acara dalam setiap disiplin adalah ditulis di dalam kurungan.

OC Upacara pembukaan Pertandingan acara 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
Mei / Jun 29
Jum
30
Sab
31
Aha
1
Isn
2
Sel
3
Rab
4
Kha
5
Jum
6
Sab
7
Aha
8
Isn
9
Sel
10
Rab
11
Kha
12
Jum
13
Sab
14
Aha
15
Isn
16
Sel
Acara pingat emas
Upacara OC CC
Memanah 5 5 10
Olahraga 2 2 8 12 12 10 46
Badminton 2 5 7
Bola keranjang 2 2
Billiard dan snuker 2 2 3 3 10
Boling 2 2 2 2 2 10
Tinju 11 11
Lumba kanu 5 3 9 17
Lumba basikal 2 2 1 1 6
Terjun 2 2 2 2 8
Ekuestrian 1 1 1 1 4
Lawan pedang 3 3 3 3 12
Hoki 1 1 2
Bola lantai 2 2
Bola sepak 1 1
Golf 4 4
Gimnastik 1 1 2 5 5 2 16
Judo 5 5 2 12
Bola jaring 1 1
Pencak silat 3 10 13
Pétanque 2 2 1 2 1 2 10
Lumba perahu dayung 8 10 18
Ragbi tujuh sebelah 2 2
Lumba perahu layar 1 4 4 4 7 20
Sepak takraw 2 2 1 1 2 2 10
Menembak 4 6 2 2 4 2 4 2 26
Sofbol 2 2
Skuasy 2 2 1 5
Renang 6 6 7 6 6 7 38
Renang berirama 1 2 3
Ping pong 2 1 2 2 7
Taekwondo 7 4 4 15
Tenis 2 2 3 7
Lumba perahu naga 4 4 8
Triatlon 1 1 2
Bola tampar 1 1 2
Polo air 1 1 2
Lumba ski air 4 4 3 11
Wushu 4 7 9 20
Jumlah acara pingat emas 0 0 0 0 2 5 7 0 42 45 38 42 48 39 36 31 50 10 7 402
Jumlah terkumpul 0 0 0 0 2 7 14 14 56 101 149 181 229 268 304 335 385 395 402
Mei / Jun 29
Jum
30
Sab
31
Aha
1
Isn
2
Sel
3
Rab
4
Kha
5
Jum
6
Sab
7
Aha
8
Isn
9
Sel
10
Rab
11
Kha
12
Jum
13
Sab
14
Aha
15
Isn
16
Sel
Acara pingat emas


Jadual pingat

[sunting | sunting sumber]

Jadual Pingat Rasmi

Petunjuk

  *   Tuan rumah (Singapura)

Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2015
 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Thailand (THA) 95 83 69 247
2  Singapura (SIN)* 84 73 102 259
3  Vietnam (VIE) 73 53 60 186
4  Malaysia (MAS) 62 58 66 186
5  Indonesia (INA) 47 61 74 182
6  Filipina (PHI) 29 36 66 131
7  Myanmar (MYA) 12 26 31 69
8  Kemboja (CAM) 1 5 9 15
9  Laos (LAO) 0 4 25 29
10  Brunei (BRU) 0 1 6 7
11  Timor-Leste (TLS) 0 1 1 2
Jumlah (11 Negara) 403 401 509 1313
Sumber: Sukan SEA 2015 Diarkibkan 2015-06-24 di Wayback Machine

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Steering Committee 28th SEA Games Singapore 2015". Dicapai pada 22 December 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Sports Corporate 28th SEA Games Singapore 2015". Dicapai pada 22 December 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c "Competition venues for SEA Games". Singapore News. Dicapai pada 28 January 2015.
  4. ^ Maskot Sukan Asia Tenggara 2015

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Naypyidaw
Sukan Asia Tenggara
Singapura

Sukan Asia Tenggara XXVIII (2015)
Diikuti oleh:
Kuala Lumpur