Suku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Suku bangsa)
Jump to navigation Jump to search

Suku [su-ku] (kata jamak: suku-sakat) atau klan yang dimaksudkan di sini ialah puak atau sekumpulan manusia yang mempunyai hubungan keluarga. kelompok-kelompok ini memiliki struktur sosial yang jelas dan tertata baik sejak dulu kala.

Kelaziman mengikut rantau[sunting | sunting sumber]

Nusantara[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, setiap orang ada suku masing-masing. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau. Kesemuanya ada 12 suku iaitu:

  1. Tanah Datar,
  2. Batu Hampar,
  3. Seri Lemak,
  4. Anak Melaka,
  5. Mungkal,
  6. Payakumbuh,
  7. Seri Melenggang,
  8. Tigo Batu,
  9. Tigo Nenek,
  10. Anak Aceh,
  11. Batu Belang,
  12. Biduanda

Suku Biduanda terbahagi kepada 2 bahagian iaitu "Biduanda Di Air" iaitu yang datang dari Sumatera dan "Biduanda Di Darat" iaitu golongan penduduk asal iaitu golongan orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu iaitu Semang, Sakai dan Jakun. Suku Biduanda Di Air adalah suku yang layak menjawat jawatan Undang atau Penghulu dalam luak-luak Adat Perpatih. Suku Anak Acheh pula bukan berasal daripada nama kampung di Minangkabau tetapi dipercayai diberi nama menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Acheh.

Indonesia[sunting | sunting sumber]

khususnya di antara masyarakat Maluku, Sumatera Utara, Sulawesi Utara, Nusa Tenggara, Kepulauan Timor dan Tanah Papua.

Di Sumatera Barat, suku merupakan sebutan untuk bahagian-bahagian kependudukan orang Minangkabau. Suku dalam pengertian ini setara dengan marga dalam suku Batak atau mataruma dalam Suku Ambon. Adapun di Sumatera Selatan, terdapat berbagai-bagai macam suku dari suku-suku kecil mahupun suku-suku besar. Di Kabupaten Lahat misalnya, terdapat suku Besemah, suku Lintang, suku Gumai dan berbagai macam nama suku-suku lainnya. Sama dengan daerah Sumatra Barat, suku dalam pengertian ini setara dengan marga dalam suku Batak. Dalam hal ini kata suku harus dibedakan dengan istilah suku bangsa atau "kelompok etnik" (ethnic group) yang tidak begitu kurang tepat menggambarkan suatu suku bangsa.

Di Kepulauan Maluku pula, "suku" terdiri daripada satu atau lebih marga (mataruma dalam Bahasa Ambon). Setiap marga atau mataruma atau memiliki sekurang-kurangnya satu keluarga. Dalam kasus unik, khususnya di antara bangsa Papua ada contoh di mana satu marga hanya terdiri dari satu keluarga atau satu Suku memiliki satu marga saja.

Alam Cina[sunting | sunting sumber]

Eropah[sunting | sunting sumber]

Scotland[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]