Sungei Perak Ulu (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungei Perak Ulu
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1955
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1959
Kali pertama dipertandingkan1955
Kali terakhir dipertandingkan1959
Demografi
Populasi (1954)[1]88,100
Pemilih (1955)29,665

Sungei Perak Ulu ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi mukim Hulu Perak, Mukim Chegar Galah, Mukim Kampung Buaia, Kampung Kota Lama Kiri, Lubok Merbau, Salong dan Senggang di Daerah Kuala Kangsar.[1]

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Sungei Perak Ulu ialah Mohamed Ghazali bin Jawi dari Parti Perikatan (PERIKATAN).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Sungei Perak Ulu telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Kuala Kangsar dan Ulu Perak. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Sungei Perak Ulu. Mereka ialah Mohamed Ghazali Bin Jawi dari Parti Perikatan, Syed Nordin Wafa dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), dan Mat Judin Bin Haji Ahmad dari parti bebas.[4] Ghazali telah menang dan telah menewaskan dua calon lainn dengan mendapatkan undian sebanyak 16,787.[3]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Sungei Perak Ulu
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1955-1957 Mohamed Ghazali bin Jawi Perikatan (UMNO) 16,781 12,186
1957-1959 Meor Samsudin Meor Yahya Tiada maklumat
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Ulu Perak dan Kuala Kangsar.[5]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil 26 Oktober 1957
Mohamed Ghazali telah mendapatkan kerusi lain di Majlis Undangan dan dilantik sebagai Menteri Besar Perak.[6][7]
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Meor Samsudin Meor Yahya
? Tidak diketahui
Jumlah undian sah 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar
Majoriti
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Mohamed Ghazali bin Jawi 16,781 77.5 N/A
Bebas Mat Judin Bin Haji Ahmad 4,595 19.6 N/A
NAP Syed Nordin Wafa 2,099 8.9 N/A
Jumlah undian sah 23,475 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 29,665
Majoriti 12,186
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Malaya in 52 parts for the polls" [Tanah Melayu dalam 52 bahagian untuk pilihan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 24 Jun 1954. m/s. 1. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ a b c "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  4. ^ a b "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  5. ^ "Temengor". Indian Daily Mail. 28 Julai 1955. m/s. 1.
  6. ^ "Pilehan raya kechil Perak" [Pilihan raya kecil Perak]. eresources.nlb.gov.sg. Berita Harian. 4 September 1957. m/s. 3. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  7. ^ "Vacant Council seat" [Kerusi Majlis kosong]. eresources.nlb.gov.sg. The Straits Times. 18 September 1957. m/s. 8. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]