T-38 Talon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
NORTHROP T-38 TALON
Jenis Latihan lanjut
Pengeluar Northrop Corporation
Pereka Edgar Schmued
Penerbangan sulung 10 Mac 1959
Pengguna pertama Tentera Udara Amerika Syarikat
NASA
Tentera Udara Jerman
Tentera Udara Turki
Variasi Northrop F-5
Krew 2 (juruterbang pelatih dan pengajar)
Jumlah dibina 1,187 (pengeluaran di antara tahun 1961–1972)
Status Aktif
Dimensi
Panjang 14.14 m
Tinggi 3.92 m
Rentas sayap 7.7 m
Luas sayap 16 m²
Berat
Berat tanpa muatan 3,270 kg
Berat muatan penuh 5,360 kg
Berat berlepas maksimum 5,670 kg
Janakuasa
Enjin General Electric J85-5A (J85-5R selepas ubahsuai PMP) jet turbo pembakaran lanjut
Tujahan maksimum 3,850 lbf (17.1 kN) setiap satu enjin
Persenjataan
Bom Tiada
Prestasi
Kelajuan maksimum Mac 1.3 (1,381 km/j)
Jarak tempur 1,835 km
Altitud tertinggi 15,240 m
Kadar panjat 170.7 m/s

Northrop T-38 Talon adalah pesawat latihan jet supersonik buatan Amerika Syarikat. Pesawat ini merupakan pesawat latihan supersonik pertama dan paling banyak dikeluarkan di dunia. Sehingga tahun 2008, pesawat ini masih berkhidmat dengan pasukan tentera udara di seluruh dunia termasuk Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mana merupakan pengguna pesawat ini yang terbesar.

Pesawat dianggap memiliki rekod keselamatan yang luar biasa bagi pesawat jet supersonik. Bagaimanapun, pada 11 Mei 2008, penggunaan pesawat T-38 telah digantung oleh Tentera Udara A.S setelah 2 kejadian terhempas yang melibatkan kematian dalam masa 8 hari. Kerangka asas pesawat ini telah digunakan untuk pesawat tempur ringan daripada keluarga F-5 Freedom Fighter. Selain digunakan oleh juruterbang Tentera Udara A.S, pesawat T-38 juga digunakan oleh angkasawan NASA, juruterbang dari negara NATO daripada program latihan bersama, serta beberapa pengguna awam.

Reka bentuk dan Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pesawat T-38 telah direka pada pertengahan tahun 1950-an sebagai versi latihan bagi projek versi pesawat pejuang ringan iaitu (projek N-156) oleh Northrop Corporation (sekarang sebahagian daripada Northrop Grumman). Walaupun Tentera Udara Amerika Syarika tidak mempunyai keperluan memperolehi pesawat pejuang ringan pada masa itu, ia telah menarik minat Tentera Udara A.S untuk dijadikan sebagai pesawat latihan sebagai mengantikan pesawat T-33 Shooting Star. 3 buah pesawat prototaip pertama (dinamakan YT-38) terbang pada 10 Mac 1959. Pesawat ini pantas diterima dan contoh pengeluaran pertama telah dihantar pada tahun 1961, dan secara rasminya memasuki perkhidmatan pada 17 Mac 1961, melengkapi pesawat jet utama T-37. Setelah pengeluaran dihentikan pada tahun 1972, sejumlah 1,187 buah pesawat T-38 telah dibina. Sejak diperkenalkan, dianggarkan seramai 50,000 juruterbang tentera dilatih menggunakan pesawat ini. Tentera Udara A.S kekal sebagai di antara beberapa tentera udara yang mengunakan pesawat latihan akhir supersonik yang khusus, yang mana kebanyakan unit-unit lain seperti Tentera Laut A.S masih menggunakan pesawat latihan subsonik.

Pesawat T-38 adalah pesawat yang mempunyai konfigurasi biasa, dengan rentas sayap yang kecil dan panjang, penstabil menegak tunggal, dan giar pendaratan beroda tiga. Kedudukan kerusi bagi pelatih juruterbang dan instruktur disusun dalam bentuk tandem, dan mempunyai ruang masuk untuk 2 enjin turbojet di pangkal sayap. Keupayaan lincahnya telah memberi gelaran roket putih—pada tahun 1962, pesawat T-38 telah mencatat 4 rekod pendakian.

Pesawat F-5B dan F (yang mana berasal daripada pesawat N-156) boleh dibezakan dengan pesawat T-38 melalui sayapnya; sayap bagi pesawat T-38 bertembung terus dengan fiuslag dan mempunyai bentuk kotak di hujungnya, manakala pesawat F-5 memiliki pinggir depan yang dipanjangkan berdekatan dengan pangkal sayap dan rel pelancaran untuk peluru berpandu udara-ke-udara di hujung sayap. Di bawah lapisan cat, sayap pesawat T-38 dibina dengan bahan berlubang-lubang seperti sarang lebah madu manakala sayap bagi pesawat dari keluarga F-5 dibina daripada lapisan biasa diatas lapisan bawah struktur sokongan.

Kebanyakkan pesawat T-38 Talon yang dibina adalah versi T-38A, tetapi Tentera Udara A.S juga mempunyai sejumlah kecil pesawat diubah menjadi pesawat latihan senjata. Pesawat-pesawat ini (ditandai AT-38B) dilengkapkan dengan pajera meriam dan boleh membawa pod meriam, roket, atau bom pada pilon ditengah-tengah. Dalam tahun 2003, 562 buah pesawat T-38 Talon masih beroperasi dengan Tentera Udara A.S dan pada masa sekarang sedang menjalani program naik taraf struktur dan sistem avionik ke tahap (T-38C) untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan sehingga tahun 2020. Penambah-baikan ini termasuk menambah Paparan Pandang Ke Atas, GPS, Sistem Pengemudian Inersia, Sistem Mengelakkan Perlanggaran Trafik dan PMP (ubah suai sistem pendorogan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan enjin pada altitud rendah dengan meningkatkan kuasa tujahan secara ketara). Kebanyakkan versi milik Tentera Udara A.S iaitu pesawat (T-38A dan AT-38B) sedang ditingkat upaya ke tahap T-38C.

Versi pesawat pejuang N-156 akhirnya dipilih untuk Program Bantuan Ketenteraan A.S dan dikeluarkan sebagai F-5 Freedom Fighter. Kebanyakkan pesawat ini dikembalikan dan mengambil peranan sebagai latihan senjata apabila kebanyakan tentera udara telah memperkenalkan jenis pesawat terbaru dalam perkhidmatan. Pesawat F-5G kemudiannya dibangunkan sebagai pesawat berenjin tunggal F-20 Tigershark.

2 pesawat T-38 Talon mengekori Pesawat bolak balik Columbia semasa ia mendarat di Northrup Strip, White Sands, New Mexico, menamatkan misi STS-3.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Arahan Strategik Udara, Tentera Udara Amerika Syarikat telah mengoperasikan pesawat T-38 Talon dari tahun 1981 hingga 1991. Pesawat-pesawat ini telah digunakan untuk meningkatkan pembangunan kerjaya pembantu juruterbang pesawat pengebom melalui "Program Mempercepatkan Pengayaan Pembantu Juruterbang".

Selain Tentera Udara A.S, pengguna-pengguna lain pesawat T-38 adalah Tentera Udara Jerman, Tentera Udara Portugal, Tentera Udara Republik China, Tentera Udara Turki dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Pesawat ini juga diterbangkan oleh NASA dan Boeing, yang telah menggunakan pesawat ini sebagai pesawat pengejar. Terdapat sebilangan kecil pesawat yang dimiliki oleh orang perseorangan.

NASA menggunakan pesawat ini untuk melatih angkasawannya; angkatan pesawat ini disimpan di Ellington Field, Houston, Texas. Pesawat T-38 Talon milik NASA telah mengalami kemalangan maut pada sekitar tahun 1960-an, yang menyebabkan kematian angkawan Theodore Freeman, Elliott See, dan Charles Bassett. Kemalangan-kemalangan ini disebabkan oleh cuaca buruk dan bukannya disebabkan oleh masalah pesawat.

Ekoran daripada malapetaka Bolak Balik Angkasa Lepas Challenger pada 28 Januari 1986, mendiang-Presiden Ronald Reagan dan isteri beliau Nancy melawat Pusat Angkasa Lepas Lyndon B. Johnson di Houston, Texas pada 31 Januari 1986, untuk memberi ucapan dimajlis untuk meraikan para angkasawan. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 6,000 orang pekerja NASA dan 4,000 orang tetamu, termasuk keluarga angkasawan. Semasa majlis yang dirancang rapi ini, kumpulan nyanyian tentera udara telah mengetuai nyanyian "God Bless America" sebaik sahaja pesawat NASA T-38 Talon terbang melintasi medan, dalam bentuk formasi tradisi orang hilang. Semua aktiviti ini disiarkan secara langsung oleh rangkaian TV kebangsaan.

Sebagai tindak balas terhadap sekatan minyak OPEC pada tahun 1973, Pasukan Pertunjukkan Aerobatik Thunderbirds dari Tentera Udara A.S telah menggunakan pesawat T-38 Talon, yang mana menggunakan minyak jauh lebih rendah daripada pesawat F-4 Phantom, pada tahun 1974. Pasukan pertunjukkan udara Tentera Laut A.S iaitu Blue Angels menggunakan pesawat yang diperkecilkan iaitu pesawat A-4 Skyhawk juga pada masa yang lebih kurang sama. Selepas kemalangan "Diamond Crash" yang terkenal yang mana telah membunuh 4 daripada 6 juruterbang pertunjukkan Thunderbirds, pesawat T-38 Talon telah digantikan dengan pesawat barisan hadapan iaitu F-16A Fighting Falcon pada tahun 1983.

2 kemalangan maut, pertamanya pada 23 April 2008 di Pangkalan Tentera Udara Columbus di Mississippi dan yang kedua pada 1 Mei 2008 di Pangkalan Tentera Udara Sheppard di Wichita Falls, Texas, mengakibatkan 4 kematian, dan menyebabkan Tentera Udara Amerika Syarikat mengantung penggunaan pesawat ini.[1]

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Pesawat awam T-38 yang diwarnakan dengan warna Tentera Udara A.S terbang rendah melepasi Runway 30 di Pusat Angkasa Lepas Mojave
  • N-156T : Pengenalan oleh syarikat Northrop.
  • YT-38 : Prototaip, 2 buah dibina, kemudian dikenali sebagai YT-38A
  • T-38A : Pesawat latihan lanjut 2 tempat duduk, model pengeluaran, sejumlah 1,139 buah pesawat dibina.
  • T-38A(N) : Versi 2 tempat duduk untuk latihan angkasawan NASA.
  • AT-38A : Sejumlah kecil pesawat T-38A ditukarkan menjadi pesawat latihan senjata.
  • DT-38A : Sejumlah kecil pesawat Tentera Laut A.S ditukarkan menjadi pesawat drone.
  • NT-38A : Sejumlah kecil pesawat ditukarkan menjadi pesawat ujian dan penyelidikan.
  • QT-38A : Pesawat sasaran drone tanpa pemandu.
  • AT-38B : Pesawat latihan senjata 2 tempat duduk.
  • T-38C : Pesawat T-38A dengan struktur dan avionik yang dinaik taraf. [2]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Bendera Jerman Jerman
Bendera Portugal Portugal
 Taiwan
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki
 Korea Selatan
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Persamaan

Senarai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Associated Press, "Perkhidmatan pesawat digantung selepas kejadian terhempas", dicetak oleh New York Times, 2 Mei, 2008, m/s 14.
  2. Senarai Fakta : T-38 Talon
  3. "Angka dan Fakta Tentera Udara A.S", Majalah Tentera Udara, terbitan Mei 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pesawat latihan Tentera Udara Amerika Syarikat