Mullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Mullah (bahasa Parsi: ملا ) adalah salah suatu gelaran yang biasa diberikan kepada seorang Ulama yang beragama Islam. Gelaran ini berasal dari kata bahasa Arab Mawla atau Maula, yang dapat diertikan sebagai 'pemimpin' mahupun 'pelindung'. Di sebahagian besar wilayah di Iran, Turki, Asia Tengah dan anak semenanjung India, adalah hal yang umum untuk memberikan gelaran Mullah kepada pemimpin agama atau pengurus Masjid setempat.[1]

Lukisan para Mullah di hadapan seorang Raja Dinasti Safawi, Iran.

Dalam penggunaannya di media massa, panggilan serta penggunaan gelaran ini mencerminkan penghormatan ke atas seseorang yang terpelajar dalam bidang agama (berkenaan dunia Islam); atau kecenderungan dalam mengetengahkan diri sebagai seorang yang fanatik dalam bidang agama (mengikut pandangan oleh sesetengah pihak yang mempelopori kepentingan dalam media massa Barat).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Roy, Oliver, 1996. Failure of Political Islam, Harvard University Press, hlm 28-29. ISBN-13: 978-0674291416
  2. ^ Taheri, Amir, 1985. Spirit of Allah, Hutchinson, hlm 53. ISBN-13: 978-0091603205