Buddha di Bamiyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 34°49′55″N 67°49′36″E / 34.83194°N 67.82667°E / 34.83194; 67.82667

Lanskap Budaya dan Tinggalan Arkeologi di Lembah Bamiyan
Afghanistan Statua di Budda 1.jpg
Satu dari dua patung Buddha di Bamiyan pada tahun 1976
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Lokasi Ralat skrip: Modul ini tidak wujud. , Wilayah Bamiyan , Afghanistan Sunting ini di Wikidata
Koordinat 34°49′55″N 67°49′36″E / 34.832041666667°N 67.826802777778°E / 34.832041666667; 67.826802777778
Kawasan
Termasuk Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.
Kriteria Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.
Rujukan 208
Inscription 2003 (ke-27 Session)
Pemanjangan Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.
Terancam 2003-
Laman web

Buddha di Bamiyan (Bahasa Parsi: بت های باميان - but hay-e bamiyaan) adalah monumen patung berdiri Buddha kurun ke-6[1] yang dipahat pada tebing cenuran di Lembah Bamyan, yang mana terletak di kawasan Hazarajat, tengah Afghanistan, iaitu kira-kira 230 km (143 batu) ke barat laut Kabul pada ketinggian 2,500 meter (8,202 kski). Patung kecil yang dibina pada tahun 507, manakala yang besar pada tahun 554[1]. Patung-patung ini mewakili gabungan gaya klasik seni Gandhara.[2]

Tubuh utama patung-patung ini dipahat secara terus daripada tebing batu pasir, tetapi perincian dibuat daripada lumpur yang dicampur dengan jerami, diselaputi dengan stucco. Salutan ini, yang mana hampir haus, telah dicat bagi meningkatkan expresi wajah, tangan dan lipatan jubah; patung yang lebih besar dicat dengan warna merah tua dan yang lebih kecil dengan warna yang pelbagai.[3]

Kedua-dua patung bersejarah ini diletupkan dengan sengaja oleh pihak Taliban menggunakan dinamit pada 21 Mac 2001. Alasan yang diberi untuk pemusnahan tersebut ialah supaya Afghanistan dapat dibersihkan daripada patung-patung "berhala" yang kononnya tidak Islamik. Tindakan puak Taliban ini memusnahkan monumen berharga yang merupakan sebahagian dari warisan sejarah dan kebudayaan silam Afghanistan telah dikutuk sekeras-kerasnya di peringkat antarabangsa, termasuklah semua negara-negara Islam lain dalam OIC. Switzerland dan Jepun telah berikrar untuk menjana usaha membina semula patung-patung tersebut pada suatu masa yang akan datang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Gall, Carlotta (2006-12-05). "Afghans consider rebuilding Bamyan Buddhas". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada original pada 2012-12-16. Dicapai pada 2008-01-06. 
  2. ^ Morgan, Kenneth W. The Path of the Buddha. Pg.43. Google Books. Dicapai pada 02-06-2009. 
  3. ^ Gall, Carlotta (2006-12-06). "From Ruins of Afghan Buddhas, a History Grows". The New York Times. Dicapai pada 2008-01-06. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]