Ponti Anak Remaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ponti Anak Remaja
GenreSeram, komedi gelap, misteri ghaib
PenciptaNizam Zakaria
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Liyana Jasmay
Lisa Surihani
Tam Suhaimi
Nazim Othman
Azlee Khairi
Amran Ismail
Finie Don
Elliza Razak
Aishah Hoo
Adam Faiz
Lagu pembukaan"Selamat Malam" oleh Faizal Tahir
PenggubahAudi Mok, Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
PenerbitGhaz Abu Bakar
Syarikat penerbitan
The Media Hustler
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal13 Mac 2009 (telefilem)
25 Oktober 2010 - 16 November 2010 (siri TV)

Ponti Anak Remaja ialah sebuah siri mini yang berdasarkan daripada telefilem dengan judul sama arahan Nizam Zakaria yang disiarkan di Astro Ria dari 25 Oktober hingga 16 November 2010. Dibintangi oleh Liyana Jasmay dalam peranan utama sebagai Siti Nur Ponti.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ponti Anak Remaja mengisahkan tentang kehidupan Ponti, seorang pontianak yang berubah menjadi manusia yang terpaksa berdepan dengan onak dan kehidupan yang sangat mencabar sebagai pelajar kolej di Kuala Lumpur. Untuk dilihat sebagai manusia yang normal, Ponti akan meniru semua tingkahlaku dan perbuatan orang lain.

Ponti juga berwatakan ceria dan mesra dengan kawan-kawannya. Dalam masa yang sama, Ponti sangat sayang pada Hazuan, kekasih yang pernah cuba menyelamatkan nyawanya satu ketika dahulu tetapi kini dia terpaksa berdepan dengan Sofea, bekas kekasih Hazuan yang berdendam dengannya.

Ponti terpaksa berdepan dengan Kamal, kekasih lamanya yang dikenalinya semasa dia masih seorang pontianak. Kamal bertekad mahu memenangi hati Ponti kembali dan mahu Ponti mengingati kembali hubungan yang pernah mereka jalinkan suatu ketika dahulu.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Ponti Anak Remaja diterbitkan oleh The Media Hustler, diarahkan oleh Nizam Zakaria dan Ghaz Abu Bakar menggalas tugas sebagai penerbit. Penggambaran dijalankan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan selebihnya di Kuala Lumpur. Melihat kepada jalan cerita serta watak-watak di dalam Ponti Anak Remaja, ramai yang berpendapat karya ini diinspirasikan dari filem Amerika Twilight lakonan Kristen Stewart.[2]

Nizam yang turut menulis skrip bagi telefilem dan siri ini berkata, ia hanya kebetulan kerana mengisahkan pontianak yang boleh disimpulkan sebagai kisah hantu yang universal.[2]

“Saya menulis skrip ini sejak tahun 2005 lagi dan ia berdasarkan kajian tentang kisah cerita dongeng Melayu. Sebelum itu lagi, saya sudah menulis novel yang berkaitan dengan kisah pontianak atau kisah seram lain 15 tahun yang lalu seperti Awang Vampiro. Lagipun jalan cerita juga berbeza. Ponti Anak Remaja lebih bersifat tempatan kerana saya menulis berdasarkan cerita dongeng Melayu tentang pontianak berpaku. “Ia juga bukanlah drama seram semata-mata tetapi lebih kepada komedi ringan yang sesuai dengan remaja,[2]

— Nizam berkata demikian semasa sidang akhbar Ponti Anak Remaja di Restoran Aliyaa Island, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.[2]

Nizam berkata beliau melakukan kajian ke atas remaja melalui laman sosial Twitter mengenai apa yang mereka mahukan dan disalurkan ke dalam karyanya.[2] Pihak penerbitan mengindahkan lagi sinematografi dengan menggunakan teknik pembetulan warna yang menjadikan drama ini seakan filem,[2] ditambah pula dengan penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk memberikan kesan yang lebih meyakinkan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (24 Oktober 2010). "Drama Mini Ponti Anak Remaja Lakonan Liyana Jasmay". Sensasi Selebriti. Dicapai 21 Mac 2015. 
  2. ^ a b c d e f g Raja Intan Dianna Raja Azham (20 Oktober 2010). "Ponti Anak Remaja iras Twilight". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Mac 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]