Cincau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ketulan cincau hitam yang dipotong-potong
Segelas cincau hijau

Cincau (Jawi: چينچاو; serapan bahasa Cina 仙草 - Pe̍h-ōe-jī Hokkien: sian-chháu, pinyin: xiāncǎo; juga 涼粉 liáng fěn) ialah sejenis makanan bersifat serupa agar-agar dperolehi daripada pokok dalam keluarga daun pudina yang dipergunakan di China dan Asia Tenggara sebagai pencuci mulut serta juga dalam minuman. Ia boleh didapati dalam bentuk tin mahupun bungkusan di pasar raya dan pusat-pusat beli-belah serata Asia.

Terdapat dua jenis cincau yang didapati serata Nusantara: cincau hitam yang dijumpai di Malaysia dan Singapura, dan cincau hijau yang lebih didapati di Indonesia.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat seberapa jenis tumbuhan yang digunakan sebagai bahan utama:

Daun-daun mentah yang dipetik ini disimpan agar teroksida seketika sebelum ia direbus bersama-sama kalium karbonat selama beberapa jam. Cecairnya kemudiannya didinginkan sehingga menjadi seolah-olah agar-agar.[1][5] Agar cincau yang siap sejuk mempunyai kelikatan sederhana yang senang dipotong.[6]

Air cincau sejuk.

Cincau ini biasanya dicampurkan dengan sirap untuk menghasilkan sejenis minuman yang dianggap mempunyai sifat yin yang dapat menyejukkan badan.[6] Warnanya minuman ini perang tua yang jernih, dengan cincau berbentuk lembar atau kiub di dalamnya. Rasanya sedikit merupai iodin.

Penyajian[sunting | sunting sumber]

Cincau dengan potongan-potongan buah mangga

Di Tanah Besar China dan Hong Kong[sunting | sunting sumber]

Cincau dihidangkan dalam suatu air bergula secara tradisinya. Susu sejat turut ditambah kepada air cincau.

Di Taiwan[sunting | sunting sumber]

Cincau dijadikan minuman panas yang likat atau minuman berais di Taiwan. Ia sering ditambahkan pada baobing atau teh susu mutiara.

Minuman cincau tin yang dikilangkan di Taiwan, tetapi dijual di seluruh dunia.

Di Malaysia dan Singapura[sunting | sunting sumber]

Cincau hitam sering dihidangkan dalam pencuci mulut seperti ais kacang serta cendol. Ia turut ditambahkan dalam minuman tertentu seperti air bandung untuk menambahkan tekstur.

Terdapat suatu minuman bancuhan mencampurkan air kacang soya dengan air cincau menghasilkan sejenis minuman yang dikenali sebagai "Michael Jackson"

Di Indonesia[sunting | sunting sumber]

Cincau didapati di Indonesia sebagai sejenis serbuk segera seperti dengan serbuk agar-agar yang lain. Serbuknya yang lebih mudah digunakan diperbuat daripada daun Mesona palustris.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b 仙草 (dalam bahasa Cina). 台北市內雙溪森林藥用植物園編輯組. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-21. 本品加水與少許鹹共同煎汁,添加少許澱粉漿可製成仙草凍,是夏天常吃的清涼飲品
  2. ^ Armstrong, Wayne P. "Grass Jelly (Mesona chinensis)". Dicapai pada 19 Mei 2008.
  3. ^ "Cincau". Tanaman Obat Indonesia. Diarkibkan from yang asal pada 13 Oktober 2006. Dicapai pada 13 Oktober 2006. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Melastoma malabathricum L." www.unimainz.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2014.
  5. ^ Bush, Austin. "Inside the greenhouse". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-26. Dicapai pada 2008-05-19.
  6. ^ a b Wei, Clarissa (31 Mei 2016). "Sweet, Black Grass Jelly Shouldn't Come Out of a Can". Munchies. VICE. Dicapai pada 11 Oktober 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Masakan Singapura