Tentera Udara Albania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tentera Udara Albania
Forcat Ajrore Shqiptare
150px
Aktif 1914
Negara  Albania
Komander
Komander
semasa
Brigadier Jeneral Astrit Jaupi
Tanda kebesaran
Roundel Roundel of Albania.svg
Pesawat
Penyerang MiG-15, MiG-17, J-5
Pejuang MiG-19
Peronda BO-105
Latihan CJ-6, Agusta AB 206
Pengangkut Il-14, Mil Mi-4, Harbin Z-5, Agusta AB 205, Y-5


Tentera Udara Albania (Forcat Ajrore Shqiptare, FASH) merupakan pasukan tentera udara bagi Angkatan Tentera Albania. Ia kini beroperasi di bawah Perintah Pasukan Bersama Albania dan dikumpulkan di dalam Briged Udara Albania. Markas pasukan ini terletak di Tirana dan armada pesawatnya beroperasi di dua buah pangkalan udara, Kuçova dan Tirana.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1914, kerajaan Albania telah memesan 3 buah pesawat Lohner Daimler daripada Austria untuk membentuk tentera udara mereka. Setelah Perang Dunia Kedua meletus, pesanan ini telah dibatalkan. Albania tidak mempunyai sumber-sumber yang cukup untuk memulakan pembangunan tentera udara yang lengkap semasa tahun 1920-an dan 1930-an. Selepas penubuhan kerajaan beraja Albania pada tahun 1928, Raja Zog telah menubuhkan Kor Udara Diraja Albania di bawah kawalan Tentera Darat Diraja Albania. Tentera udara Diraja, dan pasukan bersenjata Albania yang lain-lain telah dibubarkan berikutan serangan Itali ke atas Albania semasa Perang Dunia Kedua.[2]

Sosialis Albania[sunting | sunting sumber]

Pada 24 April 1951, setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, Albania menubuhkan semula pasukan tentera udaranya.[3]

Sebuah akademi telah dibina di Vlorë pada tahun 1962.[3] Albania menamatkan hubungan diplomatik dengan Kesatuan Soviet pada tahun 1962, dan mengubah arah ke China untuk mendapatkan bahagian-bahagian yang diperlukan untuk digunakan pada pesawat MiG mereka.[4]

Selepas perang dunia kedua, Tentera Udara Albania akhirnya ditubuhkan setelah dilengkapi dengan pesawat buatan Soviet. skuadron pertama telah dilengkapi dengan pesawat Yakovlev Yak-9. pesawat pejuang pertama yang memasuki perkhidmatan adalah pesawat MiG-15, secara rasminya bertarikh pada 15 Mei 1955, dengan kemasukan pesawat MiG-17. Beberapa buah pesawat pejuang MiG-15 Soviet telah digunakan dan ditarik keluar semula daripada Tentera Udara Korea Utara. Pesawat pejuang yang menjadi tulang belakang Tentera Udara Albania adalah MiG-19 (kod NATO "Farmer"). 12 buah pesawat MiG-19PM telah diserahkan oleh USSR pada bulan Oktober 1959 dan pada tahun yang sama para juruterbang dan pakar telah dihantar ke USSR untuk menjalani latihan dengan pesawat pemintas MiG-19 PM. selepas kejatuhan hubungan USSR-Albania, jumlah ketara pesawat Shenyang J-6 ( pesawat MiG-19S buatan China), telah dibeli daripada China. pada awal tahun 1970-an, Albania telah menukarkan kebanyakan pesawat pejuang MiG-19PM (kod NATO "Farmer-E") yang dilengkapi dengan peluru berpandu dengan 12 buah pesawat pejuang Chengdu J-7A (buatan China bagi pesawat MiG-21) yang lebih canggih. Dua buah daripadanya telah Musnah dalam kemalangan pada awal tahun 1970-an, 8 buah menghadapi masalah dengan kekurangan bateri pada awal tahun 1980-an.[petikan diperlukan]

sebuah pesawat Nanchang Y-5 milik Tentera Udara Albania

Keseluruhan, sepanjang tahun 1970-an dan tahun 1980-an, Tentera Udara Albania masih mampu untuk mengatur gerak 142 buah pesawat, yang mana terdiri daripada pesawat Shenyang J-6C, 12 Chengdu J-7A, sebuah skuadron pesawat pejuang yang dilengkapi dengan pesawat MiG-17, sejumlah pesawat MiG-15 ( kedua-dua versi BIS dan UTI), dan tempat buah pesawat pengangkut Il-14 buatan Soviet. sebuah skuadron pesawat Shijiazhuang Y-5 telah di atur gerak ke Tirana dan Akademi Tentera Udara di Vlora memiliki dua buah skuadron pesawat Yak-18 bagi digunakan untuk melatih asas penerbangan kepada para juruterbang. komponen helikopter yang terdiri daripada 18 buah helikopter Harbin Z-5 ( buatan Cina bagi Mil Mi-4) yang berpangkalan di Farka Tirana, sementara itu terdapat sebuah prototaip pesawat pengebom ringan H-5 berpangkalan di Rinas.[petikan diperlukan]

Selepas keruntuhan hubungan di antara Albania dan China, penyelenggaraan pesawat menjadi sangat sukar dan jumlah kemalangan maut membabitkan pesawat pejuang Mikoyan meningkat. meskipun dengan usaha-usaha Albania dan beberapa kejayaan awal dalam membaikpulih enjin pesawat MiG, kekurangan bahan api jet memaksa pihak berkuasa untuk memulakan pengeluaran pada skala besar, oleh itu mengakibatkan pengeluaran berkualiti rendah ( Percubaan pertama adalah pada tahun 1961, apabila kilang Kuçova menghasilkan bahan api jet kerosene khas yang dikenali dengan nama TSI). bahan api ini memendekkan jangka hayat enjin enjin jet dan seringkali disalah sebagai penyebab Utama di atas beberapa kemalangan maut. 35 orang juruterbang Albania kehilangan nyawa mereka sejak tahun 1955 sehingga tahun 2005 disebabkan oleh kegagalan mekanikal pesawat MiG.[petikan diperlukan]

Sejarah terkini[sunting | sunting sumber]

Berikutan dengan kejatuhan komunis di Albania pada tahun 1990, tentera udara memiliki 200 buah pesawat dan 40 buah helikopter, serta empat buah pesawat pengangkut Il-14.[4] Semasa rusuhan di Albania 1997, tujuh buah pesawat MiG telah musnah dan bahagian-bahagiannya telah dicuri.[4]

Pada awal tahun 1990 an, salah satu usaha untuk memastikan pesawat MIG boleh diterbangkan, Tentera Udara Albania telah menerima alat ganti daripada Bulgaria dan enjin daripada bekas GDR. menjelang tahun 2004, Albania masih memiliki 117 buah pesawat J-6C, walaubagaimana pun kebanyakannya tidak boleh digunakan dan hanya 12 buah pesawat Chengdu J-7A yang masih boleh diterbangkan. Pesawat pejuang Albania akhirnya ditarik keluar daripada perkhidmatan aktif pada akhir tahun 2004 selepas kemalangan maut terakhir yang melibatkan sebuah pesawat J-6C semasa berlepas daripada kawasan tentera di Lapangan terbang Mother Teresa di Tirana.[petikan diperlukan]

Menjelang tahun 2006, Albania telah menegaskan hampir separuh pesawat Z-5 Dan telah menandatangani sebuah kontrak pembelian sebanyak enam buah pesawat Bolkow 105 selama 3 tahun.[5] perolehan ini membolehkan tentera udara untuk beroperasi dengan 4 buah pesawat Y-5, 7 buah helikopter B206, 3 buah B205, dan 6 buah Bolkow 105.[5]

Kini, Briged Utara Albania tidak lagi menggunakan pesawat era Soviet. sejak tahun 2011, 9 buah pesawat Shijiazhuang Y-5 telah dibersarakan daripada perkhidmatan.[petikan diperlukan] pada tahun 2011, Tentera Udara menjual empat buah pesawat pengangkut Il-14 sebagai skrap.[4]

Pada tahun 2016, 40 buah pesawat tentera Albania telah disediakan untuk dilelong pada masa hadapan. antara pesawat Yang dibuka untuk jualan termasuk sebuah pesawat latihan tentera Yak-18, dan empat buah jenis pesawat pejuang tentera – MiG-15, MiG-17, MiG-19, dan MiG-21 – serta empat buah helikopter pengangkut Mi-4. kerajaan menyatakan bahawaminat daripada para pengumpul dan muzium, dan ia akan menjual 100 buah pesawat lagi sekiranya lelongan ini berjaya. dana-dana yang diperolehi akan digunakan untuk memodenkan lagi Tentera Udara Albania.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Komanda Forcave Ajrore Shqiptare
  2. ^ "History of the General Staff of the Armed Forces". Albanian Armed Forces. Dicapai 9 June 2016. 
  3. ^ a b "Air Force History". Albanian Armed Forces. Dicapai 9 June 2016. 
  4. ^ a b c d e Semini, Llazar (6 March 2016). "Albania, once Europe's most isolated country under a 50-year Communist regime, is selling dozens of obsolete Eastern Bloc military jets". U.S. News & World Report. Dicapai 9 June 2016. 
  5. ^ a b Lofting, Chris; Coupland, John. "Albania 2006". baes.org.uk/. British Aviation Enthusiasts Society. Dicapai 9 June 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]