Tunku Ampuan Durah
Tunku Ampuan Durah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
Pemerintahan | 5 April 1960 - 14 April 1967 | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Ampuan Kurshiah | ||||||||
Diikuti oleh | Tunku Ampuan Najihah | ||||||||
Tunku Ampuan Negeri Sembilan | |||||||||
Tempoh | 14 April 1967 - 8 Ogos 1999 | ||||||||
Diikuti oleh | Tunku Ampuan Najihah | ||||||||
Keputeraan | Tunku Durratun Nafisah Azibah binti Tunku Burhanuddin 26 Jun 1922 Istana Baroh, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tanah Melayu | ||||||||
Kemangkatan | 8 Ogos 1999 | (umur 77)||||||||
Pemakaman | Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia | ||||||||
Pasangan | Tuanku Munawir (k. 1940; m. 1967) | ||||||||
Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Pagaruyung | ||||||||
Ayahanda | Tunku Besar Burhanuddin | ||||||||
Bonda | Che Puan Sharifah Alawiyah |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Tunku Durratun Nafisah Azibah binti Tunku Besar Burhanuddin atau Tunku Ampuan Durah merupakan mantan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan permaisuri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Tunku Ampuan Durah diputerakan di Istana Baroh, Seri Menanti pada 26 Jun 1922. Baginda merupakan salah seorang puteri Almarhum Tunku Besar Burhanuddin yang menaiki takhta kerajaan Negeri Sembilan sebagai Tuanku Ampuan Besar. Kekanda baginda, YMM Tunku Puan Besar Kurshiah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1933 hingga 1960 manakala adinda baginda YMM Tunku Ampuan Najihah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008.
Penglibatan
[sunting | sunting sumber]Tunku Ampuan Durah melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan sukarela antaranya menjadi penaung kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban dan Yayasan Wanita Daerah Seremban.
Minat
[sunting | sunting sumber]Baginda begitu gemar dengan seni lukisan cina.
Tunku Ampuan Besar (1960 - 1967)
[sunting | sunting sumber]Tunku Ampuan Durah dilantik sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1960 sehingga tahun 1967 serta dikurniakan Darjat Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.).
Perkahwinan dan anakanda
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1940, Tunku Ampuan Durah melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Laxamana Tunku Munawir. Hasil perkahwinan dengan Tunku Munawir, baginda berdua dikurniakan 5 orang puteri dan seorang putera.
- Tunku Puteri, Tunku Umpa Munawirah (diputerakan pada 16 Jun 1943 dan mangkat pada 9 Oktober 1991).
- Tunku Mudziah (diputerakan pada 22 Ogos 1944 dan mangkat pada 14 September 2004).
- Tunku Muhriz (diputerakan pada 14 Januari 1948).
- Tunku Anne Dakhlah (diputerakan pada 29 Ogos 1951).
- Tunku Deborah (diputerakan pada 8 Mac 1953).
- Tunku Deannah (diputerakan pada 22 November 1954 dan mangkat pada 9 November 2017).
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Pada tanggal 8 Ogos 1999, Tunku Ampuan Durah telah mangkat ketika berusia 77 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti bersebelahan makam Almarhum Tuanku Munawir.
Eponim
[sunting | sunting sumber]Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tunku Kurshiah |
Tunku Ampuan Negeri Sembilan | Diikuti oleh: Tunku Ampuan Najihah |