Tunku Besar Seri Menanti
Tunku Besar Seri Menanti merupakan gelaran adat bagi pembesar negeri bagi Luak Tanah Mengandung di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Gelaran dan jawatan ini mula diperkenalkan selepas penjenamaan semula nama Yang di-Pertuan (Yamtuan) Seri Menanti kepada Yang di-Pertuan (Yamtuan) Besar Negeri Sembilan pada 29 April 1898[1].
Kedudukan dan peranan[sunting | sunting sumber]
Kedudukan Tunku Besar Seri Menanti dijamin dalam Perlembagaan Negeri Sembilan dan merupakan salah seorang anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan. Tunku Besar Seri Menanti adalah gelaran yang paling kanan di antara Putera Yang Empat. Tiga gelaran lain ialah Tunku Laksamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar. Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuk menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar[2].
Senarai penjawat[sunting | sunting sumber]
No | Nama | Gelaran | Tempoh Takhta |
---|---|---|---|
1 | Tengku Ibrahim ibni Almarhum Tuanku Hitam | Tunku Besar | |
2 | Tunku Nasiruddin ibni Almarhum Raja Ali (Yamtuan Radin) | Sehingga 1831 | |
3 | Tunku Ulin ibni Almarhum Raja Ali (Yamtuan Imam) | 1831 - 1861 | |
4 | Tunku Daud ibni Almarhum Tuanku Nasiruddin | ||
5 | Tunku Lintau ibni Almarhum Tuanku Nasiruddin | ||
6 | Tunku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah | Tunku Besar Seri Menanti | 1882 - 1888 |
7 | Tunku Besar Burhanuddin ibni Almarhum Yamtuan Antah | 1888 - 1961 | |
8 | Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir | 1961 - 2008 | |
9 | Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz | 2009 - kini |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Buyong Adil (2019). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 70. ISBN 978-983-49-2189-7.
- ^ BERNAMA (22 Februari 2009). "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 2 Ogos 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)