Tunku Irinah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tunku Dato' Seri Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 23 November 1957) merupakan puteri ketiga dan anakanda kelima kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Tunku Irinah
Tengku Puan Panglima Raja Selangor
Keputeraan (1957-11-23) 23 November 1957 (umur 66)
Bandar New York, Amerika Syarikat
PasanganTengku Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (k. 1981)
Anakanda
  • Tengku Alam Shah Amiruddin
  • Tengku Alana Iman Shahirah
Nama penuh
Tunku Irinah binti Tunku Ja'afar
Nama diraja
Tunku Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar
DinastiPagar Ruyung
AyahandaTuanku Ja'afar
BondaTunku Ampuan Najihah
AgamaSunni Islam

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tunku Irinah diputerakan pada 23 November 1957 di Bandar New York, Amerika Syarikat.

Kekanda dan adindanya yang lain ialah :

  • Tunku Dara Negeri Sembilan, Tunku Naquiah (diputerakan pada 26 Disember 1944)
  • Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin (diputerakan pada 8 Mac 1947)
  • Tunku Muda Serting Negeri Sembilan, Tunku Imran (diputerakan pada 21 Mac 1949)
  • Tunku Puteri Negeri Sembilan, Tunku Jawahir (diputerakan pada 27 Januari 1952)
  • Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin (diputerakan pada 26 Oktober 1959)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tunku Irinah mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Holy Infant Jesus di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau meneruskan pengajian menengah di Wispers School, Haslemere, Surrey, England pada peringkat O-Level. Daripada situ, beliau melanjutkan pelajarannya di Padworth College, Reading, England untuk mendapatkan A-Level. Beliau menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Perniagaan di London School of Economics and Political Studies.[1]

Perkahwinan dan anakanda[sunting | sunting sumber]

Pada 18 April 1981, Tunku Irinah melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Ahmad Shah iaitu kerabat diraja Negeri Selangor.

Hasil perkahwinan dengan Tengku Ahmad Shah, mereka berdua dikurniakan 1 putera dan 1 puteri.

  • Tengku Alam Shah Amiruddin
  • Tengku Alana Iman Shahirah

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tunku Irinah
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tunku Dato' Seri Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R., S.P.T.J., S.S.I.S.

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan [2]:

Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Selangor[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Board of Directors". Syarikat Pesaka Antah. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".