Tunku Ali Redhauddin
Tunku Ali Redhauddin | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tunku Besar Seri Menanti | |||||
Keputeraan | Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor | 26 April 1977||||
| |||||
Dinasti | Pagar Ruyung | ||||
Ayahanda | Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir | ||||
Bonda | Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud | ||||
Agama | Islam Sunni |
![]() |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 |
Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz (lahir 26 April 1977) merupakan anak sulung kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Beliau dikurniakan gelaran Tunku Besar Seri Menanti pada 23 Februari 2009 dan mengganggotai Dewan Keadilan dan Undang[1]. Selain tugasan rasmi, Tunku Ali juga membahagikan masanya sebagai lembaga pengarah syarikat, badan bukan untung dan institusi pendidikan. Beliau diiktiraf sebagai Pemimpin Global Muda pada 2013 oleh Forum Ekonomi Dunia.[2]
Family[sunting | sunting sumber]
Tunku Ali Redhauddin lahir pada 26 April 1977 di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor, sebagai anak sulung kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud
Adik-adiknya yang lain ialah:
- Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz (lahir 6 Julai 1982).
- Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin (lahir 3 September 1984 – meninggal dunia 15 Januari 2016).
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ BERNAMA (22 Februari 2009). "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2020. Dicapai pada 25 Ogos 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz". World Economic Forum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 April 2020.