Wazir (Brunei)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Brunei

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
di Brunei



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Wazir merupakan salah satu golongan pembesar diraja di Brunei, yang mana kedudukannya adalah tertinggi dalam susunan pembesar diraja selepas Sultan. Dalam sejarah Brunei, khususnya dalam era sebelum kedatangan dan seterusnya di bawah naungan British, wazir telah berperanan sebagai individu kanan Sultan dalam pentadbiran kerajaan ketika itu.

Wazir terdiri daripada seorang Kepala Wazir, iaitu Perdana Wazir, sebagai ketua wazir, dan empat orang Wazir Empat di bawahnya, iaitu Bendahara, Di-Gadong, Pemancha dan Temenggong.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kedudukan wazir telah wujud di Brunei sebagai jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan Sultan sejak beberapa kurun. Pada zaman pemerintahan Sultan-Sultan Brunei terawal, wazir hanya terdiri daripada Bendahara dan Temenggong.[1][2] Pemancha dan Di-Gadong mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Hasan di penghujung abad ke-16 Masihi.[1][2] Perdana Wazir adalah secara relatif diperkenalkan baru-baru ini, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Brunei sekarang, Sultan Hassanal Bolkiah.[2]

Terasul[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Terasul

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Pada asasnya gelaran bagi Kepala Wazir adalah 'Perdana Wazir' dan bagi Wazir Empat 'Bendahara', 'Di-Gadong', 'Pemancha' dan 'Temenggong'. Walau bagaimanapun, memandangkan wazir-wazir biasanya dipilih daripada golongan Pengiran, khususnya kerabat diraja dan Pengiran Bertaras, gelaran tersebut sentiasa didahului oleh 'Pengiran'. Juga, gelaran wazir telah dipanjangkan dengan ditambah beberapa perkataan selepas gelaran asas. Oleh itu, gelaran penuh wazir-wazir adalah seperti berikut:[3][4][5]

  • Kepala Wazir:
    • Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar
  • Wazir Empat:
    • Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura
    • Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal
    • Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah
    • Pengiran Temenggong Sahibul Bahar

Rujukan kehormat[sunting | sunting sumber]

Individu yang dipilih menjadi wazir mempunyai rujukan hormat tertentu yang mana dalam hal surat-menyurat ianya mendahului gelaran dan nama wazir tersebut. Rujukan kehormat bagi wazir ditentukan sama ada ianya terdiri daripada putera Sultan yang gahara atau tidak. Bagi wazir putera Sultan gahara, ianya adalah 'Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri', manakala selain daripada itu, ianya dirujuk dengan 'Yang Teramat Mulia Seri Paduka', iaitu tidak memasukkan 'Duli' dan menukar 'Paduka Seri' menjadi 'Seri Paduka'.[3]

Pengurniaan[sunting | sunting sumber]

Mengikut Bab 2 (1) Pemasyhuran Mengangkat dan Melantik Pemangku Raja 1959, wazir hanya dipilih daripada golongan kerabat Diraja Bertaras, iaitu mana-mana putera kerabat diraja yang gahara.[6] Perlantikan seseorang menjadi wazir serta pengurniaan gelaran yang berkaitan dilaksanakan dalam suatu upacara yang dipanggil 'mengarak'.[2]

Pada masa ini, hanya tiga sahaja kedudukan wazir yang sedang diisi, iaitu Perdana Wazir, Bendahara dan Di-Gadong. Mereka terdiri daripada kerabat diraja Brunei, iaitu khususnya saudara lelaki Sultan Hassanal Bolkiah sendiri.

Wazir Penyandang Nama penuh dengan terasul
Perdana Wazir Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien[7]
Bendahara Pengiran Muda Sufri Bolkiah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien[7]
Di-Gadong Pengiran Muda Jefri Bolkiah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien[7]
Pemancha (kosong) -
Temenggong (kosong) -

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Al-Sufri, Mohd. Jamil (1997). Tarsilah Brunei: Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei. m/s. 109. 
  2. ^ a b c d Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 19. ISBN 9991734228. 
  3. ^ a b Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 10–11. ISBN 9991734228. 
  4. ^ Melayu Islam Beraja Menengah II. Jabatan Perkembangan Kurikulum. 1998. m/s. 185. ISBN 9991722394. 
  5. ^ "Wazirs and Cheterias". www.bruneiresources.com (dalam bahasa Inggeris). 2012-05-28. Dicapai 2018-01-27. 
  6. ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 14. ISBN 9991734228. 
  7. ^ a b c "Wazir dan Cheteria" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai 2018-01-27.