Wikipedia:Calon rencana pilihan/Jun 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pekak ialah sebuah filem cinta yang diarahkan oleh Mohd Khairul Azri Md Noor dan menampilkan Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar.Filem ini merupakan filem pertama Mohd Khairul Azri Md Noor. Filem ini mengisahkan tentang seorang pengedar dadah bernama Uda (Zahiril Adzim) yang cacat pendengaran. Uda menggapai cita-cita untuk kembali mendengar, dimana dia akhirnya terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya. Takdir telah menemukan Uda dengan Dara (Sharifah Amani), seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Hubungan yang luar biasa ini menerbitkan bibit-bibit cinta di antara mereka, namun mereka terpaksa menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan keganasan, seks, dan dadah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 September 2016.

Filem ini telah ditayangkan di Marché du Film di Cannes pada Mei 2016. Trailer filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 30 Jun 2016. Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan pada 9 Ogos 2016 di Pitching Centre Platinum Sentral, KL Sentral. Filem ini telah diharamkan di Brunei kerana unsur-unsur negatif yang dipaparkan di dalam filem ini.

Filem ini terjerumus di dalam kancah kontroversi apabila ianya dituduh menyebarkan budaya negatif dan merosakkan akhlak.Gerakan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyelar filem ini sebagai tidak memberi sebarang jalan penyelesaian kepada masalah negatif dalam masyarakat. Pengarah filem ini, Mohd Khairul Azri Md Noor walaubagamanapun, telah memohon maaf sekirannya karyanya menyinggung perasaan sesiapa.(Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: