Pekak (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pekak
PengarahMohd Khairul Azri Md Noor
PenulisKhairul Azri
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studio
Tarikh tayangan
  • 1 September 2016 (2016-09-01) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 400,000

Pekak (Jawi: ڤكق) ialah sebuah filem drama ngeri Malaysia 2016 arahan Mohd Khairul Azri Md Noor, dibintangi oleh Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar. Filem ini merupakan filem pertama Mohd Khairul Azri. Filem ini mengisahkan seorang pengedar dadah bernama Uda (Zahiril Adzim) yang cacat pendengaran. Uda menggapai cita-cita untuk kembali mendengar, yang mana dia akhirnya terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya. Takdir telah menemukan Uda dengan Dara (Sharifah Amani), seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Hubungan yang luar biasa ini menerbitkan bibit-bibit cinta antara mereka, namun mereka terpaksa menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan keganasan, seks, dan dadah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 September 2016.

Plot[sunting | sunting sumber]

Uda (Zahiril Adzim) merupakan seorang pemuda OKU yang pekak. Dia bekerja di bawah pusher (Joe Flizzow) sebagai penjual dadah. Dia ingin mendengar semula dengan mengumpul duit hasil jualan dadahnya untuk digunakan untuk membuat pembedahan. Dia tinggal di sebuah bilik di sebuah rumah pangsa yang berjirankan pasangan yang bermasalah. Dek kerana terlalu ingin mendengar semula, setiap petang, dia akan ke tepi laluan kereta api untuk menikmati angin dan gegaran kereta api. Sebelum tidur pula, dia akan mendengar lagu Rintihan Hati hasil nyanyian Othman Hamzah. Dara (Sharifah Amani) pula seorang gadis yang masih bersekolah menengah dan bermasalah, hasil pergaulannya dengan Melur (Sharifah Sakinah). Bapa Dara (Zaidi Omar), seorang pengawal keselamatan, sering bekerja pada waktu malam, menyebabkan Dara kurang perhatian daripada bapanya. Dara dan Melur sering ponteng sekolah kerana Melur ingin berhibur bersama dengan teman lelakinya, Azman (Amerul Affendi), seorang artis jalanan dan penghisap dadah.

Pada satu hari, ketika Dara ponteng sekolah bersama-sama dengan Melur, mereka telah berkongsi lif dengan Uda, yang ketika itu pergi menghantar dadah kepada Azman. Uda ternampak Dara mendengar lagu kesukaannya, Rintihan Hati di MP3. Uda mula jatuh hati dengan Dara. Namun begitu, Dara mempunyai teman lelakinya yang tersendiri, Kamil (Iedil Putra), saudara Azman yang berkelulusan dari luar negara dan kaya raya. Kamil sentiasa mencuba untuk menodai Dara tetapi tidak berjaya. Hal ini menyebabkan Kamil meminta bantuan daripada Azman dan Melur. Kamil menganjurkan sebuah parti untuk memudahkan misinya untuk menodai Dara. Melur dan Dara menipu bapa Dara bahawa mereka akan mengaji ketika bapa Dara keluar bekerja. Sebaliknya, mereka keluar rumah ditemani Azman untuk ke parti Kamil.

Uda menghantar dadah ke rumah Kamil atas permintaan Azman. Ketika di sana, baju Dara koyak kerana terlalu ketat. Kamil memberi air yang diisi dadah kepada Dara dan Melur. Dara, yang tidak biasa dengan pengaruh dadah, bergaul dengan Uda yang teruja dapat berjumpa semula dengan Dara. Kamil cuba untuk mengambil kesempatan terhadap Dara, tetapi Dara memuntahi baju Kamil. Dara berlari keluar rumah dan Uda menawarkannya perjalanan pulang ke rumah. Dara menerima pelawaan tersebut dan mereka pulang ke rumah Dara. Dara mula mengenal nama Uda dan cuba meminta nombor telefon Dara.

Bapa Dara memukul kepala Uda menyebabkan dirinya pengsan. Bapa Dara memarahi Dara kerana menipu dirinya. Bapa Dara mulai bimbang Dara akan mengikut jejak langkah ibunya. Melur dan Dara ponteng sekolah lagi keesokkannya. Dek kerana bosan dengan kerenah Melur dengan Azman, Dara pergi menonton filem dengan Uda. Selepas menonton filem, Uda mendapat permintaan penghantaran dadah daripada Azman. Azman ketika itu sedang berbincang dengan Kamil tentang parti sambutan hari lahir Azman untuk meneruskan misinya menodai Dara yang gagal sebelum ini. Dara mengetahui tentang pekerjaan sebenar Uda yang menjual dadah dan memarahi Uda. Uda meminta tambahan tiga hari lagi agar dia dapat mengumpul wang yang cukup untuk membuat pembedahan. Selepas tiga hari, Uda berjaya mengumpul wang secukupnya dan membuat pembedahan tersebut.

Parti sambutan hari lahir Azman telah dilakukan di rumah Kamil. Uda, seperti biasa, menghantar dadah ke rumah Kamil atas permintaan Azman. Dadah tersebut digunakan Kamil untuk memengsankan Dara. Dara pengsan dan dia dibawa ke bilik Kamil oleh Azman. Azman, di bawah pengaruh dadah, mulai khayal dan telah memukul serta menodai Dara. Kamil membatalkan parti sambutan tersebut dan telah mencampakkan Dara di hadapan Pejabat Kecemasan Hospital. Bapa Dara kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Dara dan menuduh Uda yang menyebabkan kecederaan ini. Dara mulai nazak.

Uda yang berasa marah pergi ke rumah Kamil untuk mencari pemerkosa Dara. Kamil meminta dia untuk melupakan apa yang telah berlaku. Dia juga mendedahkan bahawa Azman yang telah memerkosa Dara. Tertekan kerana gagal untuk menodai Dara, Kamil mulai menghisap dadah juga. Uda pergi ke rumah Azman. Ketika dia cuba bergaduh dengan Azman, Melur memasuki rumah Azman dan memarahinya kerana mencederakan Dara. Dara memukul Azman dengan menggunakan karya seninya yang membunuh Azman. Uda pula pergi ke tepi laluan kereta api, mengingkari arahan doktornya yang menegah dia daripada pergi ke tempat yang berbunyi bising. Dara pula mulai sedar daripada komanya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini merupakan filem pertama Mohd Khairul Azri Md Noor. Penggambaraan filem ini telah bermula pada 24 Mac 2014[1] dan berlanjutan selama 23 hari. Penggambaraan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, Perak.[2] Tajuk asal filem ini ialah 'Uda & Dara' sebelum ditukar kepada tajuk sekarang.[3] Zahiril Adzim yang melakonkan watak Uda yang pekak telah meminta bantuan bapanya yang merupakan seorang guru pendidikan khas untuk lebih mendalami wataknya.[4] Kereta kru produksi filem ini telah dicalarkan oleh orang asing ketika penggambaraan di kawasan 'gelap' Bangsar. Kerana kekangan kos, pelakon tambahan terdiri daripada rakan-rakan kru dan dibayar dengan makanan McDonald.[5]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah ditayangkan di Marché du Film di Cannes pada Mei 2016.[6] Treler filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 30 Jun 2016. Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan pada 9 Ogos 2016 di Pitching Centre Platinum Sentral, KL Sentral[7] manakala tayangan umum dilakukan pada 1 September 2016. Filem ini telah diharamkan di Brunei kerana unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam filem ini.[8]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Deric Ect daripada portal hiburan, The Daily Seni telah memberi skor 4/4 bagi filem ini.[9] Dennis Chua daripada New Straits Times pula mengulas filem ini sebagai "...satu pengalaman yang memukau..."[10] Haryati Karim daripada KOSMO! pula mengangkat filem ini sebagai "...sebuah karya yang indah seninya."[11] Sinar Harian pula menganggap filem ini sebagai "...sebuah karya yang berani."[12] Portal kehidupan, The Vocket memberi skor 7.5/10 untuk filem ini.[13] Angelin Yeoh daripada The Star telah memberi skor 7/10 untuk filem ini.[14] Shazwan Zulkiffli daripada portal kehidupan, The Level pula memberi skor 6.5/10 untuk filem ini.[15] Kon Wai Yeng daripada majalah kehidupan, Time Out, telah memuji lakonan pelakon utama, Zahiril Adzim [16] dengan portal hiburan Ehgosheep.com mengakui akan terkejut sekirannya dia tidak dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM).[17]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Filem ini terjerumus dalam kancah kontroversi apabila ia dituduh menyebarkan budaya negatif dan merosakkan akhlak. Gerakan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyelar filem ini sebagai tidak memberi sebarang jalan penyelesaian kepada masalah negatif dalam masyarakat.[18][19] Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hear Me pula membantah penayangan filem ini kerana memberi imej buruk dan menjatuhkan maruah golongan pekak.[20][21]

Walau bagaimanapun, pengarah filem ini, Mohd Khairul Azri Md Noor telah memohon maaf sekirannya karyanya menyinggung perasaan sesiapa.[22]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Pekak (Original Motion Picture Soundtrack)
Runut bunyi oleh
Pelbagai artis
Dilancarkan pada2016
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreRunut bunyi
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatGrand Brilliance
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
"Uda & Dara"
Single oleh MonoloQue feat. Aisyah Aziz
Dilancarkan pada10 Ogos 2016 (Digital)
Dirakamkan pada2016
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang4:03 minit
SyarikatGrand Brilliance
PenulisMonoloQue
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi bagi filem ini telah dimuat naik di iTunes pada 1 September 2016. Album ini mengandungi 18 buah lagu.

No.TajukPenyanyiMasa
1."666"monoloQue4:50
2."Azman Stoner Cluster"monoloQue0:55
3."Azman Stone Gliss"monoloQue0:54
4."Karma Konkrit 1"monoloQue0:57
5."Karma Konkrit 2"monoloQue1:26
6."Kerana Dia"monoloQue1:38
7."Keretapi (Tema Uda Dan Dara Variasi 4)"monoloQue1:04
8."Menyesal"monoloQue1:57
9."Mula Mendengar"monoloQue1:36
10."Tema Uda"monoloQue0:37
11."Tema Uda Variasi 2"monoloQue2:19
12."Tema Untuk Dara (Tunjuk Perasaan)"monoloQue1:13
13."Tempat Baru"monoloQue0:49
14."Tokan"monoloQue0:43
15."Tema Uda Dan Dara Variasi 1"monoloQue1:06
16."Tema Uda Dan Dara Variasi 2"monoloQue1:04
17."Tema Uda Jumpa Dara Variasi 1"monoloQue1:49
18."Tema Uda Jumpa Dara Variasi 2"monoloQue2:07


Lagu OST bagi filem ini ialah Uda & Dara oleh Monoloque dan Aisyah Aziz.[23]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
World Premieres Film Festival Philippines 2016[24] Best International Film Tengku Iesta Tengku Alaudin Tercalon
Marché du Film 2016 Tengku Iesta Tengku Alaudin Tercalon
International Motivational Film Festival 2016[25] Pelakon Lelaki Terbaik Zahiril Adzim Menang
Skrip Terbaik Khairul Azri Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Md Sharom, Nina Farzuin (23 Mac 2014). "Cabaran baharu Zahiril, Amani & Sakinah". Sinar Harian.
  2. ^ Mohd. Isa, Izwan. "Pekak tonjol isu balasan karma". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-28.
  3. ^ Mustaza, Aqmar. "Pekak bukan filem kosong". Mediahiburan.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2016-08-22.
  4. ^ "Zahiril Adzim Akan Berguru Dengan Ayah Untuk Filem Pekak". Rotikaya.com. 21 Mac 2014. Dicapai pada 2016-08-04.
  5. ^ (Inggeris)""ROMEO AND JULIET ON DRUGS, DRUGS AND MORE DRUGS": IS 'PEKAK' THE COOLEST MALAYSIAN MOVIE OUT THIS YEAR?". Daily Seni. 1 Ogos 2016. Dicapai pada 2016-08-04.
  6. ^ Jefri, Syafil Syazwan (9 Mei 2016). "Pekak ke Festival Filem Cannes". Harian Metro.
  7. ^ Naseer, Ashraf. "Filem "Pekak" bukan sebuah filem klise". Cinema.com.my. Dicapai pada 2016-08-22.
  8. ^ "Filem isu OKU 'tidak mendidik', 'Pekak' dilarang di Brunei (VIDEO)". The Malay Mail.
  9. ^ (Inggeris)Ect, Deric. "REVIEW: RISQUÉ, GUT-WRENCHING AND OFTEN BREATH-TAKING, 'PEKAK' IS GOING TO BE ON YOUR YEAR-END LIST". The Daily Seni. Dicapai pada 2016-08-22.
  10. ^ (Inggeris)Chua, Dennis. "Modern rendition of Uda & Dara". New Straits Times.
  11. ^ Karim, Haryati. "Realiti kehidupan dalam Pekak". KOSMO!.
  12. ^ "Pekak angkat realiti kehidupan". Sinar Harian.
  13. ^ "Aku Tak Akan Sesekali Kata Filem Ini Cukup 'Halal' Untuk Jadi Rujukan Muda-Mudi". The Vocket. Dicapai pada 2016-08-31.
  14. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin. "Review: Pekak". The Star.
  15. ^ Zulkifli, Shazwan. "Movie: #PEK4K". The Level. Dicapai pada 2016-09-15.
  16. ^ Yeng, Kong Wai. "'Pekak' film review". Time Out. Dicapai pada 2016-09-04.
  17. ^ "ULASAN FILEM PEKAK : RIUH, GHAIRAH DAN DOSA DALAM WARNA HIDUP REMAJA". Ehgosheep.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-05. Dicapai pada 2016-09-15.
  18. ^ Ismail, Amalina. "'Pekak' filem advokasi?". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-12.
  19. ^ "11 sebab mengapa filem Pekak perlu disekat". Ikatan Muslimin Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-16. Dicapai pada 2016-09-15.
  20. ^ "NGO Dakwa Filem 'Pekak' Menjatuhkan Maruah OKU". mStar.
  21. ^ Atan, Arif. "Lima NGO desak kerajaan haramkan filem 'Pekak'". Malaysia Dateline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-16. Dicapai pada 2016-09-15.
  22. ^ Azam, Nadia. "Pekak minta maaf, tiada niat singgung perasaan OKU". Malaysiakini.
  23. ^ Dzulkifly, Siti Athirah. "Loque & Aishah Aziz". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-28.
  24. ^ Abdul Rahman, Ridzuan (28 Julai 2016). "Si bisu pilih jalan hitam". Harian Metro.
  25. ^ "FILEM PEKAK MENANG 2 ANUGERAH ANTARABANGSA". Radio Televisyen Malaysia. Dicapai pada 2016-09-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]