Wong Sze Phin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wong Sze Phin @ Jimmy Wong merupakan bekas ADUN Sri Tanjong dari PH-DAP.

Wong Sze Phin @ Jimmy Wong
Pembantu Jabatan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
2018–2020
Berkhidmat dengan Arifin Asgali
Ketua MenteriMohd Shafie Apdal
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Sri Tanjong
Dalam jawatan
2018–2020
Didahului oleh Chan Foong Hin
Digantikan oleh Justin Wong Yung Bin
Majoriti9,383 (2018)
Dalam jawatan
2008–2013
Digantikan oleh Chan Foong Hin
Majoriti1,172 (2008)
Ahli Dewan Rakyat untuk Kota Kinabalu
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Hiew King Cheu
Digantikan oleh Chan Foong Hin
Butiran peribadi
Parti politik
PekerjaanAhli Politik

keluar dari SAPP[sunting | sunting sumber]

Pada 18 September 2008, Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) , Jimmy Wong dan Ketua Pemuda Parti Maju Sabah , Au Kam Wah keluar dari Parti Maju Sabah. Tindakan itu diambil selepas Majlis Tertinggi SAPP membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional. Au Kam Wah adalah pengasas SAPP pada 1994 dan kini menjadi Adun Bebas kawasan Elopura.

Jimmy Wong, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyifatkan hasrat SAPP untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mendapat sokongan anggota parti itu. [1]

Bukan keturunan Kadazan[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mac 2012, Jimmy Wong dibatalkan sebagai Sijil Anak Negeri oleh Lembaga Pegawai Sabah. Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya. Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64). Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor. Pada Disember 2011, Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu diwujud dan diwartakan bagi memutuskan permasalahan anak negeri.[2]


Pada 17 November 2009, Jimmy Wong didapati salah menggunakan taraf sijil anak negeri untuk membeli tanah berstatus anak negeri. Tindakannya itu dianggap menceroboh tanah rizab dan kawasan tamman permainan untuk mendirikan rumahnya. Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya meminta polis PDRM dan SPRM siasat bagaimana Jimmy wong mendapat sijil anak negeri yang diberi kepada bumiputera Sabah sahaja. Hak-hak kelayakan beliau sebagai ahli Dewan patut dilucutkan serta merta.[3]

Digantung dari DUN[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Oktober 2012, Jimmy Wong Sze Pin digantung menghadiri persidanngan Dewan Undangan Negeri Sabah kerana ingkar arahan Speaker Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said. Ketika itu beliau mengeluarkan kata-kata 'korupsi' ketika membahaskan Bajet Negeri Sabah 2012. Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin mengusulkan pengantungan itu. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]