Putera Naruhiko Higashikuni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jeneral
Putera Naruhiko Higashikuni
Prime Minister Prince Higashikuni delivers a Policy Speech to the 88th Extraordinary Session of the Imperial Diet.jpg
Nama asal東久邇宮稔彦王
Kelahiran(1887-12-03)3 Disember 1887
Kyoto, Jepun
Meninggal dunia20 Januari 1990(1990-01-20) (umur 102)
Tokyo, Jepun
Pusat pendidikanAkademi Tentera Empayar Imperial Jepun
Maktab Perang Tentera Jepun
PekerjaanPutera Diraja
General
Parti politikBebas
PasanganToshiko, Puteri Yasu
Ibu bapa
Perdana Menteri Jepun ke-43[1]
Memegang jawatan17 Ogos 1945 – 9 Oktober 1945
Didahului olehKantarō Suzuki
Diikuti olehKijūrō Shidehara
MaharajaShōwa
Kerjaya ketenteraan
KesetiaanEmpayar Jepun
PerkhidmatanWar flag of the Imperial Japanese Army.svg Tentera Darat Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1908–1945
PangkatJeneral
ArahanDivisyen Tentera Darat Jepun ke-4, Perkhidmatan Udara Tentera Darat Imperial Jepun, Tentera Darat Jepun ke-2, General Defense Command
PertempuranPerang China-Jepun Kedua
Perang Pasifik
AnugerahDarjah Yang Maha Utama Kekwa
Darjah Matahari Terbit berbunga Paulownia, Darjah Burung Helang Kembara Emas
Tugas lainAhli politik
Tandatangan
HigashikuniN kao.png

Jeneral Putera Naruhiko Higashikuni (東久邇宮稔彦王, Higashikuni-no-miya Naruhiko Ō, 3 Disember 1887 – 20 Januari 1990) ialah seorang putera Jepun yang berkhidmat sebagai seorang pegawai dalam Tentera Darat Empayar dan ke-43 Perdana Menteri negara tersebut dari 17 Ogos 1945 sehinggalah 9 oktober pada tahun yang sama dengan tempoh selama 54 hari. Ayahanda ipar Maharaja Hirohito[2]ini merupakan Higashikuni adalah satu-satunya ahli kerabat diraja Jepun yang pernah mengetuai kabinet serta jeneral pegawai Tentera Darat Jepun terkabir yang memegang jawatan Perdana Menteri. Beliau juga mengasas Institut Teknologi Chiba.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Setelah Jepun semakin kalah dalam kegiatan peperangan mereka di ambang akhirnya Perang Dunia Kedua lalu Perisytiharan Potsdam terpaksa diterima pihak tersebut, Maharaja Hirohito melantik Putera Higashikuni menggantikan Laksamana Kantarō Suzuki sebagai perdana menteri pada 16 Ogos 1945. Kabinet pilihan beliau ditugaskan memastikan penghentian pergerakan Tentera Empayar dengan teratur serta meyakinkan rakyat Jepun bahawa institusi maharaja mereka berada dalam keadaan yang selamat. Beliau meletakkan jawatan pada bulan Oktober tahun yang sama selepas menghadapi pertelingkahan dengan Pemerintah Tertinggi Kuasa Berikat mengenai pemansuhan Undang-Undang Pemuliharaan Keamanan 1925 (治安維持法 Chian Iji Hō) yang mengharamkan sebarang bentuk tindakan membangkang dasar-dasar politik kemaharajaan negara Jepun.

Beliau mencuba mewujudkan beberapa perusahaan runcit setelah bersara sebagai Perdana Menteri namun keseluruhan syarikat-syarikat tersebut gagal. Beliau turut menjadi pengerusi kehormat Persekutuan Seni Bela Diri Antarabangsa pada 1957.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung di Tokyo pada 20 Januari 1990 ketika berusia 102 tahun 48 hari iaitu lebih lama daripada hayat isteri, kedua-dua anak dan adik beradik beliau, bahkan lebih lama daripada Hirohito mendiang anak saudaranya sendiri.

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://japan.kantei.go.jp/cabinet/0001-30_e.html
  2. ^ (dalam bahasa Inggeris) http://www.oocities.org/jtaliaferro.geo/miyake.html. Dicapai 23 April 2016. He was an uncle of Empress Nagako and an uncle-in-law of Emperor Shōwa twice over  Missing or empty |title= (bantuan)