Pergi ke kandungan

Zack Kool

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zack Kool
Kelahiran
Zulkifli bin Mohamad

(1966-08-01) 1 Ogos 1966 (umur 59)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1990–kini
PasanganNur Ziyani Mohd Jilani
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenrePop, hip hop, R&B
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitanKool

Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zack Kool (lahir 1 Ogos 1966) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan boyband Kool.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Zack dilahirkan pada 1 Ogos 1966 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tangga Batu,Melaka, Sekolah Menengah Seri Tanjung, Melaka. (Tkt 1 - Tkt 5), Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Melaka (Tkt 6) dan seterusnya menyambung pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Zack berkahwin dengan Nur Ziyani Mohd Jalani dan dikurniakan 3 anak.[2] Pada 26 Disember 2016, Zack sekeluarga terselamat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Melaka. Kejadian itu berlaku di Air Paabas pada jam 6:30 petang ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.[3]

Sebelum menjadi penyanyi, Zack terlebih dahulu memulakan kerjaya awal sebagai penari sebaik sahaja tamat Tingkatan 6. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[1] Zack telah diminta oleh Jaafar Onn untuk menghadiri ujibakat dan menjadi anak didik di studio milik Jaafar,[1] seterusnya mengikuti kelas tarian di bawah bimbingan Bad Latiff.[1]

Beliau kemudian dipertemukan dengan Jay yang akhirnya membawa kepada menubuhan kumpulan Kool yang turut disertai oleh Hairee dan Riot, seterusnya diterima sebagai artis rakaman di Sony Music.[1] Kool telah menerbitkan 3 album studio dan sejak itu kesemua ahli kumpulan ini terikat dengan komitmen kerjaya masing-masing.Pada tahun 1998 Zack telah menubuhkan kumpulan V3, yang di anggotai oleh Zack, Zaini dan Ariff . Sebuah album berjudul Album V3.Sekian lama mendiamkan diri dalam nyanyian akhirnya kembali dengan Album Single pada tahun 2009 Cinta Tiga Segi, dan yang terbaru beliau telah mengeluarka sebuah Album (2021) di Youtube yang berjudul Bisikan Kalbu di mana terdapat 7 buah lagu , di ataranya Bisikan Kalbu, Makbulkanlah, Dari Tanah ke Tanah, Maafkanlah, Kirimkan Sebuah Salam, Tak Kekal Lama dan Doa Makan . Genre lagu berbagai dan berkonsipkan lagu Ketuhanan.

Zack juga ialah Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sehingga Januari 2019. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi tiga filem dan puluhan drama. Antara kredit lakonannya termasuk GK3 The Movie, Lagenda Budak Setan 2: Katerina dan Roda-Roda Kuala Lumpur.

Apabila Kool menjadi peserta Gegar Vaganza musim ke-6, Zack mengumumkan telah meninggalkan kumpulan itu sambil mengatakan beliau ingin mendalami ilmu agama termasuk menyertai tabligh.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • KOOL (1995)
  • Fantasi (1997)
  • Satu Arah (1998)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Janji Diana Joe Filem pertama
2005 GK3 The Movie Rudy
2006 Tentang Bulan Bapa Mawi
2012 Lagenda Budak Setan 2: Katerina Sofean
2014 Lagenda Budak Setan 3: Kasyah
2015 Polis EVO Bapa Sani Kameo melalui gambar
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Kisah Benar Zahir TV3 Episod: "Segalanya Sudah Terlewat"
Tragedi ASP Faizul Episod: "Green"
2008–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Sarjan Manan TV2
2008–2009 Dari Mata Arisa Yusran TV1
2009–2014 Gerak Khas Pelbagai TV2
2013 Kerana Sarah Datuk Ishak TV3
2015–2016 Memori Cinta Suraya Ustaz Firman Astro Prima
2016 Jasmine Tuan Iskandar TV3
2017 Dendam Aurora Dr Azam Astro Prima
2018 Kenyalang I'm In Love Tuan Kamal TV3
2022 Roxy Profesor Melon
Gerak Khas Undercover Mirza Sarbani Episod: "Sugar Baby"
2023 Bukan Puteri Lindungan Bulan Uncle

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2025 Bidaah Ustaz Umar Viu Drama web pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Pendekar: The Movie Nadi Suara VCD Telefilem pertama
2003 Orang Kasar Doktor
2011 Parit Jawa Zaki Astro Box Office
Anakku Bapakku Polis Trafik Astro Prima
2020 Tiada Galang Ganti Haji Shahril TV3

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Hijrahkan Laguku Peserta TV Alhijrah
  1. ^ a b c d e "Zack Kool menari dalam majlis kahwin". Utusan Malaysia. 22 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-08. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 November 2017). "Isteri Zack Kool kemalangan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2018.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 Disember 2016). "Kami sekeluarga selamat". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]