Dendam Aurora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dendam Aurora
GenreDrama
Cinta
Dendam
Konflik
PengarahFeroz Kader
Riza Baharudin
Dibintangi oleh
Nabila Huda
Ungku Ismail Aziz
Anzalna Nasir
Shah Iskandar
Lagu pembukaanJaclyn Victor ft Siti Nordiana - Nisan Cinta
Lagu penutupJaclyn Victor ft Siti Nordiana - Nisan Cinta
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod100 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifDatin Zaiton Muhd Jiwa
Raqim Ahmad Ramlie
Natasha Hashim
PenerbitZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
Tempoh siaranIsnin - Jumaat Jam 6:00 Petang
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD (Slot Tiara)
Siaran asal25 Julai 2017
Kronologi
MengikutiSemusim Rindu
Diikuti olehSyurga Yang Kedua

Dendam Aurora cinta romantik dan pembalasan mulai 25 Julai 2017, Setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Review[sunting | sunting sumber]

Kuala Lumpur, 19 Julai 2017 - Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Astro selaku destinasi utama rantaian drama melayu terhebat masa kini sekaligus terus melakar sejarah yang membanggakan, Astro Prima dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn Bhd membawakan sebuah lagi karya adaptasi bersiri yang berkisarkan konflik perebutan kuasa yang didorong dendam dan hasad dengki, pergolakan keluarga serta pengorbanan menerusi drama bersiri ‘Dendam Aurora’.

Drama bersiri ini telah diadaptasi ke format kisah Melayu daripada drama asal ‘Tuscan Passion’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Tre Rose Di Eva’ yang mana ia merupakan siri popular tiga musim terbitan Mediaset Distribution yang mendapat sambutan hangat di Itali sekitar tahun 2012 lakonan Anna Safroncik, Luca Ward dan Roberto Farnesi.

Drama bersiri 100 episod yang diarahkan oleh sutradara Feroz Kader dan Riza Baharudin ini bakal menemui para penonton menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 25 Julai 2017 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) serta turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’ untuk pilihan yang fleksibel.

Mengulas lanjut mengenai drama adaptasi terbaharu taruhan Astro Prima, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, ”Kebelakangan ini drama-drama adaptasi daripada novel popular dan rantaian drama bersiri dari luar negara sering mendapat perhatian lantas mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan peminat drama Melayu di Malaysia.

Walaupun nampak mudah, hakikatnya membikin karya adaptasi sebenarnya agak sukar dan memerlukan ilmu kerana proses adaptasi karya asal untuk menghasilkan karya baharu menuntut interpretasi kreatif bagi mengekalkan semangat dan inti pati asal dengan nilai naratif yang menarik. Justeru, kami menyambut baik cabaran seumpama ini kerana ia mampu memberi persaingan positif untuk menggalakkan pembangunan industri penerbitan drama negara ini.

Melihat kepada potensi ini, Astro mempertaruhkan pula naskah rantaian siri popular Itali ‘Tuscan Passion’ yang diangkat dalam bentuk drama bersiri iaitu ’Dendam Aurora’ istimewa untuk para peminat drama dan siri telenovela.”

Dalam pada itu, Raqim turut mengakui bahawa format sebegini sudah diterima baik oleh masyarakat tempatan berdasarkan kejayaan drama-drama sebelum ini yang turut disuntik dengan formula yang sama seperti drama ‘Lara Aishah’ yang diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular ‘La Loba’ edaran TV Azteca (Mexico) dan ‘Papa Ricky’ daripada siri ‘Papi Ricky’ edaran Canal 13 (Chile).

Beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan siri telenovela ‘Tuscan Passion’ untuk diadaptasi adalah berasaskan jalan ceritanya yang tersendiri dan juga merupakan antara karya popular yang berjaya mencuri hati penonton di negara asalnya.

Kisah konflik penuh dendam ini bakal menyaksikan lakonan mantap gandingan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz selaku teraju utama yang masing-masing memegang watak sebagai Aurora Abdullah dan Harris Hamzah. Turut membintangi drama ini termasuklah Dian P Ramlee (Octavia Milner), Dato’ Eizlan Yusof (Engku Azhar), Anzalna Nasir (Putri Adrina Engku Azhar), Tony Eusoff (Dato’ Hamzah), Fezrul Khan (Hakim Hamzah), Shah Iskandar (Haikal Hamzah), Aedy Ashraff (Hadi Hamzah), Octavia Manrose (Hanna Hamzah), Emilie Haniff (Marzia Abdullah), Mia Nasir (Nissa Abdullah), Zila Bakarin (Lydia), Adam Lee (Rizal), Nikki Palikat (Laura), Dato' Sri Raja Rezza Shah (Firdaus), Marissa Yasmin (Hawa), Alex Yank (Adnan), Chew Kin Wah (Michael), Sharifah Shahora (Angela), Zuraini Kassim (Tuan Bakar), Hafiz Halim (Affendi) dan Yuzz Murai (Razman). 

Raqim turut menambah, ”Kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil telah memainkan peranan yang cukup bermakna dengan lakonan mantap yang mampu mengagumi khalayak penonton melalui pembawaan watak yang cukup berkesan. Selain olahan plot penceritaan penuh konflik yang mendebarkan, sinematografi drama ’Dendam Aurora’ juga menjanjikan sesuatu paparan yang menarik buat penonton apabila menjadikan Cameron Highlands sebagai lokasi utama penggambaran.

Tambah menarik lagi, penyanyi tersohor Jacklyn Victor dan Siti Nordiana juga bakal berpadu suara buat julung kalinya untuk single terbaharu berjudul Nisan Cinta yang turut diangkat menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri ini.

Kami berharap gabungan kesemua elemen-elemen ini mampu meletakkan ’Dendam Aurora’ sebagai sebuah drama yang paling ditunggu oleh penggemar dan peminat drama-drama Melayu sekaligus mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri.”

Rantaian drama Dendam Aurora mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (lakonan Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (lakonan Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (lakonan Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (lakonan Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (lakonan Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (lakonan Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (lakonan Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (lakonan Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

Apakah kesudahan kisah Aurora? Sama-sama kita saksikan. Selamat menonton! [Rujukan umum 1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff). Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia. Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. 

Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim Hamzah (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya. Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa. Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora. Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut. Harris akhirnya mengetahui bahwa pembunuh sebenar ayahnya, Dato Hamzah adalah Putri Adrina, dan apabila terbukti Aurora tidak bersalah, Harris kembali ingin memenangi hati Aurora dan mula mengabaikan Putri Adrina. Manakala Putri Adrina yang semakin tertekan dan mula mendendami Aurora menyebabkan dia mengalami keguguran hingga membuatkan dirinya semakin hilang kewarasan akal fikiran lalu menghilangkan diri. Harris akhirnya mengahwini Aurora dan mempunyai anak bernama Hawa. Aurora menamakan anaknya sempena dengan nama arwah ibunya, Hawa (Marissa Yasmin). Sebelum meninggal, Hawa sempat memberitahu Aurora bahawa dia bukan anak kandungnya. Ini membuatkan Aurora semakin mendesak Octavia untuk menceritakan perkara sebenarnya. Bagaimanapun, Octavia bertegas mengatakan bahawa Aurora adalah cucu kandungnya. Kehadiran Dr. Azzam (Zack Kool) membuatkan Octavia semakin tertekan apabila Dr. Azzam mendesak agar dia pertemukan dengan anak-anaknya, Marzia (Emelie Hanif) dan Nissa (Mia Nasir). Aurora pula merasakan bahawa Dr. Azzam adalah ayah kandung mereka namun belum sempat dia merungkai persoalan itu, Dr. Azzam akhirnya mati dibunuh oleh isterinya, Suriya (Watie Sadali). Hubungan rumah tangga Aurora dan Harris mula dingin apabila Suriya mula mendekati Harris, dan manakala ibu Harris, Datin Lydia (Zila Bakarin) yang sememangnya benci dengan menantunya itu berusaha untuk memisahkan Harris dan Aurora. Akhirnya Harris menceraikan Aurora dan mereka berebut hak penjagaan anak mereka, Hawa. Bagaimanapun dengan bantuan Haikal, Aurora berjaya mendapatkan hak penjagaan tersebut tetapi dengan syarat bahawa dia harus berkahwin dengan Haikal. Octavia yang mengetahui bahawa Aurora bakal berkahwin dengan Haikal mencuba untuk menghalangnya dengan mengugut Lydia jika dia tidak menghentikan perkahwinan tersebut, dia akan membongkarkan kejahatan masa lalu Lydia dan mendedahkan identiti sebenar Aurora. Lydia yang merasa tergugat dengan ugutan itu, dia kemudiannya bertindak membunuh dengan melanggar Octavia. Kematian Octavia memberikan tamparan hebat kepada Aurora, Marzia dan Nissa. Mereka bertekad untuk mencari siapa pembunuh sebenar nenek mereka, namun Lydia bijak menghapuskan segala bukti yang ada dan berpura-pura kononnya dia tiada kaitan dengan kematian Octavia. Kecewa tidak dapat membela kematian neneknya, Aurora mula mencari identiti sebenar dirinya. Hasil siasatannya, dia menemukan nama seorang perempuan iaitu Rossa Rodgers (Nelissa Adreena). Aurora menyelinap masuk ke dalam rumah Suriya untuk mencari diari kepunyaan Rossa Rodgers yang disimpan oleh ibu angkat Suriya, Rohani (Ku Faridah). Setelah menemukan diari tersebut, Aurora akhirnya mengetahui bahawa Rossa Rodgers adalah ibu kandungnya yang telah lama meninggal dunia. Pada mulanya Aurora menyangka Engku Azhar adalah pembunuh ibu kandungnya, namun Engku Azhar menjelaskan bahawa dia adalah bekas suami Rossa Rodgers dan Rohani mengaku bahawa dialah yang membunuh ibu kandung Aurora. Akhirnya Aurora mengetahui bahawa Engku Azhar adalah ayah kandungnya. Konflik keluarga Dato Hamzah semakin memburuk apabila Harris dan Haikal bertengkar dan Harris meninggalkan rumahnya. Lydia yang semakin tertekan dengan keadaan itu, dia kemudiannya menyalahkan Aurora adalah penyebab keluarganya berpecah belah dan ingin membalas dendam. Lydia bersubahat dengan Suriya lalu mengupah samseng-samseng untuk menculik dan membunuh Aurora. Hasil daripada rancangan mereka itu, Aurora berjaya diculik dan Haikal menghilangkan diri. Akhirnya Haikal ditemui dalam keadaan trauma dan hilang ingatan. Kehilangan Aurora membuatkan Engku Azhar berasa gelisah dan terdesak mencari dalang sebenar disebalik penculikan Aurora. Engku Azhar berasa curiga bahawa ini semua rancangan Lydia dan Suriya. Akhirnya Harris berjaya menemukan Aurora di dalam bangunan lama projek milik Engku Azhar. Setelah kembali pulih, Aurora nekad ingin mencari siapa yang menyelamatkan dirinya ketika penculikan itu berlaku. Haikal juga semakin pulih ingatannya dan akhirnya Haikal menceraikan Aurora. Selepas penceraian Haikal dan Aurora, Harris kembali rujuk dengan Aurora lalu mengahwininya semula. Aurora akhirnya berjaya menemui Daniel, orang yang menyelamatkannya sewaktu dia masih dalam penculikan tersebut. Daniel merupakan anak yatim yang mempunyai masalah mental namun disebabkan Daniel juga merupakan salah seorang waris keluarga Rodgers, membuatkan Aurora mengambilnya sebagai anak angkat. Putri Adrina kemudian bersubahat dengan Suriya untuk membuatkan Aurora menjadi tidak waras. Suriya yang inginkan semula rumah dan harta keluarga Rodgers itu kemudian mengupah Dr. Munir (Rashdan Baba) untuk memberikan Aurora sejenis dadah yang membolehkan Aurora menjadi tidak waras. Akibatnya, emosi Aurora menjadi tidak stabil dan sering berhalusinasi yang dia selalu bercakap dengan arwah ibunya. Selain Aurora, Dr. Munir juga mencuba untuk membuatkan Haikal tidak mengingati masa lalunya dan membuatkan Haikal juga menjadi tidak waras dengan arahan Feroz. Suriya dan Dr. Munir berjaya memperdaya Aurora untuk menandatangani surat pemindahan harta dan mengambil Daniel daripada Aurora kepada Suriya. Aurora yang kemudiannya sedar bahawa dia telah ditipu Dr. Munir dan Suriya mencuba untuk menyelamatkan Daniel daripada diculik Suriya namun kejadian itu berakhir dengan Aurora dilanggar Suriya. Harris yang melihat kejadian itu segera membawa Aurora ke hospital dan menyebabkan Aurora koma. Manakala Suriya dan Dr. Munir kemudian diberkas polis. Putri Adrina pula akhirnya insaf dan sedar kesilapannya selama ini lalu menyerah diri kepada pihak polis. Setelah Aurora sedar daripada koma, Aurora kemudian memujuk Engku Azhar untuk menyerah diri kepada pihak polis setelah dia mengetahui bahawa Engku Azhar telah membunuh Lydia, Adnan dan Feroz. Demi kasihnya terhadap Aurora, Engku Azhar akhirnya turut menyerah diri kepada pihak polis. Marzia yang selama ini berdendam dengan Harris kemudian meminta maaf dengan Harris dan Aurora.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Watak undangan[sunting | sunting sumber]

Watak dan Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Pelakon Watak Keterangan
Nabila Huda Aurora Aurora Abdullah , dipenjarakan selama 8 tahun atas tuduhan membunuh Dato Hamzah oleh Harris Hamzah,kekasihnya sendiri.Selepas keluar dari penjara,Aurora cuba mencari bukti siapa pembunuh Dato Hamzah yang sebenar dengan bantuan Hakim Hamzah namun rancangannya hampir gagal apabila Hakim Hamzah dibunuh oleh Ivan,orang suruhan Engku Azhar.Usaha Hakim Hamzah diteruskan oleh Haikal Hamzah yang menyimpan perasaan terhadap Aurora setelah Aurora menolong Haikal yang terseliuh di ladang prima.Keakraban Haikal dan Aurora menimbulkan perasaan cemburu Harris Hamzah yang masih lagi mencintai Aurora namun ego untuk mengakuinya.Perkahwinan Harris Hamzah dan Puteri Adrina meremukkan hati Aurora namun tidak mematahkan semangat Aurora untuk mencari kebenaran siapa pembunuh sebenar Dato Hamzah.Kebenaran terbongkar apabila Angela yang sedang tenat di Hospital mengaku bahawa dia nampak Aurora berada di hutan pada pukul 5.00pm namun takut untuk mengakuinya kerana diugut oleh seseorang.Ustaz Bakar yang turut bersama Angela di hutan tersebut pada waktu itu juga mengakui perkara tersebut.

Aurora membantu Harris Hamzah yang dituduh membunuh ibu Aurora,Hawa.Aurora mendapatkan rakaman cctv daripada Syafiq dan menyerahkannya kepada polis bagi membersihkan nama Harris.Harris yang masih menyimpan perasaan terhadap Aurora ingin mengahwini Aurora.Aurora menolak permintaan Harris namun akhirnya mereka berkahwin apabila pembunuh sebenar Dato Hamzah diketahui iaitu Puteri Adrina,isteri pertama Harris Hamzah.Harris menceraikan Puteri dan berkahwin dengan Aurora.

Sembilan bulan kemudian,mereka dikurniakan seorang puteri comel yang diberi nama Hawa.Namun pada suatu hari,Hawa telah diculik oleh Puteri Adrina dan dalam usaha menyelamatkan Hawa,Aurora telah ditembak oleh Puteri Adrina.Setelah kejadian itu,Aurora mula mengenali Dr Azam dan Suriya.Aurora yang sedang mencari barang di dalam bilik bacaan di rumahnya telah menjumpai satu pita rakaman yang mengandungi rakaman ibunya,Dr Azam bersama kakak kakaknya Marzia dan Nissa yang ketika itu berusia 8 tahun.Ini menimbulkan persoalan kepada Aurora kerana selama ini dia tidak mengenali siapa ayahnya yang sebenar.

Aurora menyerahkan pita rakaman tersebut kepada Dr Azam ketika Harris dan Aurora berkunjung ke rumah Dr Azam kerana Suriya ingin meminta bantuan Harris menguruskan ladang miliknya.Beberapa hari selepas itu,Dr Azam ditemui mati dan ini menimbulkan perasaan syak wasangka kepada Aurora.Aurora cuba menyiasat tentang kematian Dr Azam dan ia telah menyebabkan rumah tangganya dengan Harris goyah.Akhirnya Harris telah bertindak keluar dari rumah Aurora dan turut merampas Hawa dari Aurora selepas menuduh Aurora dan kakaknya Nissa gagal menjaga keselamatan Hawa.

Aurora yang terdesak sanggup untuk mengahwini Haikal demi mendapatkan semula anaknya.Haikal telah membantu Aurroa mendapatkan semula hak penjagaan Hawa dengan meminta Hana memberikan pengakuan palsu kepada mahkamah.Ketika Aurora datang ke rumah keluarga Hamzah untuk mengambil Hawa,Harris telah mengugut untuk menceraikan Aurora sekiranya Aurora membawa keluar Hawa dari rumahnya.Aurora tidak mempedulikan ugutan Harris dan terus melangkah keluar dari rumah keluarga Hamzah.

3 bulan setelah tamat iddah,Aurora berkahwin dengan Haikal dan berpindah masuk ke rumah keluarga Hamzah.Haikal cuba bermacam cara untuk membuat Aurora jatuh hati kepadanya namun gagal.Sekeping gambar yang diambil pada tahun 1989 telah membuktikan bahawa Aurora bukanlah anak Hawa.Ini membuatkan Aurora kecewa dan ingin mencari siapa keluarga kandungnya.

Aurora dan Nissa telah menjumpai satu kubur bayi yang tidak bertanda.Aurora menunjukkan kepada Harris dimana letak kubur tersebut dan secara kebetulan ada seorang wanita yang membawa bunga segar sedang melawat kubur tersebut.Tanpa teragak agak,Aurora terus bertanya kepada wanita itu berkenaan kubur tersebut.Wanita itu menerangkan bahawa kubur tersebut merupakan kubur anaknya yang mati ketika dilahirkan dan dikuburkan di situ oleh Dr Azam.Dr Azam juga berpesan supaya kubur itu tidak dinamakan dan berterima kasih kepada wanita itu kerana anaknya yang mati dapat menyelamatkan nyawa anak Rosa Rogers.

Dengan bantuan Affendi , Aurora mendapat maklumat bahawa butler keluarga Rosa Rogers iaitu Marimuthu masih hidup.Aurora telah pergi ke rumah Marimuthu untuk mendapatkan maklumat mengenai Rosa Rogers.Kedatangan Aurora ke rumah Marimuthu pada awalnya disambut baik namun bertukar dingin apabila Aurora mengakui kepada Marimuthu bahawa dia adalah anak kepada Rosa Rogers.Pengakuan Aurora itu amat memeranjatkan Marimuthu dan menyebabkan nyawa Aurora dalam bahaya.

Haikal telah bertindak menculik Aurora dan memalsukan kematian Aurora dan menyembunyikan Aurora dengan bantuan Harris bagi menyelamatkan nyawa Aurora yang diancam bahaya akibat dari pendedahan mengenai susur galur keturunan Aurora yang berkait dengan Rosa Rogers.Aurora mendapat tahu mengenai kewujudan diari Rosa Rogers melalui Harris yang mengetahui mengenai perkara tersebut setelah diberitahu oleh Suriya.Bersama sama dengan Harris,Aurora memecah masuk ke rumah Suriya untuk mencari diari tersebut.

Penemuan diari Rosa Rogers mendedahkan siapa bapa kandung Aurora.Dengan perasaan tidak percaya,Aurora mendapat tahu bahawa bapa kandungnya adalah Engku Azhar.Lelaki yang paling dibencinya.Aurora enggan mengakui Engku Azhar sebagai bapanya.Aurora mewarisi kesemua harta keluarga Rogers kerana dia satu satunya anak Rosa Rogers.

Hubungan Aurora dengan Harris mula berantakan kembali apabila Harris melindungi ibunya,Lydia yang telah membunuh nenek Aurora disamping membantu Haikal mendapatkan cinta Aurora.Aurora mulai membuka hatinya untuk Haikal sehingga dia mengajak Haikal tinggal bersama dia dan kakak kakaknya di Prima.Namun satu tragedi telah berlaku dimana Aurora diculik ketika dalam perjalanan untuk keluar makan malam bersama Haikal dan Hawa.


Aurora terkurung dalam sebuah rumah flat usang.Dalam keadaan yg sangat lemah,Aurora merayu untuk diberi makanan dan tidak semena mena seseorang melontarkan pisang untuk Aurora.Aurora diselamatkan oleh Harris dan Affendi.Setelah pulih dari kecederaan yang dialaminya,Aurora pulang ke Prima namun tidak lama kemudian dia diceraikan oleh Haikal.

Aurora mengambil keputusan untuk rujuk semula dengan Harris demi mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya ke atas Daniel yg merupakan waris Rogers.Cucu kepada abang kandung Rosa,ibu Aurora.Aurora berpindah ke rumah Rogers setelah Suriya memindahkan kesemua harta Rogers kepada Aurora.

Aurora mula mengalami gangguan ketika tinggal di rumah Rogers sehingga dia mendapatkan bantuan dari Dr Munir.Dr Munir memberikannya ubat namun kesan ubat itu membuatkan Aurora mengalami delusi dan perubahan sikap.

Aurora telah dilanggar oleh Suriya apabila Aurora mengejar kereta Suriya yang membawa Daniel pergi setelah Aurora menandatangani surat pelepasan jagaan Daniel kepada Suriya.Aurora koma dan masih tidak sedarkan diri.

Ungku Ismail Aziz Harris Hamzah Anak lelaki kedua Dato Hamzah dan merupakan kekasih Aurora yang telah menyebabkan Aurora dipenjarakan.Seorang yang berpendirian tegas.Merupakan CEO syarikat milik keluarganya sebelum jawatannya diambil alih oleh Haikal secara licik.Berkahwin dengan pembunuh bapanya sendiri iaitu Puteri Adrina.Menjadi satu satunya orang yang dipercayai oleh Hawa,ibu angkat Aurora untuk diserahkan dokumen berkenaan siapa pembunuh sebenar bapanya.Dituduh membunuh Hawa dan menyembunyikan mayatnya setelah diperangkap oleh Haikal namun berjaya dibuktikan tidak bersalah dengan bantuan Aurora. Mengahwini Aurora setelah mendapat tahu bahawa Puteri Adrina adalah pembunuh bapanya yang sebenar.Mempunyai seorang cahaya mata perempuan bersama Aurora yang diberi nama Hawa.Menjadi seorang penganggur semasa berkahwin dengan Aurora setelah disingkirkan dari syarikat keluarganya.Dilarang untuk masuk campur dalam urusan bisnes keluarga Aurora oleh Marzia.Bekerja dengan Suriya di ladang milik Suriya.Telah bertindak keluar dari rumah keluarga Aurora apabila Aurora bertindak kurang ajar dengan ibunya Lydia dan juga apabila Harris terpedaya dengan kata kata Haikal yang menuduh Aurora curang.Menceraikan Aurora setelah gagal mendapatkan hak jagaan Hawa dan kemudian menyesali tindakannya apabila Aurora berkahwin dengan Haikal.

Hubungan Harris dan Aurora kembali pulih setelah kematian nenek Aurora dan Harris turut membantu Haikal menyembunyikan Aurora ketika nyawa Aurora diancam bahaya.Harris juga turut membantu Aurora mendapatkan diari Rosa Rogers.Namun hubungan Harris dan Aurora kembali berantakan apabila Harris melindungi ibunya Lydia yang dituduh membunuh nenek Aurora.Dilarang oleh Aurora untuk berjumpa dengan Hawa selagi Harris tidak menyerahkan ibunya kepada pihak polis namun setelah kehilangan Aurora dan Haikal , Harris mengambil alih tanggungjawab menjaga Hawa.Harris bekerjasama dengan Affendi,Engku Azhar dan Feros untuk membongkar misteri kehilangan Aurora dan Haikal.Harris juga turut mencurigai motif kedatangan Dr Kamelia ke Tanah Rata.

Harris bersama Affendi berjaya menyelamatkan Aurora yang terkurung di flat usang walaupun Harris cedera terkena pisau.Harris kembali rujuk dengan Aurora untuk membantu Aurora mendapatkan hak jagaan Daniel.

Harris mulai mencurigai kandungan ubat yang Dr Munir beri kepada Aurora dan meminta Dr Kamelia menyiasat kandungan ubat tersebut.Setelah terbukti bahawa Dr Munir dengan sengaja memberikan Aurora ubat yang salah,Harris segera memberitahu Aurora.

Harris menjadi saksi Aurora dilanggar oleh Suriya di depan hospital milik Dr Munir.Harris yang paranoid melarang Dr yang merawat Aurora membuka alat bantuan pernafasan Aurora.

Anzalna Nasir Putri Adrina Anak angkat Engku Azhar dan merupakan pembunuh sebenar Dato Hamzah.Bekas kawan baik Aurora dan juga bekas isteri Harris.Ketika berusia 17 tahun , Puteri Adrina pernah mempunyai hubungan sulit dengan Dato Hamzah sehingga mengandung dan dia telah mengugurkan kandungannya kerana keenganan Dato Hamzah untuk bertanggungjawab yang menjadi punca Puteri Adrina membunuh Dato Hamzah.Setelah berkahwin dengan Harris,Puteri Adrina telah mengandungkan anak Harris namun kandungannya gugur kerana dia mengalami ectopic pregnancy.Bercadang untuk melarikan diri ke luar negara bersama dengan ayahnya Engku Azhar namun gagal apabila dia mengalami keguguran.Bersembunyi di rumah keluarga Rogers apabila rahsianya terbongkar dan bertindak menculik Aurora dan cuba membunuh Aurora namun gagal.Disangka kan mati dalam kemalangan kereta namun sebenarnya masih hidup lagi dan bertindak menculik Hawa.Telah menembak Aurora yang pada ketika itu ingin menyelamatkan Hawa dan melarikan diri ke villa terpencil milik ayahnya namun dapat dikesan Affendi yang berjaya menyelamatkan baby Hawa dan menangkap Puteri Adrina.Namun dalam perjalanan ke balai polis,Puteri Adrina diculik oleh konco Feros dan dimasukkan ke pusat mental milik Feros dan disiksa untuk mendapatkan maklumat mengenai wang milik anggota kumpulan 3 mawar yang dilarikan oleh Engku Azhar.Dibantu oleh Ustaz Redzuan atas permintaan Engku Azhar untuk melarikan diri dari pusat mental tersebut namun kemudian diculik pula oleh Rohani dan dikurung di ruangan bawah tanah rumah Suriya(rumah keluarga Rogers).Berjaya diselamatkan oleh Engku Azhar dan dihantar ke luar negara untuk menjalani terapi tetapi dia kembali tanah rata dan menjadi dalang penculikan Aurora.

Setelah Aurora diselamatkan oleh Harris,Adrina menyorok di Rumah Pelindungan yang ditaja oleh Yayasan Feroz dengan menyamar menjadi Munirah,salah seorang penghuni pusat tersebut yang mati dibunuh Adrina.

Adrina mula diselebungi rasa keinsafan dan dia melarikan diri dari pusat itu setelah Suriya ditangkap.Namun dia pergi ke balai polis dan mengaku segala jenayah yang dia lakukan.Adrina dimasukkan ke dalam lokap bersama sama Suriya.

Shah Iskandar Haikal Hamzah Anak lelaki ketiga Dato Hamzah.Berperwatakan licik,kaki perempuan dan suka berfoya foya.Pernah cuba mencabul Aurora setelah Aurora dibebaskan dari penjara kerana dia amat membenci Aurora.Mempunyai hubungan sulit dengan Laura yang ketika itu bergelar isteri kepada Michael.Jatuh cinta kepada Aurora setelah Aurora membantunya yang terseliuh di ladang prima.Membantu Aurora mencari kebenaran siapa pembunuh sebenar bapanya.Telah menyebabkan Laura keguguran anak yang dikandungnya dimana Haikal merupakan bapa kandung bayi tersebut.Merupakan pembunuh sebenar Hawa dimana pada ketika itu Harris yang dituduh membunuh Hawa walaupun Hawa tidak mati.Haikal juga telah merampas secara licik jawatan CEO milik Harris dengan bantuan Engku Azhar dan seterusnya menyingkirkan Harris dari syarikat keluarganya.Menjadi ahli kumpulan 3 mawar setelah ketiadaan Engku Azhar kerana dia memiliki kessemua rahsia ahli kumpulan 3 mawar.

Bersekongkol dengan Suriya untuk memusnahkan rumah tangga Harris dan Aurora.Mengupah Andy untuk menolak kereta Dr Azam masuk ke dalam tasik.Bertindak menyaman Aurora 10 juta apabila Aurora gagal membuktikan pertuduhannya terhadap Haikal.Membantu Harris mendapatkan hak jagaan Hawa namun kemudian berpaling tadah kepada Aurora apabila Aurora meminta bantuannya.Berkahwin dengan Aurora setelah Aurora diceraikan oleh Harris.

Bertindak memalsukan kematian Aurora demi melindunginya daripada dibunuh.Meminta bantuan Harris untuk mendapatkan cinta Aurora dan berpura pura tidak mengetahui dimana ibunya berada walaupun dia yang menyembunyikan ibunya.Telah dibelasah dengan teruk oleh konco Puteri Adrina sebelum dicampak ke sungai.Mengalami amnesia dan dituduh membunuh Aurora kerana terdapat cap jari Haikal pada pisau yang mengandungi darah Aurora.

Haikal dirawat oleh Dr Munir dan tanpa dia atau ahli keluarganya sedar.Haikal telah dieksploitasi oleh Dr Munir atas arahan Feroz.

Mia Nasir Nissa Merupakan anak perempuan kedua Hawa dan adik kepada Marzia.Seorang yang cantik,baik dan penyabar.Pernah menjadi perempuan simpanan Engku Azhar dan hampir dibunuh oleh Engku Azhar apabila dia bersekongkol dengan Harris mencuri pasport palsu Engku Azhar.Bekas kekasih Reza.Terpaksa meninggalkan Reza demi hak penjagaan anak Reza.Bekerja sebagai penyanyi di kelab malam namun berhenti setelah ditawarkan menjadi rakan kongsi bisnes kafe milik Andy.Dituduh cuai oleh Harris menjaga Hawa yang menyebabkan Hawa dibawa pergi oleh Harris dari Prima.Bekerjasama dengan Andy membongkar rahsia lambang 3 mawar.Menjadi saksi pembunuhan Andy.Masih dicintai oleh Engku Azhar.
Zila Bakarin Lydia Isteri kepada Dato Hamzah.Salah seorang anggota kumpulan teater 3 mawar dan terlibat dalam pembunuhan Leonardo dan Ariana.Mempunyai seorang anak lelaki hAsil hubungan sulitnya dengan Adnan.Telah menolak Hawa jatuh gaung sambil disaksikan oleh Hana yang menyebabkan Hana mengalami tekanan jiwa.Bertindak melarikan diri dari Tanah Rata dan hanya kembali setelah kematian anak sulungnya Hakim Hamzah.Amat membenci Aurora namun berubah setelah diselamatkan oleh Aurora namun kemudian membenci Aurora kembali setelah Aurora memberikan nama anaknya Hawa.Merupakan pembunuh sebenar Octavia,nenek Marzia,Nissa dan Aurora.Bersekongkol dengan Suriya untuk menculik dan membunuh Aurora.
Eizlan Yusof Engku Azhar Merupakan ketua kumpulan kongsi gelap 3 mawar.Ayah kandung Aurora dan ayah angkat Puteri Adrina.Seorang yang kejam namun baik hati.Mempunyai pengikut setia bernama Ivan.Pernah berkahwin secara rahsia dengan Rosa Rogers dan terlibat dalam pembunuhan Leonardo dan Ariana.Pernah bergelar kekasih kepada Nissa dan pernah cuba membunuh Nissa selepas Nissa cuba mengagalkan rancangannya untuk lari ke luar negara.Selepas rancangannya untuk lari ke luar negara gagal,dia telah bertindak melarikan diri dari tanah rata namun ditembak oleh Feros dan Alias tapi berjaya diselamatkan oleh orang asli.Bergandingan dengan Harris,Affendi dan Feros untuk mencari Aurora dan Haikal yang hilang.
Dian P. Ramlee Octavia Milner Ibu kepada Hawa dan nenek kepada Marzia dan Nissa.Pemilik ladang prima,yang diakui sebagai daun teh terbaik di tanah rata.Menyimpan rahsia besar berkenaan Aurora dan Dr Azam.Sangat menyayangi cucu cucunya termasuk Aurora walaupun Aurora hanyalah cucu angkatnya.Diserang sakit jantung setelah melihat lelaki berbaju hitam di luar rumah keluarga Dato Hamzah ketika dia datang untuk meminta Lydia menarik balik samannya ke atas Aurora.Dilanggar sehingga mati oleh Lydia selepas beliau mengugut untum mendedahkan rahsia Lydia dan kumpulan 3 mawar.
Emelie Hanif Marzia Anak sulung Hawa dan kakak kepada Nissa dan Aurora.Seorang yang keras kepala,tegas dan pentingkan diri.Pernah berkawan rapat dengan Hadi namun kemudian bertunang dengan Affendi.Pertunangannya dengan Affendi putus apabila hatinya berubah kepada Philip.Melarang Harris untuk campur tangan dalam urusan bisnes keluarganya.Bekerjasama dengan Faris untuk memusnahkan bisnes keluarga Dato Hamzah.Memujuk Haikal untuk menjual tanah tapak rumah yang diduduki oleh Harris.Memberi bantuan kewangan kepada keluarga Dato Hamzah setelah dipinta oleh Hana.Jatuh hati kepada Faris namun kecewa setelah mendapat tahu bahawa Faris bekas banduan.
Octavia Manrose Hanna Hamzah Anak perempuan tunggal Dato Hamzah dan Lydia.Mengalami tekanan jiwa selepas menjadi saksi pembunuhan Hawa oleh ibunya.Pernah membakar ladang Prima kerana terlalu bencikan Aurora.Mencintai Reza namun cintanya tidak dibalas.Pernah dituduh menculik Hawa Harris oleh Aurora.Pernah cuba membunuh diri namun gagal.
Nicolette Palikat Laura Dia telah seketika kekasih dan sahabat Engku Azhar untuk kepentingannya. Oleh kerana dia tidak mahu mengahwininya, memperkenalkannya kepada sahabatnya, Cesare Sommariva, yang kaya, yang, cinta dengan Laura, bersedia untuk berkahwin. Walau bagaimanapun, Laura akan mempunyai hubungan dengan Edoardo Monforte, yang dia benar-benar jatuh cinta dan tetap mengandung, kecuali kehilangan anaknya. Haikal tiba untuk merogol dia, dan itulah sebabnya dia berulang kali cuba membunuh diri. Dia akan sangat ramah kepada Neeza. Pada akhirnya ia kekal di Villalba. Setelah dipisahkan dari Caesar, dia mendapati dirinya di tengah-tengah jalan untuk hutang. Dalam pusingan kedua akan kembali ke Laura Villalba dan akan hidup dengan bangsa lain yang Alfredo Scilla, bekas peguam dipecat untuk semua jenayah yang komited, memberinya semangat lagi baru untuk kehidupan, tetapi juga tinggal di rumah yang sama di mana Matthew akan mempunyai hubungan sulit di ' tidak dikenali dengan Alfredo. Alfredo akan cuba membunuh Laura di ruang bawah tanah, tetapi Matteo akan pergi ke tempatnya. Akhirnya Laura akan kembali dari ibunya Lisandra bekerja sebagai pelacur ke rumah pelacurannya, kerana Matteo telah meninggalkan perasaannya yang bertanggungjawab atas kematian ayahnya Alfredo. Pada musim ketiga, dia kembali ke Villalba dan bekerja sebagai pendamping tinggi. Dia mempunyai kuasa dan berusaha untuk meyakinkan Lorenzo Camerana untuk membawanya hidup di Borgo Camerana, di sisi lain dia mencari cinta untuk Matteo Monforte. Semasa musim ketiga, ternyata dia mempunyai anak lelaki, yang mempunyai Matteo Monforte. Pada musim ketiga, dia kembali ke Villalba dan bekerja sebagai pendamping tinggi. Dia mempunyai kuasa dan berusaha untuk meyakinkan Lorenzo Camerana untuk membawanya hidup di Borgo Camerana, di sisi lain dia mencari cinta untuk Matteo Monforte. Semasa musim ketiga, ternyata dia mempunyai anak lelaki, yang mempunyai Matteo Monforte. Pada musim ketiga, dia kembali ke Villalba dan bekerja sebagai pendamping tinggi. Dia mempunyai kuasa dan berusaha untuk meyakinkan Lorenzo Camerana untuk membawanya hidup di Borgo Camerana, di sisi lain dia mencari cinta untuk Matteo Monforte. Semasa musim ketiga, ternyata dia mempunyai anak lelaki, yang mempunyai Matteo Monforte.
Shah Rezza Feroz
Watie Sadali Suriya
Ku Faridah Rohani
Hafiz Halim Inspektor Affendi
Aedy Ashraf Hadi Hamzah
Fezrul Khan Ustaz Hakim
Adam Lee Reza
Nadia Brian Dr. Kamelia Dia mendakwa menjadi teman wanita Haikal Hamzah selama setahun; sebenarnya, dia akan melepaskan budak itu dari tuduhan membunuh Aurora. Gadis itu seolah-olah terlalu terlibat dalam pentakel kerana bot menyembunyikan lukisan simbol ini, dan terlalu banyak kebetulan mencadangkan bahawa Kamelia adalah dengan Haikal hanya untuk memerangkap dia, dan bahawa ia boleh menjadi dirinya pembunuh sebenar Aurora. Malah, Alessandro mendapati bahawa dia adalah orang yang membunuh Aurora; pada ketika itu Haikal, untuk memberi keadilan kepada Aurora, wanita yang selalu dicintainya, menolak Isabella menjadi jurang dengan membunuhnya.
Zeika Khamis Aminah Ia adalah peguam misteri Engku Azhar dari musim kedua. Dia bekerjasama dengan Camerana dalam menyelesaikan pelbagai misteri rumit Pietrarossa. Dalam episod kesepuluh dia dan Roger akan menyiasat lebih mendalam identiti Veronica Tower menemui misteri dan rahsia dan membuat semula timbul Villalba nama keluarga yang tidak dicalonkan untuk 30 tahun dan pada musim ketiga dia akan terus membantu Engku Azhar.
Sharifah Shahora Angela Isteri Marsekal Nicola Corti, menyedari banyak kebenaran dan urusan suaminya. Dia melarikan diri dari klinik di mana beliau dimasukkan ke hospital terhadap kehendak-Nya, bersembunyi di gereja selepas mencuri dokumen-dokumen dalam milikan Nicholas dan menyelamatkan mereka untuk Don Riccardo dibentangkan terbunuh malam yang sama oleh Marshal Courts. Disita dan dikurung oleh suaminya, dia membunuh diri, tetapi hampir mati mendedahkan kepada Aurora dan Haikal. Angela melihat Aurora di jambatan batu itu pada jam 17:00, masa itu Hamzah bukti bahawa Aurora tidak boleh membunuh lelaki itu.
Marissa Yasmin Hawa Anak perempuan Octavia dan isteri kepada Dr Azam.Mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Marzia dan Nissa.Bercinta dengan Dato Hamzah dan memiliki dokumen rahsia mengenai kumpulan 3 mawar dan rahsia siapa bapa kandung Aurora.Ditolak jatuh gaung oleh Lydia namun diselamatkan oleh orang asli yang menjumpainya.Ingin kembali ke tanah rata namun diugut oleh Razman.Menukar identiti kepada Azizah dan menjadi pengasuh.Kembali ke tanah rata untuk menyerahkan dokumen mengenai kumpulan 3 mawar kepada Harris namun ditembak oleh Haikal.Kembali semula ke rumah orang asli yang merawatnya.Setelah pulih,Hawa kembali ke tanah rata namun telah ditembak oleh seseorang dan sebelum meninggal sempat memberitahu Aurora bahawa ayah kandung Aurora masih hidup.
Zack Kool Dr. Azzam Merupakan salah seorang ahli kumpulan teater 3 mawar dan terlibat dalam pembunuhan Leonardo dan Ariana.Pernah bergelar suami kepada Hawa.Bertanggungjawab menyelamatkan Aurora,Rina/Suriya dan Salleh/Ustaz Redzuan daripada dibunuh.Berkahwin dengan Suriya dan membeli rumah Rogers.Dibunuh oleh Rohani setelah mengetahui rahsia siapa sebenarnya Suriya dan menjumpai bilik rahsia Rohani.Dikatakan mandul oleh Hawa namun mempunyai seorang anak perempuan bernama Alisa.
Chew Kin Wah Micheal
Tony Eusoff Dato' Hamzah
Kay Khidir Phillip
Farez Ridzwan Faris
A. Galak Din Brinchang
Rashdan Baba Dr. Munir
K.S. Maniam Marimuthu
Shashi Tharan Menon
Kaameshaa Ravindran Kaameshaa
Ruby Ooi Sonia Dia adalah bekas isteri Micheal yang mempunyai 2 anak lelaki, Phillip dan Andy. Ia akan membantu Ungu menculik Hawa kecil untuk urusan ekonomi kerana menunggang kuda anaknya, Andrea sedang dalam krisis. Selepas mengancam Amedeo untuk mendedahkan beberapa misteri Pietrarossa dia tahu dibunuh oleh mantel hitam, sebenarnya Elisabetta, hamba Pietrarossa. Dalam peringatan Veronica dia menunjukkan bahawa Sonia berada di Pietrarossa dan mengambil bayi berusia empat tahun dan seorang gadis berusia tujuh tahun dan tiba-tiba lakaran darah. Akhirnya ia akan mendapati bahawa darah adalah bapa saudara Rosa Gori yang telah dibunuh oleh Ruggero untuk membalas dendam dan bahawa Sonia cuba melindungi anak-anak dari Livia Monforte yang mahu membunuh mereka. Riwayatnya ditamatkan Surya.
Daniel Lim Andy Dia adalah anak sulung Caesar dan Sonia, bidan Villalba. Dia menguruskan menunggang kuda di mana dia juga mempunyai pelanggan Edoardo, Marzia dan Elena yang biasa. Dia akan mengikat Tessa dalam persekitaran sentimental dan kerja dengan membuka "Tessa Bar", menghasilkan wang dengan membantu Edoardo dan Veronica untuk menolak kereta Amedeo ke dalam sungai. Oleh kerana terlalu dekat dengan kebenaran mengenai harta pusaka Pietrarossa, dia akan dibunuh oleh pembunuh Villalba Black Mantle, yang ternyata Elizabeth, wanita yang sama yang telah membunuh ibunya, Sonia.
Meor Mohd Redzwan
Alex Yanz Adnan
Zuraini Kassim Ustaz Bakar
Azliyuszaini Mohd Noor Inspektor Razman
Hadi Nawawi Ivan Dia adalah pemandu setia Ruggero, yang dia membunuh Corti dan Krauss. Senyap dan senyap seolah-olah membenci Tessa yang kekasih bosnya. Semasa dia akan membunuh Edoardo Monforte, dia dibunuh untuk mempertahankan diri oleh Matthew.
Kamal Ibrahim Alias
Elya Meira Sofia
Nelissa Adreena Rossa Rodgers Ibu biologi Aurora. Ibu bapanya Leonardo Gori dan Arianna Banfi meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Arezzo dan merupakan pemilik sebenar Pietrarossa, dan datuk nenek Aurora. Badannya akan ditemui oleh Aurora berhampiran Pietrarossa bawah tanah, badan kekal utuh sejak mayat itu dalam mikroiklim terutamanya, yang tidak membenarkan badan untuk menjadi reput. Gadis itu dibunuh oleh Rohani bawah perintah Marimuthu, dengan tujuan untuk mencuri seluruh kekayaan. Bapa-bapa saudaranya bahawa rangka dijumpai di dalam kebun-kebun anggur Pietrarossa telah dibunuh oleh "Boys of Villalba": Ruggero Camerana, Luca Monforte, Giuseppe Alfredo Scilla dan Ferentino. Ayah Aurora adalah Engku Azhar, kerana Rosa mempunyai hubungan rahsia dengannya.
Kamal Ibrahim Alias
Hani Hushanti Nadia
Nora Ahmad Alissa
Geoff Andre Feyaerts Leonardo Rodgers
Allana Amir Ariana Rodgers

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Drama Dendam Aurora merupakan drama 100 episod adaptasi drama popular Itali "Le Tre Rose di Eva", luas dikenali dengan nama "Tuscan Passion".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.myinfotaip.com/2017/07/dendam-aurora.html Dendam Aurora
  2. http://www.bukancincai.co/2017/07/tonton-dendam-aurora-full-episod.html Dendam Aurora lakonan Nabila Huda dan Ungku Ismail
  3. https://www.astro.com.my/mediaroom/articledetails.aspx?id=2498&title=adaptasi-siri-telenovela-itali-popular-di-astro-prima-menerusi-...
  4. https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1050640
  5. https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/250599/shah-iskandar-mahu-sembang
  6. https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1050640&extra=page%3D1&page=21
  7. http://astroradar.my/news/dendam-aurora
  8. https://www.hangat.com/17459-boleh-tergoda-5-gambar-nabila-huda-pamer-bahu-seksi-mulus/
  9. https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/07/303985/bercinta-di-lokasi-hanya-lakonan-nabila


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "Rujukan umum" ada tetapi tag <references group="Rujukan umum"/> yang sepadan tidak disertakan