Jasmine (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jasmine
GenreDrama, cinta
Ditulis oleh
  • Riqmal EG
  • Ainaa Hanez
  • Jannah Gani
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sejati" oleh Faizal Tahir
Lagu penutup"Sejati" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Ramli
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
Penyunting
  • Azurain Ali
  • Tuan Amiruddin Tuan Mansor
Lokasi
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal30 Mac 2016 – 28 April 2016

Jasmine ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Nelydia Senrose sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayanya perdana di Slot Zehra TV3 dari 30 Mac 2016 hingga 28 April 2016 menggantikan Surah Buat Maisarah.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Jasmine (Nelydia Senrose) dan Ryan (Gambit Saifullah) merupakan pasangan kekasih yang sukar untuk dipisahkan. Tina (Afifah Nasir) yang cemburu setiap kali melihat kemesraan Ryan dan Jasmine di kolej cuba untuk memisahkan mereka. Tapi semuanya berubah apabila Jasmine mendapati dia hamil dan Ryan pula enggan bertanggungjawab. Memburukkan lagi keadaan, keluarga Jasmine mahu dia menggugurkan kandungan bayi itu. Jasmine kemudian memutuskan untuk pergi ke Australia dan membesarkan anaknya sendirian. Tina mengambil peluang tersebut untuk mendekati Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan mula rasa rindu pada Jasmine dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, Jasmine bertemu dengan Khalif (Aqasha) dan jatuh cinta padanya. Siapakah pilihan Jasmine?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Nelydia Senrose memegang watak tajuk, sebagai Jasmine.

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Loong Wai Ting (19 September 2016). "Actress Nelydia Senrose brushes off recent stumble and sashays confidently forward". New Straits Times. Dicapai pada 29 November 2016.
  2. ^ Jasmine (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 31 Ogos 2018.