Zon boleh huni untuk kehidupan kompleks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perisai semula jadi menentang cuaca angkasa dan angin suria, antaranya seperti magnetosfera yang digambarkan dalam persembahan artistik ini, diperlukan untuk planet mengekalkan kehidupan untuk tempoh yang berpanjangan.

Zon Boleh Huni untuk Kehidupan Kompleks (ZBHKK) ialah julat jarak dari sesuatu bintang yang sesuai untuk kehidupan aerobik kompleks. Pelbagai jenis halangan berbeza yang tidak membenarkan kehidupan yang kompleks boleh menghasilkan pentakrifan zon-zon sesuai didiami yang berbeza.[1] Zon boleh didiami konvensional adalah berdasarkan keserasian dengan air.[2] Kebanyakan zon bermula pada jarak dari bintang perumah dan kemudian berakhir pada jarak yang lebih jauh dari bintang. Planet atau eksoplanet (planet di luar Sistem Suria) perlu mengorbit di dalam sempadan zon ini. Dengan pelbagai kekangan zon, zon-zon yang berlainan takrifan keberpenghunian tersebut perlu bertindih supaya planet ini menyokong kehidupan yang kompleks. Keperluan untuk hidupan bakteria menghasilkan zon yang jauh lebih besar daripada untuk kehidupan yang kompleks, yang memerlukan zon yang sangat sempit.[3][4][5]

Planet luar suria[sunting | sunting sumber]

Beberapa planet luar suria pertama yang disahkan ditemui pada tahun 1992 dengan planet-planet tersebut mengorbit pulsar PSR B1257+12.[6] Sejak itu senarai planet luar suria telah meningkat kepada beribu-ribu.[7] Kebanyakan exoplanet adalah planet Musytari panas, yang mengorbit sangat dekat dengan bintang.[8] Banyak planet luar suria merupakan planet Bumi gergasi, yang mungkin merupakan planet kerdil gas atau planet bumian besar, seperti Kepler-442b dengan jisim 2.36 kali berbanding Bumi.[9]

Bintang[sunting | sunting sumber]

Bintang yang tidak stabil ialah bintang yang muda mahupun yang tua, atau bintang yang sangat besar mahupun yang kecil. Bintang yang tidak stabil mempunyai kekilauan suria yang berubah-ubah sehingga mengubah saiz zon boleh didiami kehidupan. Bintang yang tidak stabil juga menghasilkan suar suria dan pancaran jisim korona yang melampau. Suar suria dan lentingan jisim korona boleh menghilangkan atmosfera planet yang tidak tergantinya. Oleh itu, zon boleh didiami untuk kehidupan memerlukan bintang yang sangat stabil seperti Matahari, pada ±0.1% perubahan kecerahan suria.[10][11] Mencari bintang yang stabil seperti Matahari merupakan pencarian sebuah kembar suria, dengan analog-analog suria yang telah ditemui.[12] Bintang dengan umur 4.6 bilion tahun berada pada keadaan paling stabil. Kelogaman, saiz, jisim, umur, warna dan suhu bintang yang betul juga adalah sangat penting untuk pengekalan variasi kecerahan yang rendah.[13][14][15] Matahari bersifat unik kerana ia kaya dengan logam untuk umur dan jenisnya yakni bintang G2V. Matahari pada masa ini berada dalam tahap paling stabil dan mempunyai logam yang betul untuk menjadikannya sangat stabil.[16] Bintang kerdil (kerdil merah/kerdil oren/kerdil perang/kerdil kecil) bukan sahaja tidak stabil, malahan juga mengeluarkan tenaga yang rendah, maka zon boleh dihuni sangat dekat dengan bintang dan planet sedemikian adalah terkunci pasang surutnya. Planet yang sangat dekat juga meletakkannya di luar dari hampir semua zon boleh didiami kehidupan.[17] Bintang gergasi (gergasi kecil/gergasi biasa/gergasi merah/supergergasi merah) adalah tidak stabil dan mengeluarkan tenaga yang tinggi, jadi zon boleh dihuni adalah sangat jauh dari bintang. Planet yang sangat jauh dari bintangnya juga meletakkannya keluar dari hampir semua zon boleh didiami kehidupan, di tempat yang tiada planet berbatu.[18]

Senarai zon boleh huni konvensional[sunting | sunting sumber]

Zon boleh didiami konvensional ditakrif berdasarkan keberadaan cecair air.

  • Zon Boleh Dihuni (HZ) (juga dikenali sebagai Zon Boleh Huni Sirkumnajam), merupakan satu lingkungan orbit mengelilingi bintang yang membolehkan air kekal dalam bentuk cecair untuk jangka masa tertentu yang singkat pada sekurang-kurangnya sebahagian kecil permukaan planet. Oleh itu dalam HZ, air (H 2 O) berada pada suhu antara 0 °C (32 °F; 273 K) dan 100 °C (212 °F; 373 K).[19][20][21] Zon ini merupakan zon suhu yang ditetapkan berdasarkan kekuatan sinaran bintang serta jarak sesuatu jasad itu dari bintang. Dalam Sistem Suria, planet Marikh hanya berada di sempadan luar zon boleh didiami. Planet Zuhrah berada di pinggir dalam zon boleh didiami, tetapi disebabkan atmosferanya yang tebal ia tidak mempunyai air. HZ juga boleh termasuk planet dengan orbit elips apabila planet tersebut mungkin mengorbit masuk dan keluar dari HZ. Apabila planet bergerak keluar dari HZ, semua airnya akan membeku menjadi ais di bahagian luaran HZ, dan/atau semua air akan menjadi wap di bahagian dalaman HZ. HZ boleh ditakrifkan sebagai kawasan apabila bakteria (yang merupakan sejenis hidupan) mungkin boleh hidup untuk jangka masa yang singkat. HZ juga kadangkala dipanggil zon "Goldilocks".
  • Zon boleh huni optimistik (OHZ): suatu zon apabila air mungkin wujud dalam bentuk cecair pada permukaan planet pada suatu ketika sepanjang sejarah masa lampaunya. Zon ini mempunyai lingkungan yang lebih besar berbanding HZ. Marikh ialah contoh planet yang terletak dalam lingkungan OHZ. Hal ini kerana planet Marikh hanya sedikit melepasi HZ pada masa ini, tetapi mempunyai air dalam bentuk cecair untuk jangka masa yang singkat sebelum bencana karbonat Marikh, kira-kira 4 bilion tahun dahulu.[22][23]
  • Zon boleh huni berterusan (CHZ): suatu zon apabila air kekal di permukaan planet selama bertahun-tahun dalam bentuk cecair. Perkara ini memerlukan orbit planet yang hampir bulat serta sebuah bintang yang stabil. Zon tersebut mungkin jauh lebih kecil berbanding zon boleh didiami.[24][22]
  • Zon boleh huni konservatif: suatu zon apabila air kekal dalam bentuk cecair di permukaan planet dalam jangka masa yang lama, seperti di Bumi. Keberadaan zon ini mungkin juga memerlukan kesan rumah hijau yang ditimbulkan oleh gas seperti CO2 dan wap air untuk mengekalkan suhu yang betul. Serakan Rayleigh juga diperlukan dalam perkara ini.[22][25]

Senarai zon boleh huni untuk kehidupan kompleks[sunting | sunting sumber]

Dari masa ke masa dan dengan lebih banyak kajian dilakukan, ahli astronomi, ahli kosmologi dan ahli astrobiologi telah menemui lebih banyak parameter yang diperlukan untuk kehidupan. Setiap parameter mungkin mempunyai zon padanannya. Beberapa zon yang ditakrifkan termasuklah:[26][27]

  • Zon boleh huni ultraungu: satu zon orbit apabila sinaran ultraungu (UV) dari sebuah bintang yang tidak begitu lemah serta tidak begitu kuat supaya kehidupan boleh wujud.[28] Semua kehidupan memerlukan kandungan ultraungu yang tepat untuk penghasilan bahan-bahan biokimia. Keluasan zon tersebut bergantung pada jumlah sinaran ultraungu dari bintang tersebut, julat panjang gelombang UV, umur bintang tersebut, serta atmosfera planet yang terlibat. Dalam badan manusia UV diperlukan untuk penghasilan vitamin D.[29][30] Ultraungu lampau (EUV) boleh menyebabkan kehilangan atmosfera.[31]
  • Zon boleh huni fotosintesis: satu zon orbit dengan kedua-dua air dalam bentuk cecair serta fotosintesis beroksigen boleh berlaku. Perkara ini bergantung pada julat panjang gelombang sinaran dari bintang terlibat. Bintang-bintang kerdil merah mempunyai paras sinaran suria yang rendah dengan julat panjang gelombang yang rendah, maka zon boleh didiami fotosintesis akan menjadi lebih dekat dengan bintang tersebut. Namun begitu, orbit planet yang terlalu dekat dengan bintangnya juga menguncikan pasang surut planet. Bintang-bintang kerdil merah juga mempunyai jangka hayat yang pendek. Keamatan cahaya, kelembapan, paras karbon dioksida, pH tanah, serta kandungan mineral tanah juga perlu berada dalam julat tertentu untuk fotosintesis.[32][33][34][35]
  • Zon boleh huni troposfera atau Zon boleh huni ozon: satu zon apabila sesuatu planet memerlukan kandungan ozon yang tepat untuk kehidupan. Kandungan ozon terlalu tinggi menyebabkan permasalahan pernafasan untuk kehidupan. Penghirupan ozon terlalu banyak menyebabkan keradangan dan kerengsaan.[36] Ozon troposfera yang terlalu sedikit pula akan menghasilkan kabut biokimia. Di Bumi ozon troposfera merupakan sebahagian daripada perlindungan ozon berparas bumi. Ozon troposfera terbentuk melalui interaksi antara sinaran ultraungu dengan hidrokarbon dan nitrogen oksida.[37][38][39]
  • Zon boleh huni kadar putaran: zon orbit yang kadar putaran sesebuah planet adalah terbaik untuk kehidupan. Jika putaran itu terlalu perlahan maka perbezaan suhu siang/malam akan menjadi terlalu hebat, manakala peningkatan kadar putaran pula meningkatkan kelajuan angin secara berterusan di atas permukaan bumi. Sebarang perubahan pada kadar putaran boleh menyebabkan perubahan pada taburan awan, altitud awan dan kelegapan awan. Perubahan-perubahan pada awan tersebut akan menyebabkan perubahan pada kebolehpantulan cahaya serta suhu planet itu.[40][41][42]
  • Zon boleh huni kecondongan paksi putaran planet, atau Zon boleh huni keoblikan: suatu lingkungan apabila kecondongan paksi putaran sesuatu planet itu kekal stabil.[43] Paksi ini merupakan paksi putaran pada satah orbit mengelilingi bumi. Paksi putaran Bumi tercondong sehingga 23.5° yang mewujudkan peralihan musim serta penghasilan salji dan ais yang boleh mencair sehingga membekal air yang mengalir pada musim panas.[44][45] Keoblikan mempunyai impak besar terhadap suhu planet serta zon boleh huninya.[46][47][48][49]
  • Zon boleh huni pasang surut. Planet yang terlalu dekat dengan bintang akan terkunci pasang surutnya. Jisim bintang dan jarak dari bintang menetapkan zon boleh huni pasang surut. Planet yang terkunci pasang surutnya mempunyai satu sisi planet menghadap bintang, dan sisi ini akan menjadi sangat panas. Manakala sisi yang jauh dari bintang akan berada di bawah paras beku. Planet yang terlalu dekat dengan bintang juga akan mengalami pemanasan pasang surut dari bintang itu. Pemanasan pasang surut boleh mengubah kesipian orbit planet. Jarak planet yang jauh dari bintangnya pula tidak akan menerima haba suria yang mencukupi.[50][51][52]
  • Zon boleh huni astrosfera merupakan zon dengan astrosfera planet yang menjadi cukup kuat untuk melindungi planet daripada angin suria dan sinar kosmos. Astrosfera mestilah tahan lama untuk melindungi planet ini. Planet Marikh kehilangan air dan sebahagian besar atmosferanya selepas kehilangan medan magnetnya serta peristiwa bencana karbonat Marikh.[53][54] Angin suria bintang Matahari diperbuat daripada zarah bercas yang termasuklah plasma, elektron, proton dan zarah alfa. Angin suria adalah berbeza untuk setiap bintang. Medan magnet Bumi sangat besar dan telah melindungi Bumi sejak pembentukannya.[55][56][57]
  • Zon boleh huni medan elektrik atmosfera merupakan suatu lingkungan medan elektrik ambipolar yang tepat untuk medan elektrik pada sesebuah planet itu membantu ion mengatasi graviti.[58] Ionosfera planet tersebut mesti pada tahap yang tepat untuk melindungi planet tersebut daripada kehilangan atmosfera. Hal ini merupakan penambahan kepada keberadaan medan magnet yang kuat untuk melindungi planet tersebut daripada angin suria yang menghilangkan atmosfera dan air ke angkasa lepas.[59][60][61]
  • Zon boleh huni kesipian orbit merupakan satu zon yang melibatkan bentuk orbit planet terlibat berada dalam keadaan yang hampir bulat. Ini adalah kerana orbit yang mempunyai tahap kesipian yang tinggi akan mengakibatkan planet tersebut bergerak masuk dan keluar daripada zon boleh huni.[62] Dalam sistem suria hipotesis pemeraian besar (the grand tack hypothesis) mewujudkan teori penempatan unik terhadap planet gergasi gas, jalur sistem suria dan planet berhampiran orbit bulat.[63][64][65]
Fail:Four Habitable zone for complex life.png
Zon boleh huni karbon dioksida berserta zon boleh huni karbon monoksida
  • Zon boleh huni karbon dioksida merupakan sebuah rantau apabila planet yang berada di dalamnya akan mempunyai aras karbon dioksida yang tepat. Julat aras karbon dioksida untuk kehidupan adalah amatlah kecil. Gas karbon dioksida adalah penting untuk kehidupan. Bentuk-bentuk hidupan menggunakan karbon dioksida untuk mengawal atur pernafasan dan pH darah. Tumbuhan pula menggunakan karbon dioksida untuk menghasil oksigen melalui fotosintesis. Aras karbon dioksida yang terlalu tinggi akan menyebabkan hiperkapnia.[66][67]
  • Zon boleh huni karbon monoksida merupakan sebuah zon apabila planet yang berada dalamnya akan mempunyai aras karbon monoksida yang rendah. Karbon monoksida ialah sejenis gas yang beracun, tidak berwarna, tidak berbau dan tiada rasa. Karbon monoksida adalah sedikit kurang tumpat berbanding udara.[68][69] Sebuah planet yang mempunyai atmosfera yang menjana kehidupan tidak boleh mempunyai sebarang bintang yang lebih malap berbanding matahari, kerana ia mengakibatkan penghasilan paras maut karbon monoksida. Di Bumi, karbon monoksida tidak berkumpul disebabkan Matahari mempunyai parameter tepat untuk menghancurkan karbon monoksida di atmosfera.[70] Bintang karbon berada pada sisi ekstrem yang menghasilkan paras maut karbon dioksida.[71][72][73]
  • Zon boleh huni gandingan planet-bulan - magnetosfera merupakan zon yang membolehkan bulan sesebuah planet dengan teras planet tersebut menghasilkan magnetosfera yang kuat, yakni medan magnet yang dapat melindungi planet tersebut daripada angin suria yang menanggalkan atmosfera dan air ke angkasa lepas. Sebaik sahaja Marikh mempunyai medan magnet wujud untuk beberapa waktu, Saied Mighani mengemukakan pada tahun 2020 bahawa Bulan kepada Bumi turut mempunyai magnetosfera yang besar selama beberapa ratus juta tahun selepas pembentukannya. Magnetosfera Bulan akan memberikan perlindungan tambahan kepada atmosfera Bumi kerana Matahari awal tidak sestabil seperti hari ini. Pada tahun 2020 James Green memodelkan zon boleh huni gandingan planet-bulan-magnetosfera. Pemodelan itu menunjukkan magnetosfera gandingan planet-bulan akan memberikan planet perlindungan daripada angin bintang dalam sistem suria awal. Dalam kes Bumi, Bulan lebih dekat dengan Bumi dalam pembentukan awal sistem suria, maka memberikan perlindungan tambahan. Perlindungan ini diperlukan ketika itu kerana Matahari tidak begitu stabil ketika itu.[74][75]
  • Zon boleh huni bergantung pada tekanan merupakan satu zon yang mempunyai tekanan atmosfera yang tepat untuk mewujudkan cecair air di permukaan planet tersebut. Dengan tekanan atmosfera yang nipis, suhu air mendidih adalah jauh lebih rendah.[76][77] Manakala di Marikh hari ini, dengan tekanan atmosferanya yang rendah, takat beku, takat sejat dan takat didih air semuanya berada pada suhu yang sama. Oleh itu air dalam bentuk cecair tidak boleh wujud di permukaan Marikh.[78][79] Planet dengan atmosfera bertekanan tinggi akan mempunyai cecair air permukaan. Tetapi bentuk kehidupan akan mengalami kesukaran dengan sistem pernafasan pada atmosfera tekanan tinggi.[80][81]
  • Zon boleh huni galaksi (GHZ), juga dikenali sebagai zon Goldilocks Galaksi, merupakan suatu rantau pada sesebuah galaksi dengan kehadiran unsur logam berat yang diperlukan untuk pembentukan planet berbatu dan kehidupan, malahan juga merupakan sesuatu rantau yang sinar kosmos tidak akan membunuh kehidupan serta menanggalkan atmosfera planet itu. Istilah "goldilocks" digunakan kerana zon tersebut melibatkan keseimbangan halus antara kehadiran unsur logam berat dengan sinar kosmos. Zon boleh huni galaksi merupakan sesuatu tempat yang sesebuah planet itu mempunyai parameter diperlukan untuk menyokong keberadaan kehidupan. Bukan semua galaksi dapat menyokong kehidupan.[82] Banyak galaksi mempunyai peristiwa membunuh seperti letusan sinar gama. Sekitar 90% galaksi mempunyai letusan sinar gama yang lama dan kerap, maka memustahilkan kewujudan kehidupan. Sinar-sinar kosmos pada paras tinggi akan membunuh kehidupan, kerana terdapat ancaman kesihatan daripada sinar-sinar kosmos tersebut. Galaksi dengan banyak bintang yang terlalu berdekatan dan/atau tiada sebarang pelindungan habuk tidak dapat menyokong kehadiran kehidupan. Galaksi tak nalar dan galaksi kecil lain tidak mempunyai unsur-unsur logam berat yang mencukupi. Galaksi elips adalah penuh dengan radiasi membunuh dan kekurangan unsur logam berat. Galaksi pilin gergasi seperti Bima Sakti mempunyai unsur logam berat yang diperlukan untuk kehidupan pada pusatnya serta sekitar separuh luar daripada palang pusatnya.[83] Bukannya semua galaksi pilin gergasi sama, galaksi pilin yang terlalu banyak pembentukan bintang akan membunuh galaksi berserta kehidupannya.[84][85] Terlalu sedikit pembentukan bintang akan mengakibatkan keruntuhan pilin galaksi.[86] Bukan semua galaksi pilin mempunyai parameter penanggalan tekanan hentam galaksi, tekanan hentam yang terlalu tinggi akan menanggalkan gas galaksi maka menamatkan pembentukan bintang. Bima Sakti merupakan sebuah galaksi pilin berpalang, palang di tengah galaksinya adalah penting untuk pembentukan bintang serta kelogaman bintang dan planet yang terdapat pada galaksi tersebut. Galaksi pilin berpalang mesti mempunyai lengan stabil dengan kadar pembentukan bintang yang paling sesuai. Galaksi berpalang adalah 65% daripada galaksi pilin, tetapi kebanyakannya mempunyai terlalu banyak kadar pembentukan bintang.[87] Sebuah galaksi janggal tidak mempunyai lengan pilin yang stabil.[88] Galaksi tak nalar pula terlalu banyak bintang baharu dan kekurangan unsur logam berat.[89][90] Galaksi pilin tidak berpalang tidak mempunyai proses penghasilan bintang serta kelogaman yang tepat untuk zon goldilocks galaksi.[87][91] Untuk kehidupan jangka panjang di planet, lengan pilin mesti stabil untuk jangka masa yang panjang seperti pada Bima Sakti. Lengan pilin tidak boleh terlalu rapat antara satu sama lain atau akan terdapat terlalu banyak sinaran ultraungu. Jika planet bergerak ke dalam atau melintasi lengan pilin, orbit planet boleh berubah akibat gangguan graviti. Pergerakan melintasi lengan pilin juga akan menyebabkan impak asteroid yang membawa maut serta radiasi yang tinggi.[92][93][94] Planet mesti berada di tempat yang betul dalam galaksi pilin, terlalu dekat dengan pusat maka sinaran pada palang tengah dan daya graviti terlalu besar untuk kehidupan. Terlalu jauh dari pusat maka tidak cukup unsur berat untuk kehidupan. Matahari berada pada kedudukan 28,000 tahun cahaya dari bar tengah di zon goldilocks galaksi. Pada jarak ini Matahari beredar dalam galaksi pada kadar yang sama seperti putaran lengan berpilin, dengan itu meminimumkan lintasan ke lengan lain.[95][87][96]
  • Zon boleh huni supergalaksi merupakan tempat pada gugusan super galaksi yang boleh menyediakan kebolehdiaman kehidupan di planet. Zon Boleh Huni Supergalaksi mengambil kira peristiwa dalam galaksi yang boleh menamatkan kebolehdiaman bukan sahaja dalam galaksi, tetapi semua galaksi berdekatan. Peristiwa seperti: cantuman galaksi, nukleus galaksi aktif, galaksi berletus bintang, lohong hitam supermasif dan lohong hitam bercantum, semuanya menghasilkan sinaran yang melampau. Zon Boleh Huni Supergalaksi juga mengambil kira unsur jadual berkala dalam galaksi, dan disebabkan itu tidak semua galaksi dan tempat dalam galaksi mempunyai semua elemen yang diperlukan untuk kehidupan.[97][98][99][100]
  • Zon Boleh Huni untuk Kehidupan Kompleks (ZBHKK), merupakan tempat apabila kesemua zon boleh huni kehidupan bertindih untuk jangka masa lama seperti Sistem Suria.[70] Antara faktor lain terlibat termasuklah: bintang yang sangat stabil dengan warna yang betul, jalur asteroid yang stabil; kewujudan planet gergasi gas untuk melindungi kehidupan di planet ini daripada asteroid dan komet besar; semua planet yang mempunyai orbit hampir bulat; bulan besar untuk menstabilkan planet; saiz planet yang betul; teras planet yang betul; bentuk kehidupan yang berubah dengan kecerahan bintang; tektonik plat; kitaran karbon; kitaran air yang stabil; nisbah keluasan tanah ke lautan yang tepat; tekanan atmosfera yang betul dan gas atmosfera yang betul; julat suhu yang jauh lebih kecil daripada hanya untuk hidupan bakteria, di mana tiga fasa air boleh hadir di permukaan planet ini.[101][71][102][103][104] Disebabkan penyelidikan tidak menemui bintang lain yang sangat stabil (kembar suria) atau eksoplanet seakan bumi (kembar Bumi), hipotesis Bumi Nadir telah mendapat lebih banyak bukti.[105] Senarai zon boleh didiami untuk kehidupan kompleks telah berkembang lebih lama apabila lebih banyak pengetahuan tentang alam semesta, galaksi dan sistem suria diperolehi.[106][107][108][109] Bentuk kehidupan kompleks biasanya ditakrifkan sebagai bentuk kehidupan eukariot, yang termasuklah kesemua haiwan, tumbuhan, kulat, serta kebanyakan organisma unisel. Bentuk kehidupan ringkas biasanya ditakrifkan sebagai prokariot.[110]

Faktor lain yang berkaitan dengan jarak orbit[sunting | sunting sumber]

Beberapa faktor yang bergantung pada jarak planet dan mungkin mengehadkan kehidupan aerobik yang kompleks belum diberi nama zon. Ini termasuk:

  • Kitaran Milankovitch: Kitaran Milankovitch dan zaman air batu telah menjadi kunci dalam pembentukan Bumi.[111][112] Kehidupan di Bumi hari ini menggunakan pencairan air dari zaman air batu terakhir. Zaman air batu tidak boleh terlalu lama atau terlalu sejuk untuk hidup. Kitaran Milankovitch mempunyai kesan ke atas kecondongan planet juga.[113][114][115]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Kehidupan di Bumi adalah berasaskan karbon. Walau bagaimanapun, beberapa teori mencadangkan bahawa kehidupan boleh berdasarkan unsur lain dalam jadual berkala.[116] Unsur lain yang dicadangkan ialah silikon, boron, arsenik, ammonia, metana dan lain-lain. Memandangkan lebih banyak penyelidikan telah dilakukan ke atas kehidupan di Bumi, didapati hanya molekul organik karbon yang mempunyai kerumitan dan kestabilan untuk membentuk kehidupan.[117][118][119] Sifat karbon membolehkan ikatan kimia kompleks yang menghasilkan ikatan kovalen yang diperlukan untuk kimia organik. Molekul karbon adalah ringan dan saiznya agak kecil. Keupayaan karbon untuk mengikat oksigen, hidrogen, nitrogen, fosforus dan sulfur (dipanggil CHNOPS) adalah kunci kepada kehidupan.[120][121][122]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Not All Habitable Zones Are Created Equal". www.spacedaily.com.
  2. ^ Schwieterman, Edward W.; Reinhard, Christopher T.; Olson, Stephanie L.; Harman, Chester E.; Lyons, Timothy W. (June 10, 2019). "A Limited Habitable Zone for Complex Life". The Astrophysical Journal. 878 (1): 19. arXiv:1902.04720. Bibcode:2019ApJ...878...19S. doi:10.3847/1538-4357/ab1d52.
  3. ^ "New Discovery Shows 'Habitable Zone for Complex Life' is Much More Narrow than Original Estimates – NASA". June 10, 2019.
  4. ^ Williams, Matt; Today, Universe. "Complex life might require a very narrow habitable zone". phys.org.
  5. ^ How do you form a habitable planet?, Georgia State University Research
  6. ^ Wolszczan, A.; Frail, D. A. (1992). "A planetary system around the millisecond pulsar PSR1257 + 12". Nature. 355 (6356): 145–147. Bibcode:1992Natur.355..145W. doi:10.1038/355145a0.
  7. ^ "Exoplanet and Candidate Statitics". exoplanetarchive.ipac.caltech.edu.
  8. ^ "Orbital Evolution of planets in Extra-solar systems". users.auth.gr.
  9. ^ Valencia, V.; Sasselov, D. D.; O'Connell, R. J. (2007). "Radius and structure models of the first super-earth planet". The Astrophysical Journal. 656 (1): 545–551. arXiv:astro-ph/0610122. Bibcode:2007ApJ...656..545V. doi:10.1086/509800.
  10. ^ Green, James; Boardsen, Scott; Dong, Chuanfei (February 20, 2021). "Magnetospheres of Terrestrial Exoplanets and Exomoons: Implications for Habitability and Detection". The Astrophysical Journal Letters. 907 (2): L45. arXiv:2012.11694. Bibcode:2021ApJ...907L..45G. doi:10.3847/2041-8213/abd93a.
  11. ^ Brasch, Klaus R. (July 7, 2023). "Is Earth the only Goldilocks planet? | Astronomy.com".
  12. ^ "Solar Variability and Terrestrial Climate – NASA Science". science.nasa.gov.
  13. ^ "Stellar Luminosity Calculator". astro.unl.edu.
  14. ^ The Effects of Solar Variability on Earth's Climate: A Workshop Report. National Academies Press. November 12, 2012. doi:10.17226/13519. ISBN 978-0-309-26564-5.
  15. ^ "Most of Earth's twins aren't identical, or even close! | ScienceBlogs". scienceblogs.com.
  16. ^ "NASA Astrobiology". astrobiology.nasa.gov.
  17. ^ Barnes, Rory, penyunting (2010). Formation and Evolution of Exoplanets. John Wiley & Sons. m/s. 248. ISBN 978-3527408962. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-08-06. Dicapai pada 2016-08-16.
  18. ^ Voisey, Jon (February 23, 2011). "Plausibility Check - Habitable Planets around Red Giants".
  19. ^ "Big Idea 2.1 – NASA Science". science.nasa.gov.
  20. ^ "What Is the Habitable Zone?". Exoplanet Exploration: Planets Beyond our Solar System.
  21. ^ "Planets in the habitable zone". www.esa.int.
  22. ^ a b c "Which habitable zone planets are the best candidates for detecting life? | astrobites".
  23. ^ "Second Earth-sized World Found in System's Habitable Zone". Exoplanet Exploration: Planets Beyond our Solar System.
  24. ^ "The Habitable Zone | Astronomy 801: Planets, Stars, Galaxies, and the Universe". www.e-education.psu.edu.
  25. ^ Brasch, Klaus R. (July 7, 2023). "Is Earth the only Goldilocks planet? | Astronomy.com".
  26. ^ Taylor, Stuart Ross (29 July 2004). "Why can't planets be like stars?". Nature. 430 (6999): 509. Bibcode:2004Natur.430..509T. doi:10.1038/430509a. PMID 15282586.
  27. ^ Stern, Alan. "Ten Things I Wish We Really Knew In Planetary Science". Dicapai pada 2009-05-22.
  28. ^ Cowing, Keith (March 30, 2023). "The Ultraviolet Habitable Zone Of Exoplanets". Astrobiology.
  29. ^ Spinelli, Riccardo; Borsa, Francesco; Ghirlanda, Giancarlo; Ghisellini, Gabriele; Haardt, Francesco (April 13, 2023). "The ultraviolet habitable zone of exoplanets". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 522 (1): 1411–1418. arXiv:2303.16229. doi:10.1093/mnras/stad928.
  30. ^ "Habitable zones :: Vera Dobos". veradobos.webnode.page.
  31. ^ Green, James; Boardsen, Scott; Dong, Chuanfei (February 20, 2021). "Magnetospheres of Terrestrial Exoplanets and Exomoons: Implications for Habitability and Detection". The Astrophysical Journal Letters. 907 (2): L45. arXiv:2012.11694. Bibcode:2021ApJ...907L..45G. doi:10.3847/2041-8213/abd93a.
  32. ^ Hall, C.; Stancil, P. C.; Terry, J. P.; Ellison, C. K. (May 1, 2023). "A New Definition of Exoplanet Habitability: Introducing the Photosynthetic Habitable Zone". The Astrophysical Journal Letters. 948 (2): L26. arXiv:2301.13836. Bibcode:2023ApJ...948L..26H. doi:10.3847/2041-8213/acccfb.
  33. ^ Blog, The Physics arXiv (February 24, 2023). "A new place to look for alien life: The photosynthetic habitable zone".
  34. ^ Hall, C.; Stancil, P. C.; Terry, J. P.; Ellison, C. K. (May 1, 2023). "A New Definition of Exoplanet Habitability: Introducing the Photosynthetic Habitable Zone". The Astrophysical Journal Letters. 948 (2): L26. arXiv:2301.13836. Bibcode:2023ApJ...948L..26H. doi:10.3847/2041-8213/acccfb.
  35. ^ N.H. Sleep “Tectonics and the photosynthetic habitable zone” American Geophysical Union, Fall 2009, abstract #B11E-03
  36. ^ Association, American Lung. "Ozone". www.lung.org.
  37. ^ Schwieterman, Edward W.; Reinhard, Christopher T.; Olson, Stephanie L.; Harman, Chester E.; Lyons, Timothy W. (June 10, 2019). "A Limited Habitable Zone for Complex Life". The Astrophysical Journal. 878 (1): 19. arXiv:1902.04720. Bibcode:2019ApJ...878...19S. doi:10.3847/1538-4357/ab1d52.
  38. ^ Proedrou, Elisavet; Hocke, Klemens (June 1, 2016). "Characterising the three-dimensional ozone distribution of a tidally locked Earth-like planet". Earth, Planets and Space. 68 (1): 96. Bibcode:2016EP&S...68...96P. doi:10.1186/s40623-016-0461-x.
  39. ^ "Photochemical Smog - an overview | ScienceDirect Topics". www.sciencedirect.com.
  40. ^ Yang, Jun; Boué, Gwenaël; Fabrycky, Daniel C.; Abbot, Dorian S. (May 1, 2014). "Strong Dependence of the Inner Edge of the Habitable Zone on Planetary Rotation Rate". The Astrophysical Journal. 787 (1): L2. arXiv:1404.4992. Bibcode:2014ApJ...787L...2Y. doi:10.1088/2041-8205/787/1/L2 – melalui NASA ADS.
  41. ^ "Rotation of planets influences habitability". phys.org.
  42. ^ Jansen, T. (March 19, 2021). "Effects of Rotation Rate on the Habitability of Earth-like Planets using NASA's ROCKE-3D GCM". Bulletin of the AAS. 53 (3): 0603. Bibcode:2021BAAS...53c0603J – melalui baas.aas.org.
  43. ^ "The Moon's Role in the Habitability of the Earth". hyperphysics.phy-astr.gsu.edu. Dicapai pada 2024-03-26.
  44. ^ Seasons, Georgia State University Research
  45. ^ Ecliptic Plane, Georgia State University Research
  46. ^ Axis Tilt is Critical for Life, Georgia State, astr.gsu.edu
  47. ^ Starr, Michelle (July 8, 2021). "This One Planetary Feature May Be Crucial For The Rise of Complex Life in The Universe". ScienceAlert.
  48. ^ Conference, Goldschmidt. "Goldilocks planets 'with a tilt' may develop more complex life". phys.org.
  49. ^ Jenkins, Gregory S. (March 27, 2000). "Global climate model high-obliquity solutions to the ancient climate puzzles of the Faint-Young Sun Paradox and low-altitude Proterozoic glaciation". Journal of Geophysical Research: Atmospheres. 105 (D6): 7357–7370. Bibcode:2000JGR...105.7357J. doi:10.1029/1999JD901125 – melalui CrossRef.
  50. ^ Becker, Juliette; Seligman, Darryl Z.; Adams, Fred C.; Styczinski, Marshall J. (March 1, 2023). "The Influence of Tidal Heating on the Habitability of Planets Orbiting White Dwarfs". The Astrophysical Journal Letters. 945 (2): L24. arXiv:2303.02217. Bibcode:2023ApJ...945L..24B. doi:10.3847/2041-8213/acbe44.
  51. ^ Hasler, Caroline (February 17, 2022). "Tidally Locked and Loaded with Questions". Eos.
  52. ^ "New conditions for life on other planets: Tidal effects change 'habitable zone' concept". ScienceDaily.
  53. ^ Vladimir S. Airapetian, “Space Weather Affected Habitable Zones around Active Stars,” AASTCS5 Radio Exploration of Planetary Habitability, Proceedings of the Conference, May 7–12, 2017 in Palm Springs, CA, published in the Bulletin of the American Astronomical Society 49, no. 3, id. 101.05
  54. ^ Smith, David S.; Scalo, John M. (September 20, 2009). "Habitable zones exposed: astrosphere collapse frequency as a function of stellar mass". Astrobiology. 9 (7): 673–681. Bibcode:2009AsBio...9..673S. doi:10.1089/ast.2009.0337. PMID 19778278 – melalui PubMed.
  55. ^ Time History of the Martian Dynamo from Crater Magnetic Field Analysis Journal of Geophysical Research: Planets 118, no. 7 (July 2013), by Robert J. Lillis et al., page 1488–1511
  56. ^ Timing of the Martian Dynamo Nature 408, by G. Schubert, C. T. Russell, and W. B. Moore, December 7, 2000: page 666–667
  57. ^ Langlais, Benoit; Thébault, Erwan; Houliez, Aymeric; Purucker, Michael E.; Lillis, Robert J. (2019). "A New Model of the Crustal Magnetic Field of Mars Using MGS and MAVEN". Journal of Geophysical Research: Planets (dalam bahasa Inggeris). 124 (6): 1542–1569. Bibcode:2019JGRE..124.1542L. doi:10.1029/2018JE005854. ISSN 2169-9100. PMC 8793354 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35096494 Check |pmid= value (bantuan).
  58. ^ "Space Radiation is Risky Business for the Human Body – NASA". September 19, 2017.
  59. ^ Collinson, Glyn A.; Frahm, Rudy A.; Glocer, Alex; Coates, Andrew J.; Grebowsky, Joseph M.; Barabash, Stas; Domagal-Goldman, Shawn D.; Fedorov, Andrei; Futaana, Yoshifumi (June 28, 2016). "The electric wind of Venus: A global and persistent "polar wind"-like ambipolar electric field sufficient for the direct escape of heavy ionospheric ions". Geophysical Research Letters. 43 (12): 5926–5934. Bibcode:2016GeoRL..43.5926C. doi:10.1002/2016GL068327 – melalui CrossRef.
  60. ^ Collinson, Glyn; Mitchell, David; Glocer, Alex; Grebowsky, Joseph; Peterson, W. K.; Connerney, Jack; Andersson, Laila; Espley, Jared; Mazelle, Christian (November 16, 2015). "Electric Mars: The first direct measurement of an upper limit for the Martian "polar wind" electric potential". Geophysical Research Letters. 42 (21): 9128–9134. Bibcode:2015GeoRL..42.9128C. doi:10.1002/2015GL065084 – melalui CrossRef.
  61. ^ "Strong 'electric wind' strips planets of oceans and atmospheres". UCL News. June 20, 2016.
  62. ^ "Eccentric Habitable Zones". Exoplanet Exploration: Planets Beyond our Solar System.
  63. ^ Zubritsky, Elizabeth. "Jupiter's Youthful Travels Redefined Solar System". NASA. Dicapai pada 4 November 2015.
  64. ^ Beatty, Kelly (16 October 2010). "Our "New, Improved" Solar System". Sky & Telescope. Dicapai pada 4 November 2015.
  65. ^ Sanders, Ray (23 August 2011). "How Did Jupiter Shape Our Solar System?". Universe Today. Dicapai pada 4 November 2015.
  66. ^ "NASA Astrobiology". astrobiology.nasa.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-23.
  67. ^ Schwieterman, Edward W.; Reinhard, Christopher T.; Olson, Stephanie L.; Harman, Chester E.; Lyons, Timothy W. (2019-06-10). "A Limited Habitable Zone for Complex Life". The Astrophysical Journal. 878 (1): 19. doi:10.3847/1538-4357/ab1d52. ISSN 0004-637X.
  68. ^ Allen, Michael (June 15, 2019). "Toxic gases in habitable zone could hinder emergence of alien life". Physics World.
  69. ^ Liu, Hui; Tian, Yaohua; Xiang, Xiao; Li, Man; Wu, Yao; Cao, Yaying; Juan, Juan; Song, Jing; Wu, Tao (September 6, 2018). "Association of short-term exposure to ambient carbon monoxide with hospital admissions in China". Scientific Reports. 8 (1): 13336. Bibcode:2018NatSR...813336L. doi:10.1038/s41598-018-31434-1. PMC 6127141. PMID 30190544.
  70. ^ a b "New study dramatically narrows the search for advanced life in the universe | UCR News | UC Riverside". news.ucr.edu.
  71. ^ a b Schwieterman, Edward W.; Reinhard, Christopher T.; Olson, Stephanie L.; Harman, Chester E.; Lyons, Timothy W. (June 10, 2019). "A Limited Habitable Zone for Complex Life". The Astrophysical Journal. 878 (1): 19. arXiv:1902.04720. Bibcode:2019ApJ...878...19S. doi:10.3847/1538-4357/ab1d52.
  72. ^ "Hubble Views Striking Carbon Star in Colorful Cluster – NASA Science". science.nasa.gov.
  73. ^ "Carbon monoxide in large-star disks". Nature. 537 (7619): 140. September 20, 2016. doi:10.1038/537140b. PMID 27604918 – melalui www.nature.com.
  74. ^ Green, James; Boardsen, Scott; Dong, Chuanfei (February 20, 2021). "Magnetospheres of Terrestrial Exoplanets and Exomoons: Implications for Habitability and Detection". The Astrophysical Journal Letters. 907 (2): L45. arXiv:2012.11694. Bibcode:2021ApJ...907L..45G. doi:10.3847/2041-8213/abd93a.
  75. ^ See, V.; Jardine, M.; Vidotto, A. A.; Petit, P.; Marsden, S. C.; Jeffers, S. V.; Nascimento, J. D. do (October 1, 2014). "The effects of stellar winds on the magnetospheres and potential habitability of exoplanets". Astronomy & Astrophysics. 570: A99. arXiv:1409.1237. Bibcode:2014A&A...570A..99S. doi:10.1051/0004-6361/201424323 – melalui www.aanda.org.
  76. ^ "Planetary Habitability page of the Trieste Astrobiology Group". wwwuser.oats.inaf.it.
  77. ^ Vladilo, Giovanni; Murante, Giuseppe; Silva, Laura; Provenzale, Antonello; Ferri, Gaia; Ragazzini, Gregorio (March 25, 2013). "The Habitable Zone Of Earth-Like Planets With Different Levels Of Atmospheric Pressure". The Astrophysical Journal. 767 (1): 65. arXiv:1302.4566. Bibcode:2013ApJ...767...65V. doi:10.1088/0004-637x/767/1/65.
  78. ^ "Mars & Comets – NASA". mars.nasa.gov.
  79. ^ Nair, C. P. Reghunadhan; Unnikrishnan, Vibhu (April 18, 2020). "Stability of the Liquid Water Phase on Mars: A Thermodynamic Analysis Considering Martian Atmospheric Conditions and Perchlorate Brine Solutions". ACS Omega. 5 (16): 9391–9397. doi:10.1021/acsomega.0c00444. PMC 7191838. PMID 32363291.
  80. ^ "How Does Barometric Pressure Affect Humans?". MedicineNet.
  81. ^ Tarver, William J.; Volner, Keith; Cooper, Jeffrey S. (January 20, 2023). "Aerospace Pressure Effects". StatPearls. StatPearls Publishing. PMID 29262037 – melalui PubMed.
  82. ^ Complex life may be possible in only 10% of all galaxies, 24 Nov 2014, By Adrian Cho cience.org]
  83. ^ "Which Galaxies are Best Suited for the Evolution of Alien Life?". Discover Magazine.
  84. ^ "What's killing galaxies? Large survey reveals how star formation is shut down in extreme regions of the Universe".
  85. ^ Canada, National Research Council (November 2, 2021). "What's killing galaxies? Large survey reveals how star formation is shut down in extreme regions of the Universe". nrc.canada.ca.
  86. ^ "New study examines which galaxies are best for intelligent life". ScienceDaily.
  87. ^ a b c Vera, Matias; Alonso, Sol; Coldwell, Georgina (November 1, 2016). "Effect of bars on the galaxy properties". Astronomy & Astrophysics. 595: A63. arXiv:1607.08643. Bibcode:2016A&A...595A..63V. doi:10.1051/0004-6361/201628750 – melalui www.aanda.org.
  88. ^ What is a peculiar galaxy?, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, Volume 286, Issue 4, April 1997, Pages 969–978, by O. Lahav and A. Nairn
  89. ^ "Star Formation in Irregular Galaxies". ned.ipac.caltech.edu.
  90. ^ "Irregular Galaxy: A Unique Collections of Stars – Let's Talk Stars". www.letstalkstars.com. February 17, 2023.
  91. ^ The connection between star formation and metallicity evolution in barred spiral galaxies, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, Volume 431, Issue 3, 21 May 2013, Pages 2560–2575, doi.org/10.1093/mnras/stt354, 20 March 2013
  92. ^ Yu, Si-Yue; Ho, Luis C. (January 31, 2019). "On the Connection between Spiral Arm Pitch Angle and Galaxy Properties". The Astrophysical Journal. 871 (2): 194. arXiv:1812.06010. Bibcode:2019ApJ...871..194Y. doi:10.3847/1538-4357/aaf895.
  93. ^ "What process creates and maintains the beautiful spiral arms around spiral galaxies? I've been told that density waves are responsible—so where do the density waves come from?". Scientific American.
  94. ^ Hall, Shannon. "The Milky Way's Spiral Arms May Have Carved Earth's Continents". Scientific American.
  95. ^ "The origin of elements, by Miller, astro.umd.edu" (PDF).
  96. ^ Mahoney, Trevor (July 13, 2020). "Why Different Types of Galaxies May Affect the Development of Life".
  97. ^ Mason, Paul (January 1, 2018). "The Supergalactic Habitable Zone". American Astronomical Society. 231: 401.04. Bibcode:2018AAS...23140104M – melalui NASA ADS.
  98. ^ Mason, P. A.; Biermann, P. L. (November 1, 2017). "The Large-Scale Structure of Habitability in the Universe". Habitable Worlds 2017. 2042: 4149. Bibcode:2017LPICo2042.4149M – melalui NASA ADS.
  99. ^ Mason, Paul (January 1, 2019). "The dawn of habitable conditions for complex life in the Universe". American Astronomical Society Meeting. 233: 432.06. Bibcode:2019AAS...23343206M – melalui NASA ADS.
  100. ^ "The Cosmic Blueprint | Paul Davies". cosmos.asu.edu.
  101. ^ "How plate tectonics have maintained Earth's 'Goldilocks' climate". The University of Sydney.
  102. ^ Ramirez, Ramses M. (May 4, 2020). "A Complex Life Habitable Zone Based On Lipid Solubility Theory". Scientific Reports. 10 (1): 7432. Bibcode:2020NatSR..10.7432R. doi:10.1038/s41598-020-64436-z. PMC 7198600. PMID 32366889.
  103. ^ "New Discovery Shows 'Habitable Zone for Complex Life' is Much More Narrow than Original Estimates – NASA". June 10, 2019.
  104. ^ Williams, Matt; Today, Universe. "Complex life might require a very narrow habitable zone". phys.org.
  105. ^ "altvw102". www.npl.washington.edu.
  106. ^ Gribbin, John (2011). Alone in the Universe: Why our planet is unique. Wiley
  107. ^ Ward, Peter D.; Brownlee, Donald (2000). Rare Earth: Why Complex Life is Uncommon in the Universe. Copernicus Books (Springer Verlag). ISBN 978-0-387-98701-9.
  108. ^ Gonzales, Guillermo; Richards, Jay W (2004). The Privileged Planet. Regnery Publishing, Inc.
  109. ^ "Lucky Planet - Why Earth is Exceptional & Life In The Universe".
  110. ^ "The origin and rise of complex life | Royal Society". royalsociety.org. 7 December 2022.
  111. ^ "Ice, Snow, and Glaciers and the Water Cycle | U.S. Geological Survey". www.usgs.gov.
  112. ^ Deitrick, Russell; Barnes, Rory; Quinn, Thomas R.; Armstrong, John; Charnay, Benjamin; Wilhelm, Caitlyn (January 16, 2018). "Exo-Milankovitch Cycles. I. Orbits and Rotation States". The Astronomical Journal. 155 (2): 60. arXiv:1712.10060. Bibcode:2018AJ....155...60D. doi:10.3847/1538-3881/aaa301.
  113. ^ Deitrick, Russell; Barnes, Rory; Bitz, Cecilia; Fleming, David; Charnay, Benjamin; Meadows, Victoria; Wilhelm, Caitlyn; Armstrong, John; Quinn, Thomas R. (June 1, 2018). "Exo-Milankovitch Cycles. II. Climates of G-dwarf Planets in Dynamically Hot Systems". The Astronomical Journal. 155 (6): 266. arXiv:1805.00283. Bibcode:2018AJ....155..266D. doi:10.3847/1538-3881/aac214.
  114. ^ Tereza Pultarova (June 14, 2022). "Milankovitch cycles: What are they and how do they affect Earth?". Space.com.
  115. ^ Laboratory, By Alan Buis, NASA's Jet Propulsion. "Milankovitch (Orbital) Cycles and Their Role in Earth's Climate". Climate Change: Vital Signs of the Planet.
  116. ^ "Knowledge reference for national forest assessments – modeling for estimation and monitoring". www.fao.org. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2020. Dicapai pada Feb 20, 2019.
  117. ^ Allison, Steven D.; Vitousek, Peter M. (2005-05-01). "Responses of extracellular enzymes to simple and complex nutrient inputs". Soil Biology and Biochemistry (dalam bahasa Inggeris). 37 (5): 937–944. doi:10.1016/j.soilbio.2004.09.014. ISSN 0038-0717.
  118. ^ "Astrobiology". Biology Cabinet. September 26, 2006. Dicapai pada 2011-01-17.
  119. ^ "Polycyclic Aromatic Hydrocarbons: An Interview With Dr. Farid Salama". Astrobiology magazine. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-20. Dicapai pada 2008-10-20.
  120. ^ Lipkus, Alan H.; Yuan, Qiong; Lucas, Karen A.; Funk, Susan A.; Bartelt, William F.; Schenck, Roger J.; Trippe, Anthony J. (2008). "Structural Diversity of Organic Chemistry. A Scaffold Analysis of the CAS Registry". The Journal of Organic Chemistry. American Chemical Society (ACS). 73 (12): 4443–4451. doi:10.1021/jo8001276. PMID 18505297. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  121. ^ Molnar, Charles; Gair, Jane (May 14, 2015). "2.3 Biological Molecules". Introduction to the Chemistry of Life – melalui opentextbc.ca.
  122. ^ Education (2010). "CHNOPS: The Six Most Abundant Elements of Life". Pearson Education. Pearson BioCoach. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2017. Dicapai pada 2010-12-10. Most biological molecules are made from covalent combinations of six important elements, whose chemical symbols are CHNOPS. ... Although more than 25 types of elements can be found in biomolecules, six elements are most common. These are called the CHNOPS elements; the letters stand for the chemical abbreviations of carbon, hydrogen, nitrogen, oxygen, phosphorus, and sulfur.