Bahasa Nahuatl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nahuatl
Nāhuatlahtōlli, Māsēwallahtōlli, Mexicano
Aztec woman speaking.jpg
Wanita Nahua dari Kodeks Florence. Menurutnya, wanita ini sedang bertutur.
asli ke Mexico dan El Salvador
etnik Orang Nahua
asli penutur 1.45 juta  (2000)[1]
keluarga bahasa
bentuk-bentuk awal:
Proto-Nahua
  • Nahuatl
dialek
status rasmi
Bahasa rasmi di  Mexico
Dikawal oleh Instituto Nacional de Lenguas Indígenas[2]
kod bahasa
ISO 639-2 nah
ISO 639-3 nci Bahasa Nahuatl Klasik
Untuk bentuk moden, sila rujuk Rumpuan bahasa Nahua.

Nahuatl (Sebutan Nahuatl: [ˈnaːwatɬ]  ( listen),[cn 1]) adalah satu bahasa dari cabang Nahua dari rumpun bahasa Uto-Aztek yanf dituturkan oleh kira-kira 1.5 juta orang Nahua yang kebanyakannya tinggal di Mexico Tengah; ada juga yang tinggal di El Salvador dan dikenali sebagai suku Pipil. Semua bahasa Nahua berasal dari Mesoamerika.

Nahuatl telah dituturkan di rantau tengah Mexico sejak seawal abad ke-7 M.[3] Ia merupakan bahasa kaum Aztek yang menguasai kawasan tengah Mexico sewaktu zaman Akhir Pascaklasik dalam sejarah Mesoamerika. Pada berabad-abad sebelum penaklukan Sepanyol terhadap Mexico, Empayar Aztek telah meluas dan menguasai kebanyakan wilayah Mexico, maka pengaruhnya telah menyebabkan bentuk Nahuatl yang dituturkan oleh para penduduk Tenochtitlan menjadi loghat prestij di Mesoamerica. Sewaktu penaklukan apabila datangnya abjad Rumi, Nahuatl turut menjadi bahasa sastera, dan banyak karya riwayat, tatabahasa, puisi, dokumen pentadbiran dan kodeks ditulis dalam bahasa pribumi ini pada abad ke-16 dan ke-17.[4] Bahasa sastera awal yang berasaskan loghat Tenochtitlan ini telah dilabelkan sebagai bahasa Nahuatl Klasik dan menjadi antara yang paling banyak dikaji dan disuratkan di benua Amerika.[5]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Perkataan nāhuatl (batang kata nama nāhua, + absolutif -tl ) dipercayai bermaksud "bunyi yang nyata dan jelas" (Andrews 2003:578 2003:364,398) This language name has several spellings, among them náhuatl (the standard spelling in the Spanish language),("Náhuatl" (dalam bahasa Spanish). rae.es. Diperoleh pada 6 July 2012. ) Naoatl, Nauatl, Nahuatl, Nawatl. In a back formation from the name of the language, the ethnic group of Nahuatl speakers are called Nahua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. INEGI 2005:3
  2. "Instituto Nacional de Lenguas Indígenas homepage". 
  3. Suárez 1983:149
  4. Canger 1980:13
  5. Canger 2002:195