Geseran glotis tak bersuara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPA – nombor 146
IPA – teks h
IPA – imej {{{imagesize}}}
Entiti h
X-SAMPA h
Kirshenbaum h
Mengenai bunyi ini Contoh bunyi 

Geseran glotis tak bersuara ialah sejenis bunyi dalam sebilangan bahasa lisan yang biasanya berfungsi sebagai konsonan, tetapi adakalanya dilayan sebagai vokal, ataupun tidak tentu kelakuannya. Bunyi ini dilambangkan oleh aksara h dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan h dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa Melayu, geseran glotis tak bersuara merupakan bunyi konsonan dilambangkan oleh huruf h, contohnya: hari, rehat dan salah.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri geseran glotis tak bersuara:

  • Dalam sesetengah bahasa, cara artikulasinya adalah geseran. Bagaimanapun, dalam kebanyakan bahasa ia merupakan keadaan peralihan glotis tanpa cara artikulasi selain jenis pembunyiannya. Ramai ahli fonetik tidak menerima [h] sebagai geseran kerana tiadanya penjerutan lain yang menghasilkan geseran dalam rongga vokal dalam bahasa-bahasa yang dikenali mereka. Namun demikian, istilah "geseran" dikekalkan atas sebab-sebab kebiasaan.
  • Walaupun dikira glotis sebagai daerah artikulasi, namun mungkin tiadanya artikulasi geseran, yang mana istilah 'glotis' hanya memaksudkan sifat pembunyian, dan tidak menentukan lokasi penyempitan atau gelora. Semua konsonan kecuali glotis, dan semua vokal, ada daerah artikulasi tersendiri di samping keadaan glotis. Begitu dengan semua konsonan lain, sebutan [h] dipengaruhi oleh vokal-vokal sebelum dan selepasnya, dan adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang sebelum dan selepasnya.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Disebabkan disebut dengan kerongkong dan bukan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Melayu

hari ||align="center"| [hari] ||align=center| 'hari' ||

Arab Baku[1]

هَاتِف ||align="center"| [ˈhaːt̪if]||align="center"|'telefon'|| Rujuk fonologi bahasa Arab

Georgia[2]

ავა ||align="center"| [hɑvɑ]||align="center"|'iklim'||

Hawaii[3]

haka ||align="center"|[haka] ||align="center"| 'rak' || Rujuk fonologi bahasa Hawaii

Inggeris

high ||align="center"| [ˈhaɪ] ||align="center"| 'tinggi'|| Rujuk fonologi bahasa Inggeris

Jerman[4]

Hass ||align="center"| [has]||align="center"| 'kebencian' || Rujuk fonologi bahasa Jerman

Portugis Brazil[5]

carro ||align="center"| [ˈkahʊ] ||align="center"| 'kereta'|| Juga disebut sebagai geseran velar atau uvular. Rujuk fonologi bahasa Portugis

Sepanyol[6] Kebanyakan loghat

obispo ||align="center"| [o̞ˈβihpo̞]||align="center"| 'biskop'|| Alofon bagi /s/. Rujuk fonologi bahasa Sepanyol

Sebilangan loghat

jaca ||align="center"| [ˈhaka]||align="center"| 'kuda padi' || Berpadan dengan /x/ dalam loghat-loghat lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Barbosa, Plínio A.; Albano, Eleonora C. (2004), "Brazilian Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 34 (2): 227–232 
  • Kohler, Klaus (1999), "German", Handbook of the International Phonetic Association:A Guide to the Use of the International Phonetic Alphabet, Cambridge University Press, pp. 86–89, ISBN 0521637511 
  • Ladefoged, Peter (2005). Vowels and Consonants (edisi ke-Second). Blackwell. 

  • Laufer, Asher (1991), "Phonetic Representation: Glottal Fricatives", Journal of the International Phonetic Association 21 (2): 91–93 
  • Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association 33 (2): 255–259 
  • Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association 36 (2): 255–264 
  • Thelwall, Robin (1990), "Illustrations of the IPA: Arabic", Journal of the International Phonetic Association 20 (2): 37–41