Bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa Rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah enam bahasa yang digunakan pada pelbagai perjumpaan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan yang ditulis dalam kesemua dokumen rasmi PBB. Bahasa-bahasa tersebut adalah:

Bahasa-bahasa ini digunakan pada perjumpaan dalam pelbagai organ PBB, khususnya pada Perhimpunan Agung (Perkara 51 dalam Peraturan Prosedur nya) dan Majlis Keselamatan (Perkara 41 dalam Peraturan Prosedur nya). Setiap perwakilan sesebuah negara boleh bertutur dalam mana-mana satu daripada enam bahasa ini , atau mungkin bertutur dalam sebarang bahasa dengan menyediakan terjemahan kepada satu daripada enam bahasa-bahasa rasmi ini.PBB menyediakan pengalihan bahasa serentak dari satu bahasa rasmi kepada lima bahasa rasmi yang lain.

Keenam-enam bahasa-bahasa ini juga digunakan untuk penyebaran dokumen-dokumen rasmi PBB. Sebelum dokumen tersedia dalam kesemua enam bahasa, ia tidak akan dicetakan. Umumnya, teks dalam setiap dari enam bahasa adalah sama rata autoritif.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.