Kulim (bandar)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Kulim)
Kulim
كوليم

Pemandangan Kulim
Pemandangan Kulim
Negara Malaysia
Negeri Kedah
Diasaskan Pertengahan Abad ke 18
Kerajaan
 - Tuan Yang DiPertua MPKK Elmi Yusof
Kepadatan (2007)[1]
 - Jumlah 150,000
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: Majlis Perbandaran Kulim

Kulim merupakan sebuah daerah dan bandar pentadbiran di selatan negeri Kedah. Lokasinya terletak sangat berhampiran dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan bandar ketiga terbesar bagi negeri Kedah menggamit kehadiran pelancong ke bandar ini. Di Kulim, Ahad hingga Jumaat boleh melihat pelajar pergi ke sekolah kerana sangat berdekatan dengan negeri Pulau Pinang iaitu Bukit Mertajam dan bandar raya Pulau Pinang. Poskod Kulim adalah terletak di depan Pulau Pinang sahaja iaitu 09000. Pulau Pinang ialah 10000-14000.

Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim. Kaum majoriti di Kulim ialah kaum bumiputera 65% dan kaum lain 35%. Kebanyakan penduduk suka mendiami bandar Kulim kerana trafiknya pada setiap hari tidak sebegitu sesak sebagaimana Pulau Pinang. Cuti hujung minggu Kulim juga ditetapkan bermula pada hari Jumaat sebagaimana bandar-bandar lain di negeri Kedah. Kebanyakan penduduk yang tinggal di pekan Selama yang terletak di sempadan negeri Kedah dan Perak juga akan selalu bertandang ke sini untuk membeli belah memandangkan perjalanan dari Selama ke Kulim cuma mengambil masa 30 minit sahaja.

Bandar Kulim juga merupakan bandar sains dan teknologi Kedah sebagai saingan kepada Bandaraya Georgetown,Pulau Pinang. Walaupun hari bekerja di sini ialah pada hari Ahad sehingga Khamis, namun bisnes-bisnesnya hujung minggu adalah kebanyakan hari Ahad. Dataran Kulim merupakan lokasi penting bagi organisasi kerajaan dan bukan kerajaan mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan sosial.

Kulim juga berdekatan dengan Kampung Sungai Lembu dan Machang Bubuk dan juga adanya jalan ke Butterworth dan Pulau Pinang sebenarnya. Bagi merancang destinasi perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur melalui negeri Pulau Pinang, pengguna Jalanraya boleh memilih sama ada melalui pekan Junjong yang akan melalui plaza tol pekan Jawi atau memilih pekan Bukit Teh yang akan melalui plaza tol Bukit Tambun di bahagian selatan Kulim atau melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) yang terletak di bahagian utara Kulim. Sekiranya pengguna jalanraya memilih mengekalkan pemanduan di negeri Kedah, mereka akan melalui Jalan Sungai Ular yang akan melalui plaza tol Bandar Baharu.

Cuti sekolah di Kulim adalah tidak serupa dengan Bukit Mertajam.

Sejarah Kulim[sunting | sunting sumber]

Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani. Bandar Kulim dikatakan telah diterokai pada sekitar tahun 1870-an oleh seorang ahli tukang Cina, Chin Ah Cheoh.[1] Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok. Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama.[perlu rujukan]

Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang,[perlu rujukan] dan pada tahun 1888 jumlah ini mencapai 6,000 orang.[2] Pada tahun itu, berlaku peristiwa "Perang Kulim" atau "Perang Nyonya Cantik", di mana berlaku pergaduhan kongsi gelap Cina Tee Chew dan Hoi Chew yang menyebabkan ramai kematian. Peristiwa ini dikatakan disebabkan oleh kedua-dua kongsi gelap ini merebut seorang pelacur nyonya dari Bukit Mertajam. Pergaduhan ini ditamatkan apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Raja Muda Tunku Yaakob melawat Kulim dan mendapatkan bantuan orang-orang dan senjata dari Kerian dan Pulau Pinang untuk menawan ahli kongsi-kongsi gelap tersebut.[2] Pada akhir tahun 1889, Sultan Abdul Hamid meminta bantuan Frank Swettenham untuk mendapatkan bantuan polis Eropah dan Sikh bagi memantapkan polis negeri Kedah; kesannya, 50 orang anggota polis Sikh yang diketuai Ben E. Mitchell telah ditempatkan di Kulim. Santolo Board dulu. [3]

Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada di bawah pemerintahannya. Hanya pada tahun 1923, Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British.

Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal ini. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah kulim.

Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering ditubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan bijih timah. Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketika itu sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786. Ketika melalui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.

Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation, Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan, Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang sehingga hari ini masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 44 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Kos pembiayaan Jam Merdeka Kulim dibiayai melalui kutipan dana oleh penduduk Kulim sendiri berdasarkan catatan di Jam Merdeka iaitu dengan nilai terkumpul sebanyak RM40,000.00 sebagai manifestasi kebersamaan penduduk Kulim kepada negara ini di atas kejayaan negara mencapai kemerdekaan dari penjajahan British.

Hingga kini Jam Merdeka Kulim masih lagi menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Kulim. Ia kini telah diperindahkan lagi dengan adanya air pancut di kawasan bersebelahan dengannya.

Asal-usul nama Kulim[sunting | sunting sumber]

Kulim dipercayai dibuka dan didiami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama asal bandar Kulim mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil pokok Kulim (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat:

Parlimen Nama Kerusi Ahli Parliamen Parti
P017 Padang Serai Azman Nasrudin Perikatan Nasional (BERSATU)
P018 Kulim - Bandar Baharu Roslan Hashim Perikatan Nasional (BERSATU)

Dewan Undangan Negeri:

Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N33 Merbau Pulas Siti Ashah Ghazali Perikatan Nasional (PAS)
N34 Lunas Azman Nasrudin Perikatan Nasional (BERSATU)
N35 Kulim Yeo Keng Chuan Pakatan Harapan (PKR)

Pusat bandar[sunting | sunting sumber]

Di persekitaran Bandar Kulim masih lagi terdapat rumah kedai yang wujud sebelum zaman Perang Dunia Kedua lagi. Malangnya, kebanyakannya telah pun diruntuhkan untuk membina bangunan-bangunan yang baru.

Simbol yang terkenal di Bandar Kulim adalah Jam Merdeka Kulim yang masih lagi berfungsi.

Kawasan kejiranan di Kulim[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak taman-taman perumahan yang dibuka di sekitar Bandar Kulim. Antara kawasan taman perumahan yang terbesar ialah Taman Selasih yang lengkap dengan pusat komersialnya tersendiri.

Senarai kawasan kejiranan[sunting | sunting sumber]

Peta mukim Kulim
  • Taman Haruan
  • Taman Sungai Kob
  • Taman Mutiara, Sg.Kob
  • Taman Keranji
  • Taman Seri Penaga
  • Taman Penaga Indah
  • Taman Desa Penaga
  • Bukit Kulim
  • Kampung Air Merah
  • Kampung Darul Aman
  • Kampung Syed Syeh
  • Kampung Tunku Putra
  • Kampung Paya Tok Betok
  • Kampung Siam
  • Kampung Sera
  • Keladi
  • Kelang Lama
  • Taman Senangin
  • Taman Bersatu
  • Taman Meranti
  • Taman Dahlia
  • Taman Kempas Indah
  • Taman Kempas 2
  • Taman Kempas 3
  • Taman Desa Impian
  • Taman Kemuning
  • Taman Selasih
  • Taman Semarak
  • Taman Seroja
  • Taman Tunku Putra
  • Taman Sri Kulim
  • Taman Cempaka
  • Taman Jati
  • Taman Sejahtera
  • Taman Kancil
  • Taman Salad
  • Taman Seladang
  • Taman Makmur
  • Taman Lobak
  • Taman Kangkung
  • Taman Desa Seni
  • Taman Kijang
  • Taman Sejahtera 2
  • Taman Bendi
  • Taman Pegaga
  • Taman Seri Limau
  • Taman Kucai
  • Taman Saderi
  • Taman Kenari
  • Taman Tiong
  • Taman Berlian
  • Taman Bestari
  • Taman Merak
  • Taman Angsana
  • Taman Jelutong
  • Taman KTC
  • Jalan Menteri
  • Taman Serindit
  • Taman Tiram
  • Taman Beringin

Kemudahan di Kulim[sunting | sunting sumber]

Untuk memenuhi kehendak 150,000 orang penduduk di Bandar Kulim, terdapat banyak kemudahan yang terdapat di sekitar bandar ini.

Bank[sunting | sunting sumber]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

  • Balai Bomba - Kulim dan Kulim Hi-Tech Park
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
  • Kem Bukit Awi - Askar Wataniah Malaysia
  • Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kulim

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Kulim
  • Klinik Pakar Pergigian Hospital Kulim

Pasar[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Kulim
  • Pasar Borong Kulim

Pasar Malam Dan Pasar Pagi[sunting | sunting sumber]

  • Pasar/Market Kulim (setiap hari Rabu dan Sabtu)

Kawasan Pasar Malam Kulim asalnya merupakan ladang kelapa sawit. Kawasan ini kemudian di majukan sebagai kawasan perniagaan pada tahun 1990 untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah. kawasan ini berkembang sebagai pusat perniagaan kerana pertambahan penduduk di taman-taman yang berhampiran seperti Taman Tunku Putra, Taman Kota Kenari dan lain-lain. Kawasan perniagaan runcit iaitu pasar malam yang dibuka pada setiap malam rabu dan sabtu terletak berdekataan Stesen Bas Kulim. Kawasan ini terletak dalam Pekan/Bandar Kulim dan juga bersebelahan Tasik Taman Tunku Putra. Kawasan ini hanya kira-kira 3KM dari Kelang Lama dan hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja untuk sampai ke destinasi ini.

  • Pasar Kelang Lama (setiap hari Ahad dan Khamis)
  • Pasar Pagi Taman Mutiara, Sg.Kob ( setiap pagi jumaat )
  • Pasar Malam Pekan Junjung, Taman Jati, Kampung Nagalilit, Sidam Kanan, dan Taman Semarak (Setiap Hari Jumaat)
  • Taman Semarak (Setiap Hari Selasa & Jumaat)
  • Market Kulim, Pekan Karangan, Pekan Sungai Karangan , Padang Serai , Taman Mutiara Sungai Kob (Setiap Hari Rabu)
  • Market Kulim , Taman Mutiara Sungai Kob , Merbau Pulas , Padang Serai. (Setiap Hari Sabtu)

Pasaraya dan Pasaraya Besar[sunting | sunting sumber]

Fail:Kulim Landmark Central.jpeg
Kulim Landmark Central
  • ECO RM 2
  • Gedung Ten-Ten (Dulu Nola)
  • Minat (di Taman Selasih)
  • The Store Kulim
  • Yawata (pasaraya tertua di Kulim)- Kini Happy Home
  • Giant di Kulim Central (Dahulu Kulim Landmark Central)
  • Pasaraya Long Wan
  • Zon Ria
  • Tesco Kulim
  • Pasaraya Zen Vista
  • Pasaraya Poh Lye

Kedai-kedai[sunting | sunting sumber]

  • Sunshine Bakery and Ingredients Supply (Pembekal Bahan Bakeri, Kafe dan mesin)
  • Seven Eleven-Kedai 24 Jam (di bandar Kulim, Kilang Lama, Taman Selasih dan Padang Serai)
  • Kulim Typewriter
  • SEC (Star Electronic Centre)
  • Cosway
  • Kedai Herba Al-Arif (sebelah Nasi Kandar Pelita)
  • Kedai- kedai Pengiklanan (Pengiklanan Mega Restu, Era Design, Creative Matters, E-art dan lain-lain)

Pendidikan Tradisi[sunting | sunting sumber]

  • Madrasah Islahiah, Sg Karangan (Pondok Tuan Guru Hj. Adnan Abdul Majid)
  • Madrasah Nurul Taqwa, Junjung (Pondok Ayer Putih)
  • Madrasah Ad-Diniah Al-Mardiyah, Sg Kob (Pondok Tuan Guru Rossham, Sg Kob)
  • Pusat Tahfiz Al-Amin, Sg Seluang
  • Maahad Tahfiz Darul Ansar, Kulim

Pendidikan Tinggi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Menengah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Rendah[sunting | sunting sumber]

Pusat Rujukan Pendidikan[sunting | sunting sumber]
  • Perpustakaan Awam Kulim
  • Pustaka Fa Yi (Swasta) - Taman Keranji

Restoran Makanan Segera/Francais[sunting | sunting sumber]

Restoran[sunting | sunting sumber]

  • Koffee Hut (Kedai kopi)
  • 83C Kafe
  • Honey Bakery and Cafe
  • Rashidah Bakery and Cafe
  • NurHas Rest ( Kilang Lama )
  • Restoran Ratu Emas(pekan Kulim)
  • Nasi Kandar Pelita
  • Nasi Kandar Nasmir
  • Restoran Sri Ananda Bahwan
  • Restoran Kulim Highland
  • Restoran De Suri (Kilang Lama)
  • Restoran Sapari (Taman Kucai)
  • The Cottage Restaurant (Jln Kilang Lama, berhadapan SK TUNKU MALIK)

Rumah Ibadat[sunting | sunting sumber]

Islam[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Jamiul Makmur, Kulim
  • Masjid Al Huda, Kelang Lama
  • Masjid At-Taufik, Kampung Air Merah
  • Masjid Kampung Darul Aman
  • Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Sungai Limau
  • Masjid Abdul Rahman Putra, Keladi
  • Masjid Al-Muttaqin, Taman Selasih
  • Masjid Al-Ittihad, Sg.Kob
  • Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang
  • Masjid As-Sobirin, Padang Cina
  • Masjid Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Masjid An-Najah, Padang Serai
  • Masjid Al-Furqan, Sungai Ular
  • Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Kenari
  • Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Mutiara

Kristian[sunting | sunting sumber]

  • Gereja Antioch Revival Sanctuary - Protestan
  • Gereja Baptist Tamil (Tamil Baptist Church) - Protestan
  • Gereja Hati Suci Jesus (Church of the Sacred Heart) - Katolik
  • Gereja Methodist Cina (Chinese Methodist Church) - Protestan
  • Gereja Methodist Wesley (Wesley Methodist Church) - Protestan
  • Gereja Rivers of Water (GROW) - Protestan
  • Gereja Saint Thomas - Anglikan
  • Pusat FGA (FGA Centre) - Protestan
  • Pusat Komuniti Grace (Grace Community Centre) - Protestan
  • Pusat Komuniti Vineyard (Vineyard Community Centre) - Protestan

Buddha[sunting | sunting sumber]

  • Wat Buddha Siam

Confucianisme/Taoisme[sunting | sunting sumber]

  • Tokong Cina Persiaran Desa Aman

Hindu[sunting | sunting sumber]

  • Kuil Dhandayudhapani
  • Sri Maha Mariamman Temple
  • Sri Subramanium Temple
  • Sri Muthu Mariamman Temple
  • Sri karumariamman Temple
  • Sri Ramar Alayam

Sikh[sunting | sunting sumber]

  • Sikh Gurdwara Sahib

Rumah kebajikan[sunting | sunting sumber]

  • Rumah Amal Kulim
  • Rumah Anak Yatiam kamachi
  • Batu Grese Home Desa aman
  • sun shine Home

Tempat riadah[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Kulim - kemudahan sukan badminton dan tenis, kolam renang, restoran dan ginasium.
  • Kelab Rekreasi Cina (Chinese Recreation Club) - kemudahan sukan badminton, skuasy, pingpong, tenis dan kolam renang.
  • Pusat Taekwondo Kulim (Kulim Taekwondo Centre)
  • Taman Permainan Bukit Keranji - Tai Chi
  • Taman Permainan Bukit Kulim - Menari sambil berbaris (Line Dancing)
  • Tasik Kulim - kemudahan berjoging dan bersenam
  • Sungai Parit Bunian Eco Park (Berdekatan dengan Kilang Intel) - kemudahan berjoging dan bersenam

Persatuan/Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Agama[sunting | sunting sumber]

  • Jemaah Islah Malaysia (Kulim)
  • Persatuan Buddha Kulim (Kulim Buddhist Society)
  • Yeoh Si Hong Long Tong PW/Kedah
  • Pertubuhan Dakwah & Pendidikan Islam Taman Kucai
  • Persatuan Hindu Sanggam Kulim
  • Anak Muda Surau al Hanna Taman Makmur
  • Persatuan Penduduk Islam Taman Selasih Fasa 3.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Pemandu Kereta-Kereta Teksi
  • Persatuan Pengusaha Syarikat Perindustrian Kulim (KITA)
  • Persatuan Teksi Luar Bandar

Etnik[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Kebajikan India Kulim (Kulim Indian Welfare Association)
  • Persatuan Telugu Malaysia (Telugu Association of Malaysia)

Kebajikan[sunting | sunting sumber]

  • Lions Club of Kulim
  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam (BEDAYA)
  • Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Cina Negeri Kedah

Politik[sunting | sunting sumber]

  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - Kawasan Kulim/Bandar Baharu
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - Kawasan Padang Serai
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Cabang Kulim/Bandar Baharu
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Cabang Padang Serai
  • Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu

Sukan dan rekreasi[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Seni Silat Awang Sulung
  • Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung
  • Persatuan Silat Kalimah Malaysia
  • Persatuan Taekwon-do Kulim (Kulim Taekwon-do Association - GTF)
  • Persatuan Silambam Daerah Kulim
  • Pertubuhan Seni silambam Negeri Kedah
  • Persatuan Rekreasi Sungai Sedim

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Bakri Jaffar (2007). Untukmu Malaysia sempena 50 tahun merdeka : menjejaki warisan kita : himpunan gezet monumen dan bangunan bersejarah. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Dr. Azmi Morsidi. m/s. 118. ISBN 9789834354008.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ a b Wan Shamsudin Mohd. Yusof (2004). Kedah: dalam lipatan sejarah: Koleksi artikel Dato' Wan Shamsuddin Mohd Yusof. Sintok, Kedah, Malaysia: Penerbit Universiti Utara Malaysia. m/s. 78. ISBN 9789832870708.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ Mohd Shariff Abu Samah (2012). Modenisasi pentadbiran negeri Kedah 1895-1957. Sintok, Kedah, Malaysia: UUM Press. ISBN 9789670474359.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]