Kolej Komuniti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah penubuhan

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9.

Kini Kolej Komuniti berada di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan mempunyai matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, peranan Kolej Komuniti telah diperluaskan. Kolej Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik.

[sunting] Peranan

Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek.

Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain.

[sunting] Kaedah Diploma

[sunting] Program Diploma Kolej Komuniti

Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007.

Program ini dilaksana berasaskan konsep Work-Based Learning. Tempoh program Diploma ini adalah minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara Work-Based Learning dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.

[sunting] Konsep Program Diploma Kolej Komuniti

Program ini melibatkan kerjasama Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (bersama Kolej-Kolej Komuniti) dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini merangkumi aspek pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum (penyampaian pengajaran dan pembelajaran) secara kolaboratif di Kolej Komuniti dan juga di tempat kerja.

[sunting] Konsep Pembelajaran Berasaskan Kerja

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) merupakan salah satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Pendekatan ini melibatkan kerjasama antara Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Kolej-Kolej Komuniti dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini mengambil kira aspek-aspek penting yang terlibat dalam sesuatu sistem pendidikan iaitu pembangunan kurikulum, penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran serta peperiksaan. Pendekatan ini memastikan supaya pengetahuan, kemahiran dan juga sikap yang positif dapat diterap ke dalam diri pelajar dengan lebih berkesan.

Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan peringkat antarabangsa sebagai contoh, Washington State University mendefinisikan WBL sebagai pengalaman pembelajaran di mana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di institusi dan di industri adalah berkaitan dengan apa yang diperlukan di alam kerja sebenar. WBL juga menekankan aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar-pelajar membangun dan memenuhi perancangan kerjaya dan pendidikan individu.

[sunting] Kaedah Sijil

[sunting] Program Sijil Kolej Komuniti

Program ini memberi peluang kepada lulusan SPM atau SPMV menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Konsep pembelajaran dan penilaian Kolej Komuniti adalah berbeza dengan kebanyakan IPT tempatan kerana memberikan lebih penekanan kepada praktikal (skill) berbanding teori semata-mata. Pengajian pada peringkat sijil mengambil masa sekurang-kurangnya selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester Latihan Industri.

[sunting] Kelayakan masuk

  • Warganegara Malaysia dan lulus peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
  • Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Calon-calon dari kalangan penduduk setempat akan diberi keutamaan.
  • Untuk program Diploma, hanya lulusan dari Sijil Kolej Komuniti sahaja layak memohon.

[sunting] Program yang ditawarkan

  1. Diploma Teknologi Automotif
    • Sijil Automotif
  2. Diploma Teknologi Elektrik
    • Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan)
  3. Diploma Teknologi Komputer
    • Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
    • Sijil Teknologi Maklumat
  4. Diploma Hotel dan Katering
    • Sijil Hotel dan Katering
  5. Diploma Fesyen dan Pakaian
    • Sijil Fesyen dan Pakaian
  6. Diploma Teknologi Senibina
    • Sijil Pelukis Pelan Senibina
  7. Diploma Teknologi Pengiklanan
    • Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
  8. Diploma Pengurusan & Penyelenggaran Fasiliti
    • Sijil Penyenggaraan Bangunan
    • Sijil Penyejukan & Penyamanan Udara
  9. Diploma Teknologi Pemprosesan Makanan
    • Sijil Pemprosesan Makanan & Kawalan Mutu Makanan
  10. Diploma Pelancongan & Pengembaraan
    • Sijil Pelancongan & Pengembaraan
  11. Diploma Perakaunan Perniagaan
    • Sijil Perakaunan Perniagaan

[sunting] Visi dan misi

Visi

“Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi

“Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan”

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi, busines dan industri perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungawab selari dengan falsafah pendidikan negara

[sunting] Moto

“Peneraju Komuniti Berilmu & Berkemahiran”

Mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan diri bagi pelajar lepas menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan

[sunting] Senarai Kolej Komuniti KPTM

  1. Kolej Komuniti Alor Gajah, Alor Gajah, Melaka
  2. Kolej Komuniti Arau, Arau, Perlis
  3. Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah
  4. Kolej Komuniti Bayan Baru, Bayan Baru, Pulau Pinang
  5. Kolej Komuniti Bentong, Bentong, Pahang
  6. Kolej Komuniti Gerik, Gerik, Perak
  7. Kolej Komuniti Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor
  8. Kolej Komuniti Hulu Selangor, Hulu Selangor, Selangor
  9. Kolej Komuniti Jasin, Jasin, Melaka
  10. Kolej Komuniti Bukit Beruang, Bukit Beruang, Melaka
  11. Kolej Komuniti Jelebu, Jelebu, Negeri Sembilan
  12. Kolej Komuniti Jempol, Jempol, Negeri Sembilan
  13. Kolej Komuniti Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang
  14. Kolej Komuniti Bandar Penawar , Kota Tinggi, Johor
  15. Kolej Komuniti Kuala Langat, Kuala Langat, Selangor
  16. Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
  17. Kolej Komuniti Kuantan, Kuantan, Pahang
  18. Kolej Komuniti Kuching, Kuching, Sarawak
  19. Kolej Komuniti Kulim, Kulim, Kedah
  20. Kolej Komuniti Ledang, Tangkak, Johor
  21. Kolej Komuniti Mas Gading, Kuching,Sarawak
  22. Kolej Komuniti Mentakab, Mentakab, Pahang
  23. Kolej Komuniti Tebrau, Tebrau, Johor
  24. Kolej Komuniti Pasir Salak, Pasir Salak, Perak
  25. Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, Pahang
  26. Kolej Komuniti Rompin, Rompin, Pahang
  27. Kolej Komuniti Kuantan, Kuantan, Pahang
  28. Kolej Komuniti Sabak Bernam, Sabak Bernam, Selangor
  29. Kolej Komuniti Segamat, Segamat, Johor
  30. Kolej Komuniti Segamat 2, Segamat, Johor
  31. Kolej Komuniti Selandar, Selandar, Melaka
  32. Kolej Komuniti Selayang, Selayang, Selangor
  33. Kolej Komuniti Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah
  34. Kolej Komuniti Sungai Siput, Sungai Siput, Perak
  35. Kolej Komuniti Tawau, Tawau, Sabah
  36. Kolej Komuniti Teluk Intan, Teluk Intan, Perak
  37. Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan