Bawang perai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bawang perai (allium ampeloprasum) tergolong dalam genus Allium yakni keluarga bawang. Ia mempunyai rasa seakan-akan bawang, tetapi kurang tajam. Ia banyak digunakan dalam masakan Eropah. Biasanya ia ditumis dalam mentega hingga layu sebelum dicampur bersama masakan lain. Bawang perai merupakan komponen yang penting dalam sajian Perancis iaitu vichyssoise (sup sejuk kentang dan bawang perai), dan juga sup Scotland seperti bubur Scottish dan cock-a-leekie. Bawang perai merupakan salah satu simbol negeri Wales.

Bawang perai yang dijual di pasar. Daunnya yang panjang telah dicantas.
Bawang perai segar sedang ditumis