Dolar keluaran kerajaan Jepun di Malaya, di Borneo Utara, di Sarawak dan di Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nota-nota bank pisang yang dimilik oleh orang tahanan awam di Kem Batu Lintang, Sarawak, Borneo. Istilah "duit pisang" berasal daripada motif pokok pisang pada nota bank 10 dolar yang terletak di bawah.

Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun ialah bentuk mata wang yang diedarkan oleh Empayar Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei antara 1942 hingga 1945. Ia merupakan salah satu daripada banyak bentuk wang serangan Jepun yang dikeluarkan di seluruh Empayar Jepun yang baru diperluas. Mata-mata wang yang serupa juga dikeluarkan di Burma (sebagai rupee Jepun), Hindia Timur Belanda (sebagai guilder Jepun) dan Filipina (sebagai peso Jepun). Dolar Jepun di Tanah Melayu juga dirujuk secara tak formal (serta dengan nada menghina) sebagai "duit pisang", dengan nama sindiran itu berasal daripada motif pokok pisang pada nota bank 10 dolarnya. Dolar Jepun itu digunakan secara meluas selepas dolar Selat dan dolar Malaya yang digunakan dahulu semakin jarang ditemui.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selepas kejatuhan Singapura ke dalam tangan Empayar Jepun pada 15 Februari 1942, pemerintahan tentera Jepun memperkenalkan mata-mata wang baharu sebagai ganti mata-mata wang yang digunakan dahulu di kawasan-kawasan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei yang didudukinya. Mata wang baharu di Malaya dan Singapura dikeluarkan pada nilai yang sama dengan dolar Malaya dan diedarkan buat pertama kali pada tahun 1942. Sebagaimana dengan mata-mata wang yang dikeluarkan oleh Jepun di wilayah-wilayah yang lain yang didudukinya, penghuni tempatan dipaksa menggunakan jenis mata wang tersebut, dengan duit-duit syiling dahulu dibenarkan sehingga kekurangan duit syiling memerlukan pentadbiran Jepun mengeluarkan nota terbitan juga untuk sen.

Pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat, bersama-sama dengan gangguan ekonomi Jepun oleh Pihak Berikat akhirnya memaksa pentadbiran Jepun mengeluarkan nota bank dalam jenis mata wang yang lebih besar serta menambahkan jumlah wang dalam edaran.[1] Kejatuhan nilai duit pisang yang mendadak serta kenaikan harga barang-barangan seringnya berlaku selepas penewasan-penewasan Jepun dalam pertempuran di luar negeri.[1]

Berbagai-bagai jenis mata wang duit pisang (atas dan kiri) dipaparkan di Memories at Old Ford Factory, Singapura. Oleh sebab duit pisang tidak bernilai sejurus selepas Perang Dunia II, nota bank duit pisang kini terhad sebahagian besarnya kepada barang pameran muzium atau pengumpul duit syiling.

Selepas penyerahan Jepun, duit pisang langsung tidak bernilai dan sehingga hari ini, kerajaan Jepun enggan menukarkannya. Sesetengah orang tempatan berjaya mengelakkan kemiskinan kerana mereka menyembunyikan dolar Selat dan dolar Malaya yang merupakan mata-mata wang yang digunakan sebelum serangan Jepun. Oleh itu, mereka yang mempunyai dolar lama itu dapat menggunakannya sejurus selepas pihak British menyambung semula penguasaan Singapura dan tanah-tanah jajahan yang berhampiran. Sebilangan nota bank duit pisang dicap sebagai kenang-kenangan perang, dengan penggunaannya sebagai kertas bercetak untuk kalendar asas pada 1946 juga dicatat.[1]

Nilai duit pisang pada masa ini sebagai barang pengumpul tidak tetap dan bergantung kepada keadaannya, kewujudan nombor siri, penggunaan kertas tenun, serta penggunaannya sebagai spesimen.[1] Nota-nota yang tidak memilik nombor siri masih bernilai tetapi nilainya adalah lebih rendah daripada nilai tercetak, manakala versi-versi yang lebih jarang ditemui adalah lebih tinggi daripada nilai tercetaknya, kekadangnya sebanyak banyak kali.[1] Nota-nota yang dicap sebagai kenang-kenangan perang kini jarang ditemui, manakala nota-nota dengan cetak tindan kalendar 1946 bernilai lebih kurang RM3,000 pada September 2006.[1]

Risalah-risalah bersaiz 10 dolar dengan cetak tindan nota bank 10 dolar di bahagian depan pernah digugurkan dari udara oleh angkatan tentera British semasa pendudukan Jepun sebagai amaran kepada penduduk bahawa duit-duit pisang itu tidak akan bernilai jika Jepun ditewaskan.[1] Ketakutan dalam kalangan penduduk terhadap pemilikan risalah tersebut menyebabkan risalah-risalah itu kini jarang ditemui dan oleh itu, nilainya sekarang adalah tinggi (dianggarkan bernilai RM3,000 pada September 2006).[1]

Nota bank[sunting | sunting sumber]

Mata wang pendudukan Jepun dikeluarkan hanya dalam bentuk nota bank, termasuk sen. Nota-nota itu mengekalkan sesetengah ciri yang biasa didapati dalam mata-mata wang yang dahulu, misalnya penggunaan nama mata wang dolar dan sen tetapi tanpa simbol mata wang masing-masing ($ dan ¢). Bagaimanapun, bahasa-bahasa yang digunakan dihadkan kepada bahasa Inggeris dan bahasa Jepun pada birai bawah nota-nota itu. Setiap nota mempunyai reka bentuk bahagian depan dan bahagian belakang yang berbeza tetapi mengekalkan reka letak yang serupa. Ia bertujuan untuk diedarkan di Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, dengan nota-nota itu ditandakan dengan huruf besar bercap yang bermula dengan "M" untuk "Malaya".[1]

1, 5, dan 10 dolar (1942)[sunting | sunting sumber]

Siri pertama nota-nota bank pada asalnya merupakan jenis mata wang yang lebih rendah, iaitu 1, 5, dan 10 dolar, yang dikeluarkan pada tahun 1942. Setiapnya mempunyai reka bentuk bahagian depan dan bahagian belakang yang tidak sama tetapi mengekalkan reka letak yang serupa, dengan bahagian depan menonjolkan ilustrasi tanaman ladang. Nota-nota 10 dolar tambahan dicetak pada tahun 1944.

Siri Pertama
Image Nilai Warna Utama Pemerihalan Tarikh dikeluarkan
Bahagian depan Bahagian belakang Bahagian depan Bahagian belakang
$1 Biru Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab 1942
$5 Perang Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab 1942
$10 Kelabu Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab, ilustrasi laut dari pinggir laut 1942, 1944
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Sen (1942)[sunting | sunting sumber]

Pada September 1942, nota mata wang yang tidak bernombor siri dikeluarkan dalam jenis mata wang1, 5, 10 dan 50 sen sebagai tindak balas kepada kekurangan duit syiling lama.[1] Nota-nota sen itu mempunyai reka bentuk yang lebih mudah dan tidak menonjolkan tanaman ladang di bahagian depannya, kecuali nota 50 sen. Nota-nota itu juga lebih kecil saiznya daripada nota dolar.

Siri pertama
Imej Nilai Warna utama Pemerihalan Tarikh dikeluarkan
Bahagian depan Bahagian belakang Bahagian depan Bahagian belakang
Biru Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab September 1942
Perang Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab September 1942
10¢ Kelabu Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab September 1942
50¢ Perang Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab. September 1942
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

100 dan 1000 dolar (1944)[sunting | sunting sumber]

Keadaan ekonomi yang semakin merosot pada tahun-tahun yang berikut memaksa pemerintahan tentera Jepun mula mencetak nota dengan jenis mata wang 100 dan 1,000 dolar yang lebih besar pada tahun 1944.[1] Nota dolar 100 dolar dicetak dengan dua versi yang amat berbeza, manakala nota 1,000 dolar hanya disediakan dalam satu versi. Illustrasi pada nota-nota menumpukan kehidupan luar bandar. Nota 100 dan nota 1,000 dolar itu merupakan nota-nota baharu yang terakhir yang diperkenalkan sebelum penyerahan Empayar Jepun pada Ogos 1945.

Siri Pertama
Imej Value Warna Utama Pemerihalan Tarikh dikeluarkan
Bahagian depan Bahagian belakang Bahagian depan Bahagian belakang
$100 Perang Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, ilustrasi kehidupan luar bandar, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab, ilustrasi kehidupan luar bandar 1944
$100 Perang di bahagian depan, hijau di bahagian belakang Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, ilustrasi ladang getah, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab, ilustrasi kehidupan luar bandar 1944
$1000 Perang Nilai bank dalam angka Arab dan bahasa Inggeris; teks "Kerajaan Jepun" dalam bahasa Inggeris, ilustrasi kehidupan luar bandar, huruf besar bercap Nilai bank dalam angka Arab, ilustrasi kehidupan luar bandar 1944
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.00 1.01 1.02 1.03 1.04 1.05 1.06 1.07 1.08 1.09 1.10 Boon, K.N. (September 2006). T. Thiruchelvam. ed. Malaysia Banknotes & Coins (1786-2006): A Complete Educational Reference (edisi 3rd Edition). Trigometric Sdn Bhd. ISBN 983-43313-0-4. 
Didahului oleh:
Dolar Malaya
Lokasi: Semenanjung Malaysia, Singapura, Brunei kini
Alasan: Kejatuhan Malaya, Borneo, dan Singapura ke dalam tangan Jepun semasa Perang Dunia II.
Nisbah: pada tara
Mata wang Malaya British dan Brunei
1942 – Ogos 1945
Digantikan dengan:
Dolar Malaya
Lokasi: present day Semenanjung Malaysia, Singapura, Brunei
Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II.
Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai. Nilai mata wang prapendudukan dipulihkan.
Didahului oleh:
Dolar Sarawak
Lokasi: Sarawak, Malaysia kini
Alasan: Kejatuhan Borneo ke dalam tangan Jepun semasa Perang Dunia II.
Nisbah: sama nilainya dengan dolar Malaya
Mata wang the Kerajaan Sarawak
1942 – Ogos 1945
Digantikan dengan:
Dolar Sarawak
Lokasi: Sarawak, Malaysia kini
Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II.
Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai. Nilai mata wang prapendudukan dipulihkan.
Didahului oleh:
Dolar Borneo Utara British
Lokasi: Sabah, Malaysia kini
Alasan: Kejatuhan Borneo ke dalam tangan Jepun semasa Perang Dunia II.
Nisbah: sama nilainya dengan dolar Malaya
Mata wang Borneo Utara
1942 – Ogos 1945
Digantikan dengan:
Dolar Borneo Utara British
Lokasi: Sabah, Malaysia kini
Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II.
Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai. Nilai mata wang prapendudukan dipulihkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]