Dolar Borneo Utara British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Duit syiling 1 sen Malaya dan Borneo British (1962) sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia.

Dolar Borneo Utara British ialah mata wang Borneo Utara British antara 1882 hingga 1953. Nilainya sama sahaja dengan dolar Selat dan penggantinya, dolar Malaya (mata wang Malaya dan Singapura), iaitu 2 syiling 4 peni setiap dolar, sejak pengenalannya sehingga kedua-dua mata wang itu digantikan dengan dolar Malaya dan Borneo British pada tahun 1953.

Dolar Borneo Utara British dibahagikan kepada 100 sen. Pada sepanjang sejarahnya, duit syiling ditempa dalam jenis mata wang ½ sen, 1 sen, 2½ sen, 5 sen, dan 25 sen. Hanya duit syiling 25 sen mengandungi logam berharga. Nota-nota bank dicetak dalam jenis wata wang 25 sen, 50 sen, $1, $5, $10, dan $25. Reka bentuknya tidak banyak berubah semasa hayatnya dan menonjolkan jata, Gunung Kinabalu atau kedua-duanya. Bagaimanapun, saiz fizikal nota bank menyusut dengan berlangsungnya masa. Kedua-dua duit syiling dan nota bank dikeluarkan oleh Syarikat Borneo Utara British.

Semasa zaman pendudukan Jepun (1942-1945), wang kertas dikeluarkan dalam jenis mata wang 1 sen hingga 1,000 dolar. Nilainya ditetapkan pada kadar 1 dolar = 1 yen Jepun, berbanding dengan kadar pra-perang sebanyak 1:2. Selepas perang, mata wang pendudukan Jepun diisytiharkan sebagai tidak bernilai dan nilai dolar Borneo Utara British dipulihkan kepada nilai berasaskan sterling yang dahulu sebanyak 2 syling 4 peni.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Pick, Albert (1996). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu am hingga 1960. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. ke-8). Krause Publications. ISBN 0-87341-469-1.
  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (2003). 2004 Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1901–kini. Colin R. Bruce II (penyunting kanan) (ed. ke-31). Krause Publications. ISBN 0873495934.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

pra-Perang Dunia II
Didahului oleh:
Tiada pendahulu moden
Mata wang Borneo Utara British
1882 – 1942
Nota: Sama nilainya dengan dolar Selat dan dolar Malaya selepas 1939
Digantikan dengan:
Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun
Lokasi: Malaysia, Singapura, dan Brunei kini
Alasan: Pendudukan Jepun
Nisbah: pada tara
Nota: Kerajaan Jepun membenarkan mata wang dolar diedarkan, tetapi mata wang tersebut disorokkan oleh pemilik kerana nilainya lebih boleh dipercayai.
pasca=Perang Dunia II
Didahului oleh:
Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun
Lokasi: Malaysia, Singapura, Brunei kini
Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II
Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai, dan nilai mata wang pra-pendudukan dipulihkan.
Mata wang Borneo Utara British
1945 – 1953
Nota: nilainya sama dengan dolar Malaya
Digantikan dengan:
Dolar Malaya dan Borneo British
Alasan: pengasasan Lembaga Pesuruhanjaya Mata Wang sepunya
Nisbah: pada tara, atau 60 dolar = 7 paun British