Ekonomi Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ekonomi Filipina
Php bill 1000 front.jpg
Kertas wang 1000 peso Filipina
Kedudukan ke-25
Mata wang 1 peso Filipina (PHP) = 100 centavo
Tahun fiskal Tahun takwim
Pertubuhan perdagangan APEC, ASEAN, WTO
Perangkaan
KDNK $453 bilion (2006)
Pertumbuhan KDNK 5.3% (2006) [1]
KDNK per kapita $4,923 (2006)
KDNK mengikut sektor Pertanian (14.5%), industri (32.3%), perkhidmatan (53.2%) (2004)
Inflasi (CPI) 6.0% (2005)
Populasi
dibawah garis kemiskinan
26.3% (2003)
Pekali Gini 46.6
Tenaga buruh 36.64 juta (2006)
Tenaga buruh mengikut pekerjaan Perkhidmatan (48%), pertanian (36%), industri (16%) (2004) [2]
Pengangguran 8.4% (2006) [3]
Industri utama Pemasangan elektronik, pakaian, kasut, bahan farmaseutik, bahan kimia, keluaran kayu, pemprosesan makanan, penapisan petroleum, perikanan
Dagangan antarabangsa
Eksport $44.2 bilion (2006)
Barangan yang dieksport Pelengkapan elektronik, jentera dan pelengkapan kenderaan, pakaian, alat optik, keluaran kelapa, buah-buahan dan kacang, keluaran tembaga, bahan kimia
Rakan dagangan eksport utama Amerika Syarikat 18%, Jepun 17.5%, China 9.9%, Belanda 9.8%, Hong Kong 8.1%, Singapura 6.6%, Malaysia 6%, Taiwan 4.6% (2006)
Import $48.76 bilion (2006)
Barangan yang diimport Bahan mentah, jentera dan pelengkapan, bahan api, kereta dan barang ganti, plastik, bahan kimia, bijian
Rakan dagangan import utama Amerika Syarikat 19.2%, Jepun 17%, Singapura 7.9%, Taiwan 7.5%, China 6.3%, Korea Selatan 4.8%, Arab Saudi 4.6%, Hong Kong 4.1% (2006)
Kewangan awam
Hutang awam $316.65 bilion (69.9% KDNK)
Hasil negara $19.44 bilion (2006)
Perbelanjaan $21.38 bilion (2006)
Bantuan ekonomi Penerima. ODA, $2.0 bilion (2002)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Filipina ialah sebuah negara membangun di Asia Tenggara, serta salah satu negara perindustrian yang baru di dunia. Pada tahun 2004, negara ini ditempatkan sebagai ekonomi ke-24 terbesar di dunia oleh Bank Dunia, berasaskan pariti kuasa belinya.

Sektor-sektor ekonomi Filipina yang penting termasuk pertanian dan industri, khususnya pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian, serta elektronik dan barang ganti kereta. Kebanyakan industrinya tertumpu di kawasan-kawasan bandar di sekitar metropolitan Manila. Pelombongan juga mempunyai potensi yang besar di Filipina yang memiliki simpanan-simpan kromit, nikel, dan tembaga yang kaya. Gas asli yang baru-baru ini ditemukan berhampiran pulau Palawan juga merupakan suatu tambahan kepada simpanan-simpanan tenaga geoterma, hidro, dan batu arangnya yang besar.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak keakhiran Perang Dunia II, ekonomi Filipina mengalami sebuah sejarah pertumbuhan dan perkembangan yang bercampur-campur. Pada sepanjang tempoh itu, Filipina berubah daripada merupakan salah sebuah negara yang terkaya di Asia (selepas Jepun) menjadi salah sebuah negara yang termiskin. Pertumbuhan sebaik sahaja selepas perang amat pesat, tetapi kemudian menjadi lambat dengan berlalunya masa. Suatu kemelesetan pada tahun 1984-85 memperlihatkan ekonomi mengecut melebihi 10% dan tanggapan-tanggapan ketakstabilan politik semasa pentadbiran Aquino memudarkan lagi kegiatan ekonomi. Semasa pentadbirannya, Presiden Fidel V. Ramos memperkenalkan berbagai-bagai pembaharuan dan inisiatif ekonomi yang direka bentuk semata-mata untuk mendorong pertumbuhan perniagaan dan pelaburan asing. Oleh itu, Filipina memperlihatkan suatu tempoh pertumbuhan terjamin yang pesat, akan tetapi Krisis Kewangan Asia yang tercetus pada tahun 1997 melembapkan pembangunan ekonomi sekali lagi di Filipina. Pada tahun 1998, ekonomi Filipina merosot, akibat kesan Krisis Kewangan Asia serta keadaan-keadaan cuaca yang buruk. Pertumbuhan jatuh sehingga -0.5% pada tahun 1998 daripada 5% pada tahun 1997, tetapi berpulih kepada 2.9% menjelang tahun 1999. Presiden Joseph Estrada mencuba menentang langkah-langkah yang bersifat perlindungan, dengan usaha-usaha untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan yang dimulakan oleh pentadbiran Ramos mencapai kemajuan yang ketara. Suatu kegagalan bank yang utama pada April 2000 serta pendakwaan dan peninggalan Presiden Estrada yang kemudian pada permulaan tahun 2001 mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan. Pentadbiran Filipina terkini di bawah Presiden Gloria Macapagal-Arroyo sedang mengajukan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Pada tahun 2004, ekonomi Filipina bertumbuh sebanyak 6.1% dan mengatasi kebanyakan anggaran para penganalisis serta juga anggaran kerajaan. Pada tahun 2005, peso Filipina mencapai kadar kenaikan nilai sebanyak 6%, suatu kenaikan yang paling cepat di wilayah Asia pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kedatangan harga-harga minyak yang tinggi memudarkan anggaran-anggaran pertumbuhan kerajaan pada tahun yang sama dan tahun 2005 berakhir dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak hanya 5.1%. Semasa tahun 2006, ekonomi Filipina mencapai pertumbuhan 5.4% selepas dipudarkan oleh dua buah taufan yang mengakibatkan kemusnahan teruk pada sektor pertanian. Kerajaan Filipina merancang untuk memperkukuh infrasktrutur negara dengan kenaikan perbelanjaan sebanyak sepuluh kali pada tahun 2007, dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi tercepat sebanyak 7% pada tahun 2007, 8% pada tahun 2008, dan 9% pada tahun 2009. [4].

Sejak Februari 2007, pasaran saham Filipina kini berhampiran peringkat yang tertinggi, dan mata wang peso telah naik nilainya sehingga 48.07 bagi setiap dolar Amerika Syarikat.

Walaupun terdapat harapan ekonomi yang positif, kerajaan Filipina masih menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam banyak bidang, termasuk agihan kekayaan yang tidak serata, serta kemiskinan yang masih tinggi. Amalan rasuah masih merupakan suatu masalah besar dan ketakstabilan politik masih merupakan suatu kenyataan.

Angka-angka 2006[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, ekonomi Filipina berkembang pada kadar 5.4%, suatu kadar yang lebih cepat berbanding kadar tahun sebelumnya. Kerajaan Filipina merancang untuk menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 7% pada tahun 2007, walalupun unjuran rasmi adalah pada sekitar 6.1%-6.7%. Ia juga bertujuan untuk menumbuhkan ekonomi sebanyak 9% pada tahun 2009 sebagai sebahagian sasaran terunjur kerajaan melalui penambahan pelaburan awam untuk menarik modal asing serta juga untuk memperbaik negara. [1].

Arah aliran makroekonomi[sunting | sunting sumber]

Yang berikut ialah jadual arah aliran Keluaran Dalam Negara Kasar Filipina pada harga pasaran, sebagaimana yang dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa. Semua angka adalah dalam juta peso Filipina, dengan satu peso sama dengan AS$0.78.


Tahun KDNK Pertukaran Dolar
Amerika Syarikat
1980 243,749 7.51 peso
1985 571,883 18.60 peso
1990 1,074,510 24.32 peso
1995 1,905,951 25.23 peso
2000 3,354,727 44.19 peso
2005 5,379,251 55.08 peso
2006 6,048,297 49.28 peso


Untuk pembandingan pariti kuasa beli, dolar Amerika Syarikat ditukarkan pada kadar 11.91 peso sahaja.

Sektor[sunting | sunting sumber]

Sawah merupakan suatu pemandangan yang biasa di Filipina, dengan beras merupakan eksport pertaniannya yang terbesar.

Pengeluaran perindustrian tertumpu kepada operasi-operasi pemprosesan dan pemasangan seperti yang berikut: makanan, minuman, tembakau, keluaran-keluaran getah, tekstil, pakaian dan kasut, bahan farmaseutik, cat, papan lapis dan venir, kertas dan keluaran kertas, perkakas kecil, serta elektronik. Industri-industri yang lebih berat dikuasai oleh pengeluaran simen, kaca, bahan kimia perindustrian, baja, besi dan keluli, serta keluaran petroleum tertapis.

Sektor perindustrian tertumpu di kawasan-kawasan bandar, khususnya di kawasan metropolitan Manila dan hanya mempunyai hubungan-hubungan yang lemah dengan ekonomi luar bandar. Infrastruktur, pengangkutan, dan komunikasi yang tidak sempurna telah menghalang pertumbuhan perindustrian yang lebih cepat setakat ini.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Filipina kini merupakan tuan rumah untuk Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) yang mengkaji kelainan-kelainan padi berhasil tinggi. Ia telah memainkan peranan yang utama dalam Revolusi Hijau dan dapat menambahkan hasil padi dan pengeluaran beras semasa dekad 1970-an. [2]

Kereta[sunting | sunting sumber]

Sistem Brek Cegah Kunci (ABS) yang digunakan oleh kereta-kereta Mercedes-Benz, BMW, dan Volvo dibuat di Filipina. Dengan ihsan Syarikat Motor Ford, tahun 2005 merupakan tahun pertama yang negara Filipina mengeksport kereta pada jumlah yang besar,

Elektronik[sunting | sunting sumber]

Intel telah berada di Filipina selama 28 tahun sebagai pengeluar utama keluaran-keluaran termaju Intel, termasuk pemproses Pentium 4. Sebuah kilang Texas Instruments di Baguio telah beroperasi selama 20 tahun dan merupakan pengeluar terbesar cip DSP di dunia. [3]. Kilang Texas Instruments di Baguio mengeluarkan kesemua cip yang digunakan oleh telefon bimbit Nokia, serta 80% daripada semua cip yang digunakan oleh telefon bimbit Ericsson di dunia. Sehingga tahun 2005, komputer riba Toshiba dikeluarkan di Santa Rosa, Laguna, tetapi tumpuan kilang tersebut pada masa ini ialah pengeluaran cakera keras.

Perisian[sunting | sunting sumber]

Salah satu syarikat perisian yang ditubuhkan di Filipina ialah Trend Micro, pembuat perisian anti virus dengan PC-Cillin sebagai keluaran utamanya. Syarikat itu berpusat di Bandaraya Eastwood, Libis, Bandaraya Quezon [4]

Penggunaan sumber luar[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar daripada sepuluh syarikat sumber luar proses perniagaan yang terbesar di Amerika Syarikat beroperasi di Filipina. Jumlah pekerjaan dalam industri ini bertumbuh sehingga 100,000, dengan jumlah hasilnya mencapai AS$960 juta pada tahun 2005.

Pelombongan[sunting | sunting sumber]

Filipina kaya dengan galian-galian serta sumber-sumber tenaga terma. Ia mengeluarkan elektrik berasaskan sumber geoterma sebanyak 1931 MW (27% daripada pengeluaran elektrik), dan merupakan pengeluar elektrik geoterma yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. [5] Penemuan simpanan gas asli baru-baru ini di Medan Malampaya, berhampiran dengan pulau Palawan, telah dipergunakan oleh tiga buah loji berkuasa gas untuk menjanakan elektrik.

Lapisan-lapisan emas, nikel, tembaga, dan kromit adalah antara lapisan-lapisan terbesar di dunia. Galian-galiannya yang lain termasuk logam perak, batu arang, gipsum, dan sulfur. Filipina juga mempunyai mendapan-mendapan tanah liat, batu kapur, marmar, silika, dan fosfat. Lebih kurang 60% daripada jumlah pengeluaran pelombongan terdiri daripada galian-galian bukan logam yang memberikan sumbangan yang penting kepada pertumbuhan pengeluaran yang tetap antara tahun 1993 hingga tahun 1998, dengan nilai pengeluaran bertumbuh sebanyak 58%. Bagaimanapun pada tahun 1999, pengeluaran galian merosot sebanyak 16% sehingga AS$793 juta. Eksport galian umumnya telah menjadi lembap sejak tahun 1996. Berpuncakan katod tembaga, eksport galian Filipina yang bernilai AS$650 juta pada tahun 2000 hampir tidak mencapai tingkat tahun 1999. Harga logam yang rendah, kos pengeluaran yang tinggi, kekurangan pelaburan dalam infrastruktur, serta cabaran terhadap sebuah undang-undang pelombongan yang baru telah mengakibatkan kemerosotan industri pelombongan pada seluruhannya.

Industri pelombongan Filipina berbalik mulai dari akhir tahun 2004 ketika Mahkamah Agung memutuskan bahawa sebuah undang-undang yang membenarkan pemilikan asing sepenuhnya syarikat-syarikat pelombongan Filipina adalah sah di sisi perlembagaan.

Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi (DENR) tidak berupaya menangani minat pelombongan yang baru. Adanya beberapa syarikat di bawah Pelombongan Skala Kecil (SSM) yang sepatutnya dikelaskan dan dicukai di bawah undang-undang pelombongan skala besar. DENR kini sedang mengambil masa untuk memaklumkan syarikat-syarikat tersebut bahawa mereka telah mencabuli undang-undang SSM dengan melombong melebihi 50,000 tan bijih setiap tahun.

DENR masih belum meluluskan pindaan Perintah Pentadbiran Jabatan (DAO) yang akan membekalkan Peraturan Pelaksanaan untuk Perjanjian Bantuan Teknik (FTAA), bahagian khusus Akta Pelombongan 1994 yang membenarkan pemilikan asing sepenuhnya lombong-lombong Filipina. DAO 99-56 terkini adalah tidak sempurna kerana ia mengelirukan serta terdedah kepada penyalahgunaan.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Penduduk-penduduk Filipina menggunakan kereta, kapal, kapal terbang, kereta api, basikal tiga roda, dan sebagainya untuk pengangkutan.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Peratusan jumlah penduduk yang hidup di bawah garis kemiskinan pada tahun 2003, mengikut provinsi. Provinsi-provinsi dengan warna lebih tua mempunyai lebih banyak orang di bawah garis kemiskinan.
Stesen kuasa geoterma di Negros Oriental.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laman web Forbes: Filipina Bertujuan untuk Merangsangkan Pertumbuhan Menjelang Tahun 2009 – dicapai pada 22 Februari 2007
  2. "Pengeluaran beras mengikut negara dan kawasan geografi, 1961-2004" (PDF). Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa. Diperoleh pada 2006-08-27. 
  3. Laman web Philnews – dicapai pada 7 Mac 2007
  4. Firma-firma Taman Siber Bandaraya Eastwood – dicapai pada 7 Mac 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]