Fara Fauzana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fara Fauzana
Kelahiran
Farah Fauzana binti Mohd Fadzil

(1980-02-07) 7 Februari 1980 (umur 44)
Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nama lainFaFau
PendidikanIjazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pengacara
  • Pelawak
  • Penyampai radio
Tahun aktif2003–kini
Majikan

Farah Fauzana Mohd Fadzil (lahir 7 Februari 1980) merupakan seorang pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Malaysia.[1][2] Beliau terkenal sebagai penyampai radio Era FM (2003-2006) dan Hot FM (2006-2016, 2021-kini).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mempunyai pelbagai hobi seperti memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah, Farah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi penyampai radio Era FM pada tahun 2003-2006.
  • Menjadi penyampai radio Hot FM pada 15 Februari 2006-26 Februari 2016.[3][4]
  • Menjadi pengacara Melodi di TV3 bersama Wahid Senario.
  • Menjadi pelakon utama sitkom Fara di TV3.
  • Menjadi pengacara Nona di TV3 bersama Neelofa.
  • Menjadi pengacara Res-Q di TV3
  • Menjadi pengacara Muzik Muzik 30 bersama AG dan Muzik Muzik 31 Fizie Roslan
  • Kembali ke Hot FM, menjadi penyampai radio dalam segmen Bekpes Hot (Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi) bersama AG dan Johan.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2016, Fara mengumumkan bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman. Bagaimanapun, berikutan masalah peribadi, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.[5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 SH3 Syereen Filem pertama
2009 Jin Notti Notti, Ruby, Eyvonne, Sharifah Qistina dan Mimi
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Mulan
2012 Cinta Kura Kura Mira
Pontianak vs Orang Minyak Pengusaha Warung Penampilan khas
2015 Girlfriend Kontrak Farah
2016 BoBoiBoy: The Movie Wanita Tua dan Penyampai Berita Suara
2022 Seratus Penampilan khas
2023 Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys Mak Cik Kaya Pelakon jemputan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Gadis Cuci The Series Fery Astro Ria
2007–2009 Fara Fara TV3
2012 Haruskah Ada Rindu Ipah TV2
Antara Kita Nurul TVi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Dia Semanis Honey Raya Melissa Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005–2009 Melodi Pengacara TV3 bersama Wahid Senario
2007–2008 Oh! Lelaki Astro Ria bersama Nana Mahazan
2010 Alahai Fafau TV9
2012–2014 Nona TV3 bersama Neelofa
2013 Karoot Komedia X (Musim 2) Artis jemputan Astro Mustika HD
2015–2016 Muzik Muzik Pengacara TV3
2016 Anugerah Juara Lagu ke-30 bersama AG
Trek Selebriti Dirinya sendiri Astro Ria
Anugerah Sukan Malaysia 2016 Pengacara Astro Arena bersama Hafizal Hamad
2017 Anugerah Juara Lagu ke-31 TV3 bersama Fizie Roslan, Awal Ashaari & Sarimah Ibrahim
2022 Hiburan Dari Rumah TV2
Anugerah Seri Angkasa 2022 bersama Terrence Dass & Enn Xaviera

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2015 Bawang Merah Bawang Putih Ketium

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2003–2006 Petang Era Era
15 Februari 2006 – 26 Februari 2016 Hot FM AM Krew Hot FM
2 Ogos 2021 – kini Rakyat Rangers & Bekpes Hot

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005-2012
  • Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2014 (7 tahun berturut-turut)
  • Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos Meletop Fara Fauzana Muzik Muzik 30 (Dicalonkan)
  • Penyampai Radio Popular ABPBH 2023 (Dicalonkan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Aziz Itar (17 Jun 2004). Fara Fauzana - Mahu dikenali melalui suara Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (26 Februari 2016). Fara sedih hari terahir di konti Hot FM Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  3. ^ Farah Fauzana leaves Hot FM New Straits Times (15 Februari 2016). Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  4. ^ Loong Wai Ting (25 Mac 2016). Fara Fauzana: "Lets make way for young talents" New Straits Times. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  5. ^ Hidayah Mohamed (16 Februaru 2016). Fara Fauzana mahu fikir hal rumah tangga Berita Harian. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  6. ^ Tahir Alhamzah (4 September 2016). (Showbiz) Fara Fauzana calls off her wedding with two weeks to go New Straits Times. Dicapai pada 12 September 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]